Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

27 Nov 2009

Aidiladha Berirama : Zahirkan Harapan..

Salam aidiladha..



Hari Raya Korban yang jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dan istimewa dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Sesungguhnya pertemuan itu nostalgik dan memberi sejuta makna..

Menyambut Aidiladha bersama tersayang tentu sahaja sesuatu yang amat diharapkan.
Berusaha dan berdoa moga segalanya termakbul..supaya takbir yang bergema meninggalkan sesuatu yang indah dan bermakna dalam hidup kita. Mungkin kan berulang di tahun hadapan, mungkin jua hanya sekali ini, kita menatap dan memeluk erat insan yang kita sayang..
Alhamdulillah Aidiladha tahun ini sekali lagi sy berpeluang meraikannya bersama mereka, insan-insan yang sangat dekat dan intim di hati.

Mak yang sentiasa menjadi penenang jiwa..
Abah yang sentiasa meniup semangat..
Adik yang sentiasa menyokong kaklongnya..
Anak-anak buah yang menjadi penyeri hati..
Saudara mara yang sentiasa dekat di hati..
Teman-teman yang ceria mengusik mesra..



Walaupun hari raya ke 3 sudah terpaksa berkemas untuk bertolak balik ke Penang, namun hati terasa puas. ada sesuatu yang sukar digambar dengan perkataan dan terzahir oleh perbuatan. hati terasa tenang dan damai. seakan ada bayu yang bertiup lembut di hati menyatakan sy lah insan bertuah kerana dapat merasai 'suasana itu'.
hanya sy..milik sy..tidak berkongsi dengan sesiapa...

sy rindu..
benar-benar rindukan kedamaian dan ketenangan suasana itu..harmonis dan selesa..




..menganyam rindu bersulam sendu
terpaut erat merungkai di kalbu
bertali selisih mustahil bertemu
doa dipanjat di akhirat bersatu..



..pemergian kadangkala perlu..
..menguji hati mengukur rindu..


25 Okt 2009

Gua Tempurung : Bersantai Erat Ikatan Bersama..




Salam sejahtera untuk semua...


Bersantai Erat Ikatan Bersama..



Dah lama sebenarnya hati teringin ke Gua Tempurung. Setiap kali melalui jalan lama KL-Penang, mata pasti melirik pada simpang menghala ke gua ini. Dan selalunya, sy tidak berpeluang kerana ada saja halangan dan kekangan kerana perjalanan adalah atas tugas rasmi atau mengejar masa yang telah ditetapkan di satu-satu destinasi. Seperti Gua Kelam yang pernah sy jejaki pada Oktober tahun lepas, hati seakan tak puas selagi Gua Tempurung tak sy kunjungi. Gua Kelam Warisan Sejarah ada sy entry kan disini..


Namun alhamdulillah, hari ini sy dan abg berpeluang. Kami ke Sabak Bernam kerana abg ingin menemui adiknya yang akan memulakan tugas di Sarawak pada 26 Oktober 2009.


Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ataupun Jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.


kawasan aircond semulajadi misteri yang sangat dingin menghembus di tengah-tengah gua..



Tidak rugi anda berkunjung disini. Cuti sekolah pun semakin hampir. Jika sebelum ini pilihan destinasi percutian pasti tempat-tempat yang selesa seperti hotel-hotel atau bersantai di Kopitiam atau juga ke negara-negara jiran, apa salahnya kali ini anda bersila di lantai gua menikmati hidangan nasi bungkus beriramakan air jeram yang tak jemu-jemu mengalir. Pastinya ketenangan dan kedamaian akan anda rasai.




Bukalah mata dan minda anak-anak anda untuk meneroka dan menghayati keindahan gua-gua yang ada di Malaysia. Menghayati dan membayangkan kesukaran hidup orang dulu2 juga melihat dengan mata sendiri seribu macam formasi unik stalaktit dan stalagmit.

Anak-anak anda pasti terpegun melihat kilauan permata yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Perasaan takjub juga akan hadir apabila melihat air yang menitis setitik demi setitik sehingga membentuk lekuk di batu yang keras dan pejal. (sedikit info Gua Tempurung disini..)


Sangat berbaloi sebenarnya. Sekurang-kurangnya didiklah anak-anak anda menjadi seorang yang yang lebih lasak dan tabah dari segi fizikal dan mental. Kekuatan dalaman ini sebagai bekalan, bukannya dengan kemewahan dan kesenangan yang anda limpahkan ..kerana sampai masa anda terpaksa melepaskan mereka terbang dengan haluan sendiri juga..



stalaktit dan stalagmit - gugusan batuan kapur pada langit-langit dan lantai gua



Next trip…Mencari Cinta Mahsuri...(27-30 Okt'09)...hikss..


Azza: walau jauh terbang..tetap tak lupa kembali ke sarang..


27 Sep 2009

Mak : Mak Anakmu Kerinduan..

salam sejahtera untuk semua..


Selamat Ulang Tahun Mak..
27 September 1954..

menyayangimu seumur hidup...
merindui kasihmu sepanjang hayat..


Lega dan debar si ibu di hari perkahwinan anak sulungnya 9 tahun yang lalu..




Mak..
Penenang Hati..
Penyejuk Hati..
Penghibur Hati..
Pengadu Hiba..




M.A.K...

