Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label kekuatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekuatan. Papar semua catatan

8 Feb 2012

.the story.the journey.

.the story.
.the journey.




..sangat senang nak jumpa orang yang membuatkan kita jatuh,
tapi susah nak jumpa orang yang akan membuatkan kita berjaya..



..if people trying to bring u down..it only means u'r above them..


27 Jan 2011

13 januari mengusik hati..


..mengimbau entry Ah Fat episod ii...entry 15 Januari 2009..



13 januari 2009...

dua kisah di hari sama berlainan situasi. Jua mengundang dua rasa yang cukup menyentuh hati..

  • Gaya seorang aiman…

Keletahnya mencuit hati. Gerak lakunya membuatkan sesiapa saja pasti tersenyum. Sy menganggap kehadiran Amir Aiman sebagai murid baru di kelas kami adalah satu anugerah, menggantikan Fairos (Sindrom Down) yang telah melangkah ke sekolah menengah. Agak seiras dan gerak laku yang hampir sama. Sepanjang jamuan pada hari lahir sy, memang kami asyik bergelak ketawa. Aiman pantang melihat hp, pasti akan ada saja aksi yang tak disangka2. Paling disukai ialah meletakkan jari di dagu dengan muka blur seolah2 sedang berfikir. sangat2 manja…tapi kuat merajuk..larang sikit..mulalah muka masam, tak smpai seminit dia pulak yang cak cak kat kita…

Sewaktu jambangan bunga dari abg smpai, Aiman yang bersungguh nak pegang. Sy baru nak capai hp…dia yang menonong amik bunga tu minta sy snap…adehhh aiman… detik demi detik yang kami lalui..sesungguhnya mengundang rs sayang yang semakin menebal di jiwa..

  • Pedihnya Ah Fat..

Susah nak diungkap sebenarnya. Hati rasa tersayat. Dua cerita yang berbeza, hari yang sama dengan dua situasi yang berlainan. Selesai jamuan, bising2 kedengaran. Rupanya Ah Fat yang meraung. Ingatkan tangisannya seperti biasa, namun apabila didekati, darah dah bertitisan dari jarinya yang dah sedia lebam dan luka.

Paip PVC yang dimasukkan ke lengan Ah Fat (sendi-utk menghalang dia bengkokkan lengan) longgar dan menggelungsur turun menyebabkan Ah Fat berjaya menggigit jarinya sendiri sehingga berdarah! Meraung dia menahan sakit dan pedih. Erm..sepedih hati kami yang menyaksikannya. Beberapa orang guru berundur kerana tak tertahan melihat sakitnya dia, airmata bergenang. Luka akibat gigitan mengalirkan darah, mulut tak berhenti menyebut mummy…


Kematangan dan ketenangan Cek Wan (PK Khas) terserlah. Mungkin kerana beliau pernah memiliki anak istimewa yang telah dijemput pulang ke Rahmatullah. Didukungnya ah fat…dibelai dan digosok2 belakangnya. Beberapa minit ah fat kembali tenang, mgkin dapat merasai kehangatan kasih seorang ayah…

Hati siapa yang tidak pilu, hati siapa yg tidak terluka. Siapa yang memandang pasti kan berkaca mata. Ada duka yg pedih jauh di jiwa Ah Fat. Nak menyuarakan dia tidak mampu, hanya menangis meminta simpati. Sy pernah masukkan kisah Ah Fat disini dalam entry 'sebutir pasir kasih yang terluka.." Dua tahun ditinggalkan ibu, bibirnya masih setia menyebut mummy tanpa sedetik melupakan..

Jika tadi kami bergelak gembira dengan telatah aiman, wei kang, rui wen dan beberapa orang lagi murid, kali ini rs simpati dan sayu benar2 membuatkan hati menjadi hiba. Hati sy yang berbunga kerana hari ini hari lahir sy, benar2 terasa pedih.

