Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label pertemuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertemuan. Papar semua catatan

8 Okt 2009

Khamis : 081009..Impian Indah Terabadi..

Salam sejahtera untuk semua,

..putih dan pink di hening Khamis : 081009..


Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.


Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.
Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaatiMu....


Sebulan yg lepas, sy berdebar-debar menanti saat ini.
terbayang di mata situasi dan suasana indah dan harmoni pada petang ini, petang Khamis.
Sy menanti kehadiran 'dia'.

Namun apa daya..
Kita hanya mampu merancang, Tuhan Maha Mengetahui.
Sy terpaksa akur pada kekangan (menurut 'dia') yang tidak boleh dielak lagi.
Mungkin 'dia' punya alasan yang begitu kukuh dan penting dari pertemuan kami yang dicadangkan oleh 'dia' sendiri sebulan yang lalu d TII.

Masih terngiang suaranya yang ceria dan teruja bercerita satu persatu mengatur episod pertemuan kami pada petang ini.
Mendengar suara 'dia' yang excited, tempias nya turut terkena sy.
Hati rasa berbunga, dia bakal berdiri di depan sy seperti dulu, sy mampu menatap 'dia' ..berjalan beriringan disisinya..

Namun ketentuan Tuhan tidak dapat ditolak.
Hakikatnya petang indah ini sy rasai seorang diri di TII.
'Dia' membatalkan pertemuan kerana punya urusan yang penting dengan orang-orang yg juga sangat penting disana.
Tidak membolehkan 'dia' hadir mewarnai petang sy.

Kecewa dan terkilan sebenarnya.
Namun bila difikirkan kembali, sy kembali kepada Qada-qadar Ilahi.
Setiap yang dijanjikan Allah itu adalah yang terbaik.
Mungkin ini bukan masa terbaik dan tepat untuk satu pertemuan, mungkin di lain ketika.
Namun jika ditakdirkan tiada lagi pertemuan pun, sy turut redha..



Impian indah yang abadi di hati..




Kerana sy mula akur,
kita mampu menyusun ayat-ayat indah..
kita mampu memberi seribu harapan..
dan kita juga tega utk membuat hati insan lain turut berduka..
sy redha dalam rasa terkilan..




29 Dis 2008

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~pertemuan seribu erti..

susah untuk digambarkan dengan kata-kata..
lia...tkaseh utk segalanya..
segala yang terlakar begitu indah untuk dikabarkan dengan bait kata di sini. 3 hari di langkawi begitu bermakna dengan pertemuan ini. terima kasih juga kerana sejak dari mula sehingga kini lia tak pernah putus dari mengunjungi blog akak saban hari..pagi, petang dan malam..selalu ada bila akak memerlukan..
hanya Dia yang dapat balas budio baik Lia, suami dan 2 gadis kecil yang begitu keletah. insya allah kita pasti bersua lagi di lain pertemuan..

cerita lanjut alia dah karangkan berjela disini..




pertemuan merangkai kemesraan..

alhamdulillah..setelah beberapa kali dipinda, akhirnya satu pertemuan diatur di Queensbay Mall di Penang. dengan batuk dan selsema yang agak teruk sebenarnya, sy mengambil Lala(kali ke dua jumpa) di Krico dan merentas jambatan Penang untuk berjumpa Intan di USM sebelum kami bertiga menuju Queensbay untuk menemui Luth dan Khairil. ternyata...mereka sama seperti di blog..kemesraan yang terlakar bukannya sesuatu yang dibuat2. rancak bersembang dilatari dengan jerit pekik 2 orang anak Lala yang buat KFC seperti rumah sendiri. tercipta memori yang pasti sy kenang dengan persahabatan yang bermula dari aksara-aksara bisu di skrin kepada yang nyata di alam realiti..




