Hati-hati yang berdetik..

25 Okt 2009

Gua Tempurung : Bersantai Erat Ikatan Bersama..




Salam sejahtera untuk semua...


Bersantai Erat Ikatan Bersama..



Dah lama sebenarnya hati teringin ke Gua Tempurung. Setiap kali melalui jalan lama KL-Penang, mata pasti melirik pada simpang menghala ke gua ini. Dan selalunya, sy tidak berpeluang kerana ada saja halangan dan kekangan kerana perjalanan adalah atas tugas rasmi atau mengejar masa yang telah ditetapkan di satu-satu destinasi. Seperti Gua Kelam yang pernah sy jejaki pada Oktober tahun lepas, hati seakan tak puas selagi Gua Tempurung tak sy kunjungi. Gua Kelam Warisan Sejarah ada sy entry kan disini..


Namun alhamdulillah, hari ini sy dan abg berpeluang. Kami ke Sabak Bernam kerana abg ingin menemui adiknya yang akan memulakan tugas di Sarawak pada 26 Oktober 2009.


Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ataupun Jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.


kawasan aircond semulajadi misteri yang sangat dingin menghembus di tengah-tengah gua..



Tidak rugi anda berkunjung disini. Cuti sekolah pun semakin hampir. Jika sebelum ini pilihan destinasi percutian pasti tempat-tempat yang selesa seperti hotel-hotel atau bersantai di Kopitiam atau juga ke negara-negara jiran, apa salahnya kali ini anda bersila di lantai gua menikmati hidangan nasi bungkus beriramakan air jeram yang tak jemu-jemu mengalir. Pastinya ketenangan dan kedamaian akan anda rasai.




Bukalah mata dan minda anak-anak anda untuk meneroka dan menghayati keindahan gua-gua yang ada di Malaysia. Menghayati dan membayangkan kesukaran hidup orang dulu2 juga melihat dengan mata sendiri seribu macam formasi unik stalaktit dan stalagmit.

Anak-anak anda pasti terpegun melihat kilauan permata yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Perasaan takjub juga akan hadir apabila melihat air yang menitis setitik demi setitik sehingga membentuk lekuk di batu yang keras dan pejal. (sedikit info Gua Tempurung disini..)


Sangat berbaloi sebenarnya. Sekurang-kurangnya didiklah anak-anak anda menjadi seorang yang yang lebih lasak dan tabah dari segi fizikal dan mental. Kekuatan dalaman ini sebagai bekalan, bukannya dengan kemewahan dan kesenangan yang anda limpahkan ..kerana sampai masa anda terpaksa melepaskan mereka terbang dengan haluan sendiri juga..



stalaktit dan stalagmit - gugusan batuan kapur pada langit-langit dan lantai gua



Next trip…Mencari Cinta Mahsuri...(27-30 Okt'09)...hikss..


Azza: walau jauh terbang..tetap tak lupa kembali ke sarang..


7 ulasan:

intan shaheera@ieyra berkata...

wow...bestnya dapat masuk gua,,nak itut.....nak itut....

Unknown berkata...

masuk gua... kalau aku bawa anak2.... sah tak sampai 10 minit, anak aku kata.... "abah, jom kelik"

hahaha

AiE bAhRi berkata...

Mesti seronok kan kak...belum ada peluang lagi untuk ke sana..

ONE ZABA berkata...

rumah mak dekat je kat simpang masuk tu. tapi tak pernah pun jelajah gua tempurung tu, takat pergi kat luar je..uhuuu!!

Kamsiah yusoff berkata...

tentunya menambah kemesraan serta kasih
sayang,kan..

Tea Cha Hai berkata...

Jeleesssssss weeiiii....
Papapun Kak-Ceria SELALU!!!

BEiB berkata...

Tepat sebagaimana kata Kamsiah dan Ari.
Tiada komen...