Hati-hati yang berdetik..

12 Mac 2011

Tsunami : HAYMM..

As Salam..
Allah berfirman: “Barangsiapa yang berdo’a kepada-ku, pasti akan ku-kabulkan, dan siapa yang memohon kepada-ku, pasti akan ku-beri,dan siapa yang mohon ampun kepada-ku pasti akan ku ampuni”. (HR.Bukhari, Muslim, Maliki, Tirmidzi )

Ya Allah, peliharalah kami dari musibah yang Engkau turunkan, berikanlah kami nikmat-nikmat-Mu dan jadikanlah kami hamba-hamba yang mendapatkan kebaikan, bukan hamba-hamba yang mendapat ujian, dengan rahmat-Mu, Wahai yang paling penyayang diantara yang penyayang. Anugerahkan kepada kami kesehatan lahir dan bathin. Amin


HAYMM : Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
..muhasabah...betapa kerdil diri ini..


LIVE update tsunami di Jepun boleh ditonton di BBC. Klik sini..



~hujan lebat..
..tenang dan damai di kampung bersama BONDA..

11 Mac 2011

..Azza Cuma Rindu : BONDA...

As Salam...




..semoga perjalanan ini selamat dan direstui..
kerana insan yang ingin ku temui..adalah insan agung di hati..
insan yang diletak darjat paling tinggi di sisi Ilahi..

ku tinggalkan lelah seketika di BM..
membelah lebuhraya hutan merimbun..
hening dan damai sepanjang jalan kenangan itu..
nostalgia yang pernah ku ukir belasan tahun..
biar bermukim segala yang bertimbun..
ingin ku leka membelai hati yang merindu..
agar insan itu tahu..
..aku ini insan yang dilimpahkan kasih syg buatmu..

~selamat bercuti buat murid-murid ku..
~selamat bercuti buat teman-teman guru..di BM..di TM..di Malaysia..Sabah Sarawak..mahupun ke luar negara..
~bertolak balik TM sebaik sahaja selesai abg menunaikan solat Jumaat..
bye BM..by kerja2 seketika...


walau hakikat sebenar..
fail bertimbun dalam kereta yang akan ku bawa membelah lebuhrara Timur-Barat..
kerja2 yang tidak pernah kan selesai..

4 Mac 2011

..Batik : Ternak Tanpa Sedar...

As Salam..



Sekejapnya dah tiba hari Khamis.
Esok Jumaat.
Bila Jumaat maknanya dah hujung minggu.
Hujung minggu maknanya dah nak bermula minggu baru di bulan Mac.
Mac..? Hari ini 03032011.
Hari ini ..makanya umur sy dah mencecah 35 tahun 1 bulan 20 hari.
Makin pantas..tiap langkah kaki makin menuju ke tempat asal.. (teringat teman sebelah di sekolah yang sering menyanyi.. bila izraill datang memanggil....)

Sudah lama sy hilang skill untuk menulis entry. Tambah2 bila baca blog dari blogger2 baru..wahhh...semuanya sangat advance. Dan kebanyakannya adalah anak2 remaja ..mgkin di sekolah menengah, mungkin juga masih study di institut pengajian tinggi, dan ada juga yang baru bekerja setahun dua. Namun hakikatnya, semua nya pantas, cekap dan bersemangat. Satu perkembangan yang baik...tahniah. Tapi rasanya lebih ikhlas jika kita masuk ke laman teman-teman dengan niat utk mengerat silaturahim. Sepertimana terjalinnya ukhwah antara blogger-blogger dulu.
Agak ralat dihati kini, di mana-mana penuh ruangan chat itu dengan ungkapan2 yang sangat ...apa ya boleh sy kategori kan.

~terjah...up trafic!
~i dh follow blog u..so u kena follow blog i ya..!
~Blogwalking here !

~
** dropped by *** :cool:
~ingin tambah trafic..? folllow lah blog i !
~hot entry di blog i..jummm!

Mungkin sy agak konservatif, agak kuno dari segi ini.
Namun entah kenapa sy tidak merasakan keikhlasan disini. Sy tidak dapat rasa ukhwah dihulur terus dari hati, tetapi lebih bersifat komersial.
Inilah peredaran zaman kan. Dunia berputar..menjadi lebih maju dan moden..sehingga kadangkala kita lupa jati diri dan akal budi...wallahualam..