Mak.. Anakmu.. Kerinduan..



sebak dan sesak..moga mendung cepat berlalu..
terasa hendak kembali pulang memeluk Mak..mengadu hiba di hati..




17 Sep 2009

Lebaran Hadir : Azza Balik Temu Mak...



backdated 17 september 2009...




salam sejahtera untuk semua..




Lebaran hadir ..

baru 3 minggu lepas sy pulang ke TM untuk menyambut awal puasa di kampung. kali ini sy pulang lagi. pulang untuk sama-sama menyambut Lebaran yang bakal menjelma 2 hari lagi. pulang untuk menyulam sayang..mengayam kasih bersama tersayang..

kepulangan di hari lebaran di nanti oleh setiap insan. rasa tidak bermakna berhari raya tanpa orang2 tersayang disisi. sedaya mungkin kita berusaha untuk merealisasikannya. namun jika terdapat jua halangan dan kekangan dari kita beraya bersama, perlulah diterima dengan redha dan sabar. mgkin raya kali ini bukan lagi masanya...insya Allah jika diberi ruang dan peluang, pasti tangan insan itu dapat kita kucup di saat takbir bergema.

sy dan abg ambil keputusan bertolak ke kampung pada hari Khamis malam Jumaat setelah pengumuman berkenaan Cuti Khas pada hari Jumaat diumumkan. seperti kepulangan pada lebaran lalu, jua cuti2 biasa, pasti penuh bonet kereta dengan pelbagai buah tangan untuk keluarga, terutama untuk anak buah. erm..sy benar2 rindukan mereka..




dan seperti jua 13 tahun yang lalu..sy melalui laluan yang sama. merentasi Lebuhraya Timur Barat(LTB) yang memberi fenomena yang cukup menyejukkan mata. menyaksikan gunung ganang biru berbalam. memandang sayup ke bawah lembah dan lurah di sepanjang jalan. dengan pohon hijau merimbun, awan membiru dan udara yang nyaman, perjalanan sejauh 6 jam dulunya(kini hanya 4 jam lebih) tidak pernah membosankan. penat tidak terasa, apatah lagi bila memikirkan lokasi yang dituju sedang menanti orang2 yang sy sayangi. sy pasti sesiapa sj yang pernah melalui jalan ini akan terasa sendu dan syahdu apatah bila bila memandu berseorangan di waktu subuh dan senja..sangat mendamaikan..


gambar yang sy pinjam dari episod lalu : ingin sekali ku sentuh awan..

sesungguhnya jalan ini adalah jalan kenangan. terlalu banyak memory/kisah/teladan/pengajaran/iktibar yang dihimpun sepanjang lama 13 tahun sy melalui LTB berulang dari Penang-Kelantan.
dan akan sy lalui lagi dan lagi dari TM ke BM...
selama masih mencari rezeki di Pulau Mutiara ini.
dan meredah pulang selama sy masih bergelar Anak Mak...


saat-saat indah menyiapkan juadah berbuka bersama tersayang..


bak nostalgia dulu-dulu memadu kasih..

..burung merpati terbang seribu, hinggap seekor di atas dahan, hendak mati di hujung kuku, hendak bertanam di tapak tangan..


Azza mengucapkan..
selamat pulang ke kampung halaman..
menemui keluarga tersayang..
merai syahdu lebaran..
menyulam kasih melerai rindu..



Zue : Selamat Ulang Tahun..

Salam sejahtera untuk semua,




Selamat Ulang Tahun buat adik sy, Zue..
17 september 1977..


Zaman beredar..
Umur semakin meningkat..
Erat kasih abadi..takkan pudar sayang dihati..


Zue..
Kasih sayang Kaklong abadi buatmu..


walau asyik 'majuk'..kasihku tetap abadi..




20 Ogo 2009

Ramadhan Ini..Sehingga Ke Hujung Nyawa..




..kasih Mak tidak memilih..adil dan saksama...

..sayang Mak tidak bertepi..luas dan dalam..

..kerinduan Mak tidak bermusim..sepanjang zaman..

..dambaan Mak bukan hanya kini..tetapi sehingga ke hujung nyawa..


Esok sy akan pulang ke kampung. Sebenarnya sudah beberapa minggu hati tidak tenang mengingatkan Mak dan Abah yang tidak sihat di Tanah Merah. Hati meronta-ronta ingin berada bersama2 mereka. Tambahan pula apabila mendengar cerita daripada adik, yang membuatkan sy terasa ingin terbang kembali ke pangkuan keluarga.


Apabila mendengar suara Mak sayup di corong telefon, hati disayat pilu. Kekangan yang timbul disebabkan tugas dan tanggungjawab yang semakin tinggi seringkali membuatkan hasrat hati dipendamkan sementara. Sy tahu situasi begini bukan sahaja terjadi kepada sy, malah terjadi kepada kebanyakan teman sy. Kadangkala kita akur dalam keterpaksaan. Umpama kata bidalan, diluah mati mak, ditelan mati bapak.


Namun alhamdulillah, apabila lewat minggu lepas, adik maklumkan Mak dan Abah semakin sihat dan ‘sesuatu’ itu juga situasinya semakin tenang. Hati sedikit lega, hilang seketika rasa gelisah dan gementar walaupun tidak sepenuhnya. Insya Allah..esok sy akan pulang…untuk sama-sama bersahur dan berpuasa dengan Mak, Abah, Adik, anak buah dan family di Tanah Merah..


