Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

1 Mac 2011

Cikgu bukan nak mengorat Rafie laaa...









As Salam..

Lokasi : Kelas Pendidikan Khas
Situasi : Menulis BRM utk esok..
Watak : Cikgu dan anak murid..

Cikgu A : Hashila ada tak..
Saya : ada...jap..(menoleh ke kiri..ternampak Rafie...)
Ustazah Hashila ada tak..,bgtau Cikgu A nak jumpa..
..terkebil-kebil Rafie memandang sy dari jarak 50meter..sambil sebelah tangan menutup muka..

Saya : Ustazah Hashila ada takkkk...(sy mula rasa berangin..)
sy tunggu seminit...dia masih tak bangun dan tak bersuara langsung...terkebil-kebil..
Saya bangun...dengan pantas dia bangun sambil menutup muka...senyum tersipu-sipu ..menapak ke arah Ustazah Hashila dan beberapa orang guru lain..
sendeng sendeng...rapat-rapat gesel antara kerusi dan almari di belakang Ustazah... akhirnyaa....gelungsur masuk bawah meja sambil menutup mata...!!

Saya : RAFIEEE!!! Bangun sekarang...bgtau Ustazah skrg Cikgu A nak jumpa..
...dengan punggung tertonggeng...masukkan kepala ke bawah meja..kedua tangan menutup muka... (sayang sy tidak sempat hendak mengambil gambarnya tertonggeng seperti entry yang dulu)

Saya : Rafieeee...bangunnnnn...jangan mengadaaa ngadaaaa laaaa....
sy mula rasa geramm...
PAPPP...!!!...di punggung nya yang tertonggeng!!
Sedikit pedih di tapak tangan..tak juga berdiri...termendap di bawah meja.

Cikgu2 lain pakat masuk campur...

Cikgu B : ini cikgu laahhh...Rafie..bukan kawan Rafie...
Cikgu C : Rafie jangan mengada laa...napa jadi camtu tah..
Cikgu D : dengan Kak Irah memang dia takleh...sampai tak buat keje...
Cikgu E : makin melampau laaa dia...
bla bla blaaaa...

Itulah Rafie.
Itulah Rafie yang punya ke'malu'an yang sangat besar pada sy !!
Dia sangat2 malu pada sy. Entah kenapa jadi begini.
Sy pernah entrykan kisah MALU RAFIE ini di sedetikhati pada 22 Oktober 2010 beserta dengan gambarnya. Bagi yang mengikuti perjalanan anak-anak istimewa ini tentu pernah baca entry itu, bagaimana dia tak keluar2 dari bawah meja kerana malukan sy....haishhh..

cikgu bukan nak mengurat Rafie laaaa...aduiii...


~gambar dari entry Indah Bersamamu 22 Nov 210..


Sy tidak dapat mencari jawapan sebenarnya kenapa Rafie malu dengan sy, tidak dengan cikgu2 lain. Wahhhh...cikgu comeiii ke Rafieeee....iskkk..

Sudah 2 tahun masalah ini berlanjutan. Tiap kali sy memandangnya, dia akan tersipu-sipu lalu menutup muka. Jika sy tegur atau menghampirinya, haaa...ke bawah meja lah dia, menyorokkan muka dengan punggung tertonggeng.

~lagi gambar dari entry Indah Bersamamu..


Rafie baru berusia 10 tahun, darjah 4. Berada dalam kategori Perkembangan Lewat.
kumpulan Bijak(kumpulan 2) dalam kelas kami. Berwajah manis, mampu mengurus diri dan antara murid yang boleh diharap di dalam kelas. Banyak program Pusat Kokurikulum Penang telah dia hadiri mewakili sekolah seperti ke Langkawi dan Putrajaya.


~Program Pendidikan Luar Pendidikan Khas di Langkawi ..2010..


Kerenahnya memang mencuit hati walau kadangkala naik angin juga sy dan cikgu-cikgu lain. Segala tekanan dan penat hilang melihat aksinya, namun sy tahu ia satu tabiat yang tidak elok untuk dia. Sekarang tidak mengapa kerana dia malu pada sy..CIKGU nya...namun di hari muka..?

Lagipun, anak istimewa kebanyakan nya mempunyai nafsu tanpa dilindungi akal. Akal mereka lemah dan singkat. Inilah yang harus dibendung dari awal.
Sikap ini perlu dikikis kerana Rafie semakin membesar dan meningkat remaja. Dia harus ada keyakinan dan tanggungjawab pada diri. Dia harus berani. Rafie harus dididik agar menjadi 'cerdik' membezakan antara individu berlainan jantina, antara batasan seorang guru dan murid.

