Hati-hati yang berdetik..

6 Okt 2008

hijau mendamaikan..

salam..

hujan lebat kat luar buat sy rasa nak bermalas-malasan. niat nak buat tart utk jamuan raya rabu ni tertangguh lagi. menyusur dari satu blog ke satu blog teman2 buat bibir sy mengukir senyum. pelbagai nostalgia dan kenangan beraya digarap dengan pelbagai gaya. tersentuh hati melihat renungan ibu tua menatap sayu ke laman rumah jiran melihat anak2 bermain bunga api...namun bahagia tetap bertamu tatkala bertandang ke blog lain melihat gambar pelukan erat melimpah sayang seorang ibu kepada anaknya di pagi raya. banyak benar perkara yang rasanya boleh kita kongsi.


idea ada...cuma rasa tepu untuk dicurahkan. masa rasa kian laju menghambat sy. ke sekolah hari ni pun rasa macam sekejap saja masa berlalu. dengan kertas kerja yang belum complete, dengan anak2 istimewa yang perlukan perhatian yang tidak berbelah bagi, dengan observe dari PK..meeting utk jamuan raya...dengan jualan tudung (hikss..)..sume kena dilakukan serentak membuatkan sy tidak sempat untuk menziarah teman guru di tingkat atas. ke kantin mengisi perut pun dah agak lewat..yang tinggal hanya telur mata kerbau dan sayur lemak keledek. tapi dengan cuaca penang yang skrg ni asyik hujan lebat..nasi panas dan telur mata kerbau disirami kicap...ermm...yummyyy...

sekadar alas perut..kenyang jugak kan..


terpaksa memakai cermin mata untuk mengelakkan sy menyondol kereta org...tatkala memandu ke rumah mertua seorang diri, menempuh jem..sepatutnya setengah jam tapi sy mengambil masa 2 jam utk sampai ke sana berbuka puasa 2 hari sebelum 1 Syawal..


ada yang bertanyakan baju sy ke sekolah arini..

sy berkebaya hijau..

gambar kat skolah td tak sempat snap..

ni lah bajunya..semasa kenduri raya ke 4..

baju pepel di sebelah tu dah bertukar tuan..

jadi milik kekal adik ipar sy..

dia berkenan dan dah dibawa balik ke cameron pun..

(pd yg bertanya..baju tu sy beli kat deretan butik dkat ngn SOGO..kasut merah tu dlm SOGO)

5 ulasan:

Tirana berkata...

Lind..kak tirana suka kebaya hijau tu..namoak anggun gitu..hehehe

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) berkata...

huhu...mmg cantik dan bergaya..

dulu suka sgt tengok cikgu bertukar baju cantik2...baru ada mood nak belajar hehe...

azza_irah berkata...

kak tirana..
hijau my fev kaler..
rasa damai je bila pakai..hehee
nrina..
sama la rina..dl azza mmg prati cikgu dr baju, hbag, kasut tudung sume sedondon..hikss..

jinggo berkata...

seronok baca cerita cgu seterusnya : dan gambar2 ( macam kumpulan nasyid )- dan seterusnya macam2 terdahulu - cgu ada orang istemewa mengajar anak2 istemewa....semuga kita di berkatiNya...cantik baju cgu...he...

azza_irah berkata...

bro jinggo..
tkaseh utk baju..mcm kumpulan nasyid ke..sepohon kayu daunnya rimbun...hehee..

perkongsian yang bermakna..walau di ruang maya nyamannya terasa di hati..