Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label teman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teman. Papar semua catatan

22 Ogo 2011

: Tautan Dua Hati Blogger..





As Salam dan Salam Sejahtera;

Terima kasih Cik Lala Manis utk entry Bertaut Kasih di Blog Cek Lala.

Bertaut Kasih bagi Lala Manis dan Tautan Dua Hati bagi saya.
Itulah jika diistilah kan pertemuan ini. Gadis manis yang hanya saya kenali melalui Blog Cek Lala dulu, kini memang dekat di hati. Sejak 2 tahun lalu mengenali beliau melalui blog, dihubungkan pula pertemuan demi pertemuan bermula dengan kek keladi, alhamdulillah hubungan kami semakin rapat dan mesra.

Terima kasih Lala Manis untuk persahabatan yang telus ini. Terima kasih kerana tidak pernah melupakan akak. InsyaAllah jika ada lagi waktu terluang, kita habis kan masa lagi berpoya-poya macam dedulu ekss..

Pertemuan Berbuka puasa di Restoran The Chiken Rice Shop, Jusco Perda pada 19 Ramadhan.



pssttt...

nak bercerita tentang A B dan C pada u yang..tapi situasi tak mengizinkan..
nnti ekss...




..andai samar bulan mengerti bisikan hati..





21 Okt 2010

Kita Comei & Kiut...

Salam..


..warna itu seni...sangat indah di mata ..


Sy membeli pakaian mengikut matahati sy.
Jatuh cinta pandang pertama melihat kain ini. Dan lumrah sifat manusia...tamak dan tidak tahu membuat pilihan.

Sy berkenan pada ketiga2 pasang kain yang bercorak sama tetapi berlainan warna.
Pink, ungu juga oren. Jenuh menghitung yang mana patut sy beli..akhirnya sy membayar untuk ketiga2 pasang!!
Akhirnya...inilah hasil ....sedondon kami berdua..hehee...

Sesekali berduet..sesekali merasakan diri comei..
Sememangnya sy sedikit cerewet pasal baju. Fitrah pun seorang wanita..setiap saat mahu dipandang comei dan kiut..
Walau rutin mengenai baju dan mengenai segala sudah hilang sejak akhir-akhir ini, tidak mengapa. Kita lakukan utk diri kita sendiri. Jum kita comei untuk diri dan untuk yang tahu menghargai...


..bijaklah bermain dengan warna..warna mencerminkan diri anda..


..warna hidup tak semestinya gelap dan kelam sentiasa..


Pink milik sy..
Ungu milik seorang teman..Faizah..
Oren..? masih lagi berada didalam almari baju sy. Di sekolah siang tadi sedang asyik mengambil gambar, 2 orang teman berebutkan yang berwarna oren. Rohana dan Hashila...
esok sy akan bawa kain tersebut ke sekolah...siapakah bakal pemilik myOren..?..kita tungguuu...





Dunia tidak akan indah jika daun berwarna merah, langit berwarna merah, lautan berwarna merah
malah anggur juga berwarna merah..

Dunia akan menjadi indah jika daun berwarna hijau, langit kebiruan, lautan hijau berbalam dan
anggur berwarna ungu kehitaman..

Inilah dinamakan warna hidup..
sesuatu yang indah hadir pada waktu dan ketika nya..
sesuatu yang indah bertamu kala tidak terduga..
Warna-warna menjadikan dunia kita luarbiasa indah..



..pasrah..kini comei dan kiut hanya utk diri..


3 Nov 2009

Bercuti atau Bertugas..?





Salam sejahtera untuk semua,



..bercuti atau bertugas..?

27-30 Oktober 2009..
Untuk sekian kalinya sy menjejak kaki lagi ke Pulau Lagenda ini.
Ada sy masukkan kunjungan dahulu Mencari Cinta Mahsuri disini..

Seperti kunjungan2 lepas, sy ke sini atas tujuan yang berbeza. Rasmi dan tidak rasmi.
Rasmi bermaksud sy pergi atas arahan atau menurut perintah, menjalankan amanah yang telah diberi. Tidak rasmi pula atas tujuan bercuti, yang selalunya cadangan/hasilusaha abang kerana sy kerap berseorangan di rumah sementara dia keluar bertugas. mgkin disebabkan abg seorang peminat aktiviti air dan memiliki kelayakan rasmi dalam aktiviti sebegini, beliau kerap membawa sy bercuti ke pulau.



