Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

7 Mac 2012

Anugerah Hebat..





Situasi 1(pagi) :
..sy dibantu oleh seorang sahabat 'biasa-biasa' ...
dengan pertolongan yang sangat kecil baginya..

Situasi 2(tengahari) :
..sy dibantu sekali lagi oleh seorang sahabat yang juga 'biasa-biasa'..
juga dengan pertolongan yang baginya sangat mudah..









Mereka tidak tahu - : 

Pertolongan 'KECIL' dan 'SIMPLE' mereka itu, amat besar dan bermakna dalam meleraikan yang sgt 'rumit' dan 'renyah' pada sy sehari-hari di sekolah...
alhamdulillah..
Anugerah Begini..terlalu Hebat Rasanya..
Terima kasih utk sahabat 'biasa-biasa' itu..
moga DIA memudahkan segala urusan kalian..





Kredit utk  @aryginanjar165 yang sy 'share' kata-kata indah ini:-

"Kita ingin bahagia?
Berikanlah pertolongan untuk orang di sekitar kita, setiap saat dan sekecil apapun. 
Cobalah... dan rasakan manfaatnya."

Salam165
@aryginanjar165
..selamat bercuti utk semua..
cuti fizikal..
cuti hati dan emosi..



20 Mac 2011

..KATAK PURU : Boleh dimakan..?

As Salam...


Mencarilah buah si katak puru
Tidak dilupa buah kemunting
Di dalam hati terasa rindu
Bagai dekat hendak kudamping..
(kredit utk teman yang mencipta pantun ini..:) )





BUAH KATAK PURU..

Balik kampung pada cuti sekolah baru-baru ini menjadi sangat bermakna buat sy..seperti juga kepulangan-kepulangan yang lalu. Setiap hari adalah hari yang baru dan bererti.

Dengan cuaca yang tak menentu..hujan tak kira musim, seperti biasa setiap kali saya pulang pasti akan masuk ke semak atau 'ghokk' loghat Kelantan di tepi-tepi rumah Tok. Banyak khazanah tersembunyi ..yang dulunya adalah tempat permainan saya kala kecil. Dulu-dulu tengahari rembang boleh lagi meredah masuk ke dalam 'ghokk' mencari buah kemunting.

Dan kini sy ulanginya di kala usia mencecah 35 tahun...
hasil nya...inilah yg saya jumpa.. BUAH KATAK PURU...hikss..
Namanya lucu, sangat klasik, namun isinya sedap. Lemak masam manis. Susah nak digambarkan, kena rasa baru tahu.

Sangat lucu dan klasik bunyinya kan. Sangat konservatif. Namun itulah buah yang mengimbau kenangan saya zaman kanak-kanak dulu. Dulu tak tahu pun namanya buah katak puru. Tahu makan saja. Kalau Tok bawak balik dari tempat beliau menoreh..pasti kami cucu-cucunya berebut(sy dan 3 org sepupu).


Sedikit info mengenai buah KATAK PURU..

Nama : Buah Katak Puru
Nama Lain : Buah Nam Nam Amphawa, Nang-ai, Hima, Namu-namu, Kopi Anjing
Nama Saintifik: Cynometra Cauliflora
Famili:Ceasalpinioideae/Le
guminosae
Asal Tumbuhan :Tumbuhan tempatan
Lokasi Ditemui : Rumah Tok...TM, Klate..

~Merupakan sejenis pokok kecil yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia.
~Memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur
~Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan.
~Rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
~Buahnya berwarna kekuningan apabila masak.
~Rasanya agak masam kelat manis..
~Luaran berketak dan bergerutu..agaknya sebab itu dipanggil katak puru..




Sengaja saya kongsi kan buah tradisional ini di 'mukabuku'...nahhhh..
ini hasilnya..

..post di mukabuku pada 13 Mac 2011..


Berderet komen yang sy terima..pandangan dan nostalgia masing-masing.
Perkongsian yang sangat bermakna, banyak khazanah yang saya tidak tahu..sehingga membuka dan mengimbau kisah dulu-dulu..mengenang zaman kanak-kanak yang penuh keriangan. Berbaloi kan jika mukabuku dimanfaat kan begini..bukan hanya utk memapar kehebatan diri dengan penuh berhemah. Indahnya zaman itu...alangkah...