jam 4 petang kami mula menghulur salam untuk beredar. sy dan Lala plan utk bawa anak2 Lala ke Tesco, tapi di saat2 akhir teringatkan kak kam. apa salahnya sekali harung, sebab dah terlalu lama plan utk jumpa kak kam asyik tertangguh. sy cal kak kam, jwpn nya 'ok'. so jam 4 petang sy dari Gelugur terus drive ke Taman Kenari, Kulim. main agak2 je jalan, akhirnya jam 5 petang kami bertemu mata utk pertama kalinya dengan wanita ini...kamsiah yusuff. dengan muka berminyak kerana dari pagi keluar, sy dan Lala tersengeh keluar kereta, kak kam dah menunggu di depan rumah manis berbaju kurung dan tudung sedondon, pink. kak kam antara yang terawal menjadi rakan sy di dunia blog. dalam masa sejam (Gelugor ke Kulim) kak kam sempat menyediakan bihun goreng, kek pisang, milo ais dan teh panas. terima kasih sgt2...terasa lak sy dan Lala begitu lapar..tak sarapan, ehehee..sebab masa di KFC hanya makan seketul je ayam goreng.



sakan bersembang seperti dah kenal lama. dan sesuatu yang sy terlupa, kak kam org kelantan. mula2 kuar kereta, slang sy lum bertukar, masuk ke dalam rumah....ngn Lala pun sy spiking kelate. terangguk2 Lala..sy tak tahu dia paham ke tak.


sesungguhnya sesuatu yang ikhlas itu akan terlahir dan terserlah dengan sendirinya. seperti harapan kak kam, semoga ada lagi pertemuan selepas ini..insya allah keran BM dan Kulim tak sampai setengah jam.



untuk kak ras..jangan jeles ye..insya allah akhir Januari ni kak ras masak sedap2 ye..

11 Dis 2008

pertemuan aidiladha merangkai rindu..

alhamdulillah..
pertemuan kali ke tiga dengan pemilik blog kasihsufi.. idany..seorang adik yang comei dari kok lanas. pertemuan pertama di pekan kok lanas sehari sebelum aidilfitri...pertemuan kedua di petang 1 syawal di rumah idany dan pertemuan ke tiga di rumah mertua sy di hari kedua aidiladha. semakin mesra, semakin bertaut erat kasih yang bersemi. dan ironisnya, kami dua2 tak sehat, demam. demam sy ketara di wajah yang lesu, demam ida ketara pada suaranya yang bertukar parau. namun gelak ketawa dan usik mengusik seolah kami adalah teman lama yang punya terlalu banyak cerita. sedangkan sebenarnya kami kenal tak sampai setahun..sekadar berkongsi suka duka meluah rasa melalui bait bicara. ajaibkan alam maya..mampu membuat hati2 menjadi dekat dan bersatu..walau tanpa sentuhan fizikal dan pandangan nyata..



..moga kan ada lagi pertemuan selepas ini..

demam di aidiladha...

salam..

sedikit terlewat, tapi tetap juga nak abadikan kenangan di aidiladha. keriangan dan kebahagiaan yang terpancar di setiap wajah yang sy kasihi jelas menunjukkan betapa indahnya hari2 yang dilalui jika ianya dipenuhi dengan kasih sayang. walaupun sy agak tak bermaya di aidiladha kerana demam yang belum kebah, namun melihat gelagat tiap insan yang sy sayangi..hati sy terasa cukup damai. cukup membahagiakan hidup ini sebenarnya jika kita hargai orang2 yang wujud di sekeliling kita.

tak banyak gambar yang diambil kerana keadaan diri yang agak tidak stabil. gambar abah dan mak pun tak sempat diambil kerana terlalu ramai yang berkumpul di rumah tuk di pagi raya. tuk yang korban...utk 6 anaknya sebahagian setiap seorang. manakala gambar ngn abg pula tak dapat dimasukkan kerana gambar berdua kami sy tidak bertudung.

tuk dan nenek yang cukup sy rindui..

pakwe sy sejak kecil..kini dan selamanya..

sy dah selesaikan satu perkara di imegresen td..alhamdulillah..semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang..

