Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label gunung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gunung. Papar semua catatan

15 Nov 2010

Perjalanan Himpunan Pengalaman : Kinabalu Cinta Kita..




Salam..


~teruja itu ada dalam diriku..


Terkedu...takjub!!
Hati teruja.

Perasaan melonjak jauh tinggi di awangan. Alhamdulillah. Selama ini hanya anganan indah dalam mimpi...akhirnya bertukar menjadi realiti. Usaha selama ini berbaloi. Dia Maha Pemurah. Memudahkan jalan hambaNya yang berusaha.

Sy terpaku, dan lebih tepat sy terkedu.
Seakan tidak percaya kaki ini menjejak puncak igauan para pendaki.
Sungguh indah ciptaan Tuhan, sungguh agung lagi mengagumkan. Bagaimana harus disusun bait bicara...tidak terluah dengan kata-kata, tidak tergambar dengan rakaman mahupun dokumentasi. Ianya jauh meresap di sanubari..meniup perlahan semangat di jiwa.

Sayup mata memandang hamparan batu maha indah. Kesejukan tahap beku dan keletihan teramat hilang semerta apabila disajikan dengan kehebatan fajar yang mula mengintai. Merah menyerak fajar subuh mengundang sendu yang teramat di hati. Terasa ingin sy hentikan masa...sangat-sangat indah. Perlahan-lahan merah bertukar sirna...alam menjadi cerah berkabus...makin kelihatan saujana hamparan batuan, bergumpalan awan yang berada lebih rendah dari diri. Erm..inilah pengalaman...inilah sebahagian dari hidup...inilah kebenaran hakikat alam...subhanallah..

Tentu sahaja solat subuh sujud kepada yang Satu di hamparan ini menjadi satu kenangan yang cukup indah. Kebekuan air di lopak2 batu benar2 mengujakan. Berhenti sejenak menginsafi diri dalam kegembiraan mengejar kepuasan diri..terasa betapa kerdilnya diri dalam alam ciptaanNya. Siapalah kita untuk menongkat langit...


~sesungguhnya tenang itu satu terapi..


Kaki sudah sangat lemah sebenarnya, melangkah setapak demi setapak. Namun sokongan moral meniup semangat daripada abang dan rakan-rakan sekumpulan, begitu jua para guide terus memberi keyakinan kepada sy. Sesungguhnya kekuatan mental sangat penting.

Melangkah dalam kebekuan menahan gigil...sayup kedengaran sorakan kegembiraan di telinga. Hati semakin berdebar. Bercampur baur keletihan dalam keterujaan. Makin teruja bila nama dilaung dari puncak oleh rakan-rakan yang telah sampai. Melawan kelesuan, langkah dipercepat.

Berbalam di depan...
hanya 2 patah yang terdengar seakan diri berbisik sendiri di saat itu..
Ya Rabbi...
alhamdulillah..
airmata gugur..

Terdengar esakan disebelah, sy menoleh..seseorang yang sama2 berusaha dan bersemangat spt sy sedang menyeka airmatanya yang mula menitis. Sungguh sy terharu. Besar sungguh kuasa Mu Ya Tuhan..


~terima kasih..


~tidak pernah melepas diri dalam saat sukarku..


Syukur ..
Akhirnya kami (20 orang) berjaya menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di Asia Tenggara. Bukan untuk merasa bangga tetapi ini adalah untuk diri. Teruja, memang sangat2 teruja. Dapat sy lihat kegembiraan di wajah setiap seorang dari kami. Malah ramai antara kami yang menitiskan airmata, terutamanya bagi yang pertama kali menjejak kaki ke sana..

Abang tersenyum melihat sy. Ucapan tahniah dari beliau di puncak sy terima dengan syukur. Beliau tahu yang kegembiraan sy tidak terucap sebenarnya kerana berjaya ke puncak tanpa sedikit pun 'ditolak' dan 'dibantu' oleh beliau (beliau dan beberapa org teman sekumpulan sudah berkali smpai ke puncak ini dan jika diizinkan akan sampai lagi dalam Mac tahun depan) Bak kata seorang teman..Khairul takpe lah..sijil Kinabalu leh buat koleksi dah..hehe..

