Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label kasih ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih ibu. Papar semua catatan

27 Sep 2011

BONDA Azza..

27 September 2011...
Selamat Ulangtahun MAK...
terima kasih menjadikan aku 'insan' yang sarat dan kaya dengan kasih sayangmu...

Ya Allah..
jadikan lah aku anak yang tetap menyanjungi dan memartabatkan ibuku sehingga ke sana...

~hari ini juga teman rapatku kehilangan BONDAnya yang tercinta...perancangan DIA tidak terduga...alfatihah..

27 Sep 2009

Mak : Mak Anakmu Kerinduan..

salam sejahtera untuk semua..


Selamat Ulang Tahun Mak..
27 September 1954..

menyayangimu seumur hidup...
merindui kasihmu sepanjang hayat..


Lega dan debar si ibu di hari perkahwinan anak sulungnya 9 tahun yang lalu..




Mak..
Penenang Hati..
Penyejuk Hati..
Penghibur Hati..
Pengadu Hiba..




M.A.K...

Mak.. Anakmu.. Kerinduan..



sebak dan sesak..moga mendung cepat berlalu..
terasa hendak kembali pulang memeluk Mak..mengadu hiba di hati..




20 Ogo 2009

Ramadhan Ini..Sehingga Ke Hujung Nyawa..




..kasih Mak tidak memilih..adil dan saksama...

..sayang Mak tidak bertepi..luas dan dalam..

..kerinduan Mak tidak bermusim..sepanjang zaman..

..dambaan Mak bukan hanya kini..tetapi sehingga ke hujung nyawa..


Esok sy akan pulang ke kampung. Sebenarnya sudah beberapa minggu hati tidak tenang mengingatkan Mak dan Abah yang tidak sihat di Tanah Merah. Hati meronta-ronta ingin berada bersama2 mereka. Tambahan pula apabila mendengar cerita daripada adik, yang membuatkan sy terasa ingin terbang kembali ke pangkuan keluarga.


Apabila mendengar suara Mak sayup di corong telefon, hati disayat pilu. Kekangan yang timbul disebabkan tugas dan tanggungjawab yang semakin tinggi seringkali membuatkan hasrat hati dipendamkan sementara. Sy tahu situasi begini bukan sahaja terjadi kepada sy, malah terjadi kepada kebanyakan teman sy. Kadangkala kita akur dalam keterpaksaan. Umpama kata bidalan, diluah mati mak, ditelan mati bapak.


Namun alhamdulillah, apabila lewat minggu lepas, adik maklumkan Mak dan Abah semakin sihat dan ‘sesuatu’ itu juga situasinya semakin tenang. Hati sedikit lega, hilang seketika rasa gelisah dan gementar walaupun tidak sepenuhnya. Insya Allah..esok sy akan pulang…untuk sama-sama bersahur dan berpuasa dengan Mak, Abah, Adik, anak buah dan family di Tanah Merah..


Sy pernah membebel pada seorang teman baik (beliau kata sy membelasahnya dengan kata2). Secara peribadi, sy tidak setuju dengan beliau. Sy menganggap beliau mementingkan kerjaya dan familynya berbanding dengan Ibu nya yang sudah uzur di kampung. Sy tahu beliau mempunyai alasan tersendiri yang cukup kukuh dan logik mengapa kepulangannya sering tertangguh. Memang Ibu akan memahami apa sahaja halangan dan tugas kita, namun bg sy, alasan itu sebenarnya membuktikan sikap kita..


Entahlah, apabila menyebut tentang Ibu, kampung halaman dan kealpaan kita sy menjadi begitu sensitif dan rasanya semua orang akan bersikap begitu. Kerana kita tidakkan tahu…mungkin ini Ramadhan terakhir mereka bersama kita…atau mungkin Ramadhan terakhir kita bersama mereka…ajal maut di tangan Tuhan. Yang pastinya…sy tidak mahu beliau menyesal…


Kasih ibubapa tiada galang ganti. Jika dulu mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak, terasa begitu kerdil dan berdosa diri ini apabila kita menangguhkan untuk kembali menemui mereka semata2 kerana tuntutan tugas dan amanah yang kita pikul kini.


