alhamdulillah..
setelah dua hari sy tidak selesa kerana sakit kepala, malam ini kembali sepertia biasa. ke sekolah tadi pun menahan sakit, rasa berkerut2 kening bila kepala digerakkan. mungkin kerana dah terbiasa, jadi lali pula rasanya. walau dalam hati hanya Tuhan yang tahu. disebabkan sakit kepala juga entry ini tertangguh.
setelah berusaha ubah tarikh itu dan ini, menggunakan budi bicara teman, pentadbir dan orang yang menguruskan program ini, akhirnya berjaya juga anak2 istimewa ini dibawa ke Pusat Kokurikulum Pulau Pinang untuk mengikuti Program Aktiviti Luar (Wall Climbing dan Merempuh Halangan).
susah untuk sy bercerita satu persatu sebenarnya. namun jika anda melihat gambar2 dibawah, anda pasti faham mengapa sy memilih tajuk riang di hati terserlah di wajah. kerana mereka begitu istimewa. mereka tidak memahami erti hidup yang sebenar, mereka tidak memahami erti elok dan buruk, erti cantik dan hodoh mahupun erti jahat dan baik.
mereka hanya dalam dunia mereka, jika gembira mereka ketawa, jika takut mereka akan menangis, jika mahu mereka akan ambil, jika sakit mereka akan cari perlindungan, jika lapar mereka akan makan walaupun makanan itu bukan hak mereka atau sebenarnya yang masuk ke dalam mulut mereka itu sebenarnya bukanlah makanan.
sepanjang seharian di Pusat Kokurikulum, kedengaran gelak ketawa tatkala golekan pinggul diayun sewaktu menari, sorakan gembira bila melihat rakan berjaya memanjat tinggi, ketawa mengekek bila ada yg tersembam di dalam air, esak tangis bila memasuki terowong, jeritan mereka juga guru2...memberi semangat dan kadangkala menjerit memanggil bila mereka terlepas pandang dan lari menuju hutan kecil di belakang kem.
tarian chicken dance dan poco-poco..
latihan memasang khemah..
wall climbing..
aksi YB fairos yang mencuit hati..
Alif Haikal yang terbaring dalam terowong tak mahu keluar..
sume basah kecuali Amira...
menangis lagi Alif Haikal ketakutan..
kolam dugong yang berselut...
aksi cikgu2 khas...
hanya ustazah shila yang berjaya naik smpai atas...
cikgu2 posing di spider web..
terima kasih utk sume guru PKBP yang membantu sy menjayakan program ini walau perancangannya terpaksa diubah pada minit2 terakhir. dan sekalung penghargaan seikhlas hati utk jurulatih Pusat Kokurikulum Pulau Pinang kerana membantu kami secara sukarela. penghargaan istimewa utk my abg..terima kasih diatas segala budi bicara dan bantuan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hati terasa puas. memang susah untuk dikawal apabila dibawa keluar dari bilik darjah, namun ianya cukup berbaloi. teringat pertanyaan seorang teman...
aktiviti untuk menggembirakan orang lain..?
atau aktiviti utk buat orang gembira...?
maksudnya sama..tapi sy tidak paham apa tujuan dan arah pertanyaan itu. sekadar gurauan atau satu soalan sinis. walau apa pun tujuan soalan ini...yang pastinya, mengundang rasa sayu di hati sy. hanya jauhari mengenal manikam. jika anda boleh memandang ke mata anak2 ini..pasti anda akan lebih memahami. situasi sy, anda, dia, mereka, anak2 ini dan masyarakat luar tidak sama...anda hanya akan faham dan tidak lagi bermain dengan kata tatkala anda berada dalam situasi yang dimaksudkan..
35 ulasan:
Suka ngan blog ni
arryani..
mekaseh..sila la datang lagi..
lorrrrr, sakit kepala kah??patut tak ol erk..
ske tengok mukak afif yang nangis tuh..nampak betul2 takuttt..kan!
lalingg..
alif tuhh comeiii...
nnti kita wat netry psl dia..
kiuttt sgtt...manjeee...suka mai peluk2..hehhe
huhuhuhu... RESPECTED la akak ni.