28 Nov 2008

dari kajang ke pulau mutiara...

akhirnya..
dapat juga sy bertentang mata dengan akak seorang ini..
seorang pendidik di Kajang..
juga anak nya...si cantik manis...
malangnya ngan pakcik tak sempat jumpa..
kerana pakcik ke masjid menunaikan solat jumaat..

alhamdulillah..
dari maya bawa ke alam nyata..
satu kesimpulan yang boleh kita fikirkan sendiri..
asalkan anda ikhlas bersahabat...tidak kira siapa anda..
ia tetap kan terjalin mesra..

cuti2 malaysia kak myza dari kajang ke pulau mutiara membawa kepada pertemuan singkat kami... di rumah seorang kawan lama kak myza..
di sebuah taman perumahan berhampiran Pasaraya Krico..



baju merah tu lah si cantik manis niesa..anak dara kak myza..

moga kemesraan kan terukir indah di sudut hati..
menjadi petanda bahawa kita pernah berbicara di alam maya dan jua pernah bersua bertentang mata..


22 Nov 2008

kek keladi di IPTB...

tengahari semalam shoutmix sy dikejutkan dengan satu msg dari seorang blogger dari bayan lepas..

cikgumalahttp://cikgumala.blogspot.comFri 21.Nov.2008 11:14 AM (GMT+8) :

Salam Azza.Skrg saya sdg sbg study kat IPTB BM.Cadangnya nak order kek keladi dari Azza.blh buat tak special utk kak Mala.Kalau boleh ini ctc no:013*******..akak nak mlm ini kalau blh..ok.


terkedu sebentar...jam di tangan menunjukkan pukul 11.45...kak mala nak kek malam tu jugak(semalam)...sy pulak tengah bersiap nak jumpa cek lala..keladi pun dah abih..camna nak buat...adesss...


akhirnya..setelah timbal balik dengan budi bicara.. melalui beberapa msg dan cal...

di IPKB pertemuan diatur...

kawan janji nak temankan sy ke sana...akhirnya jam 6 lebih petang td baru leh bertolak...
alhamdulillah...kek sudah beralih tangan...mata telah bertentang...pelukan erat masih terasa...kemesraan kak mala membuatkan sy pasti kami kan bertemu lagi..


layer kek yg dah siap..


keladi yg tengah mendidih..


layer yang sudah dibaluti keladi..


abaikan bersepah memenuhi meja..


tadaaaa....


berkotak pink...


senja yang indah menuju IPTB...


disini kak mala mengikuti kelas sehingga tamat pada 2011...


inilah kak mala...

pemilik blog tanya cikgu senior...


terima kasih atas pertemuan ini..

bersembang dengan kak mala seperti sudah lama kami kenal..tak sedar azan magrib dan berkumandang...jelas kemesraan dan watak seorang ibu pada beliau..rupanya mama ini aktif bersukan..Larian Jambatan Pulau Pinang, treking ke Bukit Jambul hampir setiap minggu...5 kali pusingan di PISA tak terasa...hebat kak...adehh...sy tak mampu..


moga kan ada pertemuan lagi...


kerana kita hanya dipisahkan dengan jambatan Pulau Pinang sejauh 13.5km sahaja...

29 Okt 2008

guguran maple dari sheffield..

salam..

smpai di sekolah pagi isnin semalam..ada sesuatu terletak elok di meja sy. melihat tulisan saja sy dah dapat mengagak dari mana kartu ini. bibir terukir senyum. kabar dari teman yg berada jauh nun beribu batu di benua lain menyambung pengajian.


alhamdulillah..setelah hampir sepuluh tahun terpisah, tanpa disangka kami bersua di kanvas maya tanpa suara ini. hanya jalinan kata sebagai penghubung. hanya dengan sapaan ..salam kenal..akhirnya...memang kenal...sy pernah post kan psl beliau ini disini. .