Rasanya sy dah keluar dari point utama, hari ini hari Khamis.
Hari Khamis bermaksud baju batik.
Anda kakitangan kerajaan, maknanya anda kena berbaju batik di hari Khamis.
Wajib.
Dan sy masih berhutang 2 pasang baju batik dengan seorang teman sejak 5 bulan yang lalu.
Beliau minta sy belikan batik utk nya apabila sy pulang ke kampung.
Tetapi setiap kali pulang, sy pasti dlm situasi tergesa2. Masih tiada kesempatan, sabar ya Kak Hanim..batik Kelantan pasti jadi milikmu seperti batik-batik lain yang telah tersarung ke tubuhmu.


Cuma satu kemusykilan yang berlegar-legar di hati sy sejak menyarung batik untuk ke sekolah hari ini.

Adakah batik merah sy itu mengecut kainnya..? (mahal tau sy beli)..
atau sy sedang menternak sesuatu yang semakin membesar berkembang biak tanpa sy sedari..?
adehhh...





Haiku :
batik rinduku
hitamputih sayangku
erat di hati



..batik sedetik..




3 Mac 2011

Kelopak Sakura di Sepanjang Jalan Kenangan..

As Salam..





Sakura itu tiba lagi
merona wajah lirikan mata
hamparan nan indah bak sutera
berselang samar putih yang suci
taburan kelopak harum semerbak
menyalur sendu sekian lama
bertamu rindu melangkau jiwa

Sakura itu tiba lagi
mengetuk hati penuh rindu
mercik seri jalur pelangi
mengimbau jalan permainan kita dulu

Sakura itu tiba lagi
menguntum senyum ditiup angin
kelopakmu gugur menyapu pipi
ahhh...sungguh lembut sentuhan itu..

Sakura itu tiba lagi
ada bening jernih di tubir mata
jangan...jangan mengalir lagi
biarkan sakura ini menyembuh luka..
ukir lah senyum mu sayang..
dalam suci dan harum.. kelopak sakura..

pasti..
caturan Ilahi penenang rasa..


Sy pernah entrykan tentang kembangnya kelopak-kelopak hati sy melihat taburan indah kelopak ini menutupi hamparan rumput suatu ketika dahulu...pada 21 Oktober 2010..
dengan tajuk Biduk Lalu..

Semuanya meninggalkan kenangan yang indah..walau tersela jua garis-garis luka..
hidup memang begitu kan...perlu kan sesuatu utk sesekali mencabar hati..


Info gambar :
Gambar di atas adalah laluan ke lorong teratak kediaman sy.
dan hati sy memang kembang berbunga setiap kali deretan pokok-pokok ini mula berbunga indah di sepanjang jalan..
Sy menggelarkannya Kelopak Sakura di Sepanjang Jalan Kenangan....
kelopaknya gugur memenuhi jalan dan hamparan rumput...seperti hamparan sutera..
alangkah indah nya...jika hidup kita sentiasa begitu..


..jalan kenangan hanya tinggal kenangan..



1 Mac 2011

Cikgu bukan nak mengorat Rafie laaa...









As Salam..

Lokasi : Kelas Pendidikan Khas
Situasi : Menulis BRM utk esok..
Watak : Cikgu dan anak murid..

Cikgu A : Hashila ada tak..
Saya : ada...jap..(menoleh ke kiri..ternampak Rafie...)
Ustazah Hashila ada tak..,bgtau Cikgu A nak jumpa..
..terkebil-kebil Rafie memandang sy dari jarak 50meter..sambil sebelah tangan menutup muka..

Saya : Ustazah Hashila ada takkkk...(sy mula rasa berangin..)
sy tunggu seminit...dia masih tak bangun dan tak bersuara langsung...terkebil-kebil..
Saya bangun...dengan pantas dia bangun sambil menutup muka...senyum tersipu-sipu ..menapak ke arah Ustazah Hashila dan beberapa orang guru lain..
sendeng sendeng...rapat-rapat gesel antara kerusi dan almari di belakang Ustazah... akhirnyaa....gelungsur masuk bawah meja sambil menutup mata...!!