Hati yang gembira…menerima hadiah dari abg, menerima hadiah dari teman2, ucapan2 yang tak putus2…menyambut hari lahir bersama anak2 istimewa ini..namun situasi Ah Fat buat sy terpana seketika..situasi Ah Fat yang realiti di mata benar2 menjadikan sy dan rakan2 lain terpaku. Mengenangkan Ah Fat, mengenangkan dukanya hidup seorang Ah Fat, terasa diri begitu kerdil. Terasa diri alpa seketika walaupun hari2 berhadapan dengan mereka. Mudahnya kita lupa ..sedangkan ada insan lain yang begitu menderita. Bagaimana agaknya nasib Ah Fat kelak..tuk dan neneknya sudah tua dan uzur..bagaimana nanti..

dan hari ini...15 januari 2009..

Sekali lagi Aiman menunjukkan reaksi manja dan bersahajanya yang semakin membuatkan hati sy dan guru2 lain bertambah selesa dan tercuit.

Dan sedetik dalam masa yang sama juga…Ah Fat mengulangi apa yang terjadi pada 13 januari 2 hari yang lalu. Bahunya digigit…berdarah…merah membasahi baju sekolah yang putih..
Merenung ke dalam mata Ah Fat..sekali lagi hati tersayat…kami terkedu…

tak terselam hati ah fat...tak terduga kasih aiman..

disini sy menumpang ..mencari kasih dan kekuatan mereka..

27 Nov 2010

Zahirkan Cinta Royal Belum..

Salam..



Nostalgia menyusuri Royal Belum (seluas 29,0000 hektar) melalui Tasik banding memang merupakan pengalaman yang sangat indah. Mata terpegun dengan panorama alam ciptaan Tuhan. Menakjubkan pabila dapat mencumbui alam yang masih hijau segar tanpa dinodai nafsu manusia.

Taman Negeri Royal Belum yang berada di Lembah Belum, Grik, Perak telah diwartakan sebagai Taman Negeri oleh Kerajaan Negeri Perak sejak 17 April 2007. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh The Star pada 9 September 2003, nama BELUM diilhamkan daripada bunyi belum, belum, belummmmmmm!! yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Wah..sangat unik cara hutan ini mendapat nama :)




Sempat sy melayari internet, terpaku apabila mengetahui usia Royal Belum dianggarkan 130 juta tahun. Wahh... lebih tua daripada kewujudan hutan Amazon. Ini menjadikan kawasan yang bersempadan dengan Thailand ini kaya dengan kepelbagaian biodiversiti. Hutan ini sering menjadi buah mulut di kalangan pengkaji dan penyelidik yang tidak jemu-jemu menerokainya dalam usaha mencari penemuan baru. Terasa sangat kerdilnya diri ini, namun syukur dipanjat kepadaNya kerana berpeluang melalui proses merasai, menyentuh dan melihat sendiri hutan yang penuh misteri ini dalam usia dan tenaga yang masih bersisa.




Menaiki boathouse kepunyaan PakLong dengan sewa sebanyak RM1700 untuk 2H1M, sememangnya merupakan pengalaman pertama yang sangat mengujakan bagi sy. Ditambah dengan ahli kumpulan seramai 31 orang yang sangat 'gila2' dan sekepala, menjadi kan boathouse 4 bilik ini tidak pernah sunyi dengan gelak ketawa dan kutukan mengusik. PakLong dengan segala pengalaman dan kemahiran bertahun mengendalikan bot ini, hanya tersenyum simpul tiap kali gelak kami memecah damai hutan Belum.

Perjalanan kali ini benar2 santai dan relax. Memerhati kehijauan air tasik, dengan tunggul kayu-kayu balak yang masih bersisa di permukaan tasik menjadikan suasana cukup hening dan damai. Sungguh sy lupa seketika segala yang membelenggu dan merantai hati, hilang resah dan bebanan kerja yang menanti...terasa lapang hati dan fikiran. Suasana ini mengimbau kembali ingatan sy kepada Tasik Kenyir yang suatu ketika dulu menjadi tempat mencari damai dan tenang.


..boathouse berlabuh di pinggiran Sungai Kejar..


