Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan

25 Okt 2010

Ahad Beku...5.47pagi..

Salam.....myBobo..70 hari..gambar hiasan.. tidak kene mengena dengan entry..


24 Oktober..Ahad..

5.45am~ buka mata..mandi..

6.30am~ kembali lena..
pejam celik pejam celik..

1.32pm~buka mata....sayup suara di telinga..>> za...meh makan nasi...
bangun mandi..makan tengahari..

2.15pm~kembali terlena..

5.24pm~sayup lagi suara...>>za...meh makan keropok..

6.15pm~terlena balik..

7.29pm~sayup lagi......>>za..meh makan mee goreng..
bangun..mandi..makan..

8.00pm~memulakan kerja...emis, prestasi, BRM..?

11.15pm~buka lappy...fb, sedetikhati, emel...chtting...entry...sehingga lah..


sekarang...? 5.47am...
dah masuk hari Isnin..
azan dan berkumandang...

sy nak iron baju..
sy nak mandi..
sy nak bersiap..
sy nak pergi sekolah..

moga hari sy hari ini bermula dengan baik..tenang, damai dan ceria..

moralnya..
jangan lah tido berlebihan..berpada2 lah..


..nak ku bisik pada bulan..malangnya bulan malu berselindung di sebalik awan malam ini..

6 Jun 2009

9 happy years u've given me my dearest..

salam sejahtera untuk semua..


..bunga yang dihantar oleh nyonya tu kurang sekuntum...ada sapa-sapa jumpa ke..


sudah hampir sebulan 13 mei berlalu. namun baru hari ini sy berkesempatan dan berpeluang untuk menulis entry ini setelah sekian lama laman hati ini sunyi. rindu nak berblogging seperti dulu, namun bak kata seorang teman...dahulukan yang penting..komitmen mengikut priority, jika bukan keutamaan...letaklah ditepi dulu. selesai segala yang penting..jika masa terluang, barulah kita jenguk sesuatu yang telah kita simpan ditepi itu....pasti semuanya akan berjalan lancar.

13 mei sememangnya bermakna kepada sy dan tentu sekali abg. kebetulannya tarikh ini sy harus ke pangkor berkursus dan abg jua baru kembali dari tempat yang sama setelah selesai tugasnya memberi kursus disana.

setiap kali tiba tarikh ini, sy pasti teringat pertanyaan seorang teman sewaktu zaman belajar dulu...

..' 13 mei dan 13 january...korang berpakat ke pilih tarikh beranak?..'


...ehehee..itulah namanya kebetulan dan itulah takdir..
alhamdulillah, sudah 9 tahun kebahagiaan ini sy kecapi. syukur di atas segala anugerah yang tidak terhingga. pelengkap perjalanan hidup sy pastinya..



..pilihan abg..celebrate bday nya hanya di warung .. Juru..semata-mata kerana Ketam Istimewa Paksu...

..jauh di sudut hati doa sentiasa sy titipkan agar segala yang terbaik untuk abg. diberi segala kekuatan, semangat, kekentalan, kejituan, kesihatan, ketenangan dan ketenteraman hati yang berpanjangan. terima kasih kerana menerima segala kekurangan dan kelemahan sy.





..sentiasa berdoa agar menjadi yang terbaik juga...
utk semua insan yang...
dekat/jauh..
rapat/renggang
pernah...
telah...
sedang...
akan hadir...
sepanjang perjalanan hidup ini..



9 Jul 2008

mentari dan bulan..

rentak kemilau mentari
kian suram membelah merah di langit
bertatih berputar sejak azali
kerana itulah hukum yang begitu ditaati
merangkak sirna lembayung
mengerling manja sebelum berlabuh
dalam hati masih ingin menyuluh
alam melata agar tetap bercahaya

dengan sisa kudrat yang ada
sang bulan perlahan menjelmakan diri
kerana memang itu aturan alam
bersilih ganti tanpa pernah cemburu bertandang


..keazaman itu perlu..

