Hati-hati yang berdetik..

25 Apr 2009

doaku untuk mu..



salam sejahtera untuk semua...
23 April 2009...Khamis 12 malam..


menjejaki kaldera terbesar di Jawa..


bila dikabarkan akan mengikuti ekspedisi ke gunung ini, sy terkedu. bukan tak biasa ditinggalkan tetapi tempohnya agak lama kali ini. dengan sedikit pengetahuan yang sy dapat dari internet mengenai status gunung tersebut, jua dari blog kawan-kawan abg yang telah sampai ke sana, hati sedikit gusar.


komen pertama abg apabila melihat gambar yang diambil oleh rakan-rakannya...' macam laluan ke Kinabalu...'... berbatu-batu.. info mengenai Gunung Raung boleh dibaca disini, disini juga disini.




jauh disudut hati sy berdoa agar ekspedisi kali ini dibatalkan. namun sy tahu ini adalah minat dan impian abg sekian lama..untuk mencapai puncak Sejati Gunung Raung. memang hati agak berdebar. hanya doa dapat sy panjatkan agar semuanya berjalan seperti yang dirancang. semoga abg dan kumpulannya dapat mendaki, turuni dan kembali ke Malaysia khususnya ke pangkuan sy dengan selamat tanpa musibah dan malapetaka. dengan segala tugas di sekolah, semoga 2 minggu ini cepat berlalu..


Insya Allah..dengan segala kemahiran dan pengalaman yang ada, sy sentiasa yakin dan berharap agar abg sentiasa kuat dan mampu untuk menangani apa saja rintangan dan halangan dengan sokongan dan bantuan dari rakan-rakan ekspedisinya. sy nantikan kepulangan...



Tentative..


Day 0 Friday evening.
Arrival Surabaya, checkin Hotel

Day 1 Saturday (25 April )
Morning - Preparation climbing
Sigth-Seeing at China town
12:00 Depart to Kalibaru, it takes 6 hours to get there.
From station transfer by Ojek to Wonorejo village
Stay over night at Wonorejo village

Day 2 Sunday (26 April)
After breakfast transfer by ojek to Pondok Pak Sunarya, ride along
coffee plantation.
Start trekking, set camp at camp III

Day 3 Monday (27 April)
Camp III – Camp Wates, overnight at Camp Wates

Day 4 Tuesday (28 April)
Camp Wates – Camp Ereng-Ereng Atas, vegetation border.
Stay overnight at Camp Ereng-ereng Atas. Spectacular sunrise and
sunset views from Camp Ereng-Ereng atas, also a view across Java sea.
Day 5 Wednesday (29 April)
Summit attack
Camp Ereng-ereng Atas – The True Raung’s Summit
Hike on edge of cliff, moving through the thin ridges of rock for 4-5
hours, with moving together and single rope technique. Arrive at the
peak around mid day, and then descend back to Camp Ereng-Ereng Atas,
overnight there

Day 6 Thursday (30 April)
Spare day for summit attack if there’s a bad weather
Return to Camp Wates if everything just runs smoothly

Day 7 (Friday 1 May – To Ijen)
Camp Wates – Pondok Pak Sunarya
Transfer by ojek to Desa Wonorejo
10 pm head up to JEMPIT

Day 8 (Saturday 2 May Ijen)
Day hike to Mt Ijen

Day 9 (Sunday 3 May Bali)
Arrival at Bali - Overnite
Day 10 (Monday 4 May Bali – KL)
Depart Bali - KL (if go back early due to not enuf leave)

Day 11 (Tuesday 5 May Bali - KL)


Day 12 (Wednesday 6 May KL - Penang...)





sentiasa berdoa agar abg dilindungi dan terhindar dari segala musibah dan bencana yang tidak disangka..
menantikan kepulanganmu...
harapan menggunung, abadi di puncak impian..terima kasih kepada teman dan sahabat yang setia menemani dan ada bersama sy..

17 ulasan:

Suzi berkata...

salam azza,
byk2 berdoa...moga hubby azza selamat pergi dan kembali...moga Allah permudahkan segala urusan.