~buah KEMUNTING, buah RUMIA, buah SETAR, ASAM RENDA...~



~buah NAM NAM=cicah dengan garam..komersialkan ekss Roslie..(teman SKBTB)..~


~CT..teman blogger yang mendapat ilmu baru..:) ~


~BOLA JERMAN~ ..masih tak dapat bayangkan..~


~buah CHENDERAI~senapang kayu~BATANG BEMBAN~gobek sireh..



~ASAM RENDA..BUAH CERI..SERALAT..BUAH SETAR..buah SETO...~



..dari buah KATAK PURU @ NAM NAM kepada..
buah KEMUNTING..
buah SERALAT..
buah RUMIA..
buah SETAR..
buah CERI..
buah ASAM RENDA..
buah SETOL..
buah CHENDERAI..

..dikutip dibuka kembali kisah dulu-dulu sehingga ke..

BATANG BEMBAM dibuat senapang..
buah KEDUDUK..
permainan BOLA JERMAN..
permainan BOLA KATAK..
permainan TUJU KASUT..
REBAN AYAM..
sekolah tadika..(uit...sy tidak pernah ke sekolah tadika..)
PENSEL KALER LUNA...


..banyaknya yang saya tidak tahu...
kalau kita sendiri tidak kenal..agak-agaknya anak-anak kita tahu tak ekks...






...sy tersenyum sendiri..
indah nya perkongsian ini jika ikhlas di hati..
tanpa ralat hati memberi dan menerima...
itu seharus nya bukan..? ...smileeee.....dari hati..

..dari hati ke hati..redha..
..pinjam pantun di atas..kredit utk anda sahabat...
mencipta semata-mata untuk buah KATAK PURU ku..:))

2 Feb 2011

Saya yang cuai..


Salam..

Cuti baru-baru ini sy berpeluang ke Bangkok secara backpackers bersama abg dan dua orang teman menaiki Tren 36 Ekspress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok.

Gembira, excited dan tentu sekali mengujakan kerana ini kali pertama ke sana. Segala persiapan dan kelengkapan diteliti agar tiada yang tertinggal. Berkali-kali dibelek, diteliti list yang dibuat, sy benar-benar berpuas hati.

Tentu sekali yang paling tidak sy lupakan adalah mypinkish..IXUS 95 IS. Walaupun abg membawa Nikon D90 nya, yang tentu sekali focus utamanya adalah sy, namun sy tetap tidak pernah meninggalkan mypinky..setia menemani di dalam handbag ke mana pergi..hatta ke sekolah.

8Dec ..bermulalah perjalanan kami ke Stesen Keretapi Butterworth…Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok. Mengujakan apabila dua orang teman sibuk merakam foto kami berempat berlatarbelakangkan stesen keretapi ini. Saya juga tidak manu ketinggalan. Mengeluarkan mypinky dengan rasa teruja untuk merakam detik-detik indah sebelum memulakan perjalanan selama 23 jam.

Bila saja mypinky dipetik…


Adesss…tiada memori kad!

Betapa cuainya saya…rupanya memory kad masih lagi terselit dalam lappy di rumah. Apa lagi nak dikata…terkilan benar rasa di hati kerana itu adalah gajet yang penting, yang tidak pernah sy tinggalkan selama ini..

Akhirnya..menumpang D90 abg (yang sememangnya gambar sy beratus..hiks..)..juga kamera dua teman yang ikut serta.

Untuk diri sendiri..memang satu pengajaran.

yang pasti..biar pun memori itu tidak dipetik jari saya untuk diabadi di kad memori...namun memori itu indah dan utuh terpahat..kemas terakam di minda..

~menaiki Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok...23 jam..


~Floating Market yang terbesar di Thailand...Damnoen Saduak, Bangkok..

~Pasar Chatuchak...
pasar terbesar yang mempunyai bilangan gerai melebihi 5 ribu..jenuh..


~Khoa San Road..tempat yang sangat popular di kalangan backpackers dunia..
..menginap di Ben's House, Khoa San..


~Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok..



Bangkok sangat menggamit sy untuk kembali ke sana...
insyaAllah..satu hari nnti..pasti akan sy jejaki lagi..