Sy pernah membebel pada seorang teman baik (beliau kata sy membelasahnya dengan kata2). Secara peribadi, sy tidak setuju dengan beliau. Sy menganggap beliau mementingkan kerjaya dan familynya berbanding dengan Ibu nya yang sudah uzur di kampung. Sy tahu beliau mempunyai alasan tersendiri yang cukup kukuh dan logik mengapa kepulangannya sering tertangguh. Memang Ibu akan memahami apa sahaja halangan dan tugas kita, namun bg sy, alasan itu sebenarnya membuktikan sikap kita..


Entahlah, apabila menyebut tentang Ibu, kampung halaman dan kealpaan kita sy menjadi begitu sensitif dan rasanya semua orang akan bersikap begitu. Kerana kita tidakkan tahu…mungkin ini Ramadhan terakhir mereka bersama kita…atau mungkin Ramadhan terakhir kita bersama mereka…ajal maut di tangan Tuhan. Yang pastinya…sy tidak mahu beliau menyesal…


Kasih ibubapa tiada galang ganti. Jika dulu mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak, terasa begitu kerdil dan berdosa diri ini apabila kita menangguhkan untuk kembali menemui mereka semata2 kerana tuntutan tugas dan amanah yang kita pikul kini.


Hidup kita hanya sementara…bahagiakan lah hati mereka selagi mereka masih ada..

Pandanglah ke mata cengkung Mak..pasti kan dapat kita selam kerinduan mendalam yang tak terluah..genggam lah jemari tua Mak..pasti kita dapat rasakan kehangatan kasih sayang yang sentiasa membara…dakaplah tubuh tua Mak…pasti keresahan dan kerisauan hati kita kan lenyap dibuai rasa syahdu...




..semoga Ramadhan kali ini memberi penginsafan kepada kita..



..Azza dan anda..

..moga dengan merenung mata Mak..

menggenggam erat jemari tua itu..

mendengar segala kisah2 hati...

sy dan anda akan lebih menghargai setiap saat yang berlalu...


19 Ogo 2009

saya bangga..tahniah..

salam sejahtera untuk semua..


..abang dan ust Lah yang suka sgt aktiviti 'giler2'...



alhamdulillah..
misi berkayak abg dan ust Lah pusing Pulau Pinang berdua tanpa bantuan telah berjaya. hanya mengambil masa 2 hari.
akhirnya abg dah selamat sampai ke rumah. jalan terhinjut2, sakit2 badan, katanya nak angkat lengan pun tak larat. kedua kuku jari kelingkingnya menjadi biru.
sy hanya tersenyum bila diberitahu sakit sana sini...dah faham sgt2...
kerjaya dan minat seiring...sakit pun sanggup..



walau apapun..jauh disudut hati tetap terselit rasa bangga. tahniah..sememangnya sy kagum dgn abg...cuma takleh ckp depan2...nnti riak...!!...ehehhee... (sy tau malam ni jugak abg baca blog ni..) catatan ekspedisi abg kali ini boleh dibaca disini...







..Ramadhan bakal menjelang...indahnya saat berbuka bersama..
..bicara pada bintang dan bulan yang masih beku..

16 Ogo 2009

santai bersama..

salam sejahtera untuk semua..

sekadar memanjakan diri sendiri. memberi ruang pada minda untuk lebih santai dan bebas dari bebanan tugas seharian. alhamdulillah, walaupun plan ke Cameron Highland juga barbeque di Sedim kensel kerana rakan lain punya komitmen, sy dan abg tetap boleh menghabiskan hujung minggu dengan cara sendiri. jumm...



dah lama tak jejak kaki ke panggung wayang. sy bukanlah kaki wayang atau peminat filem, tv di rumah pun jarang sekali menonton. sy hanya masuk panggung kalau ada filem yang sy rasakan langsung tak best kalau tgk di tv kat umah. maklumlah, tv kat umah kan cinonet je berbanding layar di panggung dengan sound system yang canggih amat.

ternyata G.I Joe mampu menyuntik rasa segar dalam diri sy dan abg..mengalih sebentar dari kerja yang menuntut komitmen yang tinggi. hilang sebentar segala kepenatan dan kekalutan sepanjang minggu. sesungguhnya ia suatu terapi yang berkesan..



namun yang penting disini bukan lah panggung dengan peralatan yang canggih atau filem dengan aktor yang tersohor. yang penting ialah kualiti masa dan bagaimana anda memanfaatkannya...

malam ni abg bertolak ke PSATK...aktiviti sendiri sebelum menyambut Ramadhan.. kayak mengelilingi Pulau Pinang, hanya berdua dengan Ust Lah. bila dinyatakan hasrat itu 2 hari lepas, sy terdiam. bukan kali pertama abg pusing pulau dengan kayak. kebimbangan tidak pernah sy suarakan kerana itu akan mematah semangatnya. namun jauh di sudut hati, getarnya hanya Tuhan yang tahu. moga dijauhkan segala malapetaka dan bencana yang tidak terduga. kadangkala ribut datang tidak memberi tanda walaupun dikala laut tenang tidak bergelora. sesungguhnya ia jua satu terapi untuk abg..

moga abg dan Ust Lah selamat pergi dan balik...



..terpisah seketika kadangkala membuat rindu itu makin mendalam..
membuat anda lebih menghargai dan memahami..

