Hati-hati yang berdetik..

15 Feb 2011

Hati Berbunga..

sedikit luahan..

Terima kasih..dari PK..
tahniah..orang tak tahu kerja kita..orang ingat kerja kita senang je mengadap laptop..dari Puan GB..
terima kasih..emel dari pihak PPD..
terima kasih..personal dr Ketua Unit ICT..

Hati sy berbunga. Tidak minta dipuji, namun bila dihargai..terasa mekar kembali tunas-tunas yang telah di'bunuh' secara diam di hati ini.
Semangat yang sedikit luntur, dek tajamnya lidah tak bertulang..telinga sedikit pedih dek suara-suara sumbang..

Jujurnya, memang perasaan terkilan dan sedikit memberontak wujud dalam diri bila bermacam hal yang tak terduga timbul.
Badan keletihan, mata berpinar-pinar.
Kadangkala hati berbisik, terasa keseorangan menyelesaikan segala. Tidak seperti dulu sentiasa dibisik kata-kata positif dan dorongan..kini hanya dalam memori, terakam kemas abadi dalam lipatan yang tak akan sy benarkan sesiapapun mengusiknya. Biar ia disitu, titik.




tatkala berselirat di mata dan hati..


suara-suara berbisik..kerlingan mata yang tidak kelihatan mesra, bermanis wajah di depan. semuanya seakan lali bagi sy sejak bertahun menjalankan amanah ini. Tidak mengapa. Cuba positifkan diri, kita menjalankan amanah yang telah diberi. walau sangat terasa keletihan bersarang sejak masuknya tahun baru, mata seakan lebam, tidak ceria kerana terlalu lama mengadap lappy..mencerlung segala data yang berderet-deret di skrin...alhamdulillah..
akhirnya hari ini selesai segala..


selesai..puasnya dapat mencicah biskut 4 segi dan menghirup neskepi panas..


dan saya belajar sesuatu.
Dia Maha Mendengar kan..
akan menemani tatkala hambaNya keseorangan.. alhamdulillah..


Haiku:
Kau pelangiku
sejak mula berdata
kini kau tiada


..hati lebur dalam rindu..



4 ulasan:

Shifu67 berkata...

tak pade dengan sekut je ni.. kurang2 pun pija hat ke... baru la pade kann

azza_irah berkata...

Shifu67..

uikss...tetiba shifu data bersuara..hehe..

sekut elok utk kesihatan..pengumpulan lemak perlahan..pijaaa dokleh g..tekok melayu..

Shifu67 berkata...

errr... hatiku pun berbunga jugalah, setelah berkurun tak jenguk blog... malam ni rasa rindu pulak kat blog.

silap2 tak ingat url blog sendiri... :)

azza_irah berkata...

Shifu67..
hahaaa...jangan silap masuk bilik doh laaa...pastikan kunci di tangan utk bilik yg betul yerkkss.. :)