Hati-hati yang berdetik..

19 Sep 2008

semarak ramadhan...mereka begitu istimewa..

salam..
jadual sy penuh...semakin terisi sejak akhir2 ini. program Semarak Ramadhan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pulau Pinang di ILP pagi tadi berjalan lancar. hati tersentuh, hati tersayat pilu..namun inilah ketentuan Ilahi. ada yang datang dipimpin, ada yang datang didukung. ada yang merangkak menuruni tangga. memandang wajah guru2 pengiring, senyuman terukir lembut. tiada keluhan mahupun kerutan di dahi. pelbagai karenah yang kadangkala tidak diduga dan memang menguji kesabaran.
sy sendiri pucat muka apabila kerusi disebelah kosong tatkala khusyuk mendengar alunan indah ayat suci dari murid buta penglihatan. Nazeha hilang!! bingkas sy bangun dari kerusi. tiba2 terdengar satu bunyi yg sinonim di telinga ini. argghhh...mengantuknyeeeee... seraya sy berpaling...Nazeha berdiri di tengah2 dewan sambil menggeliat...
adehh..semua mata memandang. namun alhamdulillah tidak terbit rasa malu di hati sy utk mendapatkan Nazeha dan menariknya kembali ke kerusi...kerana itulah fitrah kanak2 istimewa ini. guru dan murid lain hanya memandang sambil tersenyum menganggukkan kepala kerana murid mereka juga begitu..ada yang meniarap di lantai....ada yg bersila di tangga tidak mahu duduk di kerusi yang disediakan.
Segala yang tercipta di muka bumi ini penuh dengan rahsia yang hanya Maha Pencipta mengetahuinya. mereka istimewa. mereka juga ahli syurga. tiada yang akan menyangka yang suara lunak merdu mengalunkan ayat2 suci yang begitu indah di halwa telinga adalah mereka yang tidak dapat menikmati keindahan alam ini. tiada siapa menyangka kepetahan menghafal surah2 yang didalamnya terkandung segala rahsia alam adalah mereka yang terencat dan langsung tidak kenal diri sendiri. tiada yang menyangka yang memuji Ilahi sambil bermain alat muzik adalah mereka yang kurang sempurna di mata masyarakat. inilah rahsia dan kebesaran Tuhan. moga dikekalkan keikhlasan dan ketelusan hati kami mendampingi mereka..

ILP Bertam, Kepala Batas

mengisi borang pendaftaran..

anak-anak istimewa mengambil tempat..

ucapan daripada En Aziz selaku Ketua Sektor, Unit Pendidikan Khas, JPN Pulau Pinang

alunan indah memuji kebesaran Ilahi dari kanak-kanak buta penglihatan

permata hati..

sumbangan Ramadhan dari Unit Pendidikan Khas..(roti itu diabaikan ya..)
di hadapan ILP
pulang ke sekolah masing2..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dan saya..
tidak membuat pilihan yang salah untuk menjadi Guru Pendidikan Khas..
petang ini sy mendapat jemputan berbuka puasa di satu program suami.
juga Ihya Ramadhan anjuran bahagian Ko...maknanya sy tak perlu memasak..makin malas akhir2 ni nak masuk ke dapur..

15 ulasan:

Tirana berkata...

Cikgu yang deal dengan kanak-kanak istimewa ni tentu banyak kena sabar..kena pandai menangani kerenah mereka....

Akak berkata...

Salam Azza...

Disebalik wajah Azza dah boleh bayangkan yg Azza nie seorang yg lembut hati budinya & bertuah anak2
istimewa yg mendapat guru sebaik Azza..

Sufi Idany berkata...

salam....akak....tak sangka akak guru Pendidikan Khas.... sy Pemulihan KHas .... tuk pulihkan yg tk leh baca... in fact.... skop kita lebih kurang sama .... beza nya client kita je....

kagum ngan akak.... bukan calang2 org bila bleh entertained anak2 istimewa....

** ida ada cousin yang istimewa.... skang ada kat kuantan.... Qurratun "ain namanya.... karenahnya mengundang kasih yang tidak bertepi.... kagum ngan ketabahan mak n abah dia... **

ryann berkata...

anak-anak istimewa memang istimewa. ahli syurga dan didoakan juga pengajarnya.

Unknown berkata...

Puple + kanak - kanak khas + cgu azza. saya selama ni mati2 percaya warna saya merah ( kedua2 kereta saya merah )- dan banyak hidup saya berasas warna tu.bila saya buat ujian warna.saya puple.saya macam telan sebijik2 segala penafsiran karektor orang dan warna tu...warna tu memang sesuai dengan majlis dan selalunya orang2 yang terlibat dengan warna ini ada kemahiran ' interpersonal ' yang tinggi - dan nampak HIDUP kalau bekerja dengan orang....dan macam2.tapi ada negetifnya.tapi itu sekadar kajian manusia cgu...saya suka sangat tgk cgu dengan kanak- kanak tu.....semuga cgu diberkati dunia dan akhirat....