..terima kasih utk teman yang sentiasa bersama..
..kan ku semat dihati sepanjang hayat..

13 Ogo 2009

Tabahkan Hati Ayahchik..



salam sejahtera untuk semua..


AZAHAR yang melecur di bahu mendukung anaknya, Mohamad Rahimi di hadapan rumahnya yang hangus terbakar di Kampung Kangkong, Pasir Mas.



sewaktu sedang sibuk menguruskan data pagi tadi, sy menerima panggilan telefon dari abg. abg meminta sy melihat Kosmo, ada sesuatu katanya. buka laptop...on KosmoOn9...terkejut apabila melihat sekeping gambar yang kukenali.

bapa saudara abg..rumahnya hangus terbakar. menurut cerita abg, kebakaran berpunca dari litar pintas. mujurlah semua ahli keluarga selamat. tinggal seminggu lagi untuk menyambut Ramadhan, Ayahchik dan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang..ujian utk beliau..
tidak Allah turun kan ujian melainkan Dia tahu hambanya mampu menghadapi.

alhamdulillah dengan pengalaman berpuluh tahun sebagai anggota bomba serta ketebalan kasih sayang seorang ayah, dia berjaya menyelamatkan anaknya yang sedang tidur dari api yang semakin marak..
selama ini Ayahchik bertungkus lumus bertarung nyawa menyelamatkan nyawa dan harta benda orang dari dijilat api, tak terlintas kini api yang marak menyala membakar rumahnya sendiri..ujian Allah tiada siapa yang menduga..

buat Ayahchik dan Maksu Nani...tabahkan hati menerima ujian ini..kami mendoakan agar kalian sentiasa dalam kerahmatan dan dilindungi hari ini, esok dan selamanya..



petikan dari Kosmo..

PASIR MAS - Sejak 16 tahun lalu, dia sentiasa tabah dan tenang menunaikan tanggungjawab menyelamat dan memadamkan kebakaran di mana sahaja terdapat panggilan kecemasan.

Namun kelmarin, seorang anggota bomba, Azahar Ahmad, 39, diuji dengan kebakaran melibatkan rumah sendiri di Kampung Kangkong di sini kira-kira pukul 6.20 petang. Lebih mencemaskan apabila dalam kejadian itu, anaknya dikatakan terperangkap di dalam rumah berkenaan menyebabkan dia nekad mempertaruhkan nyawa meredah api marak sehingga melecur di bahu.

Menceritakan detik cemas itu, Azahar berkata, dia sedang melihat ternakan ikan di belakang rumahnya apabila tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan isterinya, Rohani Salleh, 41, yang memberitahu rumah mereka terbakar.

Lebih mengejutkan, katanya, isterinya yang menjual burger di depan rumah ketika itu memberitahu anak keenamnya, Mohamad Rahimi, 4, sedang tidur di ruang tamu.


" Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan diriku dari apa-apa yang diujikan kepadamu dan yang telah melebihkan diriku dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Dia ciptakan," nescaya ujian tersebut tidak akan menimpa dirinya. (Hassan, At-Tirmidzi (3432), Sahihul Jami' (6248)

26 Jul 2009

..dia bukan rezeki kita..


backdated 26 july...




salam sejahtera untuk semua..

panggilan telefon yang sy terima dari seorang rakan sejawat sewaktu sy menziarahi seorang teman di Hospital BM, membuatkan sy tergamam. dia sekadar memaklumkan..tanpa bertanya NAK atau TIDAK. namun belum habis dia memaklumkan kepada sy berita itu, laju saja mulut ini menjawab...NAKKK...tanpa berfikir panjang.

sy tidak dapat melihat wajah dia di hujung talian, namun dari nada suara nya sy tahu dia tersenyum mendengar jawapan sy. cuma katanya...jangan terlalu mengharap..semua masih dalam perbincangan.

setelah memberi persetujuan, barulah sy terfikirkan abg. sepatutnya sy perlu meminta kebenaran beliau dulu baru memberi keputusan. namun barangkali terlalu excited, langsung sy lupa segalanya. namun sms balasan dari abg menenangkan hati sy..

..orangnya bagaimana..kalau za rasa ok.. abg ok je..



hati sy cukup berdebar tika itu. menunggu panggilan telefon dari rakan sejawat membuat sy resah teramat. rasa nak menangis pun ada. antara percaya dengan tidak. antara harapan jua kegelisahan. benarkah ini semua akan jadi kenyataan? macam2 terlintas dalam fikiran.

bagaimana nanti...?
mampukah sy..?
adakah rutin harian sy akan berubah.?
sy dan abang akan punya tanggungjawab baru..?
bagaimana penerimaan Mak, Abah dan family di kampung..?

sy menelefon seorang rakan baik. meminta pendapat dan pandangannya sebagai seorang yang lebih berpengalaman. memang beliau berupaya membuat sy tenang seketika. satu persatu isu ini dikupas, dijelas dengan terperinci segala prosedur. Pro dan kontra, jua kesan, akibat dan hikmah yang tersembunyi. namun debar di hati masih tidak reda..

penantian amat menyeksakan. lewat petang, telefon berbunyi. sayup di corong telefon, rakan sejawat menjelaskan satu persatu dengan teliti dan tenang. sy tahu beliau mahu sy mendengar dengan lebih rasional. sy menarik nafas panjang. terdiam, tak tahu apa yang patut katakan. semuanya telah tertulis, semuanya telah ditentukan oleh Allah swt. setiap insan pasti punya keinginan dan impian. begitu jua sy dan abg. namun sy yakin, sesuatu yang terjadi itu pasti ada sebab musababnya. sy menerimanya dengan hati yang lapang dan tenang. pasti saja ada hikmah yang sy tidak tahu dan pasti jua Dia mengatur yang terbaik utk sy. sy harus redha..

sy telefon abg.. sekadar untuk memberitahu..