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang ini sementara masih terdaya. Sememangnya kejayaan ini kejayaan bersama, kejayaan berkumpulan hasil dari sepakat dan kerjasama yang sangat utuh.

Keriangan dan kepuasan kami tergambar melalui foto-foto dibawah. Terakam detik indah yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup. Benar kata orang..saat indah jangan diabai..peluang jangan dipandang lewa...kelak bila ia berlalu, jiwa anda akan kosong dan lesu. Sekurang2nya, saat2 ceria ini terabadi disini...impian indah yang kini dalam genggaman..
(foto2 lain juga boleh dilihat di FB sy..)



~akhirnya...syukur alhamdulillah..


~rakan-rakan yang berkongsi kepuasan dan kebanggaan..



~ku temui damai..


~kejayaan bersama...sayang anda semua..!!!


~perjalanan turun..airmata dah menitis kerana kuku kaki sangat sakit..


~airmata menitik2 dah waktu ni...haisshhh..


Kami tidak menempah tiket ke percutian mewah, diatur dan dilayani, melabur wang ringgit lalu mengabdi diri di tempat2 tersohor dunia. Cukuplah kami pergi dengan kudrat dan daya usaha...bermandi peluh dan hujan. Mendekati alam di bumi sendiri yang sememangnya tidak kalah dengan mercu-mercu tanda lain di dunia. Disinilah kepuasan yang sebenar...

Setiap seorang dari kami membawa pulang pengalaman yang sangat hebat. Masing-masing punya kisah tersendiri yang bakal dikenang sepanjang hayat. Yang pasti akan kekal di jiwa. Gambar hanya satu dokumentasi, bukti kita berada di lokasi, tetapi mengalami sendiri...tidak semua orang bertuah dan 'mampu'. Menguji diri, menguji hati. Setiap dari kami merasai kesannya. Jika diizinkan Ilahi..insyaAllah ingin lagi kaki ini menjejak ke sana. Moga termakbul impian di hati..




Perjalanan Himpunan Pengalaman...disini..Kinabalu Cinta Kita ku semai..berlangit maha tinggi, berpasak bumi maha utuh..sesungguhnya..inilah pengalaman terindah..dikenang sepanjang hayat..seusia zaman..


Status FB..
..apa yang ada pada hari esok...15 November...
...sekadar membilang hari..
..Aidiladha di Penang atau Kelantan...?...~dilema...





5 Nov 2010

Perjalanan Himpunan Pengalaman : Ku Cabar Kelesuan..

Salam..

Jum..
kita berusaha untuk diri.. :))


Kembali mencari diri..mendekati alam..
mencari sesuatu yang telah lama hilang dari diri..
sesekali mencabar diri..mengikut rentak waktu..menyusuri alur berliku..
sesekali mencabar diri..menguji kuatnya hati..mengetuk kekuatan emosi..




Dia tahu kuatnya kita..
Dia tahu lemahnya kita..
Dia sekadar memberi..
Terserah kita bagaimana merealisasi..




Langkah disusun hati berirama..
Selari segala mengikut fitrah..
Pasti termakbul harapan sukma..
Berteras jujur impian terarah..





....diamku sebenarnya sukar..
muhasabah hati mencari letakduduk diri..
..sukarnya menggenggam sekeping hati..


25 Okt 2010

Gema Bersatu di Bujang Melaka..


Salam..


Pintu akal kan terbuka bila anda mendekatkan jiwa dengan alam. Berdetik hati siapalah diri kita sekadar sebesar batang lidi jika dibandingkan dengan pohon umpama gergasi di hutan rimba. Besarnya kuasa Ilahi...

