Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label anugerah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anugerah. Papar semua catatan

23 Apr 2012

Luahan | Syukur PadaMu..




Dear Allah...
I want to take a minute...
not to ask for anything from YOU... 
but..
simply to say THANK YOU, for all I have.
SYUKUR ALHAMDULILAH...




7 Mac 2012

Anugerah Hebat..





Situasi 1(pagi) :
..sy dibantu oleh seorang sahabat 'biasa-biasa' ...
dengan pertolongan yang sangat kecil baginya..

Situasi 2(tengahari) :
..sy dibantu sekali lagi oleh seorang sahabat yang juga 'biasa-biasa'..
juga dengan pertolongan yang baginya sangat mudah..









Mereka tidak tahu - : 

Pertolongan 'KECIL' dan 'SIMPLE' mereka itu, amat besar dan bermakna dalam meleraikan yang sgt 'rumit' dan 'renyah' pada sy sehari-hari di sekolah...
alhamdulillah..
Anugerah Begini..terlalu Hebat Rasanya..
Terima kasih utk sahabat 'biasa-biasa' itu..
moga DIA memudahkan segala urusan kalian..





Kredit utk  @aryginanjar165 yang sy 'share' kata-kata indah ini:-

"Kita ingin bahagia?
Berikanlah pertolongan untuk orang di sekitar kita, setiap saat dan sekecil apapun. 
Cobalah... dan rasakan manfaatnya."

Salam165
@aryginanjar165
..selamat bercuti utk semua..
cuti fizikal..
cuti hati dan emosi..



10 Sep 2011

..myAS menyebar rinduku..



As Salam dan Salam Sejahtera..



Sudah lama AS wujud dihati..
..malangnya setia sy masih pada AC..

Namun hari ini...sy nekad.
AS mesti sy miliki...tanpa melupakan budi AC selama bertahun yg setia disisi..

ya...ini impian sejak 2008 utk memiliki AS..tapi waktu itu sy sudah miliki AC hadiah dr abang pada tahun 2007. 2 tahun lepas, 2009 sy beli myTosh..ada entrynya saya masukkan disini...Yang Lama, Yang Baru. Dibawah ini gambar pada entry tersebut.

..myTosh yang entah di tangan pencuri mana saat ini..



Waktu ini, AC masih berfungsi dengan baik..walau myTosh sudah ditangan, hasrat hati dengan AS tetap tersimpan. Malangnya, myTosh telah dicuri. Saya kehilangan. Entry nya ada saya masukkan disini...myTosh Tiada Lagi. Memang sy bersedih. Saya menebarkan kerinduan ini dengan AC...walau telah lama dan agak usang, namun ia sangat berjasa.Tiada hasrat utk memiliki yang baru, impian utk AS sy simpan jauh di lubuk hati.

Namun Alhamdulillah...hari ini dibukan pintu hati, dimurahkan rezeki dan diluas kan jalan. Berteman seorang sahabat, sy yakin menuju Digital Bay di Jusco. Hasrat hanya satu...AS mengubat jiwa resah...menyebar rindu yang terpendam. Impian sy tertunai...demi kebaikan semua...sy miliki AS saat ini...
Thanks God..

Ibarat status sy di FB..



Gajet baru..AS yang seksi dan slim...
..antara impian dan keperluan~..

Keperluan ~ kerja rasmi..data segala bagai..menggantikan AC..

Kemudahan ~ kerja tak rasmi..FB, blog...lebih laju, jelas dan aktif..ehekss..


..sedang berurusan...  

..myAS...menggamit rindu menyerbu jiwa...kalaulah..

  
Teman yang menemani sy ke Digital Bay kata saya melampau...
semata-mata kerana..
Dirumah sy kini...saya on9 dari 4 sumber..~AC, AS, Galaxy S dan mySonyW995
abang juga 3 sumber.. ~ Samsung PC, myHP dan Galaxy Tab..
saya bermegah megahan..? tidak...ini rezeki kurnian dia..ini anugerah.
Kami dapat dengan bersusah payah hasil keringat sendiri..dan kami nikmati.
Thanks God..