Hidup kita hanya sementara…bahagiakan lah hati mereka selagi mereka masih ada..

Pandanglah ke mata cengkung Mak..pasti kan dapat kita selam kerinduan mendalam yang tak terluah..genggam lah jemari tua Mak..pasti kita dapat rasakan kehangatan kasih sayang yang sentiasa membara…dakaplah tubuh tua Mak…pasti keresahan dan kerisauan hati kita kan lenyap dibuai rasa syahdu...




..semoga Ramadhan kali ini memberi penginsafan kepada kita..



..Azza dan anda..

..moga dengan merenung mata Mak..

menggenggam erat jemari tua itu..

mendengar segala kisah2 hati...

sy dan anda akan lebih menghargai setiap saat yang berlalu...


14 Mac 2009

TM...terlerai rindu...(14 mac)

salam sejahtera untuk semua..

lama benar rasanya tidak mencoret apa2 di laman hati ini. mood menulis sedikit melayang lantaran kesibukan dan keletihan dengan tugasan di sekolah. kelapangan seminggu yang diberi sy gunakan sepenuhnya untuk melerai kerinduan yang telah lama bertamu di hati. kekangan masa menyebabkan banyak rancangan tergendala, namun alhamdulillah, akhirnya kepulangan sy ke TM merungkai segalanya.


tujuan utama pulang ke TM kerana Teringatkan Mak...rindu terlerai, sebak di jiwa semakin berkurangan. sebagai pelengkap..tentu sj peluang menemui wajah2 yang disayang takkan sy lepaskan. menggunakan peluang dan ruang dengan sebaik mungkin. menatap wajah2 yang setia tersemat di hati, yang dibawa kemana saja sebagai penguat semangat sememangnya menyuntik satu rasa segar dan hidup dalam jiwa sy. membuatkan hati berbunga bahagia sepanjang percutian. masa yang singkat dimanfaat sebaik mgkin agar kasih dan rindu terbahagi sama rata.




mak yang cukup menenangkan hati. sukar diungkap dengan kata2..seribu patah perkataan belum kan dapat menggambarkan betapa dalam rindu yang melatari hati selama ini. ketenangan dan kedamaian yang dirasai tatkala menatap wajah mak menjadikan hati seolah disirami embun yang dingin. sejuk dan syahdu..segala masalah dan sedikit bebanan di bahu terasa ringan. sememangnya kasih ibu mekar sepanjang kita berkelana dalam hidup ini. bibirnya menguntum senyum tatkala kuntum-kuntum bahagia semakin mengembang di hati melihatkan keletah anak2 yg masih berperangai seperti 20 tahun yang lalu..


sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini benar2 membawa makna seribu erti..cukup2 memberi kesan yang akan diabadikan di hati untuk dibawa pulang ke Penang sebagai semangat baru. kepulangan sesekali, memarakkan rasa rindu, menggenggam jemari Mak, mengucup pipi Mak..mengundang syahdu yang tak bertepi di kalbu. sesungguhnya fitrah seorang ibu...kepulangan sesekali anak yang dikendongnya sedari bayi berpuluh tahun dulu memang dinanti dengan penuh harap. kehadiran anak disisi di saat melewati usia senja memang didamba walau hati terkadang hampa bila anak terpaksa memenuhi tuntutan tugas yang semakin tergalas di bahu. sesungguhnya kasih ibu sepanjang hayat..





memandang tok(tok sebelah mak), nenek(sebelah mak) dan ayah(tok sebelah abah) yang semakin uzur, hati seakan tersayat pilu. sy semakin kehilangan orang2 yang dekat dan menyayangi diri ini. semuanya semakin menginsafkan, makin buat diri rasa bersyukur. sekurang2nya sy memiliki kenangan indah dan berharga bersama tok, sedari tok masih bekerja dan kuat sehingga kini dimana kesihatan semakin tidak mengizinkan.