Alhamdulillah, sangat bersyukur masih diberi peluang mengenal diri dan belajar menghargai tatkala diri berada di tengah belantara...terasa sangat kerdil di bawah naungan pepohon merimbun. Diserak dedaun masih sukar untuk nampak berbalam cebisan cahaya...
Ya Rabbi..indah ciptaanMu mengatasi segala..

Melangkah tenang terasa amat kedamaian mendakap jiwa. melepasi denai mengharung jeram nan dingin , menjadikan diri begitu bersyukur...alam ini masih menyebelahi kita..masih menitip damai, masih menyanyi merdu alunan rimba...masih membisikkan perjalanan ini tidak kosong....perjalanan ini penuh liku dan duri, hanya yang benar-benar tabah sahaja akan smpi ke penghujung yang bercahaya...

Gemersik geseran dedaun, juga bertingkah suara unggas rimba seakan mencipta satu irama indah nan syahdu. Penat lelah dikuatkan jua melangkah, kerana tahu di puncak sana keajaiban Ilahi sangat istimewa utk dihadap...

Amat malang bagi insan yang hanya tahu berkata, namun pabila ditingkah.. berundur menyorok, berselindung di sebalik zon selesa..tidak berani berjuang demi sebuah cita..
sewajarnya, selagi mampu dan berkudrat..takkan terlerai genggaman mimpi..selagi puncak tidak dapat ditawan..




Biarlah gambar berbicara..rasanya itu lebih elok dari kita terlalu banyak berkata, risau disalah tafsir, niat disalahanggap. Kadangkala bila melihat sendiri dengan mata kasar dan matahati lebih baik dari bicara tanpa henti...
disitu kita kan serap dengan hati budi, memandang dengan penuh erti...bahawa setiap sesuatu itu punya nilai yang sangat tinggi...


Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak..
10-11 april 2010..
17 orang..12 group Penang, 5 group Manjung.

Group Penang~Kayrol, Ust Din, Ust Azan, Rozaimi, Haizul, Salahudin, Azza, Izan, Eilah, Liana, Laili, Zura.
Group Manjung~Kodin, Hafizudin, Lah, Omm, Adik Kodin.


Anda boeh melawat mytripadventure utk mengetahui dengan terperinci kisah perjalanan kami.
..juga dapat menyaksikan panorama indah sepanjang pendakian kami di myxpdtion.multiply juga di facebook sy.

Satu yang pasti..
kerdilnya kita bila berdiri di tengah-tengah ciptaanNya yang lain..


Sedikit Info Gunung Bujang Melaka

Gunung Bujang Melaka yang terletak di Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun diCamp Lebah. DiCamp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya.


Untuk kesana anda perlu menaiki bas dan turun di Stesen Bas Kampar. Kemudian anda mempunyai pilihan samaada untuk berjalan kaki (30minit) ke Air Terjun Batu Berangkai ataupun mengambil teksi terus kesana. (sumber : pelbagai website)



..bisikku pada bulan..
kembalikan temanku, kasihku, syurgaku..
bulan..jangan biar siang..
biar malam menjadi kelam
menyanyi sepi sepertiku..



..beranilah menjadi insan yang bertanggungjawab,
bukan menjadi insan yang membaling batu
tetapi sembunyi tangan..

..andai rindu ini milikmu..rinduilah ..




20 Okt 2010

Puncak Brinchang ..Azza Beku..

Salam..

..muhasabah diri dari puncak Brinchang 14 Feb 2010...


Berapa kali dalam setahun kita duduk menikmati, menghayati dan menanti matahari terbit..?
Sanggupkah kita bangun sebelum fajar menyinsing semata-mata ingin menyaksikan keajaiban dan anugerah terindah ciptaan Ilahi ini?

Berapa kali dalam setahun kita sanggup masuk ke hutan lena bertilamkan tanah..?
Sanggupkah kita berselimutkan langit dan menahan sejuk alam yang menggigit di kala malam..?

