Hati-hati yang berdetik..

17 Okt 2009

Penglipur Lara : .....

salam sejahtera untuk semua..



Sabtu..17 Oktober 09..

Masa: 2.00-7.00 pm...
Misi: menyambung misi Jumaat di Bandar Perda..

Matlamat :
1> bosan di rumah..
2> nak g braya..
3> utk memiliki sesuatu..
4> men chubby kan lagi diri..



awal2 lagi sahabat sy ni dah sms bagitau nak makan kat Route 69.
erm..boleh aje di mana saja..sb sy hanya mahu keluar da bersembang agar tak terasa bosan dan terpencil sangat di rumah.
selalu sy ke sini ngn abg, kali ni dengan anak dara Mak Andak ni.
Comei ceria je dia arini bertona pastel dari tudung sehingga ke kasut di kaki.
Seri anak dara..

Masa asyik duk makan, tiba2 je soalan cepumas kuar dr bibirnya..


>camna kak irah boleh pilih abang dulu?
>apa kelebihan yang dia ada yang takde pd orang B dan C..
>akak buat solat istikharah..?


erk..
dah lama sy tidak diajukan soklan begini..
sesekali diuji begini..kena pikir juga bagaimana cara menjawabnya..

sy tahu beliau tanya bersebab..
dan sebagai seorang yang berpangkat 'kakak' padanya..sy harus memberi satu jawapan yg relevan dan positif. Beliau perlu dirangsang dengan segala dilema dan kemelut jiwa yang melanda nya saat ini.

Maka bermulalah episod penglipur lara kak irah potpet bercerita kisah klasik zaman 1996 sehingga ke zaman kini 2009...
bagaimana kisah ABC ..pilihan dan keputusan ..
mengapa A, mengapa B dan mengapa C..
ruang dan peluang, anugerah yang diberi..
menerima semua kekurangan dan kelebihan yang dikurniai..
dugaan dan ujian yang datang kadangkala tak terduga dek akal...
digoda dan tergoda..terpesona dengan kilauan cahaya..
namun akhirnya alhamdulillah..kami ke jinjang pelamin ...


moga beliau berpuas hati dengan jawapan sy..
moga beliau diberi petunjuk dan dibukakan hati positif dan negatif, cahaya mana yang lebih berkilau..
moga beliau memikirkan/mengambil keputusan yang terbaik utk dirinya..
kak irah doakan yang terbaik utk izan..


so sekarang...masa utk shopping DeepaRaya...




dari Jusco ke Krico dan berakhir di TKP..
berhari raya di rumah salah seorang rakan sejawat..
rupanya disini kisah penglipurlara belum berakhir.
Kak Mas pula mengambil alih.
sebagai orang yang lebih dahulu makan garam, segala pendapat dan pandangan beliau sememangnya patut dijadikan panduan dan iktibar.
bukan saja oleh sahabat sy, tetapi oleh sy juga..ujian datang tanpa kita duga kan..
pengalaman beliau membuka mata dan minda sy agar lebih peka dengan hidup berumahtangga..





hampir jam 7.30pm sampai ke rumah..
terasa badan sgt penat...
jua jiwa dan hati yang sgt letih..

moga sy, anda dan kita diberi hidayah..
diberi kekuatan utk lebih tabah dan bersedia menempuh apa jua yang mendatang.
Insya Allah, semuanya akan baik2 saja jika berserta dengan niat yang ikhlas,
walaupun kadangkala sering disalaherti..





TII lagi...
terima kasih..
sepanjang jalan kenangan kau abadi dlm ingatan..
hati kecil ini tak mampu lagi menanggung rasa..
maaf..


sesungguhnya...
sy merindui abang..

2 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

bila kita menyintai seseorang,dia adalah yg terbaik dimata kita,kan...

azza_irah berkata...

kak kam..
benar..
kita akan menerima segalanya..selagi hati dan kepercayaan kita tidak dihancurkan..