Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label hujan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hujan. Papar semua catatan

9 Jan 2010

Tengkujuh : Bersama Emosi Ilusi Bersulam..


backdated 18 Dec 2009..





Semilir tengkujuh

Musim rindu bermula lagi

Angin sejuk yang berpuput

Membawa lara melatari jiwa


Hati rasa bergelodak

Merenung titis

kian sarat kian kasar

hati yang tadinya tenang

kini sarat rindu tidak berteman


ZCR18dec09/tanahmerah…4.13pm







..moga hati seredup damai dan tenang cuaca di musim tengkujuh..

kerana tengkujuh mengundang rindu yang sangat hebat..




10 Mei 2009

semangat dalam hujan..



..backdated 30 april 2009..

..terakam di lensa kamera yang mampu mencoret seribu cerita..
Sukan Tahunan 2009 dalam guruh dan hujan rahmat.....


inilah yang dinamakan semangat ..kalah menang tidak penting, tetapi semangat bekerja dalam satu pasukan, membentuk kesepakatan yang akhirnya sangat sukar utk digoyah. moga semangat begini terus membara dan semakin kukuh dalam sanubari. walau terdapat sedikit calar, itulah lumrah yang akan menguatkan lagi keazaman dan kekitaan yang sedia wujud.





pesan seorang teman...
..cara menyelesaikan masalah ialah dengan menghadapi masalah itu sendiri..
..muhasabah diri mencari kesilapan..

15 Mac 2009

Telaga Daeng... PTK...dan memory...(15mac)

Salam sejahtera untuk semua;

..tersemat di hati...IPKT...



seminggu cuti merupakan saat terbaik bagi sy utk kembali menjejak kenangan yang setiap detik semakin segar di ingatan walau telah lama ditinggalkan. memang kita tidak hidup dengan kenangan tetapi kenangan itu yang menjadi semangat dan pendorong diri untuk terus gagah melangkah di saat lelah dan hampir tersungkur.


hujan yang turun mencurah sejak dari TM bukan menjadi penghalang utk jejakkan kaki ke masjid yang berkilauan ini. dah lama sy menyimpan impian ke sini, setiap tahun ke terengganu ada saja kekangan utk sy smpai ke sana. kali ini alhamdulillah...walaupun jejak agak terhad, namun ia tetap berbaloi. mgkin akhir tahun ini sy akan ke sana lagi kerana pergerakan kali ini agak terhad akibat hujan yang terlalu lebat. lagipun abg dah berjanji...




kesempatan yang terluang(urusan di IPKT) sy gunakan sebaik mgkin untuk menyusuri kembali jalan-jalan kenangan kami sekeluarga lebih 16 tahun yang lalu. dan sudah pastinya kenangan peribadi sy sendiri sewaktu bergelar pelajar dan gadis remaja menyusuri setiap selekoh dan simpang di Telaga Daeng (rumah kedua), Ibrahim Fikri (rumah pertama), Telaga Batin, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Bukit Tok Beng, , Gong Badak, Tok Jembal, Banggol Pauh, Bukit Tunggal, lapangan terbang.. kenangan yang cukup mahal..


..rumah yang menyimpan seribu memory zaman kanak-kanak..




PTK..
Pantai Terukir Kenangan..seribu memory yang selamanya abadi di hati. terlalu banyak memory disini. pantai yang meninggalkan sejuta rasa yang berbaur menjadi satu. terselam di jiwa dan akan tersemat selamanya sehingga ke nafas terakhir. biarlah ia bersatu jauh di dasar hati..yang pastinya akan sy kenangi sehingga ke hari tua..


PTK...Pantai terukir kenangan yang melakar seribu memory di hati..


terimbau sewaktu kecil dulu.. sy dan kawan2 suka sgt berbasikal dari Pantai Telaga Daeng berhampiran taman perumahan, menyusur lorong di tepi pantai sehingga lah ke PTK. dulu lorong tersebut hanya muat2 basikal dan motorsikal shj. berpuluh tahun ditinggalkan..kini dah banyak yang berubah. dasarnya, fizikal jauh berubah, namun kenangan yang melatari tetap sama, hidup dan mekar biar jarak waktu kian jauh dan luas jurangnya.



PTK...sehela nafas memendam rasa..




sesungguhnya sy rindukan saat2 dulu. butiran pasir putih yang dipijak terasa seolah baldu di kaki. ombak yang pecah tatkala menghempas pantai seolah satu irama yang begitu merdu alunannya di gegendang telinga. tiupan angin semilir yang berpuput lembut terasa dingin menampar pipi..mengalunkan tudung membawa melodi yang sungguh indah, seindah jaluran pelangi yang tak tergapai di kaki langit.


..keriangan di hati terserlah di wajah..(foto nov 2007)


begitulah realiti hidup. segalanya mengusik hati, mencipta memory yang bukan sedikit. yang indah tidak selamanya kekal, yang manis tidak kan selalu berpihak pada kita. hakikat hidup harus diterima sebagai salah satu rencah yang mengiringi perjalanan hidup kita sepanjang nafas ini. menuju pada yang Satu, pasti kan ada pelabuhan yang akan kita singgahi. duduklah sebentar.. melepaskan lelah, mengutip pengalaman, mencipta kenangan, berkongsi ilmu, kewajaran, memanfaat setiap detik agar segalanya yang sebentar itu akan memberi makna yang cukup dalam dan akan terabadi selagi hayat dikandung badan..