Jenuh sy tegur secara profesional(seorang guru), tidak berjaya. Nasihat dari guru lain juga tidak diendahkan. Seolah-olah sy cuba mengoratnya !! ermm...

Mungkin kerana anak ini murid istimewa, tahap pemahaman dan dan proses kognitif mereka terhad. Tahun ini sy tidak mengajarnya, dan sy rasa itu satu kesyukuran dan kelegaan yang teramat buat Rafie dari terus menahan malu tatkala melihat kelibat sy.

Hati sy tersenyum. Namun hati sy juga bergetar. Mengapa sampai begitu sekali beliau malu pada sy. Sungguh-sungguh hairan. Ngorat betul-betul kanggg....!!



info :
  • Perkembangan Lewat
  • Kerencatan akal ringan-bagi pembelajaran yang memakan masa selama 12 bulan, kanak-kanak ini dapat menerima 9 bulan pembelajaran dan mungkin ketinggalan 3 bulan lagi pembelajaran.
  • Pencapaian kemahiran 3M rendah
  • Tidak suka diberi tugasan yang banyak


~Usah mengeluh apabila anda dianugerahkan cahayamata yang 'istimewa'. Anggap mereka adalah hadiah teristimewa buat anda dan bukan bebanan. sungguh bertuah kerana anda menjadi salah seorang penerimanya. Jika betul cara membimbing dan menjaganya, ia tidak sesukar yang anda fikirkan~

~K.A Razhiyah~
Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan
Anugerah Guru Khas Kebangsaan sempena Anugerah Sinar Bestari 2005



..mereka hadiah..
..sy bangga sy seorang guru..

Lentur..Sentuh Perasaan..






As Salam..


Ikhlaskan akal, idea, budi, tenaga dan masa.. insyaAllah kemenangan dan yang terbaik untukmu kelak..

Ungkapan ini sy terbaca tadi..di satu laman blog motivasi(lupa pula url nya). Terima kasih kepada tuan blog jika anda atau sesiapa yang pernah terbaca.

Ungkapan itu buat sy berfikir jauh, merenung diri. Terasa kerdil..jauh..kecil.
Terasa diri alpa dan penuh kekhilafan. Bagaimana hendak sy tinggalkan dunia ini dengan diri yang serba kekurangan. Secara tiba2 perasaan takut dan ngeri meresap ke dalam diri. Siapalah kita utk selamanya menongkat langit..

Itu hanya intro..utk muhasabah diri.
Ini yang utama... :))

Sebenarnya sangat lama sy tidak memasukkan entry anak-anak istimewa ini. Entry terakhir agaknya dah hampir setahun yang lalu. Bukan mengabaikan mereka, sebenarnya terlalu banyak entry yang tidak sempat dimasukkan. Kekangan tugas jua amanah, juga kekangan emosi yang pasang surut tidak menentu.

Namun kali ini...jum kita saksikan kehebatan anak-anak ini. Siapa sangka anak yang dhaif, jalan terhincut-hincut, lambat dan perlahan kemampuan mental dan fizikal, punyai pelbagai masalah ini mampu melakukan aktiviti lasak yang bukan semua kita yang normal mampu lakukan. Kuasa Dia tidak terjangka kan..


Terapi Pergerakan Kreatif..
Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.


~pemanasan badan oleh JU Nora..



~flying fox oleh JU yang berpengalaman..

~Yun Ying ..Down Sydrom..sy dukung dr bawah hingga ke puncak menara..dan terbang melayang pair bersama nya..

~petak kiri ~Hanis~ menangis dan meronta ..akhirnya berjaya jua..

~memanjat tembok..









hebat..
mereka sgt hebat..
siapa kita utk menidakkan kehadiran mereka di bumi Tuhan..
dari segumpal daging..lebur di tanah juga akhirnya kita..




telah banyak sebenarnya info berkenaan TERAPI yang sy masukkan ke entry2 terdahulu...
disini sy selitkan sedikit lagi sebagai info bersama..


info Terapi :

Mengikut kamus perubatan Mosby (2001), Terapi ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan untuk mengembalikan fungsi badan secara normal.

Dalam konteks pendidikan pula, terapi ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

Konsep Terapi dalam Pendidikan Khas

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam terapi akan dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kaedah-kaedah dalam terapi akan dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor.

