Hati-hati yang berdetik..

21 Ogo 2011

: Terlunas Sudah Sayang..




As Salam dan salam sejahtera;




Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya




Alhamdulillah pada petang tadi tepat jam 5.15 petang, abang telah menyempurnakan Rukun Islam ke tiga iaitu kewajipan zakat fitrah bagi tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, abang membayar zakat fitrah di Jaya Jusco Bandar Perda. Senang dan mudah bagi kami di sini, shopping keperluan raya di Jusco, singgah sekejap menunaikan kewajipan yang dituntut.

Abang mengeluarkan zakat fitrah sebanyakRM14.00 pada tahun ini untuk dua orang. Bagi negeri Pulau Pinang harga zakat fitrah ialah RM 7.

Sebenarnya zakat ini lebih elok dan afdal di bayar di tempat di mana kita mencari rezeki. Kami mencari rezeki di Pulau Pinang, jadi selalunya di sinilah tempat abang membayar zakat sebelum kami bertolak pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran.

Walaupun zakat fitrah ini lebih afdal lagi dilewatkan sehingga dekat Syawal, tapi mungkin kita akan terleka apabila lebaran semakin menjelang dek sibuk dengan persiapan dan segala keperluan raya. Akhirnya kewajipan zakat tertinggal begitu sahaja.





Alhamdulillah...selesai sudah kewajipan tuntutan agama..

sekarang...jum lah kita shoppinggg....hikss...


~kasut kegemaran itu tetap merah..tapi yang baru berwarna kuning..(sudah berubah saya..?)



..dimana pun kamu..sy tetap mendoakan yang baik-baik saja..

..kerana DIA Maha Mengetahui..


Published with Blogger-droid v1.7.4




12 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum azza, singgah sekejap sementara masak makanan sahur

alhamdullilah, en abang dh sattlekan kewajipan ya....
seminggu berpuasa ayu dh suruh en zalie tunaikan zakat..syukur, ditempat kami pun rm 7, empat orang termasuk mak mertua... jadi rm 14...

wah!!
peminat merah.. ayu tak ganti kasut, sebab tahun lepas molek lagi, maklumlah perniaga kedai makan.. hari2 sarung kasut bertutup, arahan KKM.......

Unknown berkata...

Salam Azza

Selamat berpuasa dan shopping....
Balik raya tak?

kayrol berkata...

lega rasa tertunai kewajipan....

azza_irah berkata...

Citarasa Rinduan...

ya...
walaupun kita amik waktu sunat, rasanya itu lebih baik dari kita kejar yg wajib last2 terlupa kan..

merah..?
kalau CR baca blog ni dulu2...mmg akan tahu sy peminat merah..hehee...

CR kerja di mana ya..

ada fb..?

azza_irah berkata...

Uncle Mountdweller..

Wasalam uncle..

azza wajib balik kelantan..nk raya kat penang..menangis lee..hehe..

selamat berpuasa n soping juga utk uncle..
anak2 balik nnti sure meriah kan..

azza_irah berkata...

kayrol..

Tima kasih yang..jaga sy dengan baik selama ini..sob sob..

ummu berkata...

assalamualaikum Azza
selamat menyambut aidilfitri
yang bakal menjelang tak lama lagi
semoga bahagia selalu
daripada Ummu

azza_irah berkata...

Ummu..

Wasalam Ummu.
Tkasih sudi jengah sedetikhati.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut lebaran juga utk ummu..

mmuahh...

Unknown berkata...

AZZA, SINGGAH sebelum solat tarawih..
alahai.. siapalah saya nie tak lah menawan apatahlagi ada yang istimewa...

hanya peniaga nasi campur....
dan hanya menjadi suri en zalie dan ibu kepada Nur umairah...

FB??
aduh!!
malu lah..
hanya biasa2 sahaja..

azza_irah berkata...

Citarasa Rinduan..

Manusia sama di sisi Dia. Siapalah kita untuk membatas kan kedudukan dan status.

Sy juga manusia biasa2 CR..
salam CR sy sambut dengan berpalang dada, moga ukhwah terjalin setulus hati..

Yunus Badawi berkata...

Alhamdulillah.

semoga zakat fitrah itu dapat menampung kekurangan di dalam berpuasa.

Silap2 saya kena wakilkan kpd anak sulung saya utk bayar zakat sebab saya kena kurantin huhuhu

azza_irah berkata...

Yunus Badawi..

moga mata awk semakin pulih menjelang lebaran.
Jangan nnti org duk beraya awk masih terintai-intai..