Mudik ke hulu tasik sehingga ke Sungai Kejar, menjadikan diri terasa sarat dengan rasa syukur dan memuji Ilahi. Sejuk dan redup tumbuhan menghijau, langit yang kebiruan, kesegaran udara dan kedinginan air tasik menjadikannya satu tempat yang sangat istimewa dan berbaloi untuk dikunjungi. Tidak salah sesekali anda membawa family ke tempat2 begini ..mengenali khazanah alam, membiarkan tubuh dijamah kemesraan dan kesyahduan hutan belantara. Pasti keterujaan dan kagum terbit di hati anda melihat betapa kayanya bumi ini dengan sesuatu yang langsung tidak terlintas di kotak fikir kita. Inilah terapi minda yang sebenar-benarnya..

Walaupun kadangkala anda akan hampa seperti pemancing2 profesional dalam kumpulan kami yang langsung umpannya tidak dikuis ikan..!!...hikss...tetapi hampa dan sesal itu perlu datang sesekali dalam hidup kita kan...demi sebuah kematangan dan kekentalan...agar suatu masa nanti jika tiba2 kita rebah dan sakit, kita bisa bangun dan kuat semula.. :))

So, apalagi...rancang lah percutian terindah anda sekarang..!!


mencuba nasib kut-kut umpan ku diminati..hikss..


..ceria di hati ceria di wajah..


sedikit info Royal Belum:
Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan.

anda boleh layari di sini untuk info yang lebih terperinci mengenai Royal Belum..
~ Royal Belum 1..
~ Royal Belum 2..
~ Royal Belum 3..
~ Royal Belum 4..




~sangat banyak entry tertangguh dek kealpaan masa lalu..~
~juga sangat banyak sesuatu yang tertinggal dek kesibukan yang akhirnya tidak menjanjikan hasil yang manis..
~alhamdulillah masih diberi peluang utk berpijak di bumi nyata hari ini..~
~alhamdulillah masih punya detik waktu utk menyatakan..betapa aku masih lagi aku yg dulu..~

15 Nov 2010

Perjalanan Himpunan Pengalaman : Kinabalu Cinta Kita..




Salam..


~teruja itu ada dalam diriku..


Terkedu...takjub!!
Hati teruja.

Perasaan melonjak jauh tinggi di awangan. Alhamdulillah. Selama ini hanya anganan indah dalam mimpi...akhirnya bertukar menjadi realiti. Usaha selama ini berbaloi. Dia Maha Pemurah. Memudahkan jalan hambaNya yang berusaha.

Sy terpaku, dan lebih tepat sy terkedu.
Seakan tidak percaya kaki ini menjejak puncak igauan para pendaki.
Sungguh indah ciptaan Tuhan, sungguh agung lagi mengagumkan. Bagaimana harus disusun bait bicara...tidak terluah dengan kata-kata, tidak tergambar dengan rakaman mahupun dokumentasi. Ianya jauh meresap di sanubari..meniup perlahan semangat di jiwa.

Sayup mata memandang hamparan batu maha indah. Kesejukan tahap beku dan keletihan teramat hilang semerta apabila disajikan dengan kehebatan fajar yang mula mengintai. Merah menyerak fajar subuh mengundang sendu yang teramat di hati. Terasa ingin sy hentikan masa...sangat-sangat indah. Perlahan-lahan merah bertukar sirna...alam menjadi cerah berkabus...makin kelihatan saujana hamparan batuan, bergumpalan awan yang berada lebih rendah dari diri. Erm..inilah pengalaman...inilah sebahagian dari hidup...inilah kebenaran hakikat alam...subhanallah..

Tentu sahaja solat subuh sujud kepada yang Satu di hamparan ini menjadi satu kenangan yang cukup indah. Kebekuan air di lopak2 batu benar2 mengujakan. Berhenti sejenak menginsafi diri dalam kegembiraan mengejar kepuasan diri..terasa betapa kerdilnya diri dalam alam ciptaanNya. Siapalah kita untuk menongkat langit...


~sesungguhnya tenang itu satu terapi..