Keperluan Terapi dalam Pendidikan Khas

~Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

~Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

~Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan keidupan seharian

~Merangsang minat untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.





~dulu-dulu kita merangkak...bila terbang tinggi kita mendongakkan kepala..
..kadangkala hendak tergelak bila mendengar, membaca dan memerhati..
biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.. pengalaman itu guru..sejarah dan tertera..hakikat itu cukup mahal..:))


2 Feb 2011

Saya yang cuai..


Salam..

Cuti baru-baru ini sy berpeluang ke Bangkok secara backpackers bersama abg dan dua orang teman menaiki Tren 36 Ekspress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok.

Gembira, excited dan tentu sekali mengujakan kerana ini kali pertama ke sana. Segala persiapan dan kelengkapan diteliti agar tiada yang tertinggal. Berkali-kali dibelek, diteliti list yang dibuat, sy benar-benar berpuas hati.

Tentu sekali yang paling tidak sy lupakan adalah mypinkish..IXUS 95 IS. Walaupun abg membawa Nikon D90 nya, yang tentu sekali focus utamanya adalah sy, namun sy tetap tidak pernah meninggalkan mypinky..setia menemani di dalam handbag ke mana pergi..hatta ke sekolah.

8Dec ..bermulalah perjalanan kami ke Stesen Keretapi Butterworth…Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok. Mengujakan apabila dua orang teman sibuk merakam foto kami berempat berlatarbelakangkan stesen keretapi ini. Saya juga tidak manu ketinggalan. Mengeluarkan mypinky dengan rasa teruja untuk merakam detik-detik indah sebelum memulakan perjalanan selama 23 jam.

Bila saja mypinky dipetik…


Adesss…tiada memori kad!

Betapa cuainya saya…rupanya memory kad masih lagi terselit dalam lappy di rumah. Apa lagi nak dikata…terkilan benar rasa di hati kerana itu adalah gajet yang penting, yang tidak pernah sy tinggalkan selama ini..

Akhirnya..menumpang D90 abg (yang sememangnya gambar sy beratus..hiks..)..juga kamera dua teman yang ikut serta.

Untuk diri sendiri..memang satu pengajaran.

yang pasti..biar pun memori itu tidak dipetik jari saya untuk diabadi di kad memori...namun memori itu indah dan utuh terpahat..kemas terakam di minda..

~menaiki Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok...23 jam..


~Floating Market yang terbesar di Thailand...Damnoen Saduak, Bangkok..

~Pasar Chatuchak...
pasar terbesar yang mempunyai bilangan gerai melebihi 5 ribu..jenuh..


~Khoa San Road..tempat yang sangat popular di kalangan backpackers dunia..
..menginap di Ben's House, Khoa San..


~Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok..



Bangkok sangat menggamit sy untuk kembali ke sana...
insyaAllah..satu hari nnti..pasti akan sy jejaki lagi..

**Catatan lengkap perjalanan kami boleh dibaca di mytripadventure dan gambar-gambar boleh dilihat di Facebook sy..


Haiku:
Hua Lamphong sepi
bawa ku dalam mimpi
memori hilang



..3.57am..napa mata takleh lelap..


27 Nov 2010

Zahirkan Cinta Royal Belum..

Salam..



Nostalgia menyusuri Royal Belum (seluas 29,0000 hektar) melalui Tasik banding memang merupakan pengalaman yang sangat indah. Mata terpegun dengan panorama alam ciptaan Tuhan. Menakjubkan pabila dapat mencumbui alam yang masih hijau segar tanpa dinodai nafsu manusia.

Taman Negeri Royal Belum yang berada di Lembah Belum, Grik, Perak telah diwartakan sebagai Taman Negeri oleh Kerajaan Negeri Perak sejak 17 April 2007. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh The Star pada 9 September 2003, nama BELUM diilhamkan daripada bunyi belum, belum, belummmmmmm!! yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Wah..sangat unik cara hutan ini mendapat nama :)




Sempat sy melayari internet, terpaku apabila mengetahui usia Royal Belum dianggarkan 130 juta tahun. Wahh... lebih tua daripada kewujudan hutan Amazon. Ini menjadikan kawasan yang bersempadan dengan Thailand ini kaya dengan kepelbagaian biodiversiti. Hutan ini sering menjadi buah mulut di kalangan pengkaji dan penyelidik yang tidak jemu-jemu menerokainya dalam usaha mencari penemuan baru. Terasa sangat kerdilnya diri ini, namun syukur dipanjat kepadaNya kerana berpeluang melalui proses merasai, menyentuh dan melihat sendiri hutan yang penuh misteri ini dalam usia dan tenaga yang masih bersisa.




