Hati-hati yang berdetik..

19 Okt 2010

Irau Bercerita...14feb'10..

Salam sejahtera untuk semua,




Mendaki Gunung Irau benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan perempuan seperti sy..apatah lagi di usia 30an. Jika waktu remaja dahulu, cabaran sebegini disambut dengan girang dan senang hati, berbohong jika kali ini sy mengambil mudah trek ke Irau.

Stamina semakin kurang ekoran kurangnya exercise sejak akhir-akhir ini, hanya terperap mengadap laptop. Akhirnya sy akur sendiri, usia sudah semakin menginjak..tidak lagi cergas dan lincah seperti dulu.

Namun berbekal semangat berkobar..alhamdulillah Irau yang terletak di utara Pekan Brinchang, Cameron Highlands.. salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia telah sy tawan.



Penuh unik..pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. tersadung akar jatuh tersembam, tergolek di dalam lumpur sehingga terkoyak kaki seluar, sedikit pun tidak mendatangkan sesal di hati memilih percutian begini. Irau yang penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok menyebabkan diri terpegun akan kebesaran Ilahi. Suhu di dalam hutan mencecah di antara 13-17 darjah celcius. Sy mengeluarkan peluh dan keringat demi sebuah kepuasan diri…syukur pada Allah yang memudahkan segala.





Sungguh nikmat Allah dimana-mana..dan dengan pelbagai cara dan bentuk. Tidak semestinya percutian mewah mampu buat anda puas dan gembira, percutian sebegini yang hanya memerlukan kos yang amat sedikit juga membawa pulangan kepuasan diri yang tidak terhingga. Bergantung bagaimana anda menilai hidup ini..
Sesungguhnya..Irau adalah terapi yang paling berkesan pada individu seperti sy..





sedikit info mengenai Gunung Irau..

Starting Point
Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.

Trail
Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.

Anak Irau

Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.

Puncak G. Irau
3 jam treking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. Hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.


..biar pecah terasa hati..senyum tetap cara menceriakan diri..
..moga sy, kamu dan mereka diredhai Ilahi..


6 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
wahhh lamanya bertapa...rupanya panjat gunung..:)
akak masa sekolah2 dulu ada jugak mengikuti xtvt mcm tu..seronok walaupun kejang betis,paha...

azza_irah berkata...

Kamsiah..
bertapa mencari diri..hehe..
sesekali beriadah kak..nak g jauh2 kos nya tinggi..kita g masuk hutan je lah..bermesra dengan alam.. :)

ietams berkata...

salam kak,
lame betul akak menyepi
welcome backkk

azza_irah berkata...

ietams..
tkasih yang..doakan akak kuat utk terus berblog..hehe..
rindu semua rakan dulu..

Unknown berkata...

waaa. blog mokcik dah hijau laaa

azza_irah berkata...

Shifu..
waaa pokcik...comei dok..?
ijau ni sementara...lum ubah sepenuhnya..tak sabar nak berblog..umah lum siap renovate pun masuk duk gak..hehe...