Kaki sudah sangat lemah sebenarnya, melangkah setapak demi setapak. Namun sokongan moral meniup semangat daripada abang dan rakan-rakan sekumpulan, begitu jua para guide terus memberi keyakinan kepada sy. Sesungguhnya kekuatan mental sangat penting.

Melangkah dalam kebekuan menahan gigil...sayup kedengaran sorakan kegembiraan di telinga. Hati semakin berdebar. Bercampur baur keletihan dalam keterujaan. Makin teruja bila nama dilaung dari puncak oleh rakan-rakan yang telah sampai. Melawan kelesuan, langkah dipercepat.

Berbalam di depan...
hanya 2 patah yang terdengar seakan diri berbisik sendiri di saat itu..
Ya Rabbi...
alhamdulillah..
airmata gugur..

Terdengar esakan disebelah, sy menoleh..seseorang yang sama2 berusaha dan bersemangat spt sy sedang menyeka airmatanya yang mula menitis. Sungguh sy terharu. Besar sungguh kuasa Mu Ya Tuhan..


~terima kasih..


~tidak pernah melepas diri dalam saat sukarku..


Syukur ..
Akhirnya kami (20 orang) berjaya menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di Asia Tenggara. Bukan untuk merasa bangga tetapi ini adalah untuk diri. Teruja, memang sangat2 teruja. Dapat sy lihat kegembiraan di wajah setiap seorang dari kami. Malah ramai antara kami yang menitiskan airmata, terutamanya bagi yang pertama kali menjejak kaki ke sana..

Abang tersenyum melihat sy. Ucapan tahniah dari beliau di puncak sy terima dengan syukur. Beliau tahu yang kegembiraan sy tidak terucap sebenarnya kerana berjaya ke puncak tanpa sedikit pun 'ditolak' dan 'dibantu' oleh beliau (beliau dan beberapa org teman sekumpulan sudah berkali smpai ke puncak ini dan jika diizinkan akan sampai lagi dalam Mac tahun depan) Bak kata seorang teman..Khairul takpe lah..sijil Kinabalu leh buat koleksi dah..hehe..

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang ini sementara masih terdaya. Sememangnya kejayaan ini kejayaan bersama, kejayaan berkumpulan hasil dari sepakat dan kerjasama yang sangat utuh.

Keriangan dan kepuasan kami tergambar melalui foto-foto dibawah. Terakam detik indah yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup. Benar kata orang..saat indah jangan diabai..peluang jangan dipandang lewa...kelak bila ia berlalu, jiwa anda akan kosong dan lesu. Sekurang2nya, saat2 ceria ini terabadi disini...impian indah yang kini dalam genggaman..
(foto2 lain juga boleh dilihat di FB sy..)



~akhirnya...syukur alhamdulillah..


~rakan-rakan yang berkongsi kepuasan dan kebanggaan..



~ku temui damai..


~kejayaan bersama...sayang anda semua..!!!


~perjalanan turun..airmata dah menitis kerana kuku kaki sangat sakit..


~airmata menitik2 dah waktu ni...haisshhh..


Kami tidak menempah tiket ke percutian mewah, diatur dan dilayani, melabur wang ringgit lalu mengabdi diri di tempat2 tersohor dunia. Cukuplah kami pergi dengan kudrat dan daya usaha...bermandi peluh dan hujan. Mendekati alam di bumi sendiri yang sememangnya tidak kalah dengan mercu-mercu tanda lain di dunia. Disinilah kepuasan yang sebenar...

Setiap seorang dari kami membawa pulang pengalaman yang sangat hebat. Masing-masing punya kisah tersendiri yang bakal dikenang sepanjang hayat. Yang pasti akan kekal di jiwa. Gambar hanya satu dokumentasi, bukti kita berada di lokasi, tetapi mengalami sendiri...tidak semua orang bertuah dan 'mampu'. Menguji diri, menguji hati. Setiap dari kami merasai kesannya. Jika diizinkan Ilahi..insyaAllah ingin lagi kaki ini menjejak ke sana. Moga termakbul impian di hati..




Perjalanan Himpunan Pengalaman...disini..Kinabalu Cinta Kita ku semai..berlangit maha tinggi, berpasak bumi maha utuh..sesungguhnya..inilah pengalaman terindah..dikenang sepanjang hayat..seusia zaman..