Saya : RAFIEEE!!! Bangun sekarang...bgtau Ustazah skrg Cikgu A nak jumpa..
...dengan punggung tertonggeng...masukkan kepala ke bawah meja..kedua tangan menutup muka... (sayang sy tidak sempat hendak mengambil gambarnya tertonggeng seperti entry yang dulu)

Saya : Rafieeee...bangunnnnn...jangan mengadaaa ngadaaaa laaaa....
sy mula rasa geramm...
PAPPP...!!!...di punggung nya yang tertonggeng!!
Sedikit pedih di tapak tangan..tak juga berdiri...termendap di bawah meja.

Cikgu2 lain pakat masuk campur...

Cikgu B : ini cikgu laahhh...Rafie..bukan kawan Rafie...
Cikgu C : Rafie jangan mengada laa...napa jadi camtu tah..
Cikgu D : dengan Kak Irah memang dia takleh...sampai tak buat keje...
Cikgu E : makin melampau laaa dia...
bla bla blaaaa...

Itulah Rafie.
Itulah Rafie yang punya ke'malu'an yang sangat besar pada sy !!
Dia sangat2 malu pada sy. Entah kenapa jadi begini.
Sy pernah entrykan kisah MALU RAFIE ini di sedetikhati pada 22 Oktober 2010 beserta dengan gambarnya. Bagi yang mengikuti perjalanan anak-anak istimewa ini tentu pernah baca entry itu, bagaimana dia tak keluar2 dari bawah meja kerana malukan sy....haishhh..

cikgu bukan nak mengurat Rafie laaaa...aduiii...


~gambar dari entry Indah Bersamamu 22 Nov 210..


Sy tidak dapat mencari jawapan sebenarnya kenapa Rafie malu dengan sy, tidak dengan cikgu2 lain. Wahhhh...cikgu comeiii ke Rafieeee....iskkk..

Sudah 2 tahun masalah ini berlanjutan. Tiap kali sy memandangnya, dia akan tersipu-sipu lalu menutup muka. Jika sy tegur atau menghampirinya, haaa...ke bawah meja lah dia, menyorokkan muka dengan punggung tertonggeng.

~lagi gambar dari entry Indah Bersamamu..


Rafie baru berusia 10 tahun, darjah 4. Berada dalam kategori Perkembangan Lewat.
kumpulan Bijak(kumpulan 2) dalam kelas kami. Berwajah manis, mampu mengurus diri dan antara murid yang boleh diharap di dalam kelas. Banyak program Pusat Kokurikulum Penang telah dia hadiri mewakili sekolah seperti ke Langkawi dan Putrajaya.


~Program Pendidikan Luar Pendidikan Khas di Langkawi ..2010..


Kerenahnya memang mencuit hati walau kadangkala naik angin juga sy dan cikgu-cikgu lain. Segala tekanan dan penat hilang melihat aksinya, namun sy tahu ia satu tabiat yang tidak elok untuk dia. Sekarang tidak mengapa kerana dia malu pada sy..CIKGU nya...namun di hari muka..?

Lagipun, anak istimewa kebanyakan nya mempunyai nafsu tanpa dilindungi akal. Akal mereka lemah dan singkat. Inilah yang harus dibendung dari awal.
Sikap ini perlu dikikis kerana Rafie semakin membesar dan meningkat remaja. Dia harus ada keyakinan dan tanggungjawab pada diri. Dia harus berani. Rafie harus dididik agar menjadi 'cerdik' membezakan antara individu berlainan jantina, antara batasan seorang guru dan murid.

Jenuh sy tegur secara profesional(seorang guru), tidak berjaya. Nasihat dari guru lain juga tidak diendahkan. Seolah-olah sy cuba mengoratnya !! ermm...

Mungkin kerana anak ini murid istimewa, tahap pemahaman dan dan proses kognitif mereka terhad. Tahun ini sy tidak mengajarnya, dan sy rasa itu satu kesyukuran dan kelegaan yang teramat buat Rafie dari terus menahan malu tatkala melihat kelibat sy.