**Catatan lengkap perjalanan kami boleh dibaca di mytripadventure dan gambar-gambar boleh dilihat di Facebook sy..


Haiku:
Hua Lamphong sepi
bawa ku dalam mimpi
memori hilang



..3.57am..napa mata takleh lelap..


17 Jan 2010

Kuala Sepetang : Kayuhan Santai..Impian Bersamamu..

Salam..



Aku terpaku memandangmu

Merasai tenang sapaanmu..

hangat sentuhanmu..

yang selama ini menjadi mainan tidurku


sungguh bagai dalam anganku

indah tanahmu menggamit rasa

nyaman udara mengusik kalbu

lembut sapaan meruntun jiwa


dingin subuh mengundang sendu

kicau unggas terasa merdu

mudik perahu nostalgia dahulu

kocak air irama bertamu


aku hadir bagai mimpi

pada mu yang ku damba ku ingini

tak sekali bersua namun rindu bertali

seolah kita sama menjalin memori





Sy tidak pernah tahu tentang nya.

Sy tidak pernah bertemu atau sampai apatah lagi menyentuhnya.

Tidak pernah ada orang bercerita pada sy tentang ketenangan dan kedamaiannya, atau tentang kemesraan dan hangat sapaannya.

Semuanya datang sendiri bertamu di hati.


Namanya terasa cukup dekat.

Terbayang2 di mata dan minda sy.

Terasa sangat terbuai jiwa asal saja sy menyebut atau terdengar orang bercerita mengenainya.

Terasa damai dan tenang menyelinap di jiwa.

Terasa sy akrab dan erat dengannya.

Terasa ia menyimpan sesuatu yang harus sy ketahui.

Ada sesuatu yang harus sy dalami.


Entah mengapa sedari kecil sy hati sy begitu terpaut…

seakan jatuh cinta tanpa pernah bersua..

Seperti di alam maya..langsung tidak pernah bertemu tetapi menanggung rindu yang maha sarat..




Pernah sy suarakan kepada abg dan beberapa orang teman tentang hasrat hati sy,

tetapi kekangan dan masa tidak membolehkan niat di hati sy terlunas.

Kerinduan untuk sampai kepadanya ada sy masukkan dalam entry terdahulu disini.


Ada sesuatu yang sy sendiri tidak tahu sebabnya, menggamit usik jiwa sy utk hadir kepadanya.

Ada sesuatu yang sukar sy rungkai mengusik rasa seolah2 memanggil sy untuk mengunjunginya..







Nota Kaki :

Alhamdulillah..

2 jan 2010..akhirnya pertama kali sy jejakkan kaki ke ke tanah indah itu..Kuala Sepetang.

Entah mengapa nama Kuala Sepetang dan Tanjung Piandang sgt dekat di hati sy sedari dulu.

Impian sedari di bangku sekolah lagi, ingin jejakkan kaki ke sini.

Sapaan seorang teman(kawan abg) di facebook mengajak ‘kayuh’ (istilah kami) pada 2 jan 2010, sy sambut seadanya sahaja. Tapi bila disebut kayuh ke Kuala Sepetang, sy menjadi teruja.

Ajakannya sy panjangkan pada abg yang masih belum mengetahui apa2. Sekadar berbincang ala kadar, keputusan tidak diambil kerana kami masing-masing mempunyai komitmen dan terikat pada tugas.

Namun mungkin kerana rezeki sy, balik dari bercuti dari Cameron pada 1 Jan 2010…2hb kami bersiap menjadi backup mengikut kayuhan Tn Bazli n geng..


..akhirnya hasrat tercapai..

..namun masih ada lagi yang tersimpan rapi sebagai impian..

insya Allah jika dengan izinNya..




..indah rupanya terasa ingin lagi ku sentuh..


25 Okt 2009

Gua Tempurung : Bersantai Erat Ikatan Bersama..




Salam sejahtera untuk semua...


Bersantai Erat Ikatan Bersama..