Status FB..
..apa yang ada pada hari esok...15 November...
...sekadar membilang hari..
..Aidiladha di Penang atau Kelantan...?...~dilema...





30 Okt 2010

Aku Anak Kelate...




Salam..






..congratulation red warrior..

..tetap bangga lahir sebagai anak kelate..
walau tak sampai suku umurku berada di kelate..

(..makin terasa nak transfer balik mengajar di kelate..)

..denyut..

25 Okt 2010

Gema Bersatu di Bujang Melaka..


Salam..


Pintu akal kan terbuka bila anda mendekatkan jiwa dengan alam. Berdetik hati siapalah diri kita sekadar sebesar batang lidi jika dibandingkan dengan pohon umpama gergasi di hutan rimba. Besarnya kuasa Ilahi...

Alhamdulillah, sangat bersyukur masih diberi peluang mengenal diri dan belajar menghargai tatkala diri berada di tengah belantara...terasa sangat kerdil di bawah naungan pepohon merimbun. Diserak dedaun masih sukar untuk nampak berbalam cebisan cahaya...
Ya Rabbi..indah ciptaanMu mengatasi segala..

Melangkah tenang terasa amat kedamaian mendakap jiwa. melepasi denai mengharung jeram nan dingin , menjadikan diri begitu bersyukur...alam ini masih menyebelahi kita..masih menitip damai, masih menyanyi merdu alunan rimba...masih membisikkan perjalanan ini tidak kosong....perjalanan ini penuh liku dan duri, hanya yang benar-benar tabah sahaja akan smpi ke penghujung yang bercahaya...

Gemersik geseran dedaun, juga bertingkah suara unggas rimba seakan mencipta satu irama indah nan syahdu. Penat lelah dikuatkan jua melangkah, kerana tahu di puncak sana keajaiban Ilahi sangat istimewa utk dihadap...

Amat malang bagi insan yang hanya tahu berkata, namun pabila ditingkah.. berundur menyorok, berselindung di sebalik zon selesa..tidak berani berjuang demi sebuah cita..
sewajarnya, selagi mampu dan berkudrat..takkan terlerai genggaman mimpi..selagi puncak tidak dapat ditawan..




Biarlah gambar berbicara..rasanya itu lebih elok dari kita terlalu banyak berkata, risau disalah tafsir, niat disalahanggap. Kadangkala bila melihat sendiri dengan mata kasar dan matahati lebih baik dari bicara tanpa henti...
disitu kita kan serap dengan hati budi, memandang dengan penuh erti...bahawa setiap sesuatu itu punya nilai yang sangat tinggi...


Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak..
10-11 april 2010..
17 orang..12 group Penang, 5 group Manjung.

Group Penang~Kayrol, Ust Din, Ust Azan, Rozaimi, Haizul, Salahudin, Azza, Izan, Eilah, Liana, Laili, Zura.
Group Manjung~Kodin, Hafizudin, Lah, Omm, Adik Kodin.


Anda boeh melawat mytripadventure utk mengetahui dengan terperinci kisah perjalanan kami.
..juga dapat menyaksikan panorama indah sepanjang pendakian kami di myxpdtion.multiply juga di facebook sy.

Satu yang pasti..
kerdilnya kita bila berdiri di tengah-tengah ciptaanNya yang lain..


Sedikit Info Gunung Bujang Melaka

Gunung Bujang Melaka yang terletak di Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun diCamp Lebah. DiCamp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya.


Untuk kesana anda perlu menaiki bas dan turun di Stesen Bas Kampar. Kemudian anda mempunyai pilihan samaada untuk berjalan kaki (30minit) ke Air Terjun Batu Berangkai ataupun mengambil teksi terus kesana. (sumber : pelbagai website)



..bisikku pada bulan..
kembalikan temanku, kasihku, syurgaku..
bulan..jangan biar siang..
biar malam menjadi kelam
menyanyi sepi sepertiku..



