Hati-hati yang berdetik..

21 Okt 2010

Biduk Lalu..



Salam..




Kembali melontar diri ke laman ini yang pernah satu ketika dulu menjadi tempat untuk mencari tenang dan damai. Laman yang membawa seribu satu kisah, suka duka, perit dan bahagia. Masih terasa syahdu, masih terasa sendu..pupuk lembut angin dipipi seakan tak terasa lantaran tenggelam dalam rindu yang amat dalam.

Siapakah sy dan kita untuk menyalahi takdir? Silap diri sendiri kerana cuba menongkah arus. Melewati hari demi hari buat sy kembali muhasabah diri. Banyak yang terpaksa kita korbankan lantaran situasi, individu dan persekitaran yang memaksa. Emosi sendiri semakin kaku dan beku. Biar lah sebegitu..mgkin itu yang sebaiknya dari terus merebak api amarah yang akhirnya dikhautiri akan bertukar menjadi dendam kesumat. Allah tahu..

Kadangkala terdetik di hati..mengapa kita sanggup melangkah sejauh ini..meninggal sesuatu yang mendamaikan hati? Tidakkah damai itu yang kita cari..?
Seketika menghilang atau lebih kepada menjauhkan diri dari laman hati ini membuat diri merasa bersalah. Kerana disini lah dahulunya sy mengenal diri..disinilah dulunya sy memujuk hati..melepas rasa...disinilah dulunya sy mengetuk pintu silaturahim..
hanya disebabkan isu yang bukan 'haknya'...sy mengundur diri ..

Kini pintu sedar kian menjenguk...
alhamdulillah..sy secebis kekuatan melingkari hati untuk sy kembali.
segalanya telah tertulis, telah termaktub. Biar diserak ribuan dedaun di muka bumi, yang tertakdir kan tetap begitu. Inilah ujian dariNya ..dan inilah yang terbaik utk kita. Dan satu yang pasti..mainkan lah apa saja watak kita di dunia ini...Allah itu tahu niat hambaNya..samada nyata atau terselindung..

Biduk lalu...kiambang bertaut..
Terdetik sedar di jiwa..syukur padaMu Ya Rabbi..


..oh bulan..patutkah ku lerai genggaman ini..

**denyut kepala amat sgt..


2 ulasan:

Cikgooden berkata...

selamat kembali ke arena perblogan..


dulu menggelari go-Blog..

azza_irah berkata...

Cikgu Oden..
tkasih demo..
moga kembali ni berterusan..
rasa hilang skill utk menulis sb dh lama tinggal..