Hati-hati yang berdetik..

13 Feb 2009

my purple...

Bersiap2 utk pulang pada Khamis, kedengaran riuh di luar kelas. Tiba2 nama pemasang antena disebut.. Sy jenguk ke luar…iskkk..my purple. Tergantung comei di gril depan kelas…sebelah, manakala sebelah lagi masih terdapat di rak. Sy tersengeh. Patut nama pemasang antena disebut2 oleh beberapa org guru yang turut sama tersenyum memandang my purple.





Eh..dia kan berkursus. Dia berada di Negeri Sembilan kerana urusan takrawnya…hati berdetik. Kami pakat berteka teki, orang itu dan orang itu. Pemasang antena junior..? Siapa dia… siapa yang telah mewarisi segala sifat pemasang antena yang pantang melihat ketenangan persona sy dan kecomelan kasut sy ... ada sy masukkan entry pemasang antenna disini, disini, disini dan disini.

Selalunya kalau kasut hilang sebelah atau digantung di gril atau pokok di sekolah sy…tak ada kerja orang lain selain dari pemasang antena. Kasut sy selalu menjadi mangsa dan pastinya sy takkan cari orang lain. Jika sebelah saja kasut sy terkontang kanting, pasti kerja dia sebagaimana persona sy yang telah dipasang antenna astro berkali2 sepanjang tahun. Tak ada orang lain yang berani buat begitu kecuali dia dan dia tidak berani buat begitu pada orang lain kecuali sy dan 2 3 orang guru lagi.

Baru je kasut silver menjadi mangsa gonggongan anjing, sekarang my purple yang baru pertama kali dipakai digantung begitu anggun di gril pintu kelas. Dushhh utk orang itu.. Namun walau siapa pun dia..pastinya hati dan bibir sy dan beberapa orang guru telah menguntum senyum pada hari itu, setelah berminggu sebenarnya kelas kami seolah dilanda wabak berdiam diri.

Kadangkala berdiam diri itu perlu utk meredakan situasi, menyejukkan hati dan mengelakkan prasangka, namun berdiam diri juga kadangkala boleh memakan diri kerana memendam segala ketidakpuasan dan membenarkan kebatilan.

Bagus juga sesekali diusik sebegini(sebenarnya bukan sesekali, seringkali/acapkali). Gurauan mampu membuatkan hati yang muram dan mood yang swing kembali ceria dan bersemangat. Gurauan mengundang tawa tanpa sedar. Begitulah indahnya jika persahabatan disulami keikhlasan tanpa ada rasa iri hati.

Esok(sabtu) merentas desa, dan esok juga pemasang antenna kembali ke sekolah setelah 2 mggu berkursus. Pasti dia tersengeh bila dikabarkan ada pemasang antenna JUNIOR di sekolah kami…ehekss..



belek2 album lama, terjumpa gambar ni..

tarikh di gambar 12 feb 1999...final year di usm..berdekatan canselori..menuju ke studio HBP dan seni...kriss biru kini milik adik ipar sy ..


terkenang semasa dulu..hatiku menjadi rindu..

mungkin ke sy bermotor esok masuk kampung utk jaga check point merentas desa....? hiks..dah lama tak naik motor...my green karisma...? ehehh...

17 ulasan:

su berkata...

pandai mengusik diorg ni!hehehe...

Unknown berkata...

Salam azza,

Azza tidak ambil ke gift dari blog uncle?

zino berkata...

sangkut kat grill tak apa lagi jangan sangkut kat bumbung hehe

ONE ZABA berkata...

mujur tak sumbat katak dlm kasut tu

Tukang cerita berkata...

hahahaaa...
macam2 lah...
:)

cik iman berkata...

iman xtau pun kak?iman blk awl ke?sape org tu??

azlanlin berkata...

Jika di depan mata, jeling-jelingan. Jika berjauhan, sebut-sebutan.
Usikan sebegitu menjadi igauan,
Sungguh hairan pabila usikan menjadi tanpa gerangan..JUNIOR? Menarik dan tertarik tu..

Eiba berkata...

Hhehehehehehehhee..AZza..azza, sabar jer lah yer...Dugaan hidup ini mcam2 tapi agak kasar sedikit...sabar and terus sabar k....

Kamsiah yusoff berkata...

nasib baik kasut tu tak dijumpai atas jalan mcm ari tu...haru

BEiB berkata...

Love to see the lovely shoe swinging on the grill.
It must have been a charismatic person who did this to a person who rides a Karisma and drives a Persona..Get what I mean? hehhehe

Unknown berkata...

Assalamualaikum azza dearie.

Selalu je azza ke usik ya. Dapat menguntum senyum selepas diusik tu kira bagus tu...

gambar kenangan mengusik kalbu atas motor tu macam kat USM je... betul ke?

Cikgooden berkata...

patut muka budakkk ja..kat usm dolu dolu,...he he he. Gamba inesen abih..

Rashid berkata...

Tersenyum kerana ada pewaris pula rupanya si pemasang antena tu. Cantik nama.. 'Pemasang antena junior'.

Tahniah azza.. kerana makin ramai pula peminat. hehe

Blog Eazy Izzuddin berkata...

wah....
akak bermuto erk...
hihi
xD

Blog Eazy Izzuddin berkata...

kak...
ade award la untuk akak..
=)

Cikgu Kool berkata...

Amboi...daddy suka gambor last sekali tuh...berpossing atas krisma itew.... Nanti letak gambor posing atas RXZ plak yer... hehehehehe

cendawanintim berkata...

ada pemasang antena junior plak dah..sian my lalinggg!