..tapi banyak gajet yang pantas dan efektif pun tiada makna...kerana sy tetap malas dan liat utk update blog....semangat melayang .. :((...!!<>....





..malangnya kita bukan lagi begitu sayang..
~redha dalam rindu terpendam..






18 Ogo 2011

: Lamaran Hati...





As Salam..




Saya terima.
Iya, saya terima Lamaran Hati itu.

Jika Lamaran ini satu peluang dan pembuka jalan, Alhamdulillah, syukur padaMu.
Jika Lamaran ini satu ujian, juga Alhamdulillah. Anugerah untuk diri dalam bentuk peluang dan ujian.

Terima kasih untuk Lamaran. Terima kasih pada teman.
InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya kerana ia juga adalah peluang dan impian saya sedari kecil. Hanya anganan kosong seorang budak kampung. Hanya mimipi seorang murid biasa di sekolah rendah luar bandar di Seberang Takir. Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Sekolah Menengah Agama Tok Jiring dan sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Berbalik kepada Lamaran Hati...
Menerima lamaran maksudnya saya kena 'mencanai' balik minda, memanjakan kembali jari jemari ini untuk terus menari dan menari. Semangat ini yang saya rasa dah lama 'mati' untuk suatu tempoh, perlu dihidupkan kembali. Kembali mencari embun untuk menghangatkan lagi akal dan jiwa yang sedikit tepu.

Mungkin ini peluang. Mungkin ini juga kesempatan terbaik yang DIA berikan setelah sekian lama saya tenggelam seolah hilang inspirasi. Siapalah kita untuk menidakkan nikmatNya, sedangkan DIA lah Pengatur Terbaik sekelian alam. Allahuakbar..kerdilnya diri ini.

Sesungguhnya Ramadhan ini satu penghijrahan.
Sesungguhnya Ramadhan ini satu rahmat.
Jika ini yang ditentukan, saya akan sahut. Saya akan bergerak. Saya akan berpindah dari sifat dan sikap lama yang telah membuatkan diri saya 'mati' dalam hidup, hati 'beku' dalam berbunga dan idea 'tepu' dalam ilham yang kian bertepuk.

Ayuh...bangkit Cikgu Azza...
Mungkin DIA hendak saya berhenti beranganan, kembali ke dunia nyata. Lakukan sesuatu untuk diri, terus berhenti dan berhenti untuk berharap seperti lagu Sheila On7 Berhenti Berharap (smileeee...)
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu


Sesekali hati terbuai. Ingin rasanya kabar ini dikongsi bersama seorang teman rapat satu ketika dahulu. Saya sangat pasti, jika beliau mendengar kabar ini, spontan reaksi positif yang saya terima :

Tahniah.
Awk memang anak murid Munsyi Dewan.
Kalau beliau tahu mesti beliau bangga.

Sangat pasti kan. Sebab Munsyi Dewan yang dimaksud kan adalah guru Bahasa Melayu saya sewaktu Tingkatan 5 dahulu di salah sebuah sekolah di Terengganu. Cikgu Nawi...kerana beliau lah saya semakin berani bermain kata. Masih terbayang setiap kali waktu rehat, saya akan menahan dan mengganggu beliau di kelas semata-mata untuk dibetulkan tatabahasa dan bertanya satu perkataan ajaib untuk dimasukkan ke dalam pengenalan karangan (sebagai markah bonus katanya). Dan akhirnya, ajaran beliau menyebelahi saya apabila saya mendapat A1 dalam penulisan Bahasa Melayu, dan mendapat A dalam Bahasa Melayu SPM.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU ..! ..kerana anda saya mahir berkeluk bahasa kini, kerana anda saya berani meluah bertinta indah, kerana anda sastera budaya warisan kita itu saya junjung sentiasa dijiwa...dan kerana anda juga saya bergelar CIKGU AZZA kini..
(..err..kerana juga....wajah anda sangat kiuttt cikgu...~)



..sy harus mencanai minda mulai saat ini..
dan rindu..?
biar saja ia begini..




