Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label riadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label riadah. Papar semua catatan

27 Jan 2009

sesekali beriadah..

Riadah memang satu terapi. Tambahan pula bila melalui denai2 dan memandang kehijauan yang menyejukkan mata, membuatkan hati terasa cukup damai. Sesekali meluangkan masa beriadah memang berbaloi. Peluh membasahi baju. Panorama yang menghijau di Hutan Lipur Bukit Mertajam memang lokasi yang sesuai bg sesiapa saja yang terasa ingin menghirup udara segar.

mendaki melalui trek hutan..

Sudah lama sy tak melakukan aktiviti sebegini..dan terbukti tak smpai di pertengahan jalan sy dah rasa jantung berdegup laju. Stamina memang semakin berkurangan. Abg memang la laju je…dah beratus kali penah smpai ke puncak ..adeh…

turun melalui jalanraya..

Berbaloi. Selain dari satu cara untuk mengisi masa terluang juga satu peluang utk berehat dan melapangkan minda. Tentu saja badan yang sihat dan cergas akan menjadikan kita berfikir lebih bijak dan matangkan..?...



...rasa macam nak makan capati..abg's capati Kulim..?

26 Dis 2008

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~Geoforest Park Langkawi..

utk kesekian kalinya, bumi Mahsuri sy jejaki lagi. dah berkali2 sejak sy mula menetap di Pulau Mutiara ini, samada utk lawatan kerja, mengikuti kursus abg atau secara persendirian. dan setiap kali itulah pasti ada pengalaman baru, jejak-jejak baru yang sy jumpa.

lawatan kali ini adalah bersama staff abg, mesyuarat akhir tahun merangkap family day. rancangan asal ke Labuan tapi terpaksa ditunda ke saat akhir dan Langkawi menjadi pilihan.

Grand Beach Motel, Pantai Cenang menjadi pilihan, dengan susana yang cukup tenang dan damai. banyak sekali kenangan dan potret hati terlakar disini. insya alllah akan sy masukkan dalam entry seterusnya.

antara tempat baru yang sy kunjungi kali ini adalah Geo Park Langkawi. ianya dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). ianya antara tempat yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2007.

seperti island hopping, kami menaiki bot dengan tiket berharga RM25 seorang, dibawa mengelilingi hutan paya bakau dan singgah di beberapa tempat dalam perjalanan selama 1 jam setengah.


Sangkar Ikan..

terpegun menyaksikan pelbagai spesis ternakan ikan dalam sangkar..

adik penjaga ternakan ikan dlm sangkar menunjukkan bagaimana cara ikan menyumpit roti(makanan) yang dilekatkan di tiang. apabila sumpitannya mengena, roti itu terjatuh dan menjadi rebutan di bawah.

jinak-jinak si pari-pari. air dikocak ia akan muncul di permukaan untuk bermanja. tangan adik penjaga akan dihulur ke mulut pari sambil mengusap kepalanya. keletahnya begitu menarik perhatian kami.


Gua Kelawar..

menerokai Gua Kelawar, gua yang berusia ratusan tahun. terdapat pelbagai bentuk batu yang membuktikan bahawa gua ini telah wujud lama dahulu.

batu yang berbentuk seperti kepala ular, terdapat juga batu yang menyerupai katak. kami terpaksa tunduk untuk menerokai gua ini kerana laluannya yang rendah dan sempit. satu pengalaman yang mengujakan seperti Gua Kelam dan Wang Burmah yang pernah sy postkan dalam entry ini dahulu.


Eagle Feeding..

menyaksikan dari dekat bagaimana makanan(kulit ayam) dilempar ke dalam air untuk mengumpan burung helang turun makan. satu situasi yang sangat menarik dan buat kami tak sabar2 menanti dengan kamera masing2 untuk mengambil angle yang paling menarik. tapi apalah yang dapat diambil dengan hp cap ayam sy ni..(kulit ayam digunakan kerana ianya terapung, memudahkan helang ini nampak). anda juga boleh rujuk disini.

menurut pemandu bot, helang putih jarang sekali kelihatan berterbangan, hanya muncul sesekali. agaknya tuah kami pada hari itu apabila sang helang putih gagah menebarkan sayapnya menjunam berebutkan kulit ayam. dan seperti fitrah alam, yang kuat dan gagah pasti mudah menang dan dapat apa yang dihajati.


