Andai bicara ini mengubat rindu..
biar ia terus bertinta indah
andai bait kata ini menyulam kasih
biar ia terus berbisik...
andai sepi ini mengusik hati
biar ia berlalu pergi
kerana...
Ramadhan ini telah sampai di hujung jalan
sebulan berserah jiwa dan nafsu
hati dibesar penuh istiqamah
menawan diri melatari emosi
Indahnya..mega Syawal yang terserak
terangi alam penuh kerinduan
mengusung embun di fajar yang tenang..
memerah jingga kun fayakun...
Allah hu Akbar
takbir bergema serata alam
memanjat redha hambaMu melata
terperi syukur terserlah di jiwa
tanda kemenangan hamba hambaMu yang bersujud..
Salam Aidilfitri...
dari kami..
....dan untukmu...
andai Lebaran ini mengusik rasa..maafkan aku..
andai Lebaran ini menyentuh hati..maafkan aku..
andai Lebaran ini rindu bertamu...itulah aku...
..sehingga rapat.. ke hujung nafas mu..
..dan ia tetap begini..