Dah lama sebenarnya hati teringin ke Gua Tempurung. Setiap kali melalui jalan lama KL-Penang, mata pasti melirik pada simpang menghala ke gua ini. Dan selalunya, sy tidak berpeluang kerana ada saja halangan dan kekangan kerana perjalanan adalah atas tugas rasmi atau mengejar masa yang telah ditetapkan di satu-satu destinasi. Seperti Gua Kelam yang pernah sy jejaki pada Oktober tahun lepas, hati seakan tak puas selagi Gua Tempurung tak sy kunjungi. Gua Kelam Warisan Sejarah ada sy entry kan disini..


Namun alhamdulillah, hari ini sy dan abg berpeluang. Kami ke Sabak Bernam kerana abg ingin menemui adiknya yang akan memulakan tugas di Sarawak pada 26 Oktober 2009.


Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ataupun Jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.


kawasan aircond semulajadi misteri yang sangat dingin menghembus di tengah-tengah gua..



Tidak rugi anda berkunjung disini. Cuti sekolah pun semakin hampir. Jika sebelum ini pilihan destinasi percutian pasti tempat-tempat yang selesa seperti hotel-hotel atau bersantai di Kopitiam atau juga ke negara-negara jiran, apa salahnya kali ini anda bersila di lantai gua menikmati hidangan nasi bungkus beriramakan air jeram yang tak jemu-jemu mengalir. Pastinya ketenangan dan kedamaian akan anda rasai.




Bukalah mata dan minda anak-anak anda untuk meneroka dan menghayati keindahan gua-gua yang ada di Malaysia. Menghayati dan membayangkan kesukaran hidup orang dulu2 juga melihat dengan mata sendiri seribu macam formasi unik stalaktit dan stalagmit.

Anak-anak anda pasti terpegun melihat kilauan permata yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Perasaan takjub juga akan hadir apabila melihat air yang menitis setitik demi setitik sehingga membentuk lekuk di batu yang keras dan pejal. (sedikit info Gua Tempurung disini..)


Sangat berbaloi sebenarnya. Sekurang-kurangnya didiklah anak-anak anda menjadi seorang yang yang lebih lasak dan tabah dari segi fizikal dan mental. Kekuatan dalaman ini sebagai bekalan, bukannya dengan kemewahan dan kesenangan yang anda limpahkan ..kerana sampai masa anda terpaksa melepaskan mereka terbang dengan haluan sendiri juga..



stalaktit dan stalagmit - gugusan batuan kapur pada langit-langit dan lantai gua



Next trip…Mencari Cinta Mahsuri...(27-30 Okt'09)...hikss..


Azza: walau jauh terbang..tetap tak lupa kembali ke sarang..


15 Mac 2009

Telaga Daeng... PTK...dan memory...(15mac)

Salam sejahtera untuk semua;

..tersemat di hati...IPKT...



seminggu cuti merupakan saat terbaik bagi sy utk kembali menjejak kenangan yang setiap detik semakin segar di ingatan walau telah lama ditinggalkan. memang kita tidak hidup dengan kenangan tetapi kenangan itu yang menjadi semangat dan pendorong diri untuk terus gagah melangkah di saat lelah dan hampir tersungkur.


hujan yang turun mencurah sejak dari TM bukan menjadi penghalang utk jejakkan kaki ke masjid yang berkilauan ini. dah lama sy menyimpan impian ke sini, setiap tahun ke terengganu ada saja kekangan utk sy smpai ke sana. kali ini alhamdulillah...walaupun jejak agak terhad, namun ia tetap berbaloi. mgkin akhir tahun ini sy akan ke sana lagi kerana pergerakan kali ini agak terhad akibat hujan yang terlalu lebat. lagipun abg dah berjanji...




kesempatan yang terluang(urusan di IPKT) sy gunakan sebaik mgkin untuk menyusuri kembali jalan-jalan kenangan kami sekeluarga lebih 16 tahun yang lalu. dan sudah pastinya kenangan peribadi sy sendiri sewaktu bergelar pelajar dan gadis remaja menyusuri setiap selekoh dan simpang di Telaga Daeng (rumah kedua), Ibrahim Fikri (rumah pertama), Telaga Batin, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Bukit Tok Beng, , Gong Badak, Tok Jembal, Banggol Pauh, Bukit Tunggal, lapangan terbang.. kenangan yang cukup mahal..


..rumah yang menyimpan seribu memory zaman kanak-kanak..




