Hati-hati yang berdetik..

1 Jan 2011

1111... ~..kanda lupa cinta dinda seagung maya..~

Salam..


Pada suatu masa dahulu,
Di waktu kesetiaan,
Maruah dan kedaulatan padu,
Penghujung kurun ke-15 di Tanah Melayu,
Menebari kegemilangan ke segenap penjuru...

Melaka terkenal indah perkasa,
Memberi perlindungan pada yang meminta,
Di tika inilah kisah bermula,
Di Timur Jawa gelora melanda...

Merentas samudera, membelah gunung,
Sebuah cerita cinta yang agung...


“Kanda lupa cinta dinda seagung maya” – Hang Tuah

“Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” – Gusti Putri

“Masih kecil berbanding cinta dinda!” – Hang Tuah

“Tapi kanda ke mari juga” – Gusti Putri

“Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga” – Hang Tuah

“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” – Hang Tuah

“Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama ” – Puteri Gunung Ledang

“Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi” ~ Hang Tuah

“Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang..Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama” – Hang Tuah

“Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran…Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu..Bunga berkembang..bumi luas aku seorang…

“Kalau nak menurut biar berakal,kalau mengikut biar pintar”
(Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang)

“Kesemuanya hamba susun supaya rambut yang ditarik, tepung tidak berselerak. Semua hati di Melaka ini hamba jaga” ~ Dato’ Bendahara

“Bumi di Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya dirasa” ~ Sultan Melaka




..tiap patah penuh bermakna.
tiap patah merantai langkah
tiap patah maksud terkandung
tiap patah mengundang hati yang luruh..


Haiku:
ku cari damai

kuntuman hari baru

ku masih setia




..selamat tinggal 2010..
we had our great times..
we shared our tears and joy..
..selamat datang 2011..
..episod kesetiaan insan di muka bumi..


11 ulasan:

IMANSHAH berkata...

lama sungguh tuan tanah menghilang diri..sungguh puitis kata2mu itu

azza_irah berkata...

Imanshah..
tidak menghilang diri..sekadar melihat dari jauh..mencari idea juga diri...
tkasih kerana masih sudi mengunjungi.. :))

ummu berkata...

cinta itu indah
cinta itu juga pahit bak hempedu
cinta itu pengorbanan
meski seringkali pengorbabanan tidak dihargai,
cinta hati kan terus segar mewangi
kerna cinta ini cinta sejati

azza_irah berkata...

ummu..
benar..
cinta itu memberi tanpa pinta balasan..
cinta itu melepas tanpa ikatan..

tkasih kerana masih sudi singgah di sedetikhati.. :)

Cikgooden berkata...

selamat thn baru azza...moga tahun baru, lebih tabah dan suksess

azza_irah berkata...

CikgoOden..
tkasih..selamat tahun baru juga buat demo...moga kita sama2 berubah ke arah yg lebih baik dan 'dewasa'..

Encik NoRT berkata...

‎"Nilai PERSAHABATAN Tidak akan CAIR di musim panas,Tidak akan BEKU walau di musim dingin,Tapi akan senantiasa MEKAR walaupun bukan di musim bunga, Hargailah sebuah PERSAHABATAN. SAYANGIlah bila bersama.,,MAAFkanlah bila bersalah. RINDUIlah bila berjauhan...FAHAMIlah bila keliru, NASIHATIlah bila ada kesalahan... Salam 2011...

azza_irah berkata...

En Nort..
tkasih utk unkapan yg sgt bermakna..
tkasih utk sbuah 'persahabatan'...wl sedikit tercemar lantaran sstu yg tidak disangka...
Salam Tahun Baru..

azlanlin berkata...

Selamat tahun baru..
~ Semoga keceriaan bertandang lagi di pintu hati walau sekadar sedetik hati..

azza_irah berkata...

Azlanlin..
tkasih ckgu..
Selamat tahun Baru juga..
moga keceriaan dan kekuatan milik kita semua.. :)

S90 berkata...

Itulah cara Melayu bertutur. Penuh tertib penuh atur. Sekias boleh bererti seribu makna. Seayat diucap beriring seribu bunga.

Sememang indahnya Melayu itu terletak pada keindahan bahasanya.