..abang.. ..dia bukan rezeki kita..





azza..
..menerima ketentuan dengan tenang dan hati terbuka..
sy dan abg redha..



11 Jul 2009

-dia-....*117 * ....Impian Indah Abadi..

salam sejahtera untuk semua..


Impian Indah Abadi..
alhamdulillah..segalanya telah selesai.

memandang -dia- buat hati berbunga.
memandang -dia- buat hati tak keruan.
memandang -dia- buat hati berdebar.
memandang -dia- terasa bergetar.
benar kata orang..cinta pandang pertama buat kita tak lena...
dan -dia- lah cinta pandang pertama sy..

telah lama sy abadikan -dia- di sedetikhati ini.
sy cuma namakan -dia-, kekal menjadi rahsia sehingga ke hari ini.
sy lakarkan memory bersama -dia- di setiap episod..
~episod 1.. ~episod 2.. ~episod 3.. ~episod 4.. ~episod 5.. ~episod 6..


Bermula dari akhir Desember 2008, akhirnya 16 Mei 2009..sempena Hari Guru, -dia- sy sentuhi dengan penuh kasih.
Sy adun segala kasih, rindu dan cinta, bersatu bersama -dia-.
Sy bernafas menghidu harum bermalam bersamanya.
Sy gaulkan segala kemesraan, persefahaman dan keluhuran, jua bersama -dia-..
Agar senyum yang terukir dibibir kan kekal sehingga ke hujung nyawa..

Biar ia kekal menjadi impian paling indah buat kami..


alhamdulillah..
55 no bertuah..
Impian Biar Abadi..
Bersama Episod Indah Bersemi..
Pertemuan Himpunan Pengharapan
Kekal Cinta Kemilau
Luahan Sedetik Perjalanan..










seorang teman juga bakal menghuni mahligai cintanya di tempat nostalgia sy..
kalaulah sy yang berada di PTK..



28 Jun 2009

..aku gatal..??

salam sejahtera kepada semua..





Selasa(23 jun) 9.30pm..
Terasa merenyam2...disusuli dengan bintik2 merah seperti gigitan nyamuk yang akhirnya membengkak merah sehingga selebar telapak tangan. Gatal dan miangnya Tuhan sahaja yang tahu.






Rabu(24 Jun) 8.30am..
Gagahi juga ke sekolah sebelum meminta kebenaran keluar ke klinik.
tangan dihulur, dengan sekali pandang, sepatah perkataan keluar dari bibir doktor itu; 'alergy'. satu jawapan yang sudah sy jangka. mengadap komputer, menaip 3 4 patah perkataan dan terus berkata..


ok..siap..boleh tunggu di luar ya...

seperti biasa..menanti nama dipanggil sambil menahan gatal, duit dihulur dan ubat bertukar tangan. masuk ke kereta terus ubat sebesar biji sawi itu sy telan. besar harapan agar gatal ini cepat hilang.



malangnya...sepanjang malam sy menanggung gatal yang amat sangat. tak tertahan. ubat sapu yang diberi doktor pada siang harinya, jam 10 malam dah habis sy gunakan. terasa sgt yang doktor itu hanya bergelar 'doktor'...tetapi tidak 'doktor' pada kepakaran atau mgkin tidak menggunakan sepenuhnya 'kedoktoran' yang beliau ada, sekadar melepas batuk di tangga.
dan malam itu...sy dan abg sama-sama berjaga...langsung tidak boleh lelap mata. badan teramat gatal, penuh dengan merah2 sebesar tapak tangan..dari leher sehingga ke hujung kaki.


Khamis(25 Jun) 10am..
dan hari ini..setelah bersengkang mata 2 malam..
alhamdulillah. akhirnya sy bertemu dengan 'doktor' yang benar2 'doktor'. terima kasih Rina(rakan sejawat) yang cadangkan beliau kepada sy. setelah selesai menguruskan segala urusan di kolam renang MPSP(terapi renang), sy dan Rina membuat temujanji dengan Doktor N. Nagappan, Doktor Pakar Kulit.



..acute urticaria..

itulah perkataan yang terpacul dari bibirnya.
segala yang sy harapkan dari seorang yang bergelar 'doktor' sy dapat dari beliau. meneliti..memeriksa...dengan suara yg lembut memberi penjelasan yang cukup meyakinkan...siap tunjuk gambar di komputer, buku tebal dimeja menjadi rujukan, satu persatu helaian diselak ditunjukkan pada sy contoh2 urticaria..punca..simptom..dan pantang larang yg harus sy ikuti beserta dengan nama dan kandungan didalam ubat yang harus sy ambil. rasanya inilah yang diharapkan oleh semua pesakit yang pergi ke klinik/hospital/pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan/khidmat nasihat dari seorang 'doktor'.