Hati sy tersenyum. Namun hati sy juga bergetar. Mengapa sampai begitu sekali beliau malu pada sy. Sungguh-sungguh hairan. Ngorat betul-betul kanggg....!!



info :
  • Perkembangan Lewat
  • Kerencatan akal ringan-bagi pembelajaran yang memakan masa selama 12 bulan, kanak-kanak ini dapat menerima 9 bulan pembelajaran dan mungkin ketinggalan 3 bulan lagi pembelajaran.
  • Pencapaian kemahiran 3M rendah
  • Tidak suka diberi tugasan yang banyak


~Usah mengeluh apabila anda dianugerahkan cahayamata yang 'istimewa'. Anggap mereka adalah hadiah teristimewa buat anda dan bukan bebanan. sungguh bertuah kerana anda menjadi salah seorang penerimanya. Jika betul cara membimbing dan menjaganya, ia tidak sesukar yang anda fikirkan~

~K.A Razhiyah~
Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan
Anugerah Guru Khas Kebangsaan sempena Anugerah Sinar Bestari 2005



..mereka hadiah..
..sy bangga sy seorang guru..

Lentur..Sentuh Perasaan..






As Salam..


Ikhlaskan akal, idea, budi, tenaga dan masa.. insyaAllah kemenangan dan yang terbaik untukmu kelak..

Ungkapan ini sy terbaca tadi..di satu laman blog motivasi(lupa pula url nya). Terima kasih kepada tuan blog jika anda atau sesiapa yang pernah terbaca.

Ungkapan itu buat sy berfikir jauh, merenung diri. Terasa kerdil..jauh..kecil.
Terasa diri alpa dan penuh kekhilafan. Bagaimana hendak sy tinggalkan dunia ini dengan diri yang serba kekurangan. Secara tiba2 perasaan takut dan ngeri meresap ke dalam diri. Siapalah kita utk selamanya menongkat langit..

Itu hanya intro..utk muhasabah diri.
Ini yang utama... :))

Sebenarnya sangat lama sy tidak memasukkan entry anak-anak istimewa ini. Entry terakhir agaknya dah hampir setahun yang lalu. Bukan mengabaikan mereka, sebenarnya terlalu banyak entry yang tidak sempat dimasukkan. Kekangan tugas jua amanah, juga kekangan emosi yang pasang surut tidak menentu.

Namun kali ini...jum kita saksikan kehebatan anak-anak ini. Siapa sangka anak yang dhaif, jalan terhincut-hincut, lambat dan perlahan kemampuan mental dan fizikal, punyai pelbagai masalah ini mampu melakukan aktiviti lasak yang bukan semua kita yang normal mampu lakukan. Kuasa Dia tidak terjangka kan..


Terapi Pergerakan Kreatif..
Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.


~pemanasan badan oleh JU Nora..



~flying fox oleh JU yang berpengalaman..

~Yun Ying ..Down Sydrom..sy dukung dr bawah hingga ke puncak menara..dan terbang melayang pair bersama nya..

~petak kiri ~Hanis~ menangis dan meronta ..akhirnya berjaya jua..

~memanjat tembok..









hebat..
mereka sgt hebat..
siapa kita utk menidakkan kehadiran mereka di bumi Tuhan..
dari segumpal daging..lebur di tanah juga akhirnya kita..




telah banyak sebenarnya info berkenaan TERAPI yang sy masukkan ke entry2 terdahulu...
disini sy selitkan sedikit lagi sebagai info bersama..


info Terapi :

Mengikut kamus perubatan Mosby (2001), Terapi ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan untuk mengembalikan fungsi badan secara normal.

Dalam konteks pendidikan pula, terapi ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

Konsep Terapi dalam Pendidikan Khas

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam terapi akan dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kaedah-kaedah dalam terapi akan dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor.

Keperluan Terapi dalam Pendidikan Khas

~Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

~Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

~Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan keidupan seharian

~Merangsang minat untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.





~dulu-dulu kita merangkak...bila terbang tinggi kita mendongakkan kepala..
..kadangkala hendak tergelak bila mendengar, membaca dan memerhati..
biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.. pengalaman itu guru..sejarah dan tertera..hakikat itu cukup mahal..:))


27 Feb 2011

..Still Got The Blues..

As Salam..







Kebetulan-kebetulan yang kita tidak sangka.
Lagu ini mengingatkan sy saat pertama sy jejak kaki ke Terengganu..
Telaga Daeng, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Telaga Batin, Gong Badak, Wakaf Tengah, Mengabang Telipot...