..Pantai Cenang..menaiki bot pengalaman baru bagi pelajar..



Hati agak ralat sebenarnya apabila ada seorang teman menghantar sms kepada sy tentang pemergian sy ke Pulau Mahsuri kali ini.

Bercuti atau Bertugas..?

Sy menjadi sedikit terusik. Sy akui yg sy sedikit terguris.
Namun bila difikirkan sejenak, biar lah. Itu hak dia. Fikiran setiap dari kita tidak sama. Kadangkala kita sangat nampak apa yang orang lain lakukan, menjadi topik untuk kita pertikai dan bahaskan. Namun kadangkala kita lupa kita juga akan TERbuat perkara yang sama tanpa kita sedari. Satu jari telunjuk kita pada orang, 4 jari lagi menghala pada diri kita sendiri (mungkin dia lupa kerana dia sangat layak, hebat dan berwibawa dalam menjalankan tugas rasminya dengan melibatkan orang2 tersayang bersama)




..sangkar ikan (dalam trip Langkawi GeoPark)


Rasional pada sy..
Bertugas dan bersantai dua perkara yang berbeza. Namun kebijaksanaan mengendali mampu membuatkan keduanya berjalan seiring. Tugas tetap komited dan tidak terabai, bersantai mereda ketegangan sambil mencari erti diri..



..menerokai Gua Kelawar..


Walau apapun..memang sy menikmati 'percutian' seperti yang digambarkan itu pada kali ini. Alhamdulillah..rakan setugas sangat membantu dan menyokong, anak-anak didik yang dibawa sangat berdisiplin dan pandai membawa diri.

Kebanyakan tempat dalam program kali ini adalah tempat-tempat yang sudah sy kunjungi 3 4 kali. Namun setiap kali kunjungan perasaan adalah berbeza kerana sy tidak berada dalam kelompok yang sama. Tiap kali kunjungan adalah dengan kelompok yang berlainan, yang memberi seribu satu macam ragam, idea, perkongsian, perkiraan dan gelak ketawa yang merangsang minda. Jiwa terasa segar, hati semakin terbuka, segala rasa berkumpul membentuk senyuman di bibir.

Terima kasih pada abang yang memberi peluang ini pada sy.



..pemandangan indah di Gunung Mat Chinchang untuk kesekian kalinya..
..cable car masa naik je..turun jalan hutan..



..tokoh di mata dunia..Galeria Perdana..Tun Dr Mahathir Mohamed..



..eagle feeding..



..Tasik Dayang Bunting..




..Bird Paradise..



..bergolek di Pulau Beras Basah..



..bonus untuk JU..candat sotong di perairan Langkawi..



Selari dengan kata-kata yang terluah oleh teman sy..

Tugas..beres! Santai? bonus..
beruntung manusia yg dapat peluang dan manfaatkan situasi begitu.
Adakah anda antara orangnya?

iya...saya..
tkasih sebab prihatin..





untuk teman ..
yang saat ini sedang bermesyuarat di Langkawi..
ayat ini sangat kena..
kita perlu tahu bezakan tanggungjawab
personal dan profesional dengan meletakkan keutamaan terlebih dahulu..





2 Nov 2008

dushhh utk orang itu...senda abadi di hati..

jumaat yang lalu...
sekali lagi..
my persona ada yg terpesona..
dan sebenarnya berkali2 dah sepanjang tahun ni..
semakin keliyer lah channel2 yg leh sy dapat..


terima kasih pd pemasang antenna..
bibir sy terukir senyum..
bukan hanya sy..tetap jua sesiapa yg melihat antenna ini..
dushhh utk kamuuu...


sy pernah postkan entry sebegini disini.. dan disini..
mendapat komen yg melucukan dr teman2 blogger..hikss..

dan bukan hanya my persona..

kancil kak hanim pun turut mendapat khidmat percuma dari nya..

drive balik kulim tentu kak hanim tak bosan..sb tv kecik dlm keta makin keliyerr..

sy kuar kan hp nak snap gambar antenna...miss tres hermanas bernada dalam hbag..