8 biji loradatine..alhamdulillah 4 biji makan sy dah kembali pulih..


dan sehingga saat ini, baru 3 biji ubat yg sy telan, alhamdulillah...sy telah kembali selesa meneruskan rutin seharian. tkasih doktor..kredit utk anda kerana menyelesakan kembali emosi dan fizikal sy...melancarkan kembali urusan harian sy..supaya mampu sy melangsaikan kerja dan amanah yang tertangguh.

sedikit pesan beliau..
buat masa sekarang hadkan mengambil;
  • tomato
  • ikan masin
  • telur putih
  • jus orange
  • makanan(ikan) dlm tin
  • minyak angin

baik bos...!

anda juga boleh melayari website dibawah untuk mengetahui maklumat tentang urticaria dari segi rupa bentuk, bagaimana terjadi dan langkah mengatasinya.

1. wsite urticaria 1
2. wsite urticaria 2
3.
wsite urticaria 3
4.
wsite urticaria 4
5. loradatine


sangat-sangat gatal........!!!



terima kasih utk abg..yang sabar dengan karenah sy..
juga utk teman yang dekat dihati..kerana sentiasa ada menenangkan hati..
biar masa menentu segalanya..
lebih baik begini..kerana Tuhan itu Maha Adil..
moga sy dan insan2 ini..sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah swt selalu...
hari ini , esok dan selamanya..

15 Mac 2009

Telaga Daeng... PTK...dan memory...(15mac)

Salam sejahtera untuk semua;

..tersemat di hati...IPKT...



seminggu cuti merupakan saat terbaik bagi sy utk kembali menjejak kenangan yang setiap detik semakin segar di ingatan walau telah lama ditinggalkan. memang kita tidak hidup dengan kenangan tetapi kenangan itu yang menjadi semangat dan pendorong diri untuk terus gagah melangkah di saat lelah dan hampir tersungkur.


hujan yang turun mencurah sejak dari TM bukan menjadi penghalang utk jejakkan kaki ke masjid yang berkilauan ini. dah lama sy menyimpan impian ke sini, setiap tahun ke terengganu ada saja kekangan utk sy smpai ke sana. kali ini alhamdulillah...walaupun jejak agak terhad, namun ia tetap berbaloi. mgkin akhir tahun ini sy akan ke sana lagi kerana pergerakan kali ini agak terhad akibat hujan yang terlalu lebat. lagipun abg dah berjanji...




kesempatan yang terluang(urusan di IPKT) sy gunakan sebaik mgkin untuk menyusuri kembali jalan-jalan kenangan kami sekeluarga lebih 16 tahun yang lalu. dan sudah pastinya kenangan peribadi sy sendiri sewaktu bergelar pelajar dan gadis remaja menyusuri setiap selekoh dan simpang di Telaga Daeng (rumah kedua), Ibrahim Fikri (rumah pertama), Telaga Batin, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Bukit Tok Beng, , Gong Badak, Tok Jembal, Banggol Pauh, Bukit Tunggal, lapangan terbang.. kenangan yang cukup mahal..


..rumah yang menyimpan seribu memory zaman kanak-kanak..




PTK..
Pantai Terukir Kenangan..seribu memory yang selamanya abadi di hati. terlalu banyak memory disini. pantai yang meninggalkan sejuta rasa yang berbaur menjadi satu. terselam di jiwa dan akan tersemat selamanya sehingga ke nafas terakhir. biarlah ia bersatu jauh di dasar hati..yang pastinya akan sy kenangi sehingga ke hari tua..


PTK...Pantai terukir kenangan yang melakar seribu memory di hati..


terimbau sewaktu kecil dulu.. sy dan kawan2 suka sgt berbasikal dari Pantai Telaga Daeng berhampiran taman perumahan, menyusur lorong di tepi pantai sehingga lah ke PTK. dulu lorong tersebut hanya muat2 basikal dan motorsikal shj. berpuluh tahun ditinggalkan..kini dah banyak yang berubah. dasarnya, fizikal jauh berubah, namun kenangan yang melatari tetap sama, hidup dan mekar biar jarak waktu kian jauh dan luas jurangnya.



PTK...sehela nafas memendam rasa..




sesungguhnya sy rindukan saat2 dulu. butiran pasir putih yang dipijak terasa seolah baldu di kaki. ombak yang pecah tatkala menghempas pantai seolah satu irama yang begitu merdu alunannya di gegendang telinga. tiupan angin semilir yang berpuput lembut terasa dingin menampar pipi..mengalunkan tudung membawa melodi yang sungguh indah, seindah jaluran pelangi yang tak tergapai di kaki langit.


..keriangan di hati terserlah di wajah..(foto nov 2007)


begitulah realiti hidup. segalanya mengusik hati, mencipta memory yang bukan sedikit. yang indah tidak selamanya kekal, yang manis tidak kan selalu berpihak pada kita. hakikat hidup harus diterima sebagai salah satu rencah yang mengiringi perjalanan hidup kita sepanjang nafas ini. menuju pada yang Satu, pasti kan ada pelabuhan yang akan kita singgahi. duduklah sebentar.. melepaskan lelah, mengutip pengalaman, mencipta kenangan, berkongsi ilmu, kewajaran, memanfaat setiap detik agar segalanya yang sebentar itu akan memberi makna yang cukup dalam dan akan terabadi selagi hayat dikandung badan..




