salam sejahtera untuk semua..
sekadar memanjakan diri sendiri. memberi ruang pada minda untuk lebih santai dan bebas dari bebanan tugas seharian. alhamdulillah, walaupun plan ke Cameron Highland juga barbeque di Sedim kensel kerana rakan lain punya komitmen, sy dan abg tetap boleh menghabiskan hujung minggu dengan cara sendiri. jumm...

dah lama tak jejak kaki ke panggung wayang. sy bukanlah kaki wayang atau peminat filem, tv di rumah pun jarang sekali menonton. sy hanya masuk panggung kalau ada filem yang sy rasakan langsung tak best kalau tgk di tv kat umah. maklumlah, tv kat umah kan cinonet je berbanding layar di panggung dengan sound system yang canggih amat.
ternyata G.I Joe mampu menyuntik rasa segar dalam diri sy dan abg..mengalih sebentar dari kerja yang menuntut komitmen yang tinggi. hilang sebentar segala kepenatan dan kekalutan sepanjang minggu. sesungguhnya ia suatu terapi yang berkesan..

namun yang penting disini bukan lah panggung dengan peralatan yang canggih atau filem dengan aktor yang tersohor. yang penting ialah kualiti masa dan bagaimana anda memanfaatkannya...
malam ni abg bertolak ke PSATK...aktiviti sendiri sebelum menyambut Ramadhan.. kayak mengelilingi Pulau Pinang, hanya berdua dengan Ust Lah. bila dinyatakan hasrat itu 2 hari lepas, sy terdiam. bukan kali pertama abg pusing pulau dengan kayak. kebimbangan tidak pernah sy suarakan kerana itu akan mematah semangatnya. namun jauh di sudut hati, getarnya hanya Tuhan yang tahu. moga dijauhkan segala malapetaka dan bencana yang tidak terduga. kadangkala ribut datang tidak memberi tanda walaupun dikala laut tenang tidak bergelora. sesungguhnya ia jua satu terapi untuk abg..
moga abg dan Ust Lah selamat pergi dan balik...
moga abg dan Ust Lah selamat pergi dan balik...
..terpisah seketika kadangkala membuat rindu itu makin mendalam..
membuat anda lebih menghargai dan memahami..
membuat anda lebih menghargai dan memahami..
..terima kasih utk teman yang sentiasa bersama..
..kan ku semat dihati sepanjang hayat..
..kan ku semat dihati sepanjang hayat..
9 ulasan:
moga selamat pergi dan balik
dah lama rsanya x tgk wayang... ramai kata G.I.Joe tu best... nanti beli dvd je lah... hehehe
salam.
ramai lelaki kata pompuan sukar nak difahami tp yg sebenarnya lelaki lagi sukar difahami. yang mbuatkan kita susah hati, itulah yang dibuatnya. haha...
doa banyak2 kak..tp cuaca skang ni tak elok ah....
Hmm..
Ezza,
husband suka kayak juga ek?
Semoga semuanya selamat..
InsyaAllah.
cuaca kat Penang okay ke sekarang?..
Sini, hari Ahad tu..HUJAN TERSANGAT la lebatnya..
Take care!!
udah itu pilihannya....
tak pa...nanti sampai suatu masa, dah sampai tahap jemu...ia akan berhenti sendiri.
payah-payah sangat...azza ikut je pergi kayak sama.
pB..
balik dh smlm..huhuu..
diamond..
cite2 gitu bes tgk d panggung..tv kecik..hehee
tulip..
sini ujan tetiap ari..lebih 2 mggu dh gini..dalam hati Tuhan je tahu..
cikgu 1..
10 tahun doh gini..tetiap kali hati dup dap je dia g mana2..
dalam panggung wayang mana buleh snap kamera..ha ha ha...
cikgu oden..
awat kami buleh...?
hahaa...demo masuk panggung mana...ghaha
mcm ada kekurangan..
hehe..
tak ada gambar aktiviti shoping + mkn.
ke pegi beli kasut raya..
hohoho
Catat Ulasan