Berapa kali dalam setahun kita melihat embun di hujung rumput..di hujung ranting..?
sanggupkah kita menahan diri di bawah rimbunan daun lantas menggoyang dahan tersebut agar jatuh titisan embun yang dingin itu ke badan kita..?

Sesungguhnya..inilah satu anugerah..
yang kadangkala kita alpa..
yang kadangkala kita leka..


matahati patut menilai dan menghayati...terbit fajar hingga menyerak cahaya..itulah MASA yang kadangkala kita tak pernah sedar..


..cahaya menerangi alam...segenap alam makhluk mula membuka mata demi sebuah amanah..


..tidak salah sesekali menghidupkan unggun api..mengimbau susah perit orang dahulukala..


..tidak salah sesekali bermesra dengan alam...menikmati bunyi cengkerik dan riang-riang berpadu...


kita menilai apa sahaja di aras mata..kita lupa mendongak tinggi memandang hebatnya hamparan langit tiada penghujung.
kita menilai apa sahaja di aras mata..kita lupa menunduk memandang rumput yang hijau berkilauan embun tatkala malam mula dingin membeku.
kita menilai apa sahaja di aras mata..kita lupa kelam gelap malam membawa kisah, dari tanah kita datang dan tanah jua persemadian terakhir..
di saat ini lah..penyesalan tiada lagi makna...



sedikit info mengenai Puncak Brinchang..

Gunung Brinchang yang terletak di Cameron Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 2,032 meter (6,664 kaki). Ia merupakan puncak bagi Cameron Highlands. Terdapat sebuah stesen radio di atas puncak Gunung Brinchang.

Jalan masuk ke sana melalui Ladang Teh Blue Valley. Ada jalan tar menuju ke puncak Gunung Brinchang.

Gunung Brinchang mempunya hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterkarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.



..serahkan hati kepada Allah..
..dari Dia kita datang..kepada Dia kita kembali..


**blog sy adalah hak sy..dokumentasi peribadi kehidupan sy..
..tolong 'pergi' dari kehidupan peribadi sy!!


19 Okt 2010

Irau Bercerita...14feb'10..

Salam sejahtera untuk semua,




Mendaki Gunung Irau benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan perempuan seperti sy..apatah lagi di usia 30an. Jika waktu remaja dahulu, cabaran sebegini disambut dengan girang dan senang hati, berbohong jika kali ini sy mengambil mudah trek ke Irau.

Stamina semakin kurang ekoran kurangnya exercise sejak akhir-akhir ini, hanya terperap mengadap laptop. Akhirnya sy akur sendiri, usia sudah semakin menginjak..tidak lagi cergas dan lincah seperti dulu.

Namun berbekal semangat berkobar..alhamdulillah Irau yang terletak di utara Pekan Brinchang, Cameron Highlands.. salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia telah sy tawan.



Penuh unik..pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. tersadung akar jatuh tersembam, tergolek di dalam lumpur sehingga terkoyak kaki seluar, sedikit pun tidak mendatangkan sesal di hati memilih percutian begini. Irau yang penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok menyebabkan diri terpegun akan kebesaran Ilahi. Suhu di dalam hutan mencecah di antara 13-17 darjah celcius. Sy mengeluarkan peluh dan keringat demi sebuah kepuasan diri…syukur pada Allah yang memudahkan segala.





Sungguh nikmat Allah dimana-mana..dan dengan pelbagai cara dan bentuk. Tidak semestinya percutian mewah mampu buat anda puas dan gembira, percutian sebegini yang hanya memerlukan kos yang amat sedikit juga membawa pulangan kepuasan diri yang tidak terhingga. Bergantung bagaimana anda menilai hidup ini..
Sesungguhnya..Irau adalah terapi yang paling berkesan pada individu seperti sy..





sedikit info mengenai Gunung Irau..

Starting Point
Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.

Trail
Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.

Anak Irau

Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.

Puncak G. Irau
3 jam treking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. Hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.


..biar pecah terasa hati..senyum tetap cara menceriakan diri..
..moga sy, kamu dan mereka diredhai Ilahi..