ONE ZABA berkata...

hui, habis semua gunung nak dipanjat. pegi la ikut azza. moga selamat semuanya.

azza_irah berkata...

suzi..
tkasih...hati bdebar je bila dipikirkan..

cikgu one..
kl free mmg ikut dh ni..eheheh..keje btimbun...

Cikgooden berkata...

mmemang suka memanjat abang kau ni, ekk..


he he he...

Moga dia selamat

zino berkata...

semuga mereka semua yg turut serta dalam expedisi tu berjaya pergi dn kembali..

Unknown berkata...

Salam azza.

Pengalaman uncle sebagai pendaki tidak akan ada kegusaran. Sebelum ke mana-mana xpdc kami memang sudah sedia minda dan fizikal. Apa yang kami set di minda ialah tidak ada cabaran yang tidak boleh kami tempuhi, kami pasti berjaya. Keraguan dan takut kami tinggalkan di rumah. Walau dikatakan sebahaya mana pun kami cukup dengan kekentalan untuk lepasi.

Auntie cukup faham dan memang dia yakin dengan uncle. Harap azza pun begitu. Kerana keyakinan yang uncle tanam di dalam diri anak-anak uncle sejak dari kecil jugalah yang membuatkan mereka berani dan tidak mengalah dengan cabaran di dalam espek pelajaran dan juga sosial.

Idalara berkata...

salam azza..hindarkan kegusaran dgn doa buat suami tercinta..insyallah cinta azza akan beri kekuatan dan semangat buat dia..dan kembali pada azza dgn selamat..insyaallah.

Unknown berkata...

assalamualaikum dear azza. semoga azza dapat bertenang. dalam masa dia di sana, banyakkan membaca Qur'an, solat hajat untuk keselamatan dia dan doakanlah yang baik. kakchik pun akan doakan agar suami azza akan selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan azza.

Tukang cerita berkata...

Salam kak azza...

macamna ek akak boleh setabah ini???

sy ni, suami pi kursus 2 hari pun dah sasau...

apapun, semoga semuanya selamat....
Berdoa byk2 yer kak?

Isi masa yg ada dengan pkara yg mengembirakan...
InsyaAllah, tak sedar pun masa 2 minggu tu berlalu....

:)

iina berkata...

Azza..

Semoga semuanya berjalan dengan selamat dan lancar hendaknya.. saya doakan selamat pergi dan balik cik abang nanti ya.. Amin ;)

cik iman berkata...

kak..ramai tolong doa..so dun wori k?..")

azza_irah berkata...

cikgu oden...
sapa tak suka memanjat..?...ahahaa..
tu minat n kerjayanya..kita doakan je..

zino..
terima kasih utk doa ya..

azza_irah berkata...

uncle..insyaallah..
dlm diri ni dh tersemat keyakinan yang ckup tinggi padanya. sy tahu dia mampu. cm hati seorang isteri..walau yakin camna pun tetap ada tersimpan sdikit rs bimbang dan cemas. apa pun sy doakan abg slamat smpai...


kak idalara..
tkasih kak..insya allah..doa sy sntiasa mengiringinya...sy tahu semangatnya tinggi..

azza_irah berkata...

kak chik..
terima kasih banyak kak..
dia tahu sy sntiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan dia dunia akhirat..sntiasa mengharapkan yg terbaik utk dirinya,...

nurul..
pengalaman mengajar..
mula2 dl mmg tak biasa..lama2 dah kalih...
abg mmg punya minat yg tinggi dlm kerjayanya...dan dia tidak penah halang minat akak..disinilah timbal balasnya...

mberi dan menerima..

azza_irah berkata...

iina..
tkasih utk doa..
mg iina dan suami juga selamat dan dilindungi di sana..
jaga diri baik2 ya..

iman..
yup..tq..

leh la tolong akak utk data ek...ehehe

Rashid berkata...

azza,
Jangan risau.. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar..

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
insya allah..terima kasih..