Hati-hati yang berdetik..

8 Okt 2009

Khamis : 081009..Impian Indah Terabadi..

Salam sejahtera untuk semua,

..putih dan pink di hening Khamis : 081009..


Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.


Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.
Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaatiMu....


Sebulan yg lepas, sy berdebar-debar menanti saat ini.
terbayang di mata situasi dan suasana indah dan harmoni pada petang ini, petang Khamis.
Sy menanti kehadiran 'dia'.

Namun apa daya..
Kita hanya mampu merancang, Tuhan Maha Mengetahui.
Sy terpaksa akur pada kekangan (menurut 'dia') yang tidak boleh dielak lagi.
Mungkin 'dia' punya alasan yang begitu kukuh dan penting dari pertemuan kami yang dicadangkan oleh 'dia' sendiri sebulan yang lalu d TII.

Masih terngiang suaranya yang ceria dan teruja bercerita satu persatu mengatur episod pertemuan kami pada petang ini.
Mendengar suara 'dia' yang excited, tempias nya turut terkena sy.
Hati rasa berbunga, dia bakal berdiri di depan sy seperti dulu, sy mampu menatap 'dia' ..berjalan beriringan disisinya..

Namun ketentuan Tuhan tidak dapat ditolak.
Hakikatnya petang indah ini sy rasai seorang diri di TII.
'Dia' membatalkan pertemuan kerana punya urusan yang penting dengan orang-orang yg juga sangat penting disana.
Tidak membolehkan 'dia' hadir mewarnai petang sy.

Kecewa dan terkilan sebenarnya.
Namun bila difikirkan kembali, sy kembali kepada Qada-qadar Ilahi.
Setiap yang dijanjikan Allah itu adalah yang terbaik.
Mungkin ini bukan masa terbaik dan tepat untuk satu pertemuan, mungkin di lain ketika.
Namun jika ditakdirkan tiada lagi pertemuan pun, sy turut redha..



Impian indah yang abadi di hati..




Kerana sy mula akur,
kita mampu menyusun ayat-ayat indah..
kita mampu memberi seribu harapan..
dan kita juga tega utk membuat hati insan lain turut berduka..
sy redha dalam rasa terkilan..




11 ulasan:

ONE ZABA berkata...

wah...lemak lemang dah naik ke muka ke tu!!!wakakakakaaaaa!!!!

mengadaplah kepadaNya...pasti tiada dimungkiri.

Rashid berkata...

Salam azza.

Moga debaran azza akan ilang tak lama lagi bila 'dia' itu hadir didepan mata. Sabar dalam menanti. Walaupun rasa tak senang menanti tapi hakikatnya itulah ketentuanNya. Ada sesuatu dibaliknya.

Unknown berkata...

Salam azza.

Allah Maha Tahu. "Tidak akan begerak walau sebesar zarah sekali pun tanpa izin Aku"

Maiyah berkata...

salam.. penantian siksa gak kalo nanti lama2, tapi kekuatan dan ketabahan akan dpt mengatasi suma :)

ummu berkata...

erm..dia mungkin ada perkara lebih mustahak lagi.moga-moga ada pertemuan lagi dengnnya selepas ini.
tetapi kdang-kadang,dek peredaran masa,sesuatu yang pernah hadir yang ebgitu indah boleh menjadi cuma memori sahaja bila ada pihak yang tak cuba menggamit memori itu

Marzalina berkata...

salam kak...siapa 'dia' tu ye...?
hope kak happy sokmo ..=)

Encik Nort berkata...

ooo..ada dating ye

Unknown berkata...

siapa yg mungkir janji dgn u nii... lain kali janji jumpa dgn i okeyyy... :)

Cikgooden berkata...

tak reti komen panjang2...tak tahu siapa 'Dia' itu.

Chenta berkata...

Salam Azza..

Penantian satu penyeksaan .
sabar and tabah okeh .
InsyAllah... akan bertemu jua .

Brahim Nyior berkata...

Azza,

ada hikmah di sebaliknya.

Tak usah fikir yang bukan-bukan, hidup perlu diteruskan.