masih terbayang saat suka duka selama 3 tahun sewaktu sama2 belajar dulu. . byk sgt rasanya kenangan manis tambah2 sewaktu 1st year dulu. masa tu kan masih muda remaja hijau2 lagi..mak ayah jauh jadi teman2 lah orang yg pertama dirujuk jika wujud halangan atau kesukaran. jika sepuluh tahun yang lalu pernah bergurau, pernah susah, pernah melalui suka duka sepanjang di pulau mutiara..kini sahabat sy ni kembali bergelar pelajar di sheffiled..


tiba2 rs macam melankolik..adehh.
tak boleh.
sy kena post kan begini..baru kembali ceria..



mekaseh sb anta kad raya ni utk aku. tkasih sebab ingat aku. terima kasih jugak utk sebuah persahabatan yg kembali terjalin ni. sebenarnya yg paling aku time kaseh ialah utk 5 helai daun maple nih..hehee..tak sangka mu betul2 pos kan sekali. mu petik daun hijau kat pokok ke kutip daun yg gugur...apa pun..aku hargai sgt2...mekasehh..


aku try dah cari gamba mu zaman suar kaki besar dl...sepuluh tahun bukan jangka masa yg pendek...masa bertambah..gambar pun bertambah...tambah2 aku mmg suka amik gambar..hehe...jd gmbr2 10 tahun yg lalu tersimpan rapi dlm kotak tak usik2...semalam jenuh aku n abg duk teka kotak mana yg ada album...sb nak buka sume kotak tak larat. sudah2 nya..tak jmpa la gamba mu masa mude remaja dl.


jadi utk tak menghampakan mu...aku snap sgala bagai yg mu anta ni atas album U..background album ni adalah view di sekitar U...so leh la mu mengimbas sikit2 zaman mu rempit dlm U...zaman mu g pasar malam glugor, zaman mu kena tahan ngn guard ..





sampul coklat...






sekeping gambar yg cukup ceria..





sekeping poskad berlatar belakangkan Fargate...(tempat shopping yg popular kat sana ek..)





tulisan di poskad yg masih mcm dulu2..





sepucuk surat yg buat aku tersenyum...





5 helai daun maple..(tu gambo kat round table Kembara...mu ada skali makan kek aku n abg tuhh..)









dan ini utk mu n ann...jujur dan ikhlas dari anak murid aku...Naziha(autisme & disleksia)..









inilah hasilnya..tidak cantik..tapi jujur dari hatinya..






sume gamba di atas..aku snap berlatar belakangkan gambar2 n view dlm album nih..ni kenangan kat U...lusuh sesangat dah album ni..sayang nak ganti dengan yg lain..







dan untuk ini...



doa aku n abg khairul utk mu sekeluarga...

7 Okt 2008

pertemuan seribu erti..

buat sufi idany..

pertemuan yang tidak dijangka..walau sedetik tetap bermakna. terima kasih di atas keluhuran dan ketelusan hati..jalinan seindah pelangi memercik seri meninggal bekas yang tersemat erat di sanubari.

salam dihulur tangan bersambut..jari yang dingin tergenggam erat..terukir senyum tersentuh hati..dakapan mesra dari maya ke alam nyata..

melirih sepasang mata bening... sopan bergaya berkaca mata..
seindah kasih sufi..menjentik rasa menyemai sayang buat hati berdetik riang..

menanti idany di bangunan arked setelah jenuh sy sesat pusing2 kat ketereh..

(kotak2 kat seat blakang tu adalah kek2 keladi n mangkuk2 tempahan utk dihantar pd customer..hikss..bisnes raya..)

idany sufi..

kek keladi..

my persona..

(ida nak bg nampak pkataan "azza" kat blakang keta tu..blur lak..)

terima kasih utk kad ini..dah lama amik n simpan..tggu masa yg sesuai nak publish..

tak sangka sedetik hati seindah sufi bermula disini..

salam manis dari kak azza utk ida..