Hati-hati yang berdetik..

15 Feb 2009

poco-poco..my green karisma masuk kampung..

Merentas desa...sabtu 14 feb...

Bila ditarik ke stage untuk sama2 lead bagi memanaskan badan sebelum merentas desa, sy tidak melepaskan peluang. cikgu z didepan dan kami bertiga guru perempuan di belakangnya. dah lama rasanya tidak ber'poco-poco' mengikut rentak dan muzik secara 'betul'. sewaktu di Terengganu dulu selalu sgt poco2 dijadikan aktiviti selingan di setiap aktiviti. rasa release dan melapangkan minda sebenarnya. jika dilakukan dengan betul, tak sampai 10 minit kita dah boleh berpeluh. terimbau pulak kenangan di Bukit Bauk, Dungun dulu2...bila mana group Pandu Puteri IPKT mengepalai poco2 di malam akhir kursus..iskk..rindu..


sy ditugaskan menjaga check point dalam kampung. tahun lepas pun di tempat yang sama. rasanya dengan menjaga check point, suasana 'merentas desa' lebih terasa. sebab kami sama2 masuk ke kampung dengan murid. yang pastinya, penjaga check point adalah muka2 yang sama, dan kedai kopi yang sama juga yang kami singgahi seperti tahun lepas..ehekss...

Go Tun Fatimah go....!!..pastinya hijau Tun Fatimah sehijau my karisma. walaupun sy berbaju kuning namun hijau tetap di hati. harap2 tahun ni Tun Fatimah dapat kekalkan kejuaraannya sama seperti tahun lepas.

Aksi-aksi cikgu check point…ehekkss…
Yang berbasikal tu Ketua Penyamun..tak tahu basikal budak mana dikebas…time balik tayar belakang pancit…adeh…



Dan inilah dia…my green karisma…sesekali bermotor. Dah lama sangat sy tidak menghiraukan my green karisma. Kalau dulu2 masa zaman study motor lah teman ke mana saja, dulu pakai C70 je…1996-1999..eheh…











dan ini..
dunno...ada seorang ckgu berpangkat adik bertanyakan stokin sy yang berwarna kuning. dia kehairanan. dan sememangnya bukan dia seorang pernah bertanya..eheks...semestinya sy tetap akan memakai stokin mengikut warna baju..kerana sy punya koleksi stokin berwarna pelangi yang cukup. dan semestinya sy seorang yg sukakan variasi warna...hikss...satu kelainan dalam terapi yang cukup membuatkan sy ceria..


sesungguhnya program seperti merentas desa mampu menyuntik kemesraan dan membuahkan keceriaan di hati setiap individu yang terlibat. semangat yang ditunjukkan baik oleh murid atau guru memberikan satu kepuasan..juga mampu menerbitkan satu perasaan lain ..perasaan lain..?..nurul iman..? (ehekksss....belajar motor ya..tahun depan kita sama2 jaga check point masuk ronda dalam kampung... :) )

merentas desa 8-11.30am..12-2.30pm mesyuarat..3-4pm ke bandar perda...4-6.30pm ke kedai kain Lim Kulim...ehekss..sudahnya kepala sy berdenyut sehingga ke hari ini akibat dr pagi hingga senja berjemur..

11 ulasan:

Miss Zahidah Zakaria berkata...

alahai,
stokin kuning naek moto hijau
hehehe
cun ;P

ONE ZABA berkata...

patut la ada tuan kebun ngadu ada orang panjat pokok jambu dia.

nurdaniella berkata...

salam azza.. bercakap pasal stokin, teringat masa zaman kerja kilang.. juga macam azza, suka padankan warna stokin dengan warna baju.. hehe.. itu semua dah tinggal kenangan..

Kamsiah yusoff berkata...

azza,masuk kg time buah2an meranum...tentu best kan hehe

ILA berkata...

wahhh..cukup 'berkarisma' cikgu kita..tshirt berkaler kuning..cukup utk kaler stokin sekali..

wahhh..motor 'karisma' berkaler ijau..mgapa tidak skali cikgu ber kaler ijau jua??

cik iman berkata...

blajar moto?huhuhu..bonceng pun fail..xpe..kayuh basekal je laa masuk kmpung kak..")

azza_irah berkata...

miss zaza...
dua2 warna kegemaran...hehee


abe 1....
erkk...tuan jambu g ngadu atas gunung ek..atas gunung ada pokok jambu ke..ingt pokok teh je...ekekke


nurdaniella ...
salam kak nur...azza mmg suka pakai stokin kaler2...ekeke..rasa mcm bes je..biar la org nak kata apa pun..hehee


kak kam...
tu la kak...tak kena masa..jum balik kelate la kak..


ILA ...
ekkeke..sume aura karisma tu yang..
ingt nak pkai ijau gak baju..takut tertukar mana ckgu mana motor je..hehee..


iman...
ekekke...tahun depan naik ngn akak..

Cikgu Kool berkata...

Hehehehe...tu le cikgu...meronda lagi best..ahahaha..tak sabor tunggu cross coutnry kitorang lak!

azza_irah berkata...

ddy...
seronok meronda masuk kg..tringt zaman kecik2 dulu..

Rashid berkata...

Poco poco.. adehh. seramjer rasa bila dengar tarian ni..

sEbelum ini kat kem tentera bila ada je majlis makan malam ke apa ke.. semua pegawai mesti ambil bahagian dalam tarian poco-poco.. tak boleh kata tidak!! so, seksanya kena belajar rentak tarian tuu..

ermm pernah menari poco-poco dengan berpakaian tentera (warna putih..) dan pasangan juga (terasa macam kat England pula masa tuuu..) hehe..

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
semua tu tinggal memory kan..jd kenangan indah dalam hidup kita..walau ianya tak kekal namun segar dlm ingatan..