Hati-hati yang berdetik..

8 Ogo 2008

bowling...megalanes...

salam..
dah banyak hari tak menulis apa2 di blog ni. tiada alasan kukuh sebenarnya, cm mungkin penat dengan tuntutan kerja seharian. lagipun akhir2 ini sy kena lebih bersikap teliti dan prihatin pada persekitaran sy. sejak kejadian 3 mggu lepas, sy jadi begitu sensitif pada setiap perubahan di rumah. jika terperasan sikit saja kelainan, hati mula gelabah dan risau. tapi ada hikmahnya juga. kejadian itu benar2 membuatkan sy jadi lebih peka dan teliti dalam kebanyakan perkara. tak adalah lagi semua perkara lepas tangan pada suami. tambahan pula hujung2 tahun begini, suami semakin kerap outstation. terpaksa lah sy kuatkan semangat. syukur alhamdulillah kerana sy dikelilingi oleh rakan2 yang berbudi luhur dan ikhlas ketika sy dalam situasi yang sukar. sokongan moral dan semangat yang diberikan walau hanya dengan sebaris ayat di sms cukup membuatkan diri tak merasa keseorangan. terima kasih teman.

minggu lepas ada pgram bowling kelas PKBP di megamall pacific...tak sempat nak masukkan entry. baru hari ni ada peluang...cm upload gamba2 saja...ada niat sebenarnya nak tulis panjang2 psl anak2 istimewa ini..cm belum ada masa yang benar2 sesuai...tapi pasti sy akan tulis juga satu ari nnti..

sebenarnya pgram ni adalah satu cara utk mendedahkan anak2 istimewa ini kepada dunia kanak2 normal. ia juga satu terapi utk kerana bermain bowling dapat membantu meningkatkan kemahiran motorkasar mereka. di samping itu boleh menenangkan perasaan dan jiwa mereka kerana ada beberapa org anak2 ini yang agak hyperaktif di dalam kelas dan sukar utk dikawal tetapi apabila p&p dijalankan di luar bilik darjah dia menjadi seorang kanak2 normal yang mengikut setiap arahan kita. seronok apabila berkesempatan membawa mereka ke luar bilik darjah...cuma kesabaran, kebijaksaan dan kewarasan teruji lah...kerana mereka sentiasa melakukan sesuatu yang di luar jangkaan kita...

salu deretan begini lah kalau kami kuar ke mana2...

perlahan menapak mengimbangi diri..

ramai yg masih takut naik eskelator...

ramai yg pasti akan pegang baju cikgu atau duduk di atas tangga..

posing lebih...

bola ku ke longkang...

kasut ku size 5...ehehhh...kekadang 6..


abis bermain bowling kami ke kfc utk lunch hour...bilang2 tak cukup sorang..yen yee ilang!!
berlari aku n iman ke sana sini kat pacific tu mencari yen yee ...jumpa2 dia duk dlm mcD...duk ketuk2 cermin alat mainan smbil sebut 'helo kitty helo kity berulang kali....adehh...



6 ulasan:

Tirana berkata...

Salam Lind...

Wow..seronoknya dapat main bowling.. Kak Tirana first time dapat main bowling masa study kat Adelaide dulu..Sekolah kat sana..seminggu sekali..bawak murid-murid buat aktiviti outdoor spt swimming, ice skating, golf, archery and so on. Sekolah kat malaysia ni asyik belajar dalam kelas aje...tension betul.. Sekarang ni dah jarang main bowling..Sibuk la...

KTS berkata...

seronok bebudak dpt main bowling kan...

Kamsiah yusoff berkata...

AZZA..akak kat kulim,tak jauh dari megamall prai tu
azza bg alamat emel kat akak
nnt akak bg no fon
kut2 leh jumpa org kelate hehe

kamsiah70@gmail.com

cendawanintim berkata...

owhhhhhhh, membizi pi main boling yer...syiokkk la bebudak tuu..

ras-adieza berkata...

tengok...cara azza n kawan2 lain menghiburkan sikecil yang istimewa, mulia sungguh hati masing2...susah kan nak menten hati dan perasaan bila berdepan ngan karenah mereka. akak kalau main bowling seronok tengok masing2 nyer intro...macam2 style ada..hehehe

Tanpa Nama berkata...

sis Tirana..
cb lah luang2 kan masa kak..

ku tak sempurna..
mmg nampak sgt diorg seronok..

kak kam..
nnti kita set time kak..
tringin nak makan nai dagang ni..hehe

yuni..
cikgu lebih syok dari budak..hehe..

kak ras..
mgkin ini ujian azza n kwn2..menguji sejauh mana kesabaran kami..
mgkin juga satu penginsafan utk azza agar lebih mhargai mereka..