Hati-hati yang berdetik..

25 Feb 2009

istimewa di mata..istimewa di hati..

‘..betul betul betul..’


Dengan suasana yang benar2 kekampungan, hati sangat2 tenang sebenarnya menonton animasi ini. Ayam melintas tanpa tengok kiri kanan, angsa berbunyi tanpa henti, kereta lembu, sawah bendang jua kelip-kelip yang cantik membuatkan hati terbuai seketika terimbau kenangan zaman kecil dulu di kampung. Ditambah kepetahan berbicara dan kecomelan Upin&Ipin(dengan rambut 'tercotek' di tengah2) membuatkan filem animasi yang bagai satu fenomena baru di Malaysia ini benar2 hidup. Memang kita patut berbangga kerana ianya dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan bajet RM4 juta berbanding dengan Madagascar yang menelan belanja lebih kurang RM540 juta!

Bawalah family anda menonton, selain menghilangkan bebanan kerja dan mengeratkan lagi ikatan yang sedia terjalin.. ia juga sebagai terapi kerana anda pasti asyik tersenyum dan kerapkali akan mengekek ketawa…tapi sediakan tisu jua..kerana salah seorang guru tadi mengalirkan airmata tatkala menyaksikan babak akhir Oopet...

Seharian yang mengujakan bersama mereka. Panggung itu kami yang punya sebab ia ditayangkan awal dari masa biasa dan hanya dibuka utk kami. Begitu istimewa kan…panggung yang memuatkan 100 lebih hanya dimonopoli oleh anak2 istimewa ini yang mewujudkan pelbagai bunyi, aksi dan kadangkala sesuatu yang tak masuk dek akal..hehee..

Si Wei Kang golek sakan di lantai. Mulut tak henti duk ‘ee aa…ee aa…’ sejak dari sekolah lagi. Agaknya seronok sgt melihat wajah sendiri di lantai yang licin berkilat. Nasib baik juga kerana ayahnya ikut sama. Aiman pula dengan lagak manjanya pantang nampak cikgu free datang nak memeluk… seorang lagi murid awal2 sewaktu di sekolah lagi asyik duk main cikucakkk.. Masitah namanya. Masa nak gerak keluar kelas tadi lagi dia dah siap berdukung bila diminta berjalan tak mahu. Sengaja menggulungkan diri di sofa, sy dukung keluar, akhirnya bergolek di kaki lima kelas. Atas persetujuan ramai, namanya digugurkan, dihantar balik…adeh..

Sy duduk di tengah2 antara Aliff dan Aiman. Sedang berdebar menyaksikan Upin&Ipin dan geng dikejar 'sesuatu' ..terdengar suara halus di belakang sy...

...cikgu..anis cantik tak cikgu...

adeh...




namun cukup menghiburkan hati...menenangkan dan menyelesakan...

istimewa di mata istimewa di hati..

22 ulasan:

AiE bAhRi berkata...

Istimewanya mereka...
pasti telatah mereka sepanjang perjalanan dan tontonan upin&ipin menghiburkan hati kak azza...

Atan berkata...

andai nya itu kegembiraan buat mereka hanya allaj saja mampu membalas kegembiraan itu pada kamu

mommy otai berkata...

akakk..
bila nk bawak cha plak ni..

Tie berkata...

Kak Tie kagum dengan sifat penyayang Azza....boleh bersama2 dgn anak2 ini..

Kak tie tak ada pengalaman gitu. Tak tahu macam mana nak respond bila jumpa mereka ni...

ONE ZABA berkata...

hari ungu ke hari ni...pakat pakai ungu belaka je tu

nueeunlimited berkata...

weee...ari purple sedunia. best ek cite upin n ipin??memane owang ckp psl cite nih. kna g tengok nih..herm...akak bwk le bebudak g nengok pink panther 2. lagi klako gila.hihi...

Tukang cerita berkata...

best nya...
nak jadi anak murid ckgu azza jgk lah...
bley ckgu?
:)

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

pegi tgok upin ipin?
besnye..

ramai org ckp cite itu bes..tak sbr nk tgok!

Blog Eazy Izzuddin berkata...

cutenye anak2 itu..
xD

nurdaniella berkata...

salam azza, rindu dah nak baca kisah tentang anak2 ni.. hehe.. dapat akak bayangkan macam mana suasana dalam panggung tu.. mesti best, kan.. dengan gelagat anak2 dan juga cerita upin dan ipin tu..

ryani berkata...

sonok kan azza citer tu...

kena byk sabar layan anak2 mcm ni...tp kdg2 telatah diorg yg menghiburkan hati kita kan?

fzi berkata...

Salam.
Mata berkaca-kaca saat menulis di ruangan komen ini...
sedey nyer rasa bila tengok wajah2 anak2 istimewa ini...

Tahniah Azza, anda berjiwa penyayang..Wassalam.

Sufi Idany berkata...

seistimewa kaletah upin dan ipin....
sure sonok anak2 tu kan...? mmg pakat ungu ke sumer nya kak....?

cik iman berkata...

tp oklaa kak ek..dak2 xbuas sgt..mgkn gelap tu kot..next time leh g laie..")

Honey Bee berkata...

salam ukhwah...
seronoknya melayan telatah budak2 tue...rasa hilang masalah sekejap...

suara berkata...

Salam azza...
Su kagum dgn azza. Azza ni mesti penyabar, kan? Penuh dgn kasih sayang tentunya...

Tanpa Nama berkata...

salam...
azza ni mesti cikgu yg sporting kan...;)

Rashid berkata...

Moga bersama mereka membuatkan azza semakin tabah.. dan ilang segala kesepian..

cendawanintim berkata...

istimewanya mereka..

Cikgooden berkata...

betul, betul, betul...



minggu depan nak kena bawak adik n kakak tgk nih...

Unknown berkata...

kat sini tak de harapan la nak masuk panggung.... aku duk tunggu dvd citer ni tak sampai2 lagi....

mar~ berkata...

sy pn blom tgk cte ni.
kt cni panggung asik penuh je ble nk tgk.

huhu~