Kilim Geoforest Park..

bot kami semakin laju menuju ke muka muara, pertembungan antara air masin dan air tawar. menuju ke satu tempat, yang menurut kawan abg sy (abg dan kumpulannya dah terlalu biasa dengan aktiviti sebegini) adalah satu tempat yang 'mahal'. apa yang terukir di batu sebuah pulau mengadap Laut Andaman itu adalah sesuatu yang amat mahal, yang harus diabadikan oleh sesiapa saja yang pernah sampai ke situ. KILIM GEOFOREST PARK...

anda boleh klik disini utk melihat rakaman yg ada di Youtube..


angin dan ombak semakin besar, bot terasa makin beralun. rupanya di hadapan kami ialah laut lepas sempadan antarabangsa iaitu Laut Andaman. jauh berbalam di kejauhan adalah sebuah pulau milik Indonesia. dua gambar kecil di atas ialah pulau batu di permukaan muara yang mana jika dilihat dari jauh berbentuk seperti baby face(kanan) dan berbentuk wajah apache(kiri).

walau sudah kerap menaiki bot, namun pengalaman mengikuti trip kali ini memang sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan bg sy. bukan sekadar satu percutian atau lawatan mencari jejak cinta Mahsuri, namun lebih dari itu yg sy dapat. sesuatu yang berharga yang sudah pasti menjadi sesuatu yang bermakna dalam proses sy mengenali diri, mematangkan sikap dan cara berfikir, juga satu terapi untuk membantu sy membuat keputusan dalam hidup seharian. sy pasti jika masih ada ruang dan peluang, sy akan kembali semula mengutip pengalaman dan menghirup angin yang bertiup bebas di Laut Andaman sebebas helang terbang gagah membelah awan..


hidung soksek..bersin tak henti, batuk menyakitkan dada.
masih berbaju tebal..sb badan mulai panas..kepala makin berat.

semoga sy sentiasa terbuka hati memberi ruang dan peluang kepada orang lain sebagaimana sy pernah mendapat peluang dan ruang seperti yang terdetik di hati..

29 Nov 2008

gambar dan gambar lagi...

srisufi menguji...diberi soalan dan diminta postkan skali gambar...
sory lambat..dan inilah jwpn sy utk tugasan ini..

Soalan 1:
Nyatakan destinasi terakhir anda pergi untuk merilekskan kepala otak dlm bulan November 08...jawapan wajib ada gambar posing maut...


pangkor...takde gambar posing maut..hanya tersenyum kerana syukur pada Yang Esa sy dan abg mendapat ketenangan dan kedamaian disini..habiskan masa bersama...

Soalan 2: Apakah pengalaman manis yang pernah terjadi dalam hidup anda....wajib post gambar..

muka terkejut..manis dan senyum di hati..Low Yatt bulan Jun 2008..(simpan di hati..)


juga manis dihati..snap curi2 oleh peminat sy..di dlm dewan kuliah..hikss..di terengganu..


juga manis...di Bukit Tinggi..bulan Jun 2008..bersama tersayang..

Soalan 3: Apakah makanan kegemaran anda....gambar jugak...(saje mendera)


tentunya roti jala dengan kari ayam atau kuah kuzi..

Soalan 4: Makanan yang anda paling tidak gemar.... nak juga gambar...


sory org penang...tekak den takleh terima kari mamak wlpun dah lebih 12 tahun tggl di penang..

SOALAN 5: Sila lanjutkan tag ni kepada 7 orang... Mereka yang bertuah ialah
....no one...

sekian..

abg dah bertolak ke Cameron untuk mendaki puncak Yong Belar subuh esok..
minit2 terakhir sewaktu barang dimasukkan ke dalam strom, guide hantar sms..
ada kecemasan yang tidak dapat dielakkan(ibunya dimasukkan ke hospital) menyebabkan beliau terpaksa tarik diri dari mengikuti trip abg.
sy nampak riak kecewa di wajah abg..hati sy sedikit risau..
tapi sikap tenangnya membolehkan abg menyusun strategi baru.
alhamdulillah.. guide baru dapat dihubungi dengan bantuan guide lama.
sikap tanggungjawab dan professional mereka sy kagumi..
moga puncak Yong Belar dapat mereka tawan esok hari...

27 Nov 2008

semangat abang di Wang Burmah..

alhamdulillah..abg dah balik dari Gua Wang Burmah, Perlis. seperti biasa..pastinya ada. kali ni sehelai baby t-shirt berwarna biru. Biru..? sy tak bertanya kenapa biru tapi jawapan abg dah memuaskan hati sy..

kerana.. biru itu lembut sgt..

warna memang satu pilihan..pelbagai warna boleh membuatkan kita tampak berbeza. contohnya..merah dan oren adalah pasti...hikss..
sy suka baby T itu..rasa sgt comei...terima kasih..saiz m..hehehe..sy dalam proses utk kembali dapatkan saiz S...boleh ke nak jd seperti 8 tahun dulu...adehh. .




sekadar berkongsi pengalaman dan semangat abang..





kristal yang terbentuk memakan masa beribu tahun..



sengaja pacat dibiarkan menghisap darah kotor di bahagian bisul di betis salah seorang jurulatih..

semoga ahad nanti Yong Belar, Cameron memberi satu lagi cabaran hebat bg abg.....