masih terasa jejari kasar yang mengusap dan memicit betis tatkala demam lebih 20 tahun yang lalu. sangat2 rindu saat-saat dulu. bila saja demam, sy pasti akan ke rumah tok yang tak sampai 1km dari rumah mak. sy pasti mencari peluang utk bermalam disana kerana sy tahu tok akan memicit kaki, tangan dan badan sy yang lenguh2. tok akan mengusap dan memicit kepala dan sesekali akan dijaram kepala yang panas memijar itu. sungguh2 selesa sekali dibelai dan dimanja begitu.


memang sy menggunakan peluang sebagai cucu sulung dengan sepenuhnya. dan sehingga kini setiap kali pulang ke kampung sy pasti akan menempek dengan tok...minta diurut bahu yang kerap sangat lenguh. terketar2 jemari tua itu, tidak lagi gagah seperti dulu. sebenarnya belaian jemari kasar itu yang sy rindukan.


setiap kali juga sy akan menghilang ke rumah ayah. mendengar dia bercerita kisah dulu2..membuat jalan keretapi, zaman berdepan dengan penjajah, bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang dan itu ini benar2 buatkan sy terleka. sy hanya akan beransur setelah berjam diatas wakaf di tepi belukar kecil di tepi rumah(yang dulunya adalah sawah yang damai) setelah menerima panggilan telefon dari mak atau adik yang minta sy pulang. memang 'ralit' dengar ayah bercerita...tak sedar masa berlalu..


kepulangan kali ini, sy sempat mengambil gambar ayah di wakaf kesayangannya. dan saat sy memandang gambar itu kini, hati terasa sayu. ada sedih dan pedih yang bertamu. ayah dah semakin beransur lemah. dia tidak lagi bertenaga seperti dulu dimana pagi2 lagi dah sampai ke rumah sy dengan bermotor setelah minum teh di kedai kopi.


sesungguhnya kenangan bersama mereka yg dekat dihati ini sentiasa hidup dalam jiwa dan akan sy bawa hingga ke akhir hayat.



wajah2 mulus yang lahir dari hati terzahir indah melalui ekspresiasi wajah dan lenggok bahasa tubuh. sesungguhnya ketenangan semakin tergarap abadi di hati. jaluran pelangi semakin terang sinarnya, bersulam indah menemani sy berjalan mengutip pengalaman hidup sebagai hamba pada Dia yang satu.


terima kasih kerana diberi peluang untuk mencurah kasih dan sayang..sesungguhnya sy, anda, dia dan mereka bertuah kerana sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang yang tak bertepi..




..dlm kepayahan ada ruang dan pluang y kita boleh ambil atas daya usaha dan sedikit pemikiran kreatif..adakalanya..kita ligat berfikir utk atasi sstu dgn options y ada 1,2,3..
tp penyelesaiannya ada pd yg paling mudah,
ringkas dan 'bersahaja'.
its there to be manipulated and used and grabbed tapi..persediaan banyak membantu...
utk mengatasi segala kekangan
masalah..isu...halangan...
sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini begitu bermakna...

23 Sep 2008

hati seorang ibu..