hang mai kat keta aku sat..

mai amik mende ni..


mende...?

mende..

ore kelate kate mugo...

mende...

ni...

sy terkedu sejenak...

antenna..hadiah..sahabat..senyuman..dushhhh..dan orang itu...

menceriakan hari2 sy...juga teman2 yang lain..

dua pasang tracksuit..satu utk sy dan satu utk abg..

dan sy bibir sy terus tersenyum..

tersentuh di hati..
terima kasih kepada orang itu...
yg juga berfungsi sebagai..

pemberi hadiah..
yg sering sy dushhh..
dia...
teman..
sahabat..
rakan sejawat...
tempat bertanya




kerana orang itu ialah..
..pemasang antenna..


biar kita sahabat biasa2 saja..namun persahabatan kita kekal luar biasa...
hati sy tersentuh..

1 Nov 2008

damai di hujung minggu...

melihat gambar di atas membuatkan sy jadi melankolik kembali. baru beberapa detik td sy menghantar emel kepada seorang rakan yang terpisah sejak 15 tahun yang lalu. sy memperolehi emel beliau dari forum alumni..himpunan bekas2 pelajar sekolah menengah sy dahulu. kini dia jauh di negara matahari terbit. menetap disana apabila bertemu jodoh dengan gadis dari negara yang terkenal dengan bunga sakura ini. dia masih disana rupanya...bagaimana dia saat ini agaknya..tentu punya kehidupan yang damai dan tenang disana...punya keluarga bahagia dan anak2 yg comel..mirip org jepun kerana mewarisi gen ibunya. terasa rindu pada kenangan dulu2...za doakan along tenang2 di sana...angah juga ada di penang..jika along balik malaysia..kunjungi lah kami disini...kerana kenangan itu tetap hidup walau berkurun masa berlalu..

hujung mggu yg tenang.. sy melewati blog seorang kenalan baru. dia bercerita tentang individu yang dinamakan sahabat. hati sy berdetik..fikiran sy kembali dihenyak satu persatu kisah2 bersama individu bernama sahabat. alhamdulillah..ada yg buat bibir sy terukir senyum..namun kadangkala ada jua yg buat hati tersayat duka. tapi inilah namanya proses dalam mematangkan diri. proses dalam mencari diri kita..mengenal diri kita sendiri. biar siapapun dia..hebat..cantik...bergaya..berketrampilan...buruk atau cacat.. seorang sahabat...dia tetap menjadi sebahagian dari kisah kita berkelana di bumi Tuhan ini. mgkin singgah nya hanya sedetik..mgkin juga lama berdampingan..persinggahan dia wl sesaat, sehari, setahun atau sehingga kini...sahabat sebenarnya memberi erti yang cukup bermakna tanpa kita sedari..mengajar kita mengenal kekurangan diri...kelemahan yang patut diperbaiki...potensi diri jua utk muhasabah diri yang kita bukanlah insan yang sempurna..

sy tertarik dengan sepotong ayat dr kenalan baru sy ini..

..biar kita bersahabat biasa-biasa saja...namun persahabatan kita kekal luar biasa..

mampukah kita...

(kredit utk kenalan baru sy..)

mencari damai..

9 Okt 2008

gambar raya utk sirD..

salam..
buat teman baik sy sewaktu study dl..yang kini nun jauh di sheffield...dah bertahun tak jmpa..ni aku penuhi permintaan mu. gamba ni berterabur tak larat nak atur. tak banyak gambar raya aku die...mood bergambar masa raya takde..mood beraya je ada..sb tu lah sume muka aku cam tak menjadi je dlm gamba raya ni..banyak gambar2 ni yg takde kaitan ngn raya pun aku rasa..tapi demi mu yg jauh nun disana..tengok je la ekk..
pasir mas jam teruk..nasib baik mu tak balik..hehee..
spesel utk mu..maka aku kena spiking kelate..

mu baco tu die..tu di tanoh meroh..kat tgh hutan hway grik nak masuk kelate tu pun ado..

spesel 4 u sebab aku amik ni kat pasir mah..patut tahun ni mu ado di mesia la..

belarok rayo ke 4..kiro gmbr rayo jugok la dehh..

di tmeroh rayo ke 5..nurul nadira & nurul nadira insyirah..comei dok anok sdaro aku die..

ni sari sblm rayo..tgh2 jam langit comei yah..

tepat belarok jugok..see my kebaya..kl mu tgk aku loni kurus sikit dr dulu..hehe

pengantin laki tu sepupu abe khairul..

muko polis tu seyes sesangat maso ni..simpang kemubu nok masuk umoh abe khairul..



male rayo..rendang atas dapur..hok ni yah aku de snap gamba..

tgahri rayo..mmuahs muahss ngn sepupu abe khairul..



sepupu abe jugok..

