Hati-hati yang berdetik..

20 Apr 2009

Klik di Hujung Jari..


salam sejahtera untuk semua..


alhamdulillah, segalanya telah selesai. sebahagian dari amanah telah terlaksana. semangat kerjasama, sikap tolak ansur, komitmen dan rasa tanggungjawab menjadi faktor berjayanya program kali ini. walau masih kedengaran suara-suara sumbang dan tidak puashati sipi-sipi di telinga, namun sy sudah boleh menarik nafas lega. yang penting, program dilaksana mengikut perancangan dan sebahagian tugas telah diselesaikan.




memang kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. begitu juga sebaliknya. setiap hari sy dan kita belajar. proses yang kita lalui setiap hari adalah pengalaman yang terlalu berharga sebenarnya. mematangkan diri, mewajarkan cara kita berfikir dan bertindak. juga membantu minda kita supaya lebih terbuka dan berhati kental.

terima kasih kepada semua teman yang membantu...
ternyata pengalaman membantu dalam muhasabah diri. pengalaman menjadikan sesuatu yang pada mulanya musibah bertukar kepada sesuatu yang cukup bermakna dalam mengutip dan mengumpul pengalaman dalam proses belajar untuk menjadi semakin matang dan bermotivasi. moga sy dan kita terhindar dari segala kata nista, fitnah dan hasad.

merindui ketenangan dan kedamaian di tilam empuk..





..jika anda layak, berkemahiran, komited, sanggup balik sekolah jam 6 petang setiap hari, sanggup guna laptop sendiri, datang sabtu dan ahad mengadap laptop dengan segala data...
sila lah ambil alihlah tugas sy..
supaya sy leh balik berehat dan lena dengan tenang dan selesa di atas tilam empuk tanpa pening kepala memikirkan data-data....


sentiasa berdoa agar terus dicekal dan dikuatkan hati..menerima dan melaksana amanah ..
kerana sebenarnya masih ramai yang memahami dan sayang..

*maaf...tanpa sedar segalanya jadi tak terkejar..

12 ulasan:

Unknown berkata...

Salam azza.

Sabar dan gembiralah dengan apa yang kita telah buat. Ramai manusia hanya ada sifat dengki dari berterima kasih.

Begitu juga uncle di pejabat. Uncle terus kerja masa rehat pun membangkitkan dengki orang. Tak ker pelik manusia ni. Uncle bukan mahukan pujian atau anugerah. Apa yang uncle buat adalah semata-mata mengejar kepuasan bekerja.

Memang uncle dapat dua kali Anugerah Cemerlang tetapi untuk kali kedua itu pun uncle sanggup terima selepas dipaksa terima oleh Ketua Pengarah.

azza_irah berkata...

uncle..
entah la uncle...
begini rupanya perasaan bila berhadapan dgn situasi begini. bukan tak pernah diuji tetapi bila orang2 yg kita percaya bercakap2 di belakang, nampak sangat baik didepan, terasa terkilan sungguh..

moga terus diberi kekuatan utk meneruskan amanah yg diberi...

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan!!!!

Think postive....pasti BERJAYA!!

azza_irah berkata...

Tanpa Nama..
tkasih..
rasa macam tahu je sapa...ehehhh

Cikgooden berkata...

dah selesai semua..buleh la tidoq lena..ilangh semua sakit sakit pala kan..he he he

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

salam dik azza..

memang agak myedihkn jk usha baik kita disalah tanggap, atau mjadi umpat keji kesan dr hasad dgki..

bsabarlah, krna Allah bsama org2 yg sabar..

DIA lbh tahu sgla ktulusn n kbaikn kita wp tdk diucap @ dijaja..

-smga Allah mlimpahkn rahmat kberkatan-NYA buatmu..
amiin.

Unknown berkata...

alahai.... lama tak singgah sini

dah jadi JU ICT pulak ke ni.... sabtu ni kawe jadi hos buat kursus LDP

azza_irah berkata...

cikgu oden..
siap satu..menanti lagi bderet2..keje takkan penah slesai..

sejak demo balik tepeng sunyi je bangi...eeheheh

azza_irah berkata...

abg amal..
mmg terdetik rs terkilan di hati, tapi apa daya kita kan. cb sedaya upaya menjalankan apa yang diamanahkan..selebihnya terpulang lah. selagi kita rs kita lakukan apa yg benar, kita tak perlu takut kan..

azza_irah berkata...

shifu..
kawe bahagian data...jd terlibat la sket2...slmt berLDP la..

kin hashim berkata...

buat keje dengan ikhlas, insyaAllah ada ganjaran drpNya. Buat je sehabis baik.. :).

azza_irah berkata...

kin..
tq..cb sedaya upaya..