Menaiki boathouse kepunyaan PakLong dengan sewa sebanyak RM1700 untuk 2H1M, sememangnya merupakan pengalaman pertama yang sangat mengujakan bagi sy. Ditambah dengan ahli kumpulan seramai 31 orang yang sangat 'gila2' dan sekepala, menjadi kan boathouse 4 bilik ini tidak pernah sunyi dengan gelak ketawa dan kutukan mengusik. PakLong dengan segala pengalaman dan kemahiran bertahun mengendalikan bot ini, hanya tersenyum simpul tiap kali gelak kami memecah damai hutan Belum.

Perjalanan kali ini benar2 santai dan relax. Memerhati kehijauan air tasik, dengan tunggul kayu-kayu balak yang masih bersisa di permukaan tasik menjadikan suasana cukup hening dan damai. Sungguh sy lupa seketika segala yang membelenggu dan merantai hati, hilang resah dan bebanan kerja yang menanti...terasa lapang hati dan fikiran. Suasana ini mengimbau kembali ingatan sy kepada Tasik Kenyir yang suatu ketika dulu menjadi tempat mencari damai dan tenang.


..boathouse berlabuh di pinggiran Sungai Kejar..


Mudik ke hulu tasik sehingga ke Sungai Kejar, menjadikan diri terasa sarat dengan rasa syukur dan memuji Ilahi. Sejuk dan redup tumbuhan menghijau, langit yang kebiruan, kesegaran udara dan kedinginan air tasik menjadikannya satu tempat yang sangat istimewa dan berbaloi untuk dikunjungi. Tidak salah sesekali anda membawa family ke tempat2 begini ..mengenali khazanah alam, membiarkan tubuh dijamah kemesraan dan kesyahduan hutan belantara. Pasti keterujaan dan kagum terbit di hati anda melihat betapa kayanya bumi ini dengan sesuatu yang langsung tidak terlintas di kotak fikir kita. Inilah terapi minda yang sebenar-benarnya..

Walaupun kadangkala anda akan hampa seperti pemancing2 profesional dalam kumpulan kami yang langsung umpannya tidak dikuis ikan..!!...hikss...tetapi hampa dan sesal itu perlu datang sesekali dalam hidup kita kan...demi sebuah kematangan dan kekentalan...agar suatu masa nanti jika tiba2 kita rebah dan sakit, kita bisa bangun dan kuat semula.. :))

So, apalagi...rancang lah percutian terindah anda sekarang..!!


mencuba nasib kut-kut umpan ku diminati..hikss..


..ceria di hati ceria di wajah..


sedikit info Royal Belum:
Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan.

anda boleh layari di sini untuk info yang lebih terperinci mengenai Royal Belum..
~ Royal Belum 1..
~ Royal Belum 2..
~ Royal Belum 3..
~ Royal Belum 4..




~sangat banyak entry tertangguh dek kealpaan masa lalu..~
~juga sangat banyak sesuatu yang tertinggal dek kesibukan yang akhirnya tidak menjanjikan hasil yang manis..
~alhamdulillah masih diberi peluang utk berpijak di bumi nyata hari ini..~
~alhamdulillah masih punya detik waktu utk menyatakan..betapa aku masih lagi aku yg dulu..~

15 Nov 2010

Perjalanan Himpunan Pengalaman : Kinabalu Cinta Kita..




Salam..


~teruja itu ada dalam diriku..


Terkedu...takjub!!
Hati teruja.

Perasaan melonjak jauh tinggi di awangan. Alhamdulillah. Selama ini hanya anganan indah dalam mimpi...akhirnya bertukar menjadi realiti. Usaha selama ini berbaloi. Dia Maha Pemurah. Memudahkan jalan hambaNya yang berusaha.

Sy terpaku, dan lebih tepat sy terkedu.
Seakan tidak percaya kaki ini menjejak puncak igauan para pendaki.
Sungguh indah ciptaan Tuhan, sungguh agung lagi mengagumkan. Bagaimana harus disusun bait bicara...tidak terluah dengan kata-kata, tidak tergambar dengan rakaman mahupun dokumentasi. Ianya jauh meresap di sanubari..meniup perlahan semangat di jiwa.

