Hati-hati yang berdetik..

19 Mac 2009

KITA dan AKU...cuti tetap ke sekolah...(19 Mac)

salam sejahtera untuk semua,


biru itu menawan..?


Dengan matlamat jangka panjang untuk melahirkan guru berilmu, berketrampilan, kemahiran tinggi, sahsiah mulia dan unggul, mempunyai daya juang dan semangat yang tidak mengira waktu dan masa, warga pendidik sy kira telah pun kembali ke rumah masing-masing walaupun cuti belum lagi berakhir. 19 Mac yang lalu sy jua majoriti dari insan yang bergelar pendidik telah mula ke sekolah seperti biasa. Demi tanggungjawab dan amanah, cuti yang beberapa hari terpaksa dipendekkan lagi kerana tuntutan tugas yang menanti.


sepakat membawa berkat..



Blog sy bukanlah blog terlalu ilmiah atau menjurus kepada sesuatu yang khusus. Ianya hanyalah laman hati catatan peribadi yang sy tulis menurut gerak dan detik hati sendiri. namun kadangkala ada sesuatu yang terbuku didada dan tidak dapat diluahkan kerana adat dalam era kini yang memandang kepada seniority, keutamaan dan sikap siapa kau siapa aku.


Ilmu dicari dan ditekuni, bukan hanya utk dicurahkan kepada yang memerlukan(pelajar), namun jua sebagai bekal utk diri sendiri dalam menentu kewajaran berfikir dan bertindak. Harga diri tidak terletak pada diploma, sijil atau ijazah tetapi pada jatidiri berteraskan ilmu, iman, amal dan ihsan. Perubahan dalam diri setiap individu bukan semata-mata kerana kita hendak berubah tetapi lebih kepada MENGAPA perlu berubah dan APA yang hendak diubah. amat penting sebenarnya kita lebih mengutamakan konsep KITA(teamwork) berbanding dengan pemikiran AKU(egoistic dan individualistic).




"Ada tiga jenis pemimpin, iaitu pemimpin yang benar-benar pemimpin, pemimpin yang setengah pemimpin dan pemimpin yang bukan pemimpin. Pemimpin yang benar-benar pemimpin ialah yang mempunyai pendapat sendiri dan mahu bermusyawarah. Pemimpin setengah pemimpin ialah yang mempunyai pendapat sendiri dan tidak suka bermusyawarah. Yang ketiga ialah pemimpin yang tidak mempunyai pendapat sendiri dan tidak mahu bermusyawarah!"

~ Al-Hassan ibn Ali ibn Abi Talib


"..tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari.."
-Umar al-Khattab-




Azza..
menganggap apa jua penghalang sebagai satu 'challenge' yang perlu
ditangani secara objektif dan penuh profesionalisme serta penuh hikmah danbijaksana..

terima kasih kepada insan-insan yang dekat dihati diatas segala sokongan dan kasih yang tidak bertepi...

9 ulasan:

Cikgu Kool berkata...

Lagi satu hari mau ganti...sabor jer la...

p/s: Semoga sihat selalu disamping "dia"....

azza_irah berkata...

ddy...
-dia- semakin ok..akan dipublish sedikit masa lagi...

Tukang cerita berkata...

Salam kak...
maaf, lambat reply msg akak...
weekend nih, sy pi camping...
First time tinggal anak2...
siap bwk bantal busuk dorang lagik..
:)

email sy : nurul_smtsm@yahoo.com

azza_irah berkata...

tukang cerita...
got it yang..

Rashid berkata...

Salam azza,

Uiks sama je ngan saya. Lama juga azza tak update blog ini. sibukkan kita ni azza.. nampak je cikgu ni rileks tapi keje tu..adoii..

Benar azza.. bagi saya, pemimpin yang baik ialah pemimpin yang suka mendekati dan senang didekati..

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
penat sebenarnya cikgu...idea nak menulis ada..cerita nak dikongsi pun ada..tapi balik umah badan n otak dah rasa jem...letih lebih menguasai..

alamanda berkata...

sama aje bunyi keluhan cikgu cikgu ni kan azza. ummu pon sama la. kadang kadang rasa cam tak boleh nak bernafas dek kerana keje keje kat skola yg bertimbun. sabo je. tu yg hapdet pon tah pape. kekeke.

Sufi Idany berkata...

Salam kak....
Ida pun br lepas wat LPD kat skolah...skang tk leh ke luar kan.... sumer kt skolah..... 2 ari lagi tu wat.... 3 jam lepas skolah..... huhuhuhu apapun SAYA BANGGA JADI GURU!!!

BEiB berkata...

Benar..harga diri tidak terletak pada segulung sijil/diploma/ijazah...malah yang utama ialah MASTERS of COMMON SENSE.
Otak/minda/fikiran yang menguasai perubahan diri dengan gandingan hati yang cekal/kuat/tekal.

* Orang tu senior sebab dia keluar U dahulu dari kita...itu aje. Minda/mindset belum tentu senior...