..sesungguhnya terima kasih..
utk abg..semoga pulau payar kali ini semakin menguat dan menguji kekentalan abg..
..hujan lebat di Alma begitu mendinginkan sebenarnya...fizikal dan emosi..

sedikit tertekan dengan sesuatu , bukan kerana tidak mahu menerima amanah namun terkilan kerana sesuatu yang sepatutnya diambil berat namun diabaikan ..
..adakah nilai
berterima kasih dan menghargai semakin hilang..?


14 Mac 2009

TM...terlerai rindu...(14 mac)

salam sejahtera untuk semua..

lama benar rasanya tidak mencoret apa2 di laman hati ini. mood menulis sedikit melayang lantaran kesibukan dan keletihan dengan tugasan di sekolah. kelapangan seminggu yang diberi sy gunakan sepenuhnya untuk melerai kerinduan yang telah lama bertamu di hati. kekangan masa menyebabkan banyak rancangan tergendala, namun alhamdulillah, akhirnya kepulangan sy ke TM merungkai segalanya.


tujuan utama pulang ke TM kerana Teringatkan Mak...rindu terlerai, sebak di jiwa semakin berkurangan. sebagai pelengkap..tentu sj peluang menemui wajah2 yang disayang takkan sy lepaskan. menggunakan peluang dan ruang dengan sebaik mungkin. menatap wajah2 yang setia tersemat di hati, yang dibawa kemana saja sebagai penguat semangat sememangnya menyuntik satu rasa segar dan hidup dalam jiwa sy. membuatkan hati berbunga bahagia sepanjang percutian. masa yang singkat dimanfaat sebaik mgkin agar kasih dan rindu terbahagi sama rata.




mak yang cukup menenangkan hati. sukar diungkap dengan kata2..seribu patah perkataan belum kan dapat menggambarkan betapa dalam rindu yang melatari hati selama ini. ketenangan dan kedamaian yang dirasai tatkala menatap wajah mak menjadikan hati seolah disirami embun yang dingin. sejuk dan syahdu..segala masalah dan sedikit bebanan di bahu terasa ringan. sememangnya kasih ibu mekar sepanjang kita berkelana dalam hidup ini. bibirnya menguntum senyum tatkala kuntum-kuntum bahagia semakin mengembang di hati melihatkan keletah anak2 yg masih berperangai seperti 20 tahun yang lalu..


sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini benar2 membawa makna seribu erti..cukup2 memberi kesan yang akan diabadikan di hati untuk dibawa pulang ke Penang sebagai semangat baru. kepulangan sesekali, memarakkan rasa rindu, menggenggam jemari Mak, mengucup pipi Mak..mengundang syahdu yang tak bertepi di kalbu. sesungguhnya fitrah seorang ibu...kepulangan sesekali anak yang dikendongnya sedari bayi berpuluh tahun dulu memang dinanti dengan penuh harap. kehadiran anak disisi di saat melewati usia senja memang didamba walau hati terkadang hampa bila anak terpaksa memenuhi tuntutan tugas yang semakin tergalas di bahu. sesungguhnya kasih ibu sepanjang hayat..





memandang tok(tok sebelah mak), nenek(sebelah mak) dan ayah(tok sebelah abah) yang semakin uzur, hati seakan tersayat pilu. sy semakin kehilangan orang2 yang dekat dan menyayangi diri ini. semuanya semakin menginsafkan, makin buat diri rasa bersyukur. sekurang2nya sy memiliki kenangan indah dan berharga bersama tok, sedari tok masih bekerja dan kuat sehingga kini dimana kesihatan semakin tidak mengizinkan.


masih terasa jejari kasar yang mengusap dan memicit betis tatkala demam lebih 20 tahun yang lalu. sangat2 rindu saat-saat dulu. bila saja demam, sy pasti akan ke rumah tok yang tak sampai 1km dari rumah mak. sy pasti mencari peluang utk bermalam disana kerana sy tahu tok akan memicit kaki, tangan dan badan sy yang lenguh2. tok akan mengusap dan memicit kepala dan sesekali akan dijaram kepala yang panas memijar itu. sungguh2 selesa sekali dibelai dan dimanja begitu.


memang sy menggunakan peluang sebagai cucu sulung dengan sepenuhnya. dan sehingga kini setiap kali pulang ke kampung sy pasti akan menempek dengan tok...minta diurut bahu yang kerap sangat lenguh. terketar2 jemari tua itu, tidak lagi gagah seperti dulu. sebenarnya belaian jemari kasar itu yang sy rindukan.


setiap kali juga sy akan menghilang ke rumah ayah. mendengar dia bercerita kisah dulu2..membuat jalan keretapi, zaman berdepan dengan penjajah, bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang dan itu ini benar2 buatkan sy terleka. sy hanya akan beransur setelah berjam diatas wakaf di tepi belukar kecil di tepi rumah(yang dulunya adalah sawah yang damai) setelah menerima panggilan telefon dari mak atau adik yang minta sy pulang. memang 'ralit' dengar ayah bercerita...tak sedar masa berlalu..


kepulangan kali ini, sy sempat mengambil gambar ayah di wakaf kesayangannya. dan saat sy memandang gambar itu kini, hati terasa sayu. ada sedih dan pedih yang bertamu. ayah dah semakin beransur lemah. dia tidak lagi bertenaga seperti dulu dimana pagi2 lagi dah sampai ke rumah sy dengan bermotor setelah minum teh di kedai kopi.


sesungguhnya kenangan bersama mereka yg dekat dihati ini sentiasa hidup dalam jiwa dan akan sy bawa hingga ke akhir hayat.



wajah2 mulus yang lahir dari hati terzahir indah melalui ekspresiasi wajah dan lenggok bahasa tubuh. sesungguhnya ketenangan semakin tergarap abadi di hati. jaluran pelangi semakin terang sinarnya, bersulam indah menemani sy berjalan mengutip pengalaman hidup sebagai hamba pada Dia yang satu.


terima kasih kerana diberi peluang untuk mencurah kasih dan sayang..sesungguhnya sy, anda, dia dan mereka bertuah kerana sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang yang tak bertepi..