(baju rayo aku..kebayo biru gelap..tudung asyik kena betul senget sano sini..)

anok2 sdaro aku main bungo api male rayo ke 2..

nurul nadira, mohd iqbal iman, zureen nur sofea...anok buoh aku..

jam di serato jale di kelate..

die..balik mesia nnti mari jale penang..ramai lagi sae2 duk sini..aku selagi larat redah hway grik tu..selagi tu la aku duk sini..

sure mu syahdu2 male rayo ekk...

muahss utk muiz n rania..salam utk ann..

utk teman2 lain..maaf kalau 'aku' tu kasar bunyinya...tapi kl sy gunakan 'saya' disini dengan teman sy tu..sure dia kata..buang tebiat apa pompuan nih..

indahnya bangsa kita kerana walau pelbagai loghat ditutur...persefahaman dan perpaduan tetap wujud..

terlanjur bicara..menyesal tak guna..

14 Jul 2008

terima kasih..





salam...comei kan award di atas tuh...

hehee...balik dr sekolah td dapat msg dr seorang teman blogger..

timekaseh...sy dapat award dari akak..n yuni n sis Tirana..
salam bersambut kasih terpaut..
moga persahabatan yang masih hijau ini kan terus mekar disirami embun nan dingin di pagi hari..
dan bunga ini utk akak, yuni n sis Tirana...
ikhlas dari sy..


rose kuning tanda persahabatan yang abadi..

8 Jul 2008

msg seorang teman..

wherever u are,
hope that...
The Nur from Allah surrounds u,
the LOVE of Allah enfolds u,
the POWER of Allah protects u,
the PRESENCE of Allah watching over u..
Take care.

msg seorang teman..
time kaseh..

8 Jun 2008

pertemuan seribu erti..

Pertemuan seribu erti…

Ptg tadi aku dan suami mendapat pelawaan dari seorang teman lama semasa sama2 berkhidmat sbg warden dl..


C’mail dah cal bgtau anak2 nya ada dirumah, dia dah k’milah kuar skjp.
Ingtkan ada kenduri doa slamat atau apa2…bila sampai je hanya kami. Aku buka je pintu keta..terus diterpa oleh anak2 nya…ayid, udin dan izati bersalam cium tgn..akish masih tido dia atas..
Terdetik di hati..rasa terharu…sejak baby ku kenali...dah besar rupa2 nya anak2 ini..
Dah lama juga rupanya aku tidak bertemu mereka kerana setahun yg lalu aku tiada di penang. Mendengar celoteh udin dan ayid buat aku dan suami trasa spt mereka begitu dekat di hati..


Pelukan erat k’milah dan senyuman mesra c’mail begitu menyentuh hatiku…terasa spt saudara sendiri. K’milah mberitahuku sewaktu memasak didapur, c’mail sengaja menjemput kami datang semata2 kerana nak bersembang spt dulu2….kerana dah terlalu kami tak jmpa lantaran tuntutan tugas saban hari.

Terlalu banyak suka duka yg sama2 kami lalui sepanjang di Al****. Segala pengalaman manis dan pahit sepanjang kerjaya di Al**** benar2 buat kami menghargai persahabatan ini. Benarlah pendapat sesetengah org..kadang2 sahabat lebih jauh baiknya dari saudara sndiri..

Aku benar2 bangga dapat mengenali dua insan ini yang langsung tiada talian darah denganku tapi mempunyai hati yang cukup besar dan murni.
Semoga persahabatan ini kan berkekalan hingga ke akhirnya..
aku n anak2 yang menyentuh hatiku...



Jika boleh menggapai pelangi…pasti indah warna pelangi itu ku saluti ke hati kalian…