Unknown berkata...

dan satu lagi.semuanya warna yang cgu pakai - garang2.madsudnya dari segi dalaman ( jiwa ) sebaliknya..saya sekadar berkongsi.

azza_irah berkata...

kak tirana..
kesabaran cukup teruji disini..

akak..
tkaseh akak..kadang2 naik berang jugak sy..hehe

ida..
ye ke..skolah mana tu ida..lebih kurang la kita..

kita sbgi guru pun leh menitiskan airmata bila bhadapan dengan kanak2ini..apatah lagi kl ibu ayah kandung mereka.

sbnrnya mereka sedaya upaya menahan rasa hati, menunjukkan ketabahan diri, kerana jika mereka lemah..sapa lagi yg ada yang sanggup utk mengurus anak2 istimewa ini..

ryann..
benar..mereka dijanjikan syurga..

azza_irah berkata...

bro jinggo..
terima kasih atas perkongsian. byk skali maklumat yg sy dapat.
sesungguhnya sy ternanti komen saudara di setiap entry sy..
terasa tertarik utk bersambung2 komen kerana isi2nya cukup bernas.

sy bukan peminat warna purple..sy peminat warna hijau dan kuning...namun hidup sy lebih dilingakari dengan merah, oren dan warna2 terang.

sy berpakaian mengikut keserasian warna itu pd sy..sy tidak menggemari biru tetapi sy rasa selesa berbaju kurung biru...rasa lembut n nyaman...namun sesekali timbul rasa ingin bergaya di sesuatu majlis..sy akan memilih merah...

tkaseh cikgu..sy mmg akan beli buku tu..

azlanlin berkata...

Ketahuilah, semua makhluk Allah di dunia ini perlu dibelai dan disayangi selagi semuanya bernyawa. Maka, sesiapa yang memiliki sifat penyayang dan mampu membelai serta menyayangi..laksanakanlah seikhlas hati dan penuh sabar. Pastinya ganjaran besar yang bakal diperolehi.

Pastinya semua tindakan yang dilakukan, usahlah memikirkan balasan, kerna ia mampu merobek keikhlasan dalam tindakan sebelum ini. Fahamilah ianya sesungguh hati..Insyallah!

azza_irah berkata...

azlanlin..
hadir pun anda..hehee..

tkaseh..
sedaya upaya cb utk menyucikan hati..namun kita manusia biasa..tak terlepas dari hasutan hati yang ada titik2 noda...mudah utk berkata.."sy ikhlas"..namun jauh di sudut hati ..antara kita dan Dia...

tkaseh kerana hadir lagi kesekian kali..

Rashid berkata...

saya TABIKKKK dengan azza. bagi saya bukan senang nak bersama diorang tu.. kena banyak sabar ya.

Di sek saya nipun ada. pelajarnya lebih kurang 6 orang je tapi diorang ni kelas pemulihan khas. masa saya mula-mula sampai sek di sini - ada pelajar pemulihan khas perempuan beri kad pada saya ... ada kata-kata tapi tulisannya tak boleh dibaca - tak faham.



p/s- eeeeee dapat juga saya tengok baju purple ya.. cantik.

Yanmie berkata...

syahdunya...yan tak sangka plak akak nie guru pendidikan khas. mesti akak nie seorang yang penyayang..yelah bukan semua orang boleh bersabar dengan kerena anak2 yang tambah2 lagik anak2 yang istimewa. yan doakan agar akak menjadi seorang pendidik yang sukses dan lagik sukses di masa akan datang..amin..

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
pemulihan khas n pendidikan khas agak berbeza walaupun kita nampak agak sama..kerana pemulihan khas utk kanak2 lembab dr segi pembelajaran..tapi pddkn khas dari sume segi..pblajaran, mental, urusan diri, tgkhlaku n sgala.
ada yg tidak boleh bertutur..mberi kad salah satu cara utk meluahkan rasa hati. mereka suka dihargai n dimanjakan..

p/s-suka purple eh cikgu..baca komen bro jinggo psl purple..

yan..
disini kesabaran akak terui. akak bukan seorang yg sabar namun alhamdulillah sejak mendampingi mereka, hati seakan terpujuk..

kin hashim berkata...

owh....pastinya azza seorang yg sgt penyabar... :).

azza_irah berkata...

kin..
dl mmg kurang sabar..dari mereka azza belajar bersabar..