Sudah lama sy mengagumi pohon ketapang. Entah mengapa perkataan Ketapang begitu dekat di hati. Mungkin sy dibesarkan, melalui zaman kanak-kanak dan remaja di Teluk Ketapang lantas nama itu begitu terlekat di hati.
Rimbunan ketapang sememangnya memberi impak yang cukup besar. Bentuknya yang seperti payung dengan daun yang lebar membuatkan ingatan sy sering kembali ke Terengganu. Sepanjang jalan permainan dulu, deretan pohon ketapang memang memberikan teduhan yang bukan sedikit. Memandang daunnya yang hijau, kuning dan akhirnya merah sebelum gugur ke tanah membangkit rindu yang bukan sedikit bertamu disitu sebenarnya.
Hati sy tercuit tatkala bercuti bersama abg ke Pangkor tahun lepas. Beriya-iya sy minta abg hentikan kereta di bahu jalan semata-mata kerana terpandangkan signboard Teluk Ketapang. Benar2 sama seperti yang ada di Terengganu. ke mana saja kaki melangkah, seakan nostalgia Ketapang mengekori..
Hati tersenyum kerana kenangan Teluk Ketapang di Terengganu sememangnya masih utuh di minda dan tersemat di hati. kalau lah masa leh berputar kembali kan..pastikan sy susuri jalan2 kenangan dulu..mengutip kembali jejak-jejak tertinggal sambil menoleh ke pinggiran dan tepian pantai andai ada bayangan yang setia berdiri disitu tatkala sy teralpa sewaktu memandang..
Ku susuri redup ketapang
Melodi nan indah kian bergulir
Berpuput lembut angin semilir
Berhenti lelah peluh mengalir
Muhasabah hati diri yang kerdil
Ku susuri redup ketapang
Setapak jejak berakar
Meninggal tanda kasih yang mekar
Memayungi hati menahan getar
Terlindung terik panas membakar
Ku susuri redup ketapang
Teduhan rindu semarak kasih
Rimbunan sayang makin bersilih
Mematri janji dari hati yang putih
Menghambat cemburu rasa tersisih
Ku susuri redup ketapang
Terukir namamu disitu
Biar musim beredar waktu
Walau lidah seakan kelu
Lirikan mata bicara bisu
Ku susuri redup ketapang
Ketika kemarau menyisir diri
Embun pagi terasa sepi
Menahan getar melindungi hati
Terlindung resah bahagia berganti
Ketapang...
rimbun kasihmu yg mendamaikan rasa menjadi teduhan tatkala resah melingkari..
redup lembayung mu menyejukkan panas di jiwa..sejuk dan damai bersama rimbun kasih abadi..
14 ulasan:
kalau gi camping pengakap, mesti cari pokok ketapang gak. senang nak berteduh. nak buat gajet dapur pun senang. lapik ngan daun dia je.
cikgu one..ketapang mmg banyak gunanya..banyak jasa utk kita..
dan tentu saja ketapang itu bnyk memory yg tersimpan..
besh nye akak gi sane...
hiks..
nnti nk pi la...
=)
salam azza,
Sungguh indah sajak redupnya ketapang tu.. Moga teduhan rindu itu memberikan ketenangan.. walaupun dalam ketiadaan namun pasti rindu itu sentiasa ada. Moga keredupan dan keteduhan ketapang memberikan manfaat kepada kita semua. Moga kita juga sentiasa dipayunginya.
Menghargai kehidupan dan keredpan pohon ketapang..
Semoga redup ketapang akan setia memayungi akak...semoga terus sejuk dan damai di bawah lembayungnya...
sekali lagi... akak gmbr last kat bawah tu.... kata2 ternukil kat situ akak amik mn ek.... menarik sekali.... mcm ida kenal....huhuhu
Ketapang, amat berharga bagi yang tahu menghargai keutuhannya. Bagi yang haya inginkan keindahan.. pastinya, ketapang tidak membawa makna.. Itulah kita antara kita... kan?
he he..susah benor le nak datang kunjung sini..
apasal entah..
errr
azza, ketapang dengan ketipong sama mende ke tak?
entah kenapa hatiku teringat 'ketipong payung' le pulak dah..
smile..
( HARAP KOMEN AKAK TAK MENGGANGGU NOSTALGIA MU..he he he)
Setiap kenangan itu ada manis dan pahitnya.. ;) Mesti seronok dapat balik ke tempat yang punya byk memori lama ;)
salam...
Ketapang adalah rimbunan kasih,
payungan rindu.
memori berteduh dipangkal, harapan memucuk di puncak.
*TK...3km dari kediamanku, setiap hari melintasi di situ...redup dan nyaman..
ketapang adalah payung terbaik ketika ujan time kecik2 balik skolah kayuh beskal dulu
salam azza,
kakchik ni memang tak kenal pohon ketapang ni. kalau jumpa kat mana-mana pun tak dapat nak cam. azza pulak ada banyak memori berkaitan pokok ni. nostalgia sangat bunyinya tulisan azza ni. hanya yang melalui pengalaman itu saja yang lebih memahami.
mengimbau memori di bawah pohon ketapang...
rasanya sekarang dah susah jumpa pokok ketapang. dulu2 masa kecil ada juga pokok ketapang kat dpn rumah...
Catat Ulasan