Mengingatkan perselisihan yang mungkin berlaku di sepanjang jalan-jalan kenangan itu. mengingatkan saya pernah bertego sapa, jika tidak pun berselisih bahu di pintu pagar sekolah. Indah sekali kenangan. indah sekali zaman itu. Putaran waktu yang tak mungkin akan kembali. Namun harus lah sy bersyukur, sy punyai semua itu sewaktu waktu dahulu..walau kini semakin jauh sy tinggal kan bumi Terengganu..

Sebenarnya entah kenapa emosi sy sangat sensitif di hujung minggu ini. Mungkin perbualan dengan seorang kakak di mukabuku yang beliau pernah datang berkhidmat di Terengganu di saat Still Got Blues berkumandang...di saat usianya baru 22 tahun, di mana saat itu juga sy menjejakkan kaki ke Telaga Daeng ..tetapi sebagai murid yang baru berusia 9 tahun !!
kebetulan yang sangat indah bukan..
dan kini kami adalah teman mukabuku yang prihatin dan saling cakna..

Mungkin juga kakak itu adalah bekas guru sy atau mungkin juga kami pernah selisih di mana2. sempitnya dunia ini kan..namun sangat indah kerana peluang puluhan tahun dulu kini berulang tanpa sedar. Terbuai rasa hati.

Begitu juga apabila seorang teman sekolah rendah tahun 1980an dahulu menyampaikan salam seorang guru kepada sy. Alhamdulillah, ingatan seorang guru kepada anak muridnya tidak pernah luput.



Beliau mengajar sy Perdagangan di SK Bukit Tok Beng..Cikgu Mustafa Mahamud. 10 tahun kemudian, sy terserempak beliau sama2 mendaftar sebagai mahasiswa di 1 USM...kami sekuliah, setutorial, malah menjadi kawan rapat ..!!
(tentu sekali cikgu masih ingat bagaimana motor merah itu mengaum di Desasiswa Kembara ..perlahan menuju ke Dataran Budaya utk kita sama-sama mendengar puisi..)
sangat indah bukan...

Saat-saat bahagia bila teman-teman persekolahan dari darjah 1...puluhan tahun terpisah. kembali bertemu walau hanya di alam maya Dunia sangat adil bukan..juga sangat indah jika kita halusi secara positif. Tiap sesuatu yang terjadi didatangkan dengan hikmah yang maha besar dan tak tersangka.

Alhamdulillah..teman2 lama menghubungi..mencari dan mula mengatur pertemuan demi pertemuan. Terimbau segala kenakalan zaman anak-anak dulu..aahhh....sungguh-sungguh saya rindu untuk kembali menyusuri jalan-jalan kenangan dari Telaga Daeng ke Bukit Tok Beng..dari kem askar Sri Pantai menyusuri Pantai teluk Ketapang...sehingga ke Gong Badak..sehingga ke Wakaf Tengah..

Fikiran menerawang pada seorang saudara yang ditimpa musibah baru-baru ini. Anak muda yang baru hendak mengenal dunia luar, akhirnya terperangkap dengan keindahan duniawi. Dengan pekerti terpuji, budi bahasa menjadi ikutan, akhirnya beliau terjebak. Tidak adilkah dunia pada beliau..? atau sememangnya hukum dunia ini begini..ditentukan agar kita tersilap langkah dahulu, bersedih dan berfikir sebelum dianugerah kebahagiaan dan kesenangan..

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..



Used to be so easy to give my heart away
But I found out the hard way
There's a price you have to pay
I found out that love, was no friend of mine
I should have known time after time
...
So long, it was so long ago
But I've still got the blues for you

Used to be so easy to fall in love again
But I found out the hard way
It's a road that leads to pain
I found that love, was more than just a game
You're playin' to win, but you lose just the same

So long, it was so long ago
But I've still got the blues for you

So many years, since I've seen your face
But here in my heart, there's an empty space
Where you used to be

So long, it was so long ago
But I've still got the blues for you

Though the days come and go
There is one thing I know
I've still got the blues for you..



..so long, it was so long ago
..but I've still got the blues for you..