Seorang pendidik yang sabar...
Very touching tengok cara akak didik
anak murid...
Syabas untuk akak~
Kreuger®
man..
sume org akan memikul amanah yg diberi kan..
:))
@pp nak bawa 2 org anak sendiri ni pun tak terlayan.. syabas azza!
Wah...bukan senang nak didik the special one...!
Teman nak ngajor yang original "asli" ni pun nak pocah palo!
Sebut-sebut pasal kepala ni...how's your head?
Salam dik azza..
1. aktiviti luar mcm ni memg PENTING & BERKESAN kpd anak2 istimewa tu..
TAHNIAH krna mrancg prgm sbgitu (pedulikn tanggapn org lain, krna azza lbh fhm apa yg azza buat)
2. didoakn smga Allah mmimpinmu ke arah mBIMBING mereka mjadi 'insan yg manusiawi'
wslkm.
wah! sronoknye diorg kak!
sib baek kat Penang kalo x su pon nak join same!hehe
aku suka n3 nih azza..sungguh!
aku tahu sangat budak2 macam ni...bukan mereka pinta utk disisihkan. ttg pertanyaan tu?...saja dorang dengki la tu..
tapi part..dugong dalam parit ngan haikal dok dalam gelung..dari petang tadi aku gelak sakan dah!..
ha ha ha.
'betul!, hanya jauhari mengenal manikam'
...teruskan semangat...
Jangan bagitau orang yer, saya ni, wall climbing pun tak pernah. Teringin juga, tapi ada rasa gayat. hihihihihihihihihi...
Anyway, pedulikan apa orang lain kata. Kita tak dapat memenuhi semua kehendak orang dalam satu masa, tapi kita boleh senangkan hati sesetengah orang pada satu masa.
Moga Allah beri rahmat dan panjangkan rezeki Azza dan suami.
wah..
secret suke poco2!!!
taim g sukan kat kedah las year..
kitarang budak matriks johor..
pagi2 warm up gne lagu ni..
rock gile..
suke sgt..
chicken dance pon same..
very feymes eah mende ni..
bes..bes..
salam kak, dah sihat btul ke ni....
ida pun bleh faham jiwa anak2 istimewa ni kak... ida pernah dan dekat dengan jiwa2 mereka sumer... tangis mereka tak sama maksudnya dengan airmata kita, gelak dan tawa mereka umpama penawar mengikis resah di hati bila kadang2 kita sukar mengerti apa yang cuba di utarakan...
risau bila di fikirkan...ain makin membesar..... dah 12thn... mcm mn tuk kami ajar dia ttg hidup dan kehidupan ni pada dia.... mengerti kah ain dengan perubahan2 yang akan berlaku?
syabas kak... semoga allah merahmati usaha akak ni... usah pedulikan apa kata org kerana yang penting amanat yg dh sedia ada di bahu kita...perlu kita lunaskan sebaik mungkin... yang kita yang tahu apa kata hati kan?
Budak2 tu memang special... cikgu2 yang mengajarnya lagi lah special. Aku memang tabek spring kat korang semua.... ( tambah2 kat ustazah shila... hehehe )
Cerita untuk ' anak2 tu + gurunya ' seorang lelaki kerja menjual belon - kebiasannya lelaki ini akan melepaskan belon naik ke atas setiap hari( untuk dapatkan perhatian ) - tabiat orang ni diperhatikan oleh seorang ' budak istemewa ' dan gurunya...lalu ' anak istemewa ' ini bertanya : cgu kenapa orang tua itu tidak pernah melepaskan belon yg berwarna hitam..( biasanya warna2 terang dilepaskan )...lalu jawab guru itu - YANG MENAIKKAN BELON BUKAN WARNANYA TAPI ISI DALAM BELON.....semuanya dalam diri kita.
dan ayat dikatakan sinis tu - hidup ini umpama kita bermain boomerang - hari ini kita memberi dan pastinya esok kita akan menerima........pastinya suatu masa ' anak2 itu ' akan membuatkan cgu berada dipuncak dunia.puas.
