Hati-hati yang berdetik..

19 Okt 2010

Irau Bercerita...14feb'10..

Salam sejahtera untuk semua,




Mendaki Gunung Irau benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan perempuan seperti sy..apatah lagi di usia 30an. Jika waktu remaja dahulu, cabaran sebegini disambut dengan girang dan senang hati, berbohong jika kali ini sy mengambil mudah trek ke Irau.

Stamina semakin kurang ekoran kurangnya exercise sejak akhir-akhir ini, hanya terperap mengadap laptop. Akhirnya sy akur sendiri, usia sudah semakin menginjak..tidak lagi cergas dan lincah seperti dulu.

Namun berbekal semangat berkobar..alhamdulillah Irau yang terletak di utara Pekan Brinchang, Cameron Highlands.. salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia telah sy tawan.



Penuh unik..pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. tersadung akar jatuh tersembam, tergolek di dalam lumpur sehingga terkoyak kaki seluar, sedikit pun tidak mendatangkan sesal di hati memilih percutian begini. Irau yang penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok menyebabkan diri terpegun akan kebesaran Ilahi. Suhu di dalam hutan mencecah di antara 13-17 darjah celcius. Sy mengeluarkan peluh dan keringat demi sebuah kepuasan diri…syukur pada Allah yang memudahkan segala.





Sungguh nikmat Allah dimana-mana..dan dengan pelbagai cara dan bentuk. Tidak semestinya percutian mewah mampu buat anda puas dan gembira, percutian sebegini yang hanya memerlukan kos yang amat sedikit juga membawa pulangan kepuasan diri yang tidak terhingga. Bergantung bagaimana anda menilai hidup ini..
Sesungguhnya..Irau adalah terapi yang paling berkesan pada individu seperti sy..





sedikit info mengenai Gunung Irau..

Starting Point
Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.

Trail
Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.

Anak Irau

Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.

Puncak G. Irau
3 jam treking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. Hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.


..biar pecah terasa hati..senyum tetap cara menceriakan diri..
..moga sy, kamu dan mereka diredhai Ilahi..


..sedetikhati.. Berbicara Lagi..



..sedetikhati berbicara lagi..

hadir rindu sendiri..
kembali menguji hati..
setia kata terpatri..
insyaAllah.. janji Allah itu pasti..

biarlah kita bersahabat biasa-biasa sahaja..namun persahabatan kita tetap luar biasa..




serak mega senja
melarik garis suci putih
indah jauh setinggi awan
bebas terbang ceria berkicau

serak mega senja
saat sandar tak lagi kukuh
saat jejak tak lagi berbekas
tiba jua penghujung masa

serak mega senja
kian pudar beransur diri
merah bertukar kelam
hampiri Dia Yang Maha Esa

azza...: 21 mac 2007..
Darul Iman..


..percayalah..janji Allah itu pasti..

9 Sep 2010

Aidilfitri : Zahirkan Harapan..

Salam Aidilfitri...




Bertahajud menyerikan wajah,

Bersyukur membajai barakah,
Bermusahabah mencetus hikmah,
Bertawakal membuahkan pasrah.



SHRAMZB..

12 Jul 2010

Waiting for Sakura...

Waiting for Sakura..




..wujudnya ruang melankolik yang tersendiri garapan dari garis hidup dan keghairahan yang luarbiasa pada warna alam.. …biru,ungu dan kuning ..kombinasi yang sangat hebat penuh kematangan..seperti indahnya gugusan sakura yang terlakar..mekar dengan harmonis dan...penuh keterujaan..


..salam rindu dan kasih sayang buat semua teman yang masih setia mengunjungi laman hati ini..

30 Mac 2010

..Hati Akur ..

Salam..

Terlalu lama menyepi, banyak entry yang masih di dalam draft. entah ke mana semangat menghilang untuk kembali menulis seperti dahulu. susahnya nak mengesan ke mana semangat itu terbang..mungkin sayup tinggi di awan..mungkin belayar mencari pelabuhan lain untuk berlabuh...atau mungkin terperuk didasar hati dipagari akur pada tetapan utk kembali menari di laman hati ini.

Namun walau semangat sedikit melayang...kekuatan tetap utuh bersama.
Digoyah badai angin melintang..kekentalan jiwa tetap wujud..
Insya Allah..hanya Dia yang Maha Mengetahui..
kalah di depan..jauh terselam..semangat itu tetap milikku..



bak kata seorang teman..
~sy bangga menjadi teman kamu~

ubat itu pahit tapi memujarabkan..sayangku..
gula itu manis tapi memudaratkan..manisku.....




..terima kasih kepada kamu..
..datangnya dari Dia sebagai penguji..
..kekuatan dan semangat itu tidak boleh dirampas..milik sy..abadi..




12 Mac 2010

..Azza Berintai-intai..

Salam..




Tuai padi antara masak..
Esok jangan layu-layuan..
Intai kami antara nampak..
Esok jangan rindu-rinduan..

..jum balik kampung..


sangat rindu pada laman hati ini..
sangat rindu pada teman2 blogger..
sangat rindu pada semua..


..baling batu sembunyi tangan..
hanya Allah yang Maha Mengetahui..



6 Feb 2010

Fikiran Tak Seiring Langkah..

Salam..





pagi yang damai.
cuaca yang cantik.
langit yang cerah.

i- dalam fikiran masih berselirat data-data yang belum lengkap.
dalam fikiran masih terbayang-bayang makmal yang belum teratur.

ii- dalam fikiran..rasa tak bermaya.
dalam fikiran semangat sedikit melayang.

dan dalam fikiran..ada dua cabang..
....ke makmal menyiapkan kerja
....di rumah siapkan data


akhirnya..



gedebukkk..

kaki bengkak..
tersadai di tangga..

sakit..
bengkak..
dan..takde orang tahu..


moral : jangan berangan masa turun tangga..


sayang sekali..
pagi, cuaca dan langit yang damai, cantik dan cerah..
tidak dapat dinikmati sepenuhnya..