sangat-sangat penat sebenarnya. otak dan badan. gagahkan diri turun ke padang sewaktu saringan walaupun berbaju kurung. alhamdulillah, Tun Fatimah memang bersemangat waja...tahniah..
bak kata orang..
alah bisa tegal biasa. anggap saja kata-kata orang bagai angin lalu. lenguh bercakap berhentilah mereka. selagi kita menjalankan amanah, tanggungjawab dan tugas kita, selagi kita tidak mengganggugugat dan mengusik hak serta ketenteraman mereka, kita tetap boleh tersenyum walau diasak dengan pelbagai kata-kata usikan yang kadangkala membuatkan kita mengetap bibir menahan rasa.
alhamdulillah, sokongan yang datang dari mereka yang memahami tetap utuh dan jitu. tidak goyah malah disambut dengan senyuman menguntum. pengalaman guru terbaik..

..sy berdoa moga diberi kekuatan dan kekentalan hati,
dihindar bencana dan musibah,
dijauhi dari busuk hati dan iri..
dihindar bencana dan musibah,
dijauhi dari busuk hati dan iri..
10 ulasan:
Salam kak....
Dah baik ker demam??
Siannya.....
kat tmpt sy ni pun tgh panas nih...
batuk dah lbh 2 minggu tak berhenti2.....
semoga cepat sembuh.....
Emmmmm.....entry akak ni pun 'sesuatu' lah...
apapun, semoga tabah menghadapi segala cabaran, dugaan, nistaan dan sebagainya...
~Emmm...sy, kalau kn pi kursus, paksa En. hubby amik cuti kak.... bawak anak2 sekali 'berkursus'... tak kisahlah wpun kena sewa bilik hotel lain...janji dorang depan mata...
:)~
Hidup Tu Fatimah....
Cikgu......
Salam azza.
Biarkanlah manusia bercakap sebab Allah kurniakan lidah, mulut dan suara.
Lagi banyak bercakap tentang kita, sebenarnya lagi baik bagi kita. Baik, buruk Allah tentukan segala. Ganjaran juga di tanganNya.
peace, Tun Fatimah!!!!!
Azza..
Salam dan tahniah untuk Tun fatimah.. moga terus bersemangat dan berjiwa kental..
Jangan biarkan diri dikalahkan..
caya lahhh... tahniah yek...
salam kak azza..
lame tol x jengah sini. da sihat ke dr batuk2??? Get well soon ya...
Pengalaman mnjadi guru mmg plg indah.. seme bidang kita rasa...
wayooo lame betoi tak singgah sini.
akak sihat tak?
seronok tengok blog akak yang banyak pic ni. meriah plak rasenye.
erm.. bile nanti aku pg penang.. boleh ar jumpe.
Salam Za...
Za sihat? Moga bahagia dan ceria di mana sahaja berada...
Go Tun FAtimah Go...
umah kite paling semangat kak..")
Catat Ulasan