Best nye dpt joint aktiviti yg adventure mcm ni... dulu selalu lah buat waktu kat kem.. tp sekrg dah tak berpeluang lg lah..
hai kak azza, kalau lah boleh diundurkan lg kenangan smlm, dah tentu lin akan kembali ke kem chamang..
PLKN betul2 mengajar lin & kat situlah lin kutip byk pengalaman berharga yg tak boleh di beli di mana2..
Salam ziarah..
Jauh di sudut hati..sy rasa berbangga mempunyai guru yang berdidikasi dan bersemangat waja..spt pn kerana untuk melayan kerenah kanak-kanak yang istemewa..perlukan kesabaran yang tinggi, kesungguhan dan yang paling penting keikhlasan.
p/s: selalu menjengah tak mengomen..
@pp..
cb bawa anak2 akak ke tempat begitu..sure diorg seronok..
cikgu dady..
alhamdulillah pagi ni dah ok..
smlm 2 ari ..tuhan je yg tahu..
abg amal..
salam..
terima kasih bang..
mg2 abg juga diberkati..
su..
bm n pennag tak jauh..mai la join kami..
cikgooden..
hehee..haikal tu mmg penakut sket..muka dia kiuttt sesangat...
suka sgt dia sebut.. ... iyeee...betullll..
cikgu izzuddin..
mekaseh..
nnti cb lah wall climbing n sume2 tu..seronok sbnrnya..bina kekuatan dalaman..
secret..
hehe sronok kan..tringat lak akak waktu menari poco2 kat maktab dl..
idany..
mekaseh sb paham..
pasal ain..ida n family kena support dia selalu..
dia tak perlukan wang ringgit n harta..dia cm perlukan perhatian n kasih syg..
jgn sisihkan dia dlm segala hal..biar dia tahu yg kehadiran dia sbnrnya satu anugerah yang tak terhingga utk kita..
shifu67..
tergelak ustazah shila baca,,
dia kim slm..
inilah jiwa kwn2 sy..
bro jinggo..
benar..semuanya dari dalam diri..
tapi dalaman takkan kuat jika selalu diasak n ditekan..dorongan n semangat perlu utk kekal dan tambahkan apa yang kurang..
azlin..
masa tak dpt diundur..kenangan tak dpt diulangi kerana sedaya mana kita cb ianya tetap tak sama...tapi mengingati dan menghargai kenangan itu buat kita kan lebih bersemangat dan rasa memiliki sesuatu..
naz izlyn..
mekaseh..sy tahu naz salu masuk sini..tkasih ya..
antara banyak2 gelagat dalam pic tu, suka tengok alif haikal.
dunia kita memang berbeda dari dunia mereka... mereka mmg sukar utk fahami dunia kita, tp kita yg diberi akal yg sempurna ini boleh cuba memahami dunia mereka...
mungkin perkara yg kita anggap BIASA shj, tp bg mereka benda itu adalah sesuatu yg LUAR BIASA
terima kasih pd yg sudi beri sedikit cahaya kpd mereka... thanx cikgu..
bestnyeee....seronok and jeles plak sha tgk gambo2 nieh:D
wah bestnye ada aktiviti camtu sekurang2nya bdk2 tu terhibur jugak..
siannyer kat alif haikal tu
kak..
saya pernah try wall climbing tu dulu dan sikit punya lenguh tangan dengan kaki lepas tu..
lepas ni kalau nak mendaki kena berlatih banyak2..huhu..
saya suka entry ni..
besar pengorbanan cikgu2 semua dalam
mendidik dan menggembirakan mereka..
akak pedulikan je siapa2 yang berhati dengki tu..
teruskan usaha..
chaiyo~
sonotnye bebudak tuh...cikgu2 pon nmapak sonot!!
salam,
syabas dan tahniah buat anda kerana sudi membimbing mereka yg istimewa itu...
ternyata anda berjiwa cekal dan penyabar... syabas...
Catat Ulasan