29 Jun 2008

hukuman di hujung minggu...

salam hujung minggu...
malasnya nak turun dari katil arini. tekak rasa kering...pedih..macam nak demam aku rasa. macam2 yang datang bertubi2 sepanjang 2 hari di umah. hanya Tuhan yang tahu apa yang jadi sepanjang hujung minggu ni...seketika rasa bahagia...seketika tercalar hingga ku rasa nak pejam mata ni rapat2...nak ku lena biar semua hilang dari fikiran. biar hati ini tidak lagi terganggu ..biar lena ku memberi sedikit rehat kepada tubuh dan hati ini...sebab aku rasa penat sgt2...

dari semalam laptop ini tak ku tutup. window semalam masih tertera hingga saat aku tulis entry ini. aku pun tak tahu kenapa aku harus biarkan begitu, hati terguris setelah dibuai seketika. tgk di cermin mata masih bengkak. petang2 nnti hilanglah kut. lebam kat lengan pun dah mula nampak..semalam terkena besi masa angkut kotak..yang amat berat kotak2 buku, album n segala bagai kat stor tu. punya usaha nak amik kebaya dlm kotak...adehh...macam badut pun ada rasanya pusing kiri kanan...tepi...ermm..aku dah tak mcm dlu...lemak bermaharajalela...

bangun2 terus kemas kebaya2 yang bersepah di lantai...sb semalam aku umpama boneka kut...mencuba baju dari sepasang ke sepasang yang lain...menuruti perintah hati..yang akhirnya bila ku lihat di cermin..aku terluka sendiri..

aku selusuri blog2 yang selama ini menjadi bacaan kala aku bosan di rumah. kala aku sendiri bila hubby tiada. macam2 coretan...macam kisah yang boleh ku jadikan teladan. banyak manfaat sebenarnya blog sebegini. selain berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada, ini juga tempat meluahkan segala yang terbuku di hati. tiada siapa yang berhak menghukum kita sebenarnya.

menyentuh tentang menghukum,...siapalah kita utk menghukum seseorang. benar atau salah, buruk atau baik..tiap satu punya alasan tersendiri. tiap org punya pendapat dan pandangan yang berlainan, situasi yang berbeza. kita memandang bulan yang sama, menjunjung langit yang satu, namun situasi dan keadaan kita tetap tak sama. hukuman yang diberi sebenarnya boleh menjarakkan dia dari kita secara tidak langsung...diam2 tanpa kita sedari. mungkin mulut kita berkata tidak, tetapi sebenarnya itulah yang sedang kita lakukan. menolak dia hingga rapat ke dinding dimana dia tiada lagi peluang utk memperbaiki diri, membetulkan kesalahan, membina semula emosi2 yang ada dlm jiwanya. secara tak sedar..kita membunuh jiwa dia, merobek hati dia...sehinggakan kita boleh buat dia tersungkur rebah kerana tiada sokongan emosi dan moral. sebaik mana pun kita...setinggi mana pun pelajaran kita..sekaya mana pun kita..kita tetap insan biasa. Tuhan tetap menerima taubat umatNya yang mahu membetulkan kesilapan. peluang diberi supaya kekurangan dan kekhilafan diri dapat diperbaiki. siapalah kita utk sewenang2nya menjatuhkan hukuman pada org yang sama2 tercipta dengan kita oleh Yang Maha Kuasa. kadangkala hati menguasai fikiran. kadangkala kita berfikir dan dia berfikir dari sudut yang berbeza. jika kita rasa kecewa, letakkan kekecewaan itu sebagai penguat semangat, sebagai pendinding hati, agar kita dan juga dia sama2 boleh perbaiki diri, bukan saling mencari silap itu dan ini..

ermm..tak tahu nape aku tertarik psl menghukum..terpanjang lak menaip dari asalnya tak tahu nak tulis apa. mgkin aku pernah dihukum dan aku pernah menghukum. kita insan biasa. melakukan silap dan tersungkur adalah pengalaman yang berharga yang tak ada jual di pasar borong. tersungkur memang sakit, boleh berdarah kaki dan lutut..tapi ubat nya tetap adakan. sapu lah ubat, urutlah kaki tu..lama2 ia akan sembuh jua...

