Hati-hati yang berdetik..

3 Nov 2009

Bercuti atau Bertugas..?





Salam sejahtera untuk semua,



..bercuti atau bertugas..?

27-30 Oktober 2009..
Untuk sekian kalinya sy menjejak kaki lagi ke Pulau Lagenda ini.
Ada sy masukkan kunjungan dahulu Mencari Cinta Mahsuri disini..

Seperti kunjungan2 lepas, sy ke sini atas tujuan yang berbeza. Rasmi dan tidak rasmi.
Rasmi bermaksud sy pergi atas arahan atau menurut perintah, menjalankan amanah yang telah diberi. Tidak rasmi pula atas tujuan bercuti, yang selalunya cadangan/hasilusaha abang kerana sy kerap berseorangan di rumah sementara dia keluar bertugas. mgkin disebabkan abg seorang peminat aktiviti air dan memiliki kelayakan rasmi dalam aktiviti sebegini, beliau kerap membawa sy bercuti ke pulau.



..Pantai Cenang..menaiki bot pengalaman baru bagi pelajar..



Hati agak ralat sebenarnya apabila ada seorang teman menghantar sms kepada sy tentang pemergian sy ke Pulau Mahsuri kali ini.

Bercuti atau Bertugas..?

Sy menjadi sedikit terusik. Sy akui yg sy sedikit terguris.
Namun bila difikirkan sejenak, biar lah. Itu hak dia. Fikiran setiap dari kita tidak sama. Kadangkala kita sangat nampak apa yang orang lain lakukan, menjadi topik untuk kita pertikai dan bahaskan. Namun kadangkala kita lupa kita juga akan TERbuat perkara yang sama tanpa kita sedari. Satu jari telunjuk kita pada orang, 4 jari lagi menghala pada diri kita sendiri (mungkin dia lupa kerana dia sangat layak, hebat dan berwibawa dalam menjalankan tugas rasminya dengan melibatkan orang2 tersayang bersama)




..sangkar ikan (dalam trip Langkawi GeoPark)


Rasional pada sy..
Bertugas dan bersantai dua perkara yang berbeza. Namun kebijaksanaan mengendali mampu membuatkan keduanya berjalan seiring. Tugas tetap komited dan tidak terabai, bersantai mereda ketegangan sambil mencari erti diri..



..menerokai Gua Kelawar..


Walau apapun..memang sy menikmati 'percutian' seperti yang digambarkan itu pada kali ini. Alhamdulillah..rakan setugas sangat membantu dan menyokong, anak-anak didik yang dibawa sangat berdisiplin dan pandai membawa diri.

Kebanyakan tempat dalam program kali ini adalah tempat-tempat yang sudah sy kunjungi 3 4 kali. Namun setiap kali kunjungan perasaan adalah berbeza kerana sy tidak berada dalam kelompok yang sama. Tiap kali kunjungan adalah dengan kelompok yang berlainan, yang memberi seribu satu macam ragam, idea, perkongsian, perkiraan dan gelak ketawa yang merangsang minda. Jiwa terasa segar, hati semakin terbuka, segala rasa berkumpul membentuk senyuman di bibir.

Terima kasih pada abang yang memberi peluang ini pada sy.



..pemandangan indah di Gunung Mat Chinchang untuk kesekian kalinya..
..cable car masa naik je..turun jalan hutan..



..tokoh di mata dunia..Galeria Perdana..Tun Dr Mahathir Mohamed..



..eagle feeding..



..Tasik Dayang Bunting..




..Bird Paradise..



..bergolek di Pulau Beras Basah..



..bonus untuk JU..candat sotong di perairan Langkawi..



Selari dengan kata-kata yang terluah oleh teman sy..

Tugas..beres! Santai? bonus..
beruntung manusia yg dapat peluang dan manfaatkan situasi begitu.
Adakah anda antara orangnya?

iya...saya..
tkasih sebab prihatin..





untuk teman ..
yang saat ini sedang bermesyuarat di Langkawi..
ayat ini sangat kena..
kita perlu tahu bezakan tanggungjawab
personal dan profesional dengan meletakkan keutamaan terlebih dahulu..





14 ulasan:

ASH berkata...

Azza,
jangan cakap pasal cable car, za..
sejukkkkkk kaki aku!
ha ha ha

Issey berkata...

trip yang menarik

ONE ZABA berkata...

tak nampak pun azza sambil menyelam minum air...

mama affan berkata...

best nyer g langkawi..ala, mcm kwn akak ckp..keje beres santai bonus..btl la 2..hal2 lain..buang dlm laut..huhu..

Tukang cerita berkata...

bestnya kak...
tgk gmbar pun mcm dah best...
kalau pi, tentu lagi best....
:)

Batara Guru berkata...

adat manusia.....
apa salah sambil menyelam minum air cuma jangan tersedak dah ler!

cik iman berkata...

mancandat sotong??
sgt best...g cndat kat pulau perhentian..mmg besH..tp letih..")

Maiyah berkata...

wah jenjalan sakan
sronok dpt cuti tapi keje
tu mkn sotong mentah2 ker :)

Unknown berkata...

dah setahun lebih tak gi langkawi...

kak zana berkata...

salam melurr....
jgn fikir apa yg org lain fikir tentang kita sb mereka2 yg begitu takde kerja yg nak dibuat.
pedulikan, yg penting keje kita beres dan guna sepenuhnya peruntukan yg tlh disediakan utk pelajar.

kalau melurr sekolah kt tmpt suami akak ni, lg sakit kepala, bnyk songlap duit.

Kamsiah yusoff berkata...

kabel car..huhu tak naik lg..abg takut..gayat katanya...so kalau kesana...bercanda dipasiran pantai ja la..

Encik Nort berkata...

pedulikan apa kata org...

BEiB berkata...

org boleh berkata apa sahaja. Yang penting kita bahagia dengan yang tersayang.
Terbukti...

Rashid berkata...

hmm hmm..
Sekali sekala melaksanakan tugas dengan santai dapat berikan kita peluang utk rilekskan diri..