PTK..
Pantai Terukir Kenangan..seribu memory yang selamanya abadi di hati. terlalu banyak memory disini. pantai yang meninggalkan sejuta rasa yang berbaur menjadi satu. terselam di jiwa dan akan tersemat selamanya sehingga ke nafas terakhir. biarlah ia bersatu jauh di dasar hati..yang pastinya akan sy kenangi sehingga ke hari tua..


PTK...Pantai terukir kenangan yang melakar seribu memory di hati..


terimbau sewaktu kecil dulu.. sy dan kawan2 suka sgt berbasikal dari Pantai Telaga Daeng berhampiran taman perumahan, menyusur lorong di tepi pantai sehingga lah ke PTK. dulu lorong tersebut hanya muat2 basikal dan motorsikal shj. berpuluh tahun ditinggalkan..kini dah banyak yang berubah. dasarnya, fizikal jauh berubah, namun kenangan yang melatari tetap sama, hidup dan mekar biar jarak waktu kian jauh dan luas jurangnya.



PTK...sehela nafas memendam rasa..




sesungguhnya sy rindukan saat2 dulu. butiran pasir putih yang dipijak terasa seolah baldu di kaki. ombak yang pecah tatkala menghempas pantai seolah satu irama yang begitu merdu alunannya di gegendang telinga. tiupan angin semilir yang berpuput lembut terasa dingin menampar pipi..mengalunkan tudung membawa melodi yang sungguh indah, seindah jaluran pelangi yang tak tergapai di kaki langit.


..keriangan di hati terserlah di wajah..(foto nov 2007)


begitulah realiti hidup. segalanya mengusik hati, mencipta memory yang bukan sedikit. yang indah tidak selamanya kekal, yang manis tidak kan selalu berpihak pada kita. hakikat hidup harus diterima sebagai salah satu rencah yang mengiringi perjalanan hidup kita sepanjang nafas ini. menuju pada yang Satu, pasti kan ada pelabuhan yang akan kita singgahi. duduklah sebentar.. melepaskan lelah, mengutip pengalaman, mencipta kenangan, berkongsi ilmu, kewajaran, memanfaat setiap detik agar segalanya yang sebentar itu akan memberi makna yang cukup dalam dan akan terabadi selagi hayat dikandung badan..




..sesungguhnya terima kasih..
utk abg..semoga pulau payar kali ini semakin menguat dan menguji kekentalan abg..
..hujan lebat di Alma begitu mendinginkan sebenarnya...fizikal dan emosi..

sedikit tertekan dengan sesuatu , bukan kerana tidak mahu menerima amanah namun terkilan kerana sesuatu yang sepatutnya diambil berat namun diabaikan ..
..adakah nilai
berterima kasih dan menghargai semakin hilang..?


14 Mac 2009

TM...terlerai rindu...(14 mac)

salam sejahtera untuk semua..

lama benar rasanya tidak mencoret apa2 di laman hati ini. mood menulis sedikit melayang lantaran kesibukan dan keletihan dengan tugasan di sekolah. kelapangan seminggu yang diberi sy gunakan sepenuhnya untuk melerai kerinduan yang telah lama bertamu di hati. kekangan masa menyebabkan banyak rancangan tergendala, namun alhamdulillah, akhirnya kepulangan sy ke TM merungkai segalanya.


tujuan utama pulang ke TM kerana Teringatkan Mak...rindu terlerai, sebak di jiwa semakin berkurangan. sebagai pelengkap..tentu sj peluang menemui wajah2 yang disayang takkan sy lepaskan. menggunakan peluang dan ruang dengan sebaik mungkin. menatap wajah2 yang setia tersemat di hati, yang dibawa kemana saja sebagai penguat semangat sememangnya menyuntik satu rasa segar dan hidup dalam jiwa sy. membuatkan hati berbunga bahagia sepanjang percutian. masa yang singkat dimanfaat sebaik mgkin agar kasih dan rindu terbahagi sama rata.




mak yang cukup menenangkan hati. sukar diungkap dengan kata2..seribu patah perkataan belum kan dapat menggambarkan betapa dalam rindu yang melatari hati selama ini. ketenangan dan kedamaian yang dirasai tatkala menatap wajah mak menjadikan hati seolah disirami embun yang dingin. sejuk dan syahdu..segala masalah dan sedikit bebanan di bahu terasa ringan. sememangnya kasih ibu mekar sepanjang kita berkelana dalam hidup ini. bibirnya menguntum senyum tatkala kuntum-kuntum bahagia semakin mengembang di hati melihatkan keletah anak2 yg masih berperangai seperti 20 tahun yang lalu..


sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini benar2 membawa makna seribu erti..cukup2 memberi kesan yang akan diabadikan di hati untuk dibawa pulang ke Penang sebagai semangat baru. kepulangan sesekali, memarakkan rasa rindu, menggenggam jemari Mak, mengucup pipi Mak..mengundang syahdu yang tak bertepi di kalbu. sesungguhnya fitrah seorang ibu...kepulangan sesekali anak yang dikendongnya sedari bayi berpuluh tahun dulu memang dinanti dengan penuh harap. kehadiran anak disisi di saat melewati usia senja memang didamba walau hati terkadang hampa bila anak terpaksa memenuhi tuntutan tugas yang semakin tergalas di bahu. sesungguhnya kasih ibu sepanjang hayat..





memandang tok(tok sebelah mak), nenek(sebelah mak) dan ayah(tok sebelah abah) yang semakin uzur, hati seakan tersayat pilu. sy semakin kehilangan orang2 yang dekat dan menyayangi diri ini. semuanya semakin menginsafkan, makin buat diri rasa bersyukur. sekurang2nya sy memiliki kenangan indah dan berharga bersama tok, sedari tok masih bekerja dan kuat sehingga kini dimana kesihatan semakin tidak mengizinkan.


masih terasa jejari kasar yang mengusap dan memicit betis tatkala demam lebih 20 tahun yang lalu. sangat2 rindu saat-saat dulu. bila saja demam, sy pasti akan ke rumah tok yang tak sampai 1km dari rumah mak. sy pasti mencari peluang utk bermalam disana kerana sy tahu tok akan memicit kaki, tangan dan badan sy yang lenguh2. tok akan mengusap dan memicit kepala dan sesekali akan dijaram kepala yang panas memijar itu. sungguh2 selesa sekali dibelai dan dimanja begitu.


memang sy menggunakan peluang sebagai cucu sulung dengan sepenuhnya. dan sehingga kini setiap kali pulang ke kampung sy pasti akan menempek dengan tok...minta diurut bahu yang kerap sangat lenguh. terketar2 jemari tua itu, tidak lagi gagah seperti dulu. sebenarnya belaian jemari kasar itu yang sy rindukan.


setiap kali juga sy akan menghilang ke rumah ayah. mendengar dia bercerita kisah dulu2..membuat jalan keretapi, zaman berdepan dengan penjajah, bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang dan itu ini benar2 buatkan sy terleka. sy hanya akan beransur setelah berjam diatas wakaf di tepi belukar kecil di tepi rumah(yang dulunya adalah sawah yang damai) setelah menerima panggilan telefon dari mak atau adik yang minta sy pulang. memang 'ralit' dengar ayah bercerita...tak sedar masa berlalu..


kepulangan kali ini, sy sempat mengambil gambar ayah di wakaf kesayangannya. dan saat sy memandang gambar itu kini, hati terasa sayu. ada sedih dan pedih yang bertamu. ayah dah semakin beransur lemah. dia tidak lagi bertenaga seperti dulu dimana pagi2 lagi dah sampai ke rumah sy dengan bermotor setelah minum teh di kedai kopi.


sesungguhnya kenangan bersama mereka yg dekat dihati ini sentiasa hidup dalam jiwa dan akan sy bawa hingga ke akhir hayat.



wajah2 mulus yang lahir dari hati terzahir indah melalui ekspresiasi wajah dan lenggok bahasa tubuh. sesungguhnya ketenangan semakin tergarap abadi di hati. jaluran pelangi semakin terang sinarnya, bersulam indah menemani sy berjalan mengutip pengalaman hidup sebagai hamba pada Dia yang satu.


terima kasih kerana diberi peluang untuk mencurah kasih dan sayang..sesungguhnya sy, anda, dia dan mereka bertuah kerana sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang yang tak bertepi..