11 Nov 2008

kedinginan air satu terapi..

syukur..satu lagi program telah selesai lewat tengahari tadi..
walau terdapat bbrp halangan, alhamdulillah akhirnya berjaya juga anak2 ini dibawa untuk menikmati kehijauan Hutan Lipur Bukit Mertajam.


Aktiviti Luar ini sebenarnya bukan sekadar untuk mandi manda. namun ianya lebih kepada terapi hidro(air) yang merupakan salah satu terapi yang patut diaplikasikan dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.






menikmati sarapan..


takut-takut nak turun ke air..


terduduk ust. hashila apabila rui wen meronta sewaktu didukung utk dibawa ke dalam air..


wei kang gebu...gerammm...


Amira yang pandai berenang..


semua dah terjun..




husaini(autisme) tetap leka membaca akhbar di mana-mana sahaja..












  • amira terus lari ke kolam sebaik turun dari kereta..berkejar ..kerana amira di bawah pengawasan sy..
  • amira terus buka baju tanpa sempat dihalang..
  • semua org yg duk jogging..tai chi pandang2..
  • yg tinggal...hanya baju kecik...adehhh..
  • dengan berkali2 panggilan telefon dari PK..fahamlah sy kebimbangan cek wan ..
  • pasni...cnfirm aktiviti air amira akan dikecualikan..

sedikit info mengenai terapi hidro..

Terapi hidro bermaksud menggunakan air dalam sebarang bentuk pergerakan yang sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.


Pergerakan yang dilakukan di dalam air dapat meningkatkan daya penumpuan individu dan masalah tingkahlaku murid didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid khas ini mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi hidro ini. Terapi hidro juga dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, terapihidro dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid khas ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat.

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid ini memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal.

Namun penyesuaian dan modifikasi tetap diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini

terasa penat..fizikal dan emosi..

7 Nov 2008

oren di cameron...

salam..
alhamdulillah..segala yang dirancang berjalan lancar. walau terdapat sedikit kekurangan disana sini..akhirnya kami selamat pergi dan smpai semula ke pulau mutiara. cameron yang dingin menyambut kedatangan kami..namun cameron yg dingin juga terpaksa kami tinggalkan. bukan tidak menyenangkan..namun inilah fitrah hidup. semua yang ditetapkan utk kita ada hikmahnya. hidup kita sentiasa berputar tanpa kita sedari yang usia kita makin menginjak..kudrat makin kurang..fikiran yg dl nya tajam makin tumpul dek edaran zaman..
masih bertenaga...walau di sekolah tadi sy menahan kerut di dahi semasa sama2 chicken dance di bawah pentas bersama anak2...semasa gotong royong memasak...semasa sama2 menyiapkan budak2 tarian skolah...kepala masih berdenyut..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
secebis kenangan oren di Tanah Tinggi Cameron..

perjalanan ke cameron..

15 murid, 10 ibu/bapa, selebihnya guru dan PPM..

menikmati hidangan tengahari dengan bekal yg dibawa di taman permainan Tanah Rata..

antara ibu yang turut serta..

menaiki bas utk ke Ladang Teh Boh..(tambangnya dah naik ek cikgu one..RM100..dl sy naik RM80 je..)

tea shop di Ladang Teh Boh..

kilang operasi teh...(tutup..takde apa yg dpt kami lihat..)

buah-buahan cameron..

sangat comei...


wei kang yang asyik makan dan sntiasa cari peluang utk duduk atas riba...

(ayahnya yg snap gambar ni...beliau sgt cool..ensem..hikss..)

naziha yang tak lekat dipegang...jenuh terkejar2 dia..

utk orang2 yang prihatin...sebab oren ok..

mcm kata cikgu one..sb cuaca..

bukan salah cameraman..bukan salah camera..

sy juga tak salah...

pembuat baju itu yg salah...

adehhh...

tapi kaler oren sangat cantik kan...menyerlah...

dah berpuluh kali ke Tanah Tinggi Cameron..namun sy tetap rindukan sesuatu itu..cycling pun dah lama terhenti..cuti akan bermula nanti...jom..