Sayup mata memandang hamparan batu maha indah. Kesejukan tahap beku dan keletihan teramat hilang semerta apabila disajikan dengan kehebatan fajar yang mula mengintai. Merah menyerak fajar subuh mengundang sendu yang teramat di hati. Terasa ingin sy hentikan masa...sangat-sangat indah. Perlahan-lahan merah bertukar sirna...alam menjadi cerah berkabus...makin kelihatan saujana hamparan batuan, bergumpalan awan yang berada lebih rendah dari diri. Erm..inilah pengalaman...inilah sebahagian dari hidup...inilah kebenaran hakikat alam...subhanallah..

Tentu sahaja solat subuh sujud kepada yang Satu di hamparan ini menjadi satu kenangan yang cukup indah. Kebekuan air di lopak2 batu benar2 mengujakan. Berhenti sejenak menginsafi diri dalam kegembiraan mengejar kepuasan diri..terasa betapa kerdilnya diri dalam alam ciptaanNya. Siapalah kita untuk menongkat langit...


~sesungguhnya tenang itu satu terapi..


Kaki sudah sangat lemah sebenarnya, melangkah setapak demi setapak. Namun sokongan moral meniup semangat daripada abang dan rakan-rakan sekumpulan, begitu jua para guide terus memberi keyakinan kepada sy. Sesungguhnya kekuatan mental sangat penting.

Melangkah dalam kebekuan menahan gigil...sayup kedengaran sorakan kegembiraan di telinga. Hati semakin berdebar. Bercampur baur keletihan dalam keterujaan. Makin teruja bila nama dilaung dari puncak oleh rakan-rakan yang telah sampai. Melawan kelesuan, langkah dipercepat.

Berbalam di depan...
hanya 2 patah yang terdengar seakan diri berbisik sendiri di saat itu..
Ya Rabbi...
alhamdulillah..
airmata gugur..

Terdengar esakan disebelah, sy menoleh..seseorang yang sama2 berusaha dan bersemangat spt sy sedang menyeka airmatanya yang mula menitis. Sungguh sy terharu. Besar sungguh kuasa Mu Ya Tuhan..


~terima kasih..


~tidak pernah melepas diri dalam saat sukarku..


Syukur ..
Akhirnya kami (20 orang) berjaya menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di Asia Tenggara. Bukan untuk merasa bangga tetapi ini adalah untuk diri. Teruja, memang sangat2 teruja. Dapat sy lihat kegembiraan di wajah setiap seorang dari kami. Malah ramai antara kami yang menitiskan airmata, terutamanya bagi yang pertama kali menjejak kaki ke sana..

Abang tersenyum melihat sy. Ucapan tahniah dari beliau di puncak sy terima dengan syukur. Beliau tahu yang kegembiraan sy tidak terucap sebenarnya kerana berjaya ke puncak tanpa sedikit pun 'ditolak' dan 'dibantu' oleh beliau (beliau dan beberapa org teman sekumpulan sudah berkali smpai ke puncak ini dan jika diizinkan akan sampai lagi dalam Mac tahun depan) Bak kata seorang teman..Khairul takpe lah..sijil Kinabalu leh buat koleksi dah..hehe..

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang ini sementara masih terdaya. Sememangnya kejayaan ini kejayaan bersama, kejayaan berkumpulan hasil dari sepakat dan kerjasama yang sangat utuh.

Keriangan dan kepuasan kami tergambar melalui foto-foto dibawah. Terakam detik indah yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup. Benar kata orang..saat indah jangan diabai..peluang jangan dipandang lewa...kelak bila ia berlalu, jiwa anda akan kosong dan lesu. Sekurang2nya, saat2 ceria ini terabadi disini...impian indah yang kini dalam genggaman..
(foto2 lain juga boleh dilihat di FB sy..)



~akhirnya...syukur alhamdulillah..


~rakan-rakan yang berkongsi kepuasan dan kebanggaan..



~ku temui damai..


~kejayaan bersama...sayang anda semua..!!!


~perjalanan turun..airmata dah menitis kerana kuku kaki sangat sakit..


~airmata menitik2 dah waktu ni...haisshhh..


Kami tidak menempah tiket ke percutian mewah, diatur dan dilayani, melabur wang ringgit lalu mengabdi diri di tempat2 tersohor dunia. Cukuplah kami pergi dengan kudrat dan daya usaha...bermandi peluh dan hujan. Mendekati alam di bumi sendiri yang sememangnya tidak kalah dengan mercu-mercu tanda lain di dunia. Disinilah kepuasan yang sebenar...