meluang masa walau hanya seketika cukup memberi erti yang mendalam pada sy. sebagai cucu sulung dan anak saudara sulung, sy sememangnya amat rapat dengan paksu. terbayang saat2 sy menangis apabila paksu berkahwin dulu. petang2 sy lah yang dibonceng dengan motor merah round kampung, tapi sejak berkahwin, orang lain di atas motor belakang paksu. kecik ati sy. sy anggap paksu dah melupakan sy. sy rasa sy tak lagi disayangi oleh paksu. sy merajuk. paksu balik kerja sy lari ke umah sepupu. sy taknak lagi bercakap ngn paksu kerana dia dah ada org lain. bukan lagi sy yang selalu menjadi tempat dia memanggung kepala malam2 sewaktu menonton tv. sedih sgt2 masa tu...
bila dah memasuki sekolah menengah, sy mula memahami erti perkahwinan. rupanya walaupun ada orang lain disisi paksu, sy tak pernah dilupakan. dia lah pembakar semangat sewaktu sy belajar di utara. masih segar di ingatan, sy menaiki bas waktu maghrib ke alor star semata2 utk bertemu paksu n maksu kerana sy dalam keadaan keliru. sy perlu membuat satu pilihan..
paksu lah tempat sy mengadu. tempat sy meluah dan meminta pandangan. sikap terbuka dan boleh berbicara bagai seorang teman membuatkan sy begitu selesa meluah apa saja yang terbuku di hati.
dan kunjungan sy kali ini juga membawa sesuatu yang terbuku di hati. alhamdulillah, setelah segalanya terluah, hati sy kembali tenang. sy tidak lagi risau walaupun badan sy tidak sehat. namun cerita maksu tentang kerisauan hatinya tentang anak daranya yang seorang itu tersentuh hati sy. menitis airmata maksu menceritakan kepayahan yang dilalui oleh Hidayah anak sulungnya yang kini belajar untuk persediaan ke Australia di Subang. setiap hari Hidayah diasak dengan pertanyaan yang meruntun jiwa seorang ibu.
kenapa hidayah memakai tudung..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa hidayah sembahyang..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa hidayah berpuasa..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa orang islam tidak boleh makan khinzir..
apakah keupayaan seorang Hidayah yang baru beberapa bulan berusia 18 tahun utk menepis segala hinaan dan sendaan oleh rakan2 sekuliahnya. mampukan minda seorang Hidayah mentafsir segala maksud pertanyaan dan menjawab tanpa menyinggung hati mana2 pihak. pelbagai bangsa dari pelbagai negara, hanya 4 orang melayu..2 lelaki dan 2 perempuan..hanya dia yang bertudung..hanya dia yang mengingati waktu sembahyang. malam2 menaiki bas seorang diri untuk menunaikan solat terawikh..kerisauan maksu memang berasas...ingat lagi kata2 maksu di meja makan...
jika disini Hidayah diasak dengan pelbagai pertanyaan begitu, bagaimana jika dia di Australia nnti seorang diri. sekurang2 nya disini kita ada ..
di malaysia yang majoriti adalah Melayu dan beragama Islam, tetapi Hidayah disoal seolah2 Islam dan Melayu itu begitu asing bg mereka.
sy memahami hati maksu..hati seorang ibu yang risaukan anak perempuannya. Hidayah pelajar yang cerdik. usianya baru 18 tahun. dia lompat kelas sewaktu darjah 5. dia mengambil peperiksaan SPM sewaktu berusia 16 tahun dan memasuki kolej persediaan ke Australia dalam bidang guaman di usia 17 tahun. setahun di kolej, Hidayah hanya boleh mengeluarkan wang dari bank sebanyak RM200 sahaja sehari kerana tidak cukup umur. bayangkan kerisauan maksu. hati seorang ibu. baginya Hidayah masih lagi anak kecil. masih lagi perlu bantuan dan belaiannya kerana umur Hidayah belum lagi buat dia mampu berfikir secara mendalam dan kritis untuk menepis dugaan sebegini hebat apabila ada yang mempersoalkan agamanya. setiap kali diajukan pertanyaan oleh rakan2 berlainan bangsa di kolej, Hidayah akan menelefon maksu bertanyakan cara utk menjawabnya. sepatutnya di usia begini, di kala dia bersemangat utk mengejar cita2..dia diberi ruang dan peluang yang cukup luas tanpa gangguan. namun sebelum melangkah dia telah diuji.
sy terkedu. seolah tiada kata bila melihat mata maksu bergenang air jernih. hatinya tidak tenang sejak hidayah mula menjejakkan kaki ke kolej itu. dia hanya mampu berdoa, moga anak perempuannya dilindungi. moga anak perempuannya sentiasa dalam rahmat Tuhan. hati seorang ibu yang didepan mata pun anak perempuannya diuji...apatah lagi melepaskannya merantau seorang diri di bumi yang asing.
doa sy..
moga hidayah diberi kekuatan dalaman yang cukup kuat.
moga Hidayah diberi hati yang cukup tabah dan kental.
moga hidayah tetap teguh dalam iman dan takwa.
moga paksu dan maksu diberi ketenangan sepanjang Hidayah tiada disisi.
kerana mereka sememangnya bertuah memiliki anak seperti Nasruna Anhar...
Nasruna Anhar...kak long doakan Hidayah berjaya mengejar impian utk menjadi seorang peguam..