selamat berpuasa utk semua. sy baru je pulang dr kampung semalam...sempatlah menyambut awal ramadhan dan bersahur bersama keluarga. alhamdulillah..segalanya berjalan seperti yang dirancang. keizinan dari abg utk sy pulang menemui keluarga menyambut ramadhan dan berjumpa datuk dan nenek sebelum mereka mengerjakan umrah amat sy hargai..abg tidak dapat pulang bersama kerana terpaksa memberi kursus kayak pada jumaat dan sabtu. alhamdulillah juga kerana sy telah meminta keizinan pelepasan dari pihak atasan utk tidak hadir satu kursus yang diadakan pada hari sabtu yang lalu. asalnya sy nak balik kampung tanpa beritahu. bila ke sekolah hari ini, semua kalut menyiapkan surat tunjuk sebab kerana hanya separuh dari bilangan guru yang hadir pada hari tersebut. namun tiap orang punya alasan tersendiri kan..
sekadar ingin berkongsi satu memori yang sy rasa bukan sy saja yang memilikinya, tetapi tiap jutaan umat Islam di muka bumi ini. di saat2 sy bersiap utk menyediakan juadah berbuka petang ini, terimbau memori yang sy rasa takkan hilang selagi hayat dikandung badan.
pulang ke kampung kali ini membuatkan sy lebih menghargai apa yang masih sy miliki. senyuman sayang mak masih seperti dulu..ketabahan raut wajah abah tatkala mentari terik berdiri membuatkan menginsafi diri. masih terngiang suara mak mengejutkan kami di dinihari, masih terasa kasarnya tangan tua itu yang mencubit betis bila kami makin memejam mata dan memekakkan telinga. masih terbayang bagaimana liatnya kami untuk bangun bersahur walau dikejut berulang kali. makin dipanggil makin enak menarik selimut. makanan telah siap mak hidang..hanya perlu bangun dan makan, mak menyediakan segalanya. . bertingkah suara emak dan kedegilan kita tatkala ayam bersahutan berkokok di luar.
rindunya pada suasana dulu. zaman kita kecil dulu tak mungkin berulang lagi. kini masing2 telah sebuk dengan urusan dan hal sendiri. tuntutan masa dan tugas tak memungkinkan kita untuk kembali seperti dulu. namun ibu dan ayah kita di kampung masih meneruskan tradisi sewaktu kecil kita...bangun bersahur tetap seperti dulu...cm mungkin keriuhan tatkala menjamah makanan agak suram..kerana tiada lagi suara anak2 yang meminta itu ini, tiada lagi anak2 yang tersengguk di meja makan semata2 untuk menghabiskan sesuap nasi di kala embun masih menitis.
kalau ikutkan hati ini, ingin saja sy menghabiskan ramadhan ini bersama keluarga di kampung. bersama mak, abah, adik2 dan anak buah. rindu menatap wajah mereka buat hati terasa sayu sekali tika ini. namun tuntutan tugas dan tuntutan wajib memaksa sy kembali ke bumi penang. namun sedetik bersama mereka walau hanya bersahur utk sekali pada ramadhan ini, cukup membuatkan sy kembali bersemangat dan hati berbunga riang.
utk teman2...
tidak salah rasanya, ramadhan kali ini kita habiskan beribadah dengan meluangkan masa bersama ibu bapa...
mereka tidak lama dengan kita. masa berlalu, usia menginjak membawa mereka semakin jauh dari kita. sebelum mereka benar2 jauh...rendahkan lah hati dan lapangkan lah diri utk menjenguk mereka, jika terlalu sibuk pun..hp anda dua tiga buah yang beribu itu tiada makna jika tidak dapat membuat satu panggilan semata2 sekadar untuk bertanya...mak masak apa untuk berbuka arini...
percaya lah, di akhirat kelak..anda tidak akan rugi jika membuat panggilan itu...
rendahkan lah diri anda sebelum mereka menutup mata..
9 ulasan:
salam azza...selamat menjalani ibadah puasa..mana ole-ole untuk kamezaim?hehehe amboi,boleh balik kg terus sunyi ye dia..hehehe nanti jgn lupa bagi duit raya untuk kamezaim..hehehe
azza..selamat berpuasa diucapkan utk seisi keluarga...
salam ramadhan semua! semoga mendapat keberkatan di bulan mulia ini...
tuan empunya blog, nak exchange link boleh? kalau boleh bgtau kat msgbox saye yerks slumbeR@J@!
salam azza,
Benar apa yang azza cakap tu. Ibu hanya satu. kasih ibu tiada gantinya. Bila telefon ibu, suaranya.. nada suaranya sentiasa mengembirakan walaupun dia keletihan.
p/s - Pernah keracunan makanan tahun lepas masa balik kg. .. ibu dengan selamba jer menadah muntah. Ibu tak henti henti mengurut belakang dan memicit kaki... ibu nampak risau sekali. itulah kasih sayang seorang ibu...
Salam Ramadhan..
Selamat menjalani ibadah puasa..
hati berdetik..ingin mengulangi kenangan silam..tapi apakan daya
betuiiii.Jika kita tak pedulikan org tua. Nanti, anak kita pun tak pedulikan kita..(isk...ayat baek ja..bulan2 posa nih)
Salam Azza....
Selamat menjalani ibadah berpuasa...semuga kerinduan pada kampung halaman & sanak saudara dah terubat...
salam ramadhan buat azza sefamily :)
Wak!!!
Sedih la entry akak nih..
** selamat berpuasa kak **
Catat Ulasan