cakap psl kaki...

pagi ni nak buat air nescafe...tertumpah air panas atas kaki. adehhh...pedihnya. cuai betul aku. rasa nak nangis pun ada bila ingat aku sorang diri. cari minyak gamat tak jmpa, amik ubat gigi sapu di kaki. panas n pedih ku rasa. dah sejam sejak entry ni kutulis, kaki ku yang putih kerana bersalut ubat gigi tu masih panas dan pedih. kak tirana kata bubuh garam halus, hilang pedih katanya. takpe lah, dah ku sapu ubat gigi, rasa betul kut petua yang ku dengar dari mana ni psl sapu ubat gigi. ni lah kaki ku yang berbedakkan ubat gigi. pedih mak...rasa nak balik jmpa mak. aku rindukan mak..sb hanya mak yang fahami kita dalam dunia ni..

hehee..gamba kaki berkarat yang dh disuper impose kanan kiri depan blakang..gini le hasilnya..penuh ubat gigi..tu aku dah lap2 sket...tempek sedetikhati situ...nampak comei kan..hiksss...tapi pedihhh...

aku tertarik ngn blog resepi kak tirana...yummyyy...ada beberapa resepi yang ku kira menarik dan boleh dicuba. tapi bila pulak aku rajin ke dapur ni..hehee...baru nak berazam dan mula virus malas datang....adehhh...

aku nak makan apa arini...semalam seharian tak makan nasi...makan hati kenyang kut..hehee...membodohkan diri...hasilnya...terluka sendiri..


daaaaa....sengaja tempek gamba ni kat bawah...amik dr blog sis Tirana lagi n lagi.....dia pun beli buat koleksi..lum sempat explore katanya..hehe..aku nak g cari buku ni nnti. banyak sebenarnya minat yang telah lama ku tinggalkan sejak aku sebuk ngn duniaku sendiri. rupanya bila tersedar aku dah banyak berubah...nak ku selongkar balik stor tu..mencari bahan2 dulu yang boleh ku jadikan pengisi masa senggang jua merawat hati yang ...barangkali tercalar...? ntah..tak tahu...tak daya nak pk apa2..


..biarlah demam, dah lama tak dimanja...

27 Jun 2008

andai kau tahu..

seandainya kau tahu..
luka terbelah kerana tulus sayangku padamu..
parut bernanah kerana cintaku yang dalam..
pedih menyiksa kerana kerasmu buatku lemah..

andai kau tahu perit di jiwa..
andai kau tahu dalam nya luka
andai kau tahu apa yang ku jaga
andai kau tahu susahnya aku
andai kau tahu siapa di hatiku..

getar di jiwa adalah rindu padamu..
sebak di dada adalah sayang padamu..
pedih di hati adalah cinta yang ku tahan..
terkasar bicara kerana aku mahu jadi milikmu..

andai kenangan lalu tiada erti
andai sayangmu pudar di hati
andai cintamu telah hanyut pergi
kabarkan lah padaku
biar hanya berpesan pada angin lalu
kerana aku perlu tahu
untukku bersedia agar tidak rebah kali kedua..

hanya tuhan tahu segalanya..



..penat..terlalu penat..

5 Jun 2008

mybulan..

"intai cahaya Bulan, antara nampak biar kerinduan.."


salam...
tertarik dengan nick seorang teman yang jejakkan kaki ke blog ni...
monbulan namanya...

mon is bulan...n bulan is mon...

time kaseh kerana sudi luang bbrpa minit disini...
dan entry ini khas utk anda..
walau siapa pun ada...walau dimana pun anda berada...dan walau apa pun jantina anda...
semoga kesejahteraan dan keceriaan sentiasa melingkari hidup anda...



"walau dimanapun kita berada,
kita tetap menatap bulan yang sama"