..beranilah menjadi insan yang bertanggungjawab,
bukan menjadi insan yang membaling batu
tetapi sembunyi tangan..

..andai rindu ini milikmu..rinduilah ..




22 Okt 2010

Indah Bersamamu..


Salam..

Sy sekadar menegur nya tatkala melihat beliau terbelek-belek kertas di meja seorang teman..

Sy : Rafi buat apa tu..

(beliau mendongak memandang sy dengan tersipu-sipu, lantas menundukkan kepala sehingga muka mencecah kertas di meja)

Sejurus sy bangun dari kerusi, beliau melarikan diri ke stesen nya dan terus menyorok. Aiksss...apa ke hal..


jenuh dipujuk, jenuh dirayu..
beliau tetap malu pada sy.
makin dipujuk makin jauh ke bawah meja beliau mengensotkan badan.


sebab geram beliau taknak juga keluar...sy dan kawan2 mula menggiat...

Rafi..?
Ni Cikgu Irah lah....
ckgu bukan nak menggoda Rafi tauu...
ckgu cuma nak mengorat Rafi je..

hahaaaa...

hahaaaaa....makin beliau menyorok ke bawah meja dengan tertonggeng begitu...aduhhh...

Malu kat ckgu napa..
Rafi nak kawen ngn ckgu eh...
brapa hantaran..arini tarikh comei tau...20102010...

hahaaa..

Rafi jangan malu laaa...




aduiii...cikgu Irah nak mengorat Rafi eh..

Pecah gelak kami di kelas memandang gelagatnya..

Ternyata...Rafi dan anak-anak istimewa ini tidak pandai menipu. Rasa malu, sayang, sedih, sakit, cinta dan kasih dipamer dengan tulus tanpa perlu berselindung dan berhelah. Seiringan yang wujud dihati dengan tindakan dan perbuatan. Akal seiring langkah..

Sungguh mereka sangat istimewa. Sungguh mereka dekat di hati. Keletah mencuit rasa, tingkah membuai jiwa. Sy sgt tenang, sgt senang. Segala kekusutan dan gelodak di jiwa terasa melayang. Segala yang sangat berbaur akhir-akhir ini terasa dapat dipendam seketika bila airmata hampir keluar menyaksikan gelagat anak-anak ini.



Memang telah terdetik hati sekian lama sebenarnya, sy telah mengabaikan anak-anak ini. Lantaran kekangan dan amanah lain yang telah dipertanggungjawabkan ke atas sy, membuatkan tumpuan, fokus dan komitmen sy sendiri pada anak-anak ini agak terjejas. Tambahan pula masa mengajar sy juga dikurangkan lantaran amanah yang dipegang, menjadikan masa sy bersama mereka sangat terhad tahun ini.

Bukan niat, bukan tujuan..tetapi menggalas kepercayaan dan keyakinan orang pada kita, adalah satu tugas yang cukup berat. Kita cuma manusia biasa yang kadangkala leka dan alpa sehingga terlepas pandang. Khilafnya di pihak sy..masih tidak bijak membahagikan masa yang telah dikurniai Allah,

Namun alhamdulillah..Dia sentiasa sayangkan hambaNya. Waktu minda kita terasa sangat letih, keseorangan dan terabai, anak-anak ini hadir mengukir senyum mengubat hati. Disaat kita rasa dikhianati, anak-anak ini menghulur tangan menggenggam jemari. Terasa terbang dan lapang segala resah yang bersarang. Siapalah kita untuk memungkiri janji Allah dan menidakkan kehadiran mereka yang sememangnya sangat mengusik hati dengan cara tersendiri anugerah Ilahi..?

Dia telah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. Kurang dan lebih rezeki kita telah disusun dengan penuh bijaksana. Lemah dan kuat kita Dia uji mengikut kemampuan.
Benar..kita diuji saat ini kerana kita sangat kuat ..dan Dia tahu kita mampu..





..kuatkan dan lapangkan hati kita seperti hati anak-anak ini..
..utk 'kamu'..kehadiran anda memerhati tidak diperlukan disini..dengan hormat..sila PERGI..