..dlm kepayahan ada ruang dan pluang y kita boleh ambil atas daya usaha dan sedikit pemikiran kreatif..adakalanya..kita ligat berfikir utk atasi sstu dgn options y ada 1,2,3..
tp penyelesaiannya ada pd yg paling mudah,
ringkas dan 'bersahaja'.
its there to be manipulated and used and grabbed tapi..persediaan banyak membantu...
utk mengatasi segala kekangan
masalah..isu...halangan...
sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini begitu bermakna...

10 Mac 2009

selepas episod ipoh..

alhamdulillah..

akhirnya SONY Cyber-shot N Series Digital sy berganti jua. Canon Digital IXUS 95IS menjadi pilihan. bukan memilih berdasarkan kehendak, namun satu keperluan. selama 3 tahun cyber-shot tersebut sentiasa berada dalam handbag sy, dibawa ke mana saja. sy cukup berpuas hati dan sememangnya ia cukup berjasa kepada sy. namun patah tumbuh hilang berganti. akhirnya si kiut merah pink menjadi pilihan berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu. tentu saja abg lebih arif dengan mengambil kira pendapat tokey kedai tersebut yang sememangnya dah kenal kami kerana abg kerap ke kedainya untuk mencari aksesori D60 nya.





..tak nak beli kasut...?

ditanya begitu...tentu sahaja soalan cepu emas dari abg ini sy jawab dengan penuh berhemah. ehehh..sy tahu soalan2 begitu memang akan keluar dari mulutnya apabila kami mengunjungi tempat2 sebegini. mgkin juga ini salah satu cara abg mengisi masa yang terhad antara kami kerana tuntutan kerjanya yang memerlukan dia lebih banyak menghabiskan masa di luar dengan komitmen yang tinggi.


kali ini bukan saja sy yang mencuba kasut itu dan ini, malahan abg pulak yang lebih2. jenuh menunggu dari satu kasut ke satu kasut. begini rupanya perasaan abg sewatu menanti sy shopping...adeh... (utk jurulatih Bachok...kali ini muncung tak tajam ok..sebab kasut ni serba guna..bukan setakat baling anjing...lari bila dikejar anjing sgt2 sesuai...heheee..).

sebenarnya kasut ini menggantikan kasut koko sy yang dah hampir monopouse. sy tetap mengunjungi kedai yang sama, membeli kasut jenis yang sama, cuma corak yang sedikit berlainan. dan pastinya akan sy ulangi ke kedai yang sama selagi sy berpuas hati dan selesa di kaki sewaktu melangkah.






sememangnya masa yang sedikit dan terhad ini telah terisi sepenuhnya. dari satu kedai ke satu kedai kami susuri, berhenti penat menjamu selera, sememangnya masa yang singkat dimanfaat dengan tiada sesaat pun tertinggal. jauh disudut hati sentiasa berdoa, semoga kerukunan ini tetap terpelihara sehingga ke akhir hayat.







amanah yang diberi adalah satu tanggungjawab yang harus digalas dengan berlapang dada. hari ini abg diperlukan lagi di satu negeri yang sememangnya meninggalkan seribu satu nostalgia kepada sy. rasa rindu menggamit hati untuk berkunjung lagi ke sana. insya allah jika diizinkan dan tiada aral, cuti sekolah yang akan datang pasti sy jejak kaki lagi ke sana. lagipun hajat nak mengambil gambar pokok ketapang di Teluk Ketapang belum kesampaian..






..tahap penerimaan dan keterbukaan individu dalam sesuatu isu itu tidak sama. inilah yang mewarna warnikan perjalanan hidup kita kerana variasi itu sememangnya bagus dalam mencambahkan idea dan mematang/mewajarkan cara berfikir/bertindak...

7 Feb 2009

Adelaide...jaga diri Dayah..

sy menerima panggilan telefon dari KLIA. pemilik blog Nana's World, Nasruna Anhar atau lebih dikenali sebagai Hidayah dalam family kami...akan berangkat ke Adelaide malam ini. flight jam 9.15 malam. hanya doa dari jauh yang mampu sy hulurkan. moga perjalanan Dayah selamat sampai di bumi Adelaide. sy ada masukkan entry nya disini dan disini.








kak long dan abg khairul doakan kesejahteraan, ketenangan dan ketabahan kan jadi milik Dayah selama di rantau org. jaga diri baik2 yang...
kasih utk suzi (Adelaide)..pemilik blog Resepi dan Cerita Perantau di atas bantuan yang dihulurkan utk Hidayah..
Dayah dah selamat smpai ke Adelaide jam 5 pagi tadi (7.15 waktu Adelaide..)