Setiap seorang dari kami membawa pulang pengalaman yang sangat hebat. Masing-masing punya kisah tersendiri yang bakal dikenang sepanjang hayat. Yang pasti akan kekal di jiwa. Gambar hanya satu dokumentasi, bukti kita berada di lokasi, tetapi mengalami sendiri...tidak semua orang bertuah dan 'mampu'. Menguji diri, menguji hati. Setiap dari kami merasai kesannya. Jika diizinkan Ilahi..insyaAllah ingin lagi kaki ini menjejak ke sana. Moga termakbul impian di hati..




Perjalanan Himpunan Pengalaman...disini..Kinabalu Cinta Kita ku semai..berlangit maha tinggi, berpasak bumi maha utuh..sesungguhnya..inilah pengalaman terindah..dikenang sepanjang hayat..seusia zaman..


Status FB..
..apa yang ada pada hari esok...15 November...
...sekadar membilang hari..
..Aidiladha di Penang atau Kelantan...?...~dilema...





5 Nov 2010

Perjalanan Himpunan Pengalaman : Ku Cabar Kelesuan..

Salam..

Jum..
kita berusaha untuk diri.. :))


Kembali mencari diri..mendekati alam..
mencari sesuatu yang telah lama hilang dari diri..
sesekali mencabar diri..mengikut rentak waktu..menyusuri alur berliku..
sesekali mencabar diri..menguji kuatnya hati..mengetuk kekuatan emosi..




Dia tahu kuatnya kita..
Dia tahu lemahnya kita..
Dia sekadar memberi..
Terserah kita bagaimana merealisasi..




Langkah disusun hati berirama..
Selari segala mengikut fitrah..
Pasti termakbul harapan sukma..
Berteras jujur impian terarah..





....diamku sebenarnya sukar..
muhasabah hati mencari letakduduk diri..
..sukarnya menggenggam sekeping hati..


20 Okt 2010

Puncak Brinchang ..Azza Beku..

Salam..

..muhasabah diri dari puncak Brinchang 14 Feb 2010...


Berapa kali dalam setahun kita duduk menikmati, menghayati dan menanti matahari terbit..?
Sanggupkah kita bangun sebelum fajar menyinsing semata-mata ingin menyaksikan keajaiban dan anugerah terindah ciptaan Ilahi ini?

Berapa kali dalam setahun kita sanggup masuk ke hutan lena bertilamkan tanah..?
Sanggupkah kita berselimutkan langit dan menahan sejuk alam yang menggigit di kala malam..?

Berapa kali dalam setahun kita melihat embun di hujung rumput..di hujung ranting..?
sanggupkah kita menahan diri di bawah rimbunan daun lantas menggoyang dahan tersebut agar jatuh titisan embun yang dingin itu ke badan kita..?

Sesungguhnya..inilah satu anugerah..
yang kadangkala kita alpa..
yang kadangkala kita leka..


matahati patut menilai dan menghayati...terbit fajar hingga menyerak cahaya..itulah MASA yang kadangkala kita tak pernah sedar..


..cahaya menerangi alam...segenap alam makhluk mula membuka mata demi sebuah amanah..


..tidak salah sesekali menghidupkan unggun api..mengimbau susah perit orang dahulukala..


..tidak salah sesekali bermesra dengan alam...menikmati bunyi cengkerik dan riang-riang berpadu...


kita menilai apa sahaja di aras mata..kita lupa mendongak tinggi memandang hebatnya hamparan langit tiada penghujung.
kita menilai apa sahaja di aras mata..kita lupa menunduk memandang rumput yang hijau berkilauan embun tatkala malam mula dingin membeku.
kita menilai apa sahaja di aras mata..kita lupa kelam gelap malam membawa kisah, dari tanah kita datang dan tanah jua persemadian terakhir..
di saat ini lah..penyesalan tiada lagi makna...



sedikit info mengenai Puncak Brinchang..

Gunung Brinchang yang terletak di Cameron Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 2,032 meter (6,664 kaki). Ia merupakan puncak bagi Cameron Highlands. Terdapat sebuah stesen radio di atas puncak Gunung Brinchang.

Jalan masuk ke sana melalui Ladang Teh Blue Valley. Ada jalan tar menuju ke puncak Gunung Brinchang.

Gunung Brinchang mempunya hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterkarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.



..serahkan hati kepada Allah..
..dari Dia kita datang..kepada Dia kita kembali..


**blog sy adalah hak sy..dokumentasi peribadi kehidupan sy..
..tolong 'pergi' dari kehidupan peribadi sy!!