..sesungguhnya terima kasih..
utk abg..semoga pulau payar kali ini semakin menguat dan menguji kekentalan abg..
..hujan lebat di Alma begitu mendinginkan sebenarnya...fizikal dan emosi..

sedikit tertekan dengan sesuatu , bukan kerana tidak mahu menerima amanah namun terkilan kerana sesuatu yang sepatutnya diambil berat namun diabaikan ..
..adakah nilai
berterima kasih dan menghargai semakin hilang..?


3 Jan 2009

al-kisah di hari sabtu..

salam..
sepatutnya pagi ni sy ke Parit Buntar, tapi abg tukar plan ajak joging ke Bukit Mertajam. celik2 mata pagi ni, hujan mencurah membasahi bumi BM, camna nak joging, tarik selimut lagi best. tambahan pula dari semalam abg sakit perut tak henti. so berselimut la abg di bilik dari pagi smpai tengahari. agaknya kesian tgk sy duk mengadap laptop seharian, abg kata perutnya macam dah ok. jum siap....Jusco...! ehekss..kat luar masih hujan..

seperti biasa, pasti ke tempat2 begini kaki sy melangkah. sangat2 comei sandal2 itu, tapi hati nak cari kasut. kasut sekolah utk isnin ini belum beli kan..


tiba2 terpandang beg hitam paling atas belah kanan. hati tertarik. camana ya..harganya 2 ke atas. ty pendapat abg...tapi sy yg bg cadangan. apakata kita tgk dl kat butik CR...kut2 disana lagi murah..





masuk butik CR.. amoi tu kata ...ini pepel paling latest..new arrival...

slps setengah jam..kuar butik CR tangan kosong...

hitam macam yg sy berkenan tu takde pun..




abg tgk muka sy.. pasni kita g Pasicific..
ehekss..yes...sana byk sikit pilihan...baru jam 5pm kan..abg mengangguk dan mula mengheret sy jauh2 dari butik CR.

eh ehhh..jap bang...abg duk kat kerusi ni..sy masuk jap ekk..



hampir setengah jam...inilah yg sy bawa keluar..2 barang hampir2 2000 bath..rabak jap. bila abg bertanyakan harga..adalah sikit..



dah abis kat sini..kita nak ke Pasific kan..

sekali lagi abg pandang muka sy..

..kensel..kita balik..

aikk...la...

perut sakit balik...

...adehh..tiba2 simpati lak kat abg..

esok kita gi Pasific ekk....(dalam sakit2 sempat lagi..)







berjalan keluar Jusco..ralat sedikit dihati. masih terkenangkan hand bag itu. eh...jubah pink di butik ini pun cantik kan..sempat snap masa jalan keluar..tapi harga mesti beza sakan dari Parit Buntar..




sy drive balik tatkala hujan masih mencurah. abg pejam mata dah kat sebelah..melalui bandar Perda. tiba2...singgah jap ek bang..


singgah mana... (abg pejam mata tak tahu ke mana sy bawa..)


tgk baju jap..

singgah kat butik di bandar Perda...ehekss...stereng di tangan sy..


abg tggu dalam kereta.


ermm..ada satu baju kurung moden sy berkenan, adik tu kata itu antara yg terbaru. macam menarik, hijau kuning. tapi bila dipikirkan..Parit Buntar lagi berbaloi..


hampir sejam keluar masuk bebarapa butik disitu, sy keluar tangan kosong. masuk kereta..abg buka mata..


mana...?

tak berkenan...

jum lah kita balik..abg tak larat dh rasa..


esok pagi kita g Parit Buntar cari baju...ptg abg ada keje skit... za cal ajak kak nor ke Pasific ptg tu cari hbag eh..

ehh...ehh...ehehh...ok...jum balik...


singgah sini dl sblm sampai umah...
sian abg..
apa pun..
terima kasih sebab amat memahami..

16 Dis 2008

hujan rahmat..

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun : 18)



"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)



ke Jusco dalam hujan lebat..
kadangkala berdiam diri itu lebih baik..

12 Dis 2008

tengkujuh yang dirindui..


merenung gerimis mengundang sendu..
hati bagai terguris pilu
terpercik di pipi menyeka kelu
seakan terbungkam bicara di kalbu..




titis gerimis semakin lebat
masih disini menatap hebat
mega mendung melitupi kelat
seakan memahami hati tersayat..





rindu sangat saat-saat dulu bermain hujan ..
air yang melimpahi tebing bagaikan satu pesta..
tak pernah memikir bahaya yang mendatang..
tengkujuh yang tiba keseronokan tak terhingga..

bila menginjak dewasa..
baru ku fahami..
hujan itu rahmat..
tapi banjir itu petanda..
akal manusia tetap kalah dengan kuasa alam..

tapi aku tetap rindukan gerimis dulu..
tetap rindukan kesejukan dulu..
tetap rindukan tengkujuh dulu..
tetap rindukan deburan ombak di seberang takir..
tetap rindukan saat-saat dulu..