..dlm kepayahan ada ruang dan pluang y kita boleh ambil atas daya usaha dan sedikit pemikiran kreatif..adakalanya..kita ligat berfikir utk atasi sstu dgn options y ada 1,2,3..
tp penyelesaiannya ada pd yg paling mudah,
ringkas dan 'bersahaja'.
its there to be manipulated and used and grabbed tapi..persediaan banyak membantu...
utk mengatasi segala kekangan
masalah..isu...halangan...
sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini begitu bermakna...

Tanah yang Merah...

Tanah yang Merah..

...merehatkan minda..

..menitip sayang...

..melerai rindu..

..menguji hati..

..menilai diri...

..kematangan dan kewajaran untuk menerima hakikat..


...jum balik kampung...









..bercuti bersama timbunan fail ..maklumat...yang akan dibelek di kampung...







..semoga perjalanan pagi ini dipermudahkan..selamat sampai dan selamat kembali...

balik bersama bunga-bunga di hati..

27 Jan 2009

pilihan utk -dia-....PB--KP--AS..

..sambungan entry di bawah..

Sekembali dari Padang Besar, kami menuju ke Kuala Perlis. Dalam perjalanan, sy singgah di Pak Ya Nursery…salah seorang pembentuk bonsai yang terkenal di Perlis. Dan semuanya utk -dia-. Sebelum ini abg telah membeli 2 pohon bonsai(sinai) dengan Pak Ya dan semuanya sebagai persediaan untuk -dia-. Entry -dia- ada sy masukkan disini.






Sy dan abg mengambil keputusan untuk bermalam di Kuala Perlis(KP). Sy agak kerap ke KP namun tidak pernah bermalam. Selalunya kalau ke Langkawi seperti bulan lepas, memang sy akan menaiki feri di sini kerana perjalanannya singkat sahaja berbanding menaiki feri di Kuala Kedah utk ke Langkawi. Antara entry percutian ke Langkawi ada disini, disini dan disini..


Tambahan pula, sy belum pernah susuri benteng di Kuala Perlis pada waktu malam. Sesuatu yang menarik bukan. Hasil perbincangan..nampaknya ada beberapa tempat yang boleh dilakukan pada waktu malam nanti. Akhirnya…bermula dengan Brasmana Hotel, Seaview, T Hotel, AZ Hotel..sehinggalah kepada motel2 kecil…tiada satu pun bilik kosong. Terasa hampa. Plan malam nanti terpaksa dilupakan. Sudah lewat petang. Masing2 dah kepenatan. Akhirnya kata sepakat diambil…menghala ke Alor Star. Akhirnya kami menginap disini…Samila Hotel…bilik no 203...mengingatkan sy pada sebuah tempat yang sy kunjungi lewat December lepas, Pantai Samila, Songhkla, Thailand yang popular dengan lagenda Duyung. Entrynya disini.

gambar terpaksa di'sephia'kan..kerana mata dan wajah sy teramat letih sebenarnya..


Lega dan selesa rasanya merebahkan diri di bilik hotel setelah seharian dari pagi menapak dari satu tempat ke satu tempat. Dan malamnya.. berlenggang ke Tesco…ehekkss…kalaulah paksu tahu…

setiap sesuatu pasti ada sebab musabab. sepanjang 2 hari ini terfikirkan sesuatu yang menimpa teman sy...bagaimana dia sekarang. teringat juga pesanan seorang teman lain..sesuatu kejadian ada timbal balik. apa yang kita dapat/terlepas hari ini..pasti ada yang menyusul di hari depan..
utk teman sy yang ditimpa musibah..dunia masih luas untukmu...jauh disudut hati sy berdoa mg dia dan anaknya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan..


entry seterusnya...kenduri di rumah paksu untuk Hidayah ...

pilihan..BM --> WK --> PB..

Alhamdulillah…
Seperti 3 pilihan yang terdapat di dalam entry sy sebelum ini, sebahagiannya dah terlaksana. Masih ada satu…yang akan terlaksana mengikut keperluan. Sy menanti kabar dari kampung. Menanti panggilan telefon mak. Jika mak kata sy perlu balik, sy akan balik walaupun terpaksa menaiki bas kerana abg dah mula bekerja esok. Hanya sy yang masih bercuti.

Sy baru smpai dari Alor Star, umah paksu malam tadi jam 1 pagi. Satu perjalanan…ibarat kata abg..pusing2..