6 Jun 2009

9 happy years u've given me my dearest..

salam sejahtera untuk semua..


..bunga yang dihantar oleh nyonya tu kurang sekuntum...ada sapa-sapa jumpa ke..


sudah hampir sebulan 13 mei berlalu. namun baru hari ini sy berkesempatan dan berpeluang untuk menulis entry ini setelah sekian lama laman hati ini sunyi. rindu nak berblogging seperti dulu, namun bak kata seorang teman...dahulukan yang penting..komitmen mengikut priority, jika bukan keutamaan...letaklah ditepi dulu. selesai segala yang penting..jika masa terluang, barulah kita jenguk sesuatu yang telah kita simpan ditepi itu....pasti semuanya akan berjalan lancar.

13 mei sememangnya bermakna kepada sy dan tentu sekali abg. kebetulannya tarikh ini sy harus ke pangkor berkursus dan abg jua baru kembali dari tempat yang sama setelah selesai tugasnya memberi kursus disana.

setiap kali tiba tarikh ini, sy pasti teringat pertanyaan seorang teman sewaktu zaman belajar dulu...

..' 13 mei dan 13 january...korang berpakat ke pilih tarikh beranak?..'


...ehehee..itulah namanya kebetulan dan itulah takdir..
alhamdulillah, sudah 9 tahun kebahagiaan ini sy kecapi. syukur di atas segala anugerah yang tidak terhingga. pelengkap perjalanan hidup sy pastinya..



..pilihan abg..celebrate bday nya hanya di warung .. Juru..semata-mata kerana Ketam Istimewa Paksu...

..jauh di sudut hati doa sentiasa sy titipkan agar segala yang terbaik untuk abg. diberi segala kekuatan, semangat, kekentalan, kejituan, kesihatan, ketenangan dan ketenteraman hati yang berpanjangan. terima kasih kerana menerima segala kekurangan dan kelemahan sy.





..sentiasa berdoa agar menjadi yang terbaik juga...
utk semua insan yang...
dekat/jauh..
rapat/renggang
pernah...
telah...
sedang...
akan hadir...
sepanjang perjalanan hidup ini..



10 Mei 2009

WNA1 di Puncak Sejati..Raung, Surabaya..



backdated 6mei...


Warga Negara Asing Pertama (WNA 1) di Puncak Sejati, Raung, Surabaya..



salam sejahtera untuk semua..


lamanya rasa tak update blog. banyak kerja yang harus dibereskan, ditambah dengan -dia- yang semakin menuntut komitmen yang sememangnya harus didahulukan. bila otak penat, secara automatik badan turut rasa tak bermaya. masa di rumah benar-benar berharga, bak kata seorang teman..Q time yang harus diguna sebaiknya..lantaran itu, sy guna sebaik mungkin kuantiti masa yang sedikit itu utk perkara2 yang perlu lebih diberi perhatian.


tahniah utk abg..


alhamdulillah...6 mei 2009 abg dah pun kembali ke sisi dengan selamat dari Puncak Sejati, Raung, Surabaya. kepulangannya memang sy nanti, kerana dia punca semangat dan kekuatan diri. selaut kesyukuran melihat abg didepan mata..walau terpaksa meredah gelap malam dalam hujan lebat jam pada 6 mei 3.30 pagi ke tol Juru untuk mengambilnya, hati berbunga riang.



walau tempoh 2 minggu agak lama dan macam2 yang telah terjadi, namun apabila menatap wajahnya dan gambar-gambar yang dirakam disana, apalah sangat penantian sy selama 2 minggu. jelas terpancar kepuasan di setiap riak wajah..baik secara nyata mahu pun yang abadi di lens kamera.



sy tumpang bangga apabila diberitahu 29 April 2009 group abg (7 pendaki Malaysia dibantu 4 guide Indonesia) adalah group Warga Negara Asing Pertama (WNA1) didunia yang menjejakkan kaki ke Puncak Sejati, Raung(3328m). belum ada orang asing smpai ke situ kecuali anak tempatan. butiran lanjut tentang xpdc ini boleh dilihat disini dan disini juga multily guide yang ikut serta.



