Hati-hati yang berdetik..

26 Apr 2009

serak-serak itek serati..

salam sejahtera untuk semua..
24 April 2009...Jumaat...


kesihatan masih belum pulih sepenuhnya. namun komitmen harus diberi utk satu tugasan penting. biarpun mic terpaksa di off kan berselang minit apabila sy batuk , semangat sy tak luntur dan tetap berkobar untuk meneruskan jua tugas pada raptai kali ini. biarpun jua suara yang kedengaran mengumum dan membacakan nama pemenang ialah suara serak-serak itek serati, sy tetap berpuas hati apabila dapat turut sama terlibat dan menjayakan sesuatu majlis. sekurang-kurang ada sedikit jasa kita dalam melancarkan perjalanan majlis tersebut. yang pasti, suara merdu tidak diperlukan disini. yang penting hanya istilah-istilah yang tepat, intonasi, kejelasan, laras bahasa dan diksi yang betul untuk memikat hati pendengar.






memang akan kedengaran suara-suara sumbang yang suka mengerling dan berfikiran sempit dalam apa-apa jua majlis/acara. apabila orang menjalankan tugas, akan kedengaran komplen itu dan ini yang tidak kena. tetapi apabila tugas itu diberi padanya, pucat muka kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat malah pandai pula mengelak untuk melepaskan diri. kadangkala suara-suara beginilah yang melemahkan semangat kita.

sy cuba menerima semua itu bagai angin lalu. yang penting tugas terlaksana, majlis lancar dan kerja lain yang tergalas tidak tertangguh. memang agak kepenatan, namun sy yakin ada hikmah disebalik semua ini. sy percaya, tidak Allah turunkan ujian pada hamba nya jika kita tidak mampu untuk mengharunginya. ujian mematangkan diri, menguatkan semangat dan emosi. sy berdoa agar 30 April nanti segalanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang..insya Allah..

sy masih dalam proses belajar dan mengumpul pengalaman. dikelilingi oleh orang-orang berpengalaman buat diri rasa amat bertuah. mengutip pengalaman dari mereka buat diri terasa kerdil. betapa sikit terasa ilmu di dada. namun alhamdulillah, orang-orang ini tidak lokek ilmu. malah mampu menerang dan menjelaskan dengan tepat dan terperinci apabila diujarkan soalan.



menjalankan tugas dan sesekali bergelak ketawa dengan rakan sejawat yang tetap girang mengusik, membuatkan amanah yang diberi terasa mudah dan seronok walaupun panas terasa semakin memijar. alhamdulillah, semuanya selesai, hanya menunggu hari KOT sahaja pada 30 April ini. jauh disudut hati, semoga tarikh itu akan memberi kepuasan dalam menjalankan sebahagian tugas dan mencipta sesuatu yang indah dalam kehidupan sy.






..moga abg diberi kesihatan dan kekuatan meneruskan ekspedisi di Raung..merinduimu..
moga jua serak-serak itek serati ini akan semakin pulih menjelang 30 April..


15 ulasan:

ONE ZABA berkata...

patut la rasa macam ada yg memanggil hujan. kena tempias jugak atas ni.
minum air asam jawa yg diembun semalaman.

azza_irah berkata...

cikgu one..
ehekss...sian pokok2 kelayuan lama ujan tak turun..tu kira usaha murni lah memanggil secara gigih....ekekek..

mmg skrg tgh minum air asam jawa..harap cepat pulih..

Unknown berkata...

cgu

semuga hari2 seterus dipermudahkan dalam segala urusan.
sihat
ceria
..................

Tukang cerita berkata...

Semoga cepat sembuh kak azza...

jgn minum ais batu.....
semoga 30 april berlalu dgn jayanya....

lambatnya sekolah akak sukan...

azza_irah berkata...

cikgu jinggo..
terima kasih diatas ingtan dan doa..smga ckgu juga dipermudahkan urusan olehNya..


nurul..
mmg lambat,..skolah lain dh lama lepas kan..
doakan akak yang...teruk tul suara skrg ni..

iina berkata...

yg utama jalankan tugas dengan terbaik.. walaupun kita tidak dapat memuaskan hati orang.. tetaplah kita berbuat terbaik kan.. semoga cepat baik batuk ;)

ILA berkata...

Aduhai kesian dirimu..
apa 'keadaan' pun bukan pghalang utk mneruskan tanggungjawab .Nyahkan!! hakim tak bertauliah ...biarkan mereka dgn 'bodoh ksombongan' sndiri.

Rashid berkata...

ermm azza. raut muka cam tak tahan panas je tu.. hehe.

Kuatkan hati dan telinga.. jangan dikalahkan..

13may berkata...

dah sihat ker?

Cikgooden berkata...

sora itik serati tu yang sedap di dengar...

Cikgu Kool berkata...

Alahai...comelnyer anak-anak itu berpakaian beragam...

Sampai serak-serak suara yer...huhuhuh

Unknown berkata...

Salam azza.

Abang bila akan pulang. Ada buah tangan tu. Paling kurang parut bekas luka!

Brahim Nyior berkata...

Nape boh tuala kat kepala? Takde payung disediakan untuk MC? Sian..

Patutnya MC diberi ruang sama dengan VVIP...Baru semangat bercakap. Taklah luar suara itik..

hehehehe..

Unknown berkata...

Assalamualaikum dear azza.
Semoga hari ni kesihatan azza terutama suara yang serak2 itek serati tu dah pun kembali seperti biasa. Bila tinggi semangat juang, diri tak sihat pun masih terus menabur jasa, tahniah untuk azza!
Seronok melihat aktiviti di sekolah azza tu. Azza pun nampak happy :)

Take care my dear.

BEiB berkata...

Itek serati hebat kerana bulu dan suaranya...
Biarlah itek serati melenggang lenggok dengan suara serta punggongnya. Yang lain?..
ABAIKAN saja!