30 Mac 2010

..Hati Akur ..

Salam..

Terlalu lama menyepi, banyak entry yang masih di dalam draft. entah ke mana semangat menghilang untuk kembali menulis seperti dahulu. susahnya nak mengesan ke mana semangat itu terbang..mungkin sayup tinggi di awan..mungkin belayar mencari pelabuhan lain untuk berlabuh...atau mungkin terperuk didasar hati dipagari akur pada tetapan utk kembali menari di laman hati ini.

Namun walau semangat sedikit melayang...kekuatan tetap utuh bersama.
Digoyah badai angin melintang..kekentalan jiwa tetap wujud..
Insya Allah..hanya Dia yang Maha Mengetahui..
kalah di depan..jauh terselam..semangat itu tetap milikku..



bak kata seorang teman..
~sy bangga menjadi teman kamu~

ubat itu pahit tapi memujarabkan..sayangku..
gula itu manis tapi memudaratkan..manisku.....




..terima kasih kepada kamu..
..datangnya dari Dia sebagai penguji..
..kekuatan dan semangat itu tidak boleh dirampas..milik sy..abadi..




6 Nov 2009

Lari Sebentar..Pengalaman..

Salam sejahtera untuk semua,






6-11 Nov'09..

..Jum galas beg..


Lari sebentar dari cuaca sekolah..
6 hari di uji kental dan tekal hati..
langkah dihayun takkan kalah..
semangat dipupuk kekal sebati..


terima kasih kerana buktikan sesuatu..
moga tenang dan rukun sentiasa..





10 Mei 2009

WNA1 di Puncak Sejati..Raung, Surabaya..



backdated 6mei...


Warga Negara Asing Pertama (WNA 1) di Puncak Sejati, Raung, Surabaya..



salam sejahtera untuk semua..


lamanya rasa tak update blog. banyak kerja yang harus dibereskan, ditambah dengan -dia- yang semakin menuntut komitmen yang sememangnya harus didahulukan. bila otak penat, secara automatik badan turut rasa tak bermaya. masa di rumah benar-benar berharga, bak kata seorang teman..Q time yang harus diguna sebaiknya..lantaran itu, sy guna sebaik mungkin kuantiti masa yang sedikit itu utk perkara2 yang perlu lebih diberi perhatian.


tahniah utk abg..


alhamdulillah...6 mei 2009 abg dah pun kembali ke sisi dengan selamat dari Puncak Sejati, Raung, Surabaya. kepulangannya memang sy nanti, kerana dia punca semangat dan kekuatan diri. selaut kesyukuran melihat abg didepan mata..walau terpaksa meredah gelap malam dalam hujan lebat jam pada 6 mei 3.30 pagi ke tol Juru untuk mengambilnya, hati berbunga riang.



walau tempoh 2 minggu agak lama dan macam2 yang telah terjadi, namun apabila menatap wajahnya dan gambar-gambar yang dirakam disana, apalah sangat penantian sy selama 2 minggu. jelas terpancar kepuasan di setiap riak wajah..baik secara nyata mahu pun yang abadi di lens kamera.



sy tumpang bangga apabila diberitahu 29 April 2009 group abg (7 pendaki Malaysia dibantu 4 guide Indonesia) adalah group Warga Negara Asing Pertama (WNA1) didunia yang menjejakkan kaki ke Puncak Sejati, Raung(3328m). belum ada orang asing smpai ke situ kecuali anak tempatan. butiran lanjut tentang xpdc ini boleh dilihat disini dan disini juga multily guide yang ikut serta.



..ke Kawah Ijen sebaik turun dari Raung...


tahniah sekali lagi..
sesungguhnya sy bangga..
satu anugerah..
dan bertuah..
kerana sy hadir dalam perjalanan hidupnya..
berkongsi suka duka bersama..




abg ke pangkor hari ini sehingga 13mei..
13mei sy pula ke pangkor utk data..
selisih..
13mei...?
tarikh yang disambut setiap tahun..
kita sambut apabila selisih feri nanti ye...ehehh..

..yang terbuku didada jua satu anugerah kan..