..ke Kawah Ijen sebaik turun dari Raung...


tahniah sekali lagi..
sesungguhnya sy bangga..
satu anugerah..
dan bertuah..
kerana sy hadir dalam perjalanan hidupnya..
berkongsi suka duka bersama..




abg ke pangkor hari ini sehingga 13mei..
13mei sy pula ke pangkor utk data..
selisih..
13mei...?
tarikh yang disambut setiap tahun..
kita sambut apabila selisih feri nanti ye...ehehh..

..yang terbuku didada jua satu anugerah kan..

24 Feb 2009

tunas cilik..

mengacip pinang guna cekati

mengunyah sireh duduk di pangkin

amanah tergalas berbesar hati

cuba laksana sebaik mungkin

Mesyuarat Agung PIBG 2009

Sabtu 21 feb..



..angin similir dari bukit yang berpuput, buat hati makin selesa..

3 Jan 2009

dari mak long utk kak na..

esok kak na akan melangkah ke sekolah..
tahun 1 di SKB, di Kelantan.
tentu malam ni kak na tak lena tido dengan segala macam kasut, baju, beg baru..

terasa begitu cepat masa berlalu. dulu maklong tengok kak na belum boleh berjalan, kini kak na lari laju dari mak long. dulu kak na selalu minta maklong dukung kan, skrg kak na dah malu kalau balik kg sesekali mak long nak dukung..


dl kak na pernah baling hp mak long sampai pecah masa kat Kulim, kini kak na dah pandai dial no mak long utk bcakap ngn ma long. dl gigi kak na jarang2, skrg rasanya semua dah dimakan ulat...makin jarang kan kak na. sangat comei bila kak na sengeh. selalu kak na akan jerit.. mak long niiii....bila mak long kata gigi kak na sedap...sb tu ulat makan..

hari ni kak na dah besar. dah 7 tahun..ingat lagi saat kelahiran kak na dulu. bukan lagi baby yang maklong selalu dukung dl. esok kak na akan ke sekolah. mesti umi dan abah yang hantar. ataupun kak na nak mak dan abah yg anta..?..hehe..memang kak na cucu kesayangan mak dan abah, juga jadi anak saudara kesayangan mak long.

tak kisah berhabis duit ringgit semata2 utk kak na. dlu selalu airmata menitis tiap kali nak balik apabila melawat kak na masa umi dan abah kak na menetap di kulim. tiap kali umi kak na cal mak long, hati mesti berdebar2. sakitkah kak na, tak sehat kah kak na...


tapi kini alhamdulillah. sejak abah dan umi kak na mula bertukar ke kelantan, hati maklong semakin tenang. jika kak na tak sehat, pasti mak dan abah akan segera bawa cucunya utk dapatkan rawatan. sebab kasih mak dan abah pada kak na juga melimpah ruah seperti kasih sayang umi, abah dan maklong.



perjuangan kak na baru bermula. mak long doakan yang terbaik utk kak na. sesungguh nya mak long terlalu sayangkan kak na. terlalu. pada diri kak na tertumpah segala kasih sayang mak long . pernah suatu ketika dulu masa kita naik motor bersama, maklong bertanyakan kak na.


esok2 kalau mak long tua, sapa nak jaga mak long...?

dalam loghat kelantan pantas kak na menjawab..

kak na lah. sebab masa tu kak na besar dah..keje dah. umi pun jaga mak long jugak. tapi napa kena jaga maklong..maklong takleh jalan ke masa tu nanti..

syukur alhamdulillah..kerana dikurniakan Nurul Nadira sebagai tempat utk sy melimpahkan kasih syg.




sesungguhnya sy sayangkan dia..