BM--WK--PB--KP--AS--BM….

Pagi ahad sy dan abg bertolak ke Wang Klian, Perlis. Destinasinya ialah pasar Wang Klian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Mula2 sy sampai ke sana pada tahun 2003 dl..terlintas dlm fikiran kenapa diwujudkan pasar di tengah2 hutan..terpikir mengapa begitu ramai org ke sana sedangkan nak smpai ke sana pun jalan bengkang bengkok mengalahkan jalan naik ke Cameron..namun kini sy smpai lagi untuk kali kedua..jawapan masih belum ditemui..

bertanyakan abg..jawapan nya...itulah yang dinamakan keunikan..









Disebabkan jarak antara Wang Klian dan Padang Besar tak jauh…apa salahnya terus lajak ke sana kan. Walaupun dah berpuluh kali ke sana, namun hati sntiasa terdetik utk terus mengunjungi. Pastinya satu2 barang yg sy beli ialah keronsang. Ehekss..pelanggan tetap kak ani..lupa nak amik gambar dia. .


Juga untuk membeli teddy bear pink ……siapa pemiliknya…nantikan ya..hehe..



Satu demi satu kita selusuri ..tiap satu meninggalkan kisah tersendiri..
Mgkin membuang masa bagi sesetengah orang, namun tiap dari kita punya cara tersendiri bagaimana utk mengisi masa terluang bersama org disisi, bergantung pada minat, keperluan, tanggungjawab, kesanggupan dan kehendak. Walaupun perjalanan kali ini juga tidak dirancang, perbincangan, tolak ansur dan komunikasi yang bijak sy rasakan menjadi medium yang penting yang akhirnya membawa kepada terlaksana sebahagian dari pilihan yg tidak lagi jadi pilihan…ehehh…


  • BM - Bukit Mertajam
  • WK - Wang Klian, Perlis
  • PB - Padang Besar, Perlis
  • KP - Kuala Perlis, Perlis
  • AS - Alor Star

balik dari Padang Besar patut ke rumah paksu di alor star untuk kenduri pada 26hb, namun disebabkan letih teramat..sy dan abg mengambil keputusan menginap di hotel pada malam itu..nantikan episod pusing2 tak jadi di Kuala Perlis...ehehh..

24 Jan 2009

pilihan...

salam..

cuti CNY telah bermula. bermula dari hari ini dan sy akan kembali ke sekolah pada 2hb feb iaitu hari isnin. lama rasanya cuti sebab baru 3 minggu persekolahan dibuka. erm..10 hari. nak ke mana ya. tiada perancangan khusus. pagi td ada kem motivasi di sekolah utk murid tahun 6 manakala abg ada mesyuarat agung Badan Kebajikan sehingga tengahari. abg balik jam 3 sy dah ada di rumah. bersembang seketika, dua2 terlena. buka mata...soalan pertama dari mulut sy..
...ke mana kita...



abg cm diam, sy tahu pilihan di tangan sy. .
  • balik kampung
  • di rumah...penang saja..
  • keluar dari penang..


mana satu pilihan hati..

jika balik kampung..

  • boleh jumpa mak, abah, adik2...
  • tuk pun tak berapa sehat..
  • boleh beli tudung bawal..
  • pink bear kiriman Su pun boleh beli gak..


jika di rumah...penang saja..
  • 26hb ke kenduri paksu di alor star utk Hidayah..
  • leh settle kan hal2 -dia- pada 28&29hb ni..sebab kebanyakannya adalah urusan bank..
  • leh kemas2 umah...
  • leh rehat2..santai...jalan2 pun area penang je..
  • jimat duit...leh la abih kan utk -dia- tak lama lagi..
  • leh g Wang Klian...ehhh...(td baru abg cadangkan..ehehh)

jika keluar dari penang..
  • nak g tengok2 kelip-kelip kat Kuala Selangor sebenarnya..


camna ya...camna bang..



jika anda diberi pilihan, gunakanlah kebijakan dan kewarasan akal untuk menimbang kelebihan dan kekurangan. tidak rugi mencuba sesuatu yang baru, namun yang lama tetap tak dilupa kerana ia punya nostalgia tersendiri..