Hati-hati yang berdetik..

15 Nov 2010

Perjalanan Himpunan Pengalaman : Kinabalu Cinta Kita..




Salam..


~teruja itu ada dalam diriku..


Terkedu...takjub!!
Hati teruja.

Perasaan melonjak jauh tinggi di awangan. Alhamdulillah. Selama ini hanya anganan indah dalam mimpi...akhirnya bertukar menjadi realiti. Usaha selama ini berbaloi. Dia Maha Pemurah. Memudahkan jalan hambaNya yang berusaha.

Sy terpaku, dan lebih tepat sy terkedu.
Seakan tidak percaya kaki ini menjejak puncak igauan para pendaki.
Sungguh indah ciptaan Tuhan, sungguh agung lagi mengagumkan. Bagaimana harus disusun bait bicara...tidak terluah dengan kata-kata, tidak tergambar dengan rakaman mahupun dokumentasi. Ianya jauh meresap di sanubari..meniup perlahan semangat di jiwa.

Sayup mata memandang hamparan batu maha indah. Kesejukan tahap beku dan keletihan teramat hilang semerta apabila disajikan dengan kehebatan fajar yang mula mengintai. Merah menyerak fajar subuh mengundang sendu yang teramat di hati. Terasa ingin sy hentikan masa...sangat-sangat indah. Perlahan-lahan merah bertukar sirna...alam menjadi cerah berkabus...makin kelihatan saujana hamparan batuan, bergumpalan awan yang berada lebih rendah dari diri. Erm..inilah pengalaman...inilah sebahagian dari hidup...inilah kebenaran hakikat alam...subhanallah..

Tentu sahaja solat subuh sujud kepada yang Satu di hamparan ini menjadi satu kenangan yang cukup indah. Kebekuan air di lopak2 batu benar2 mengujakan. Berhenti sejenak menginsafi diri dalam kegembiraan mengejar kepuasan diri..terasa betapa kerdilnya diri dalam alam ciptaanNya. Siapalah kita untuk menongkat langit...


~sesungguhnya tenang itu satu terapi..


Kaki sudah sangat lemah sebenarnya, melangkah setapak demi setapak. Namun sokongan moral meniup semangat daripada abang dan rakan-rakan sekumpulan, begitu jua para guide terus memberi keyakinan kepada sy. Sesungguhnya kekuatan mental sangat penting.

Melangkah dalam kebekuan menahan gigil...sayup kedengaran sorakan kegembiraan di telinga. Hati semakin berdebar. Bercampur baur keletihan dalam keterujaan. Makin teruja bila nama dilaung dari puncak oleh rakan-rakan yang telah sampai. Melawan kelesuan, langkah dipercepat.

Berbalam di depan...
hanya 2 patah yang terdengar seakan diri berbisik sendiri di saat itu..
Ya Rabbi...
alhamdulillah..
airmata gugur..

Terdengar esakan disebelah, sy menoleh..seseorang yang sama2 berusaha dan bersemangat spt sy sedang menyeka airmatanya yang mula menitis. Sungguh sy terharu. Besar sungguh kuasa Mu Ya Tuhan..


~terima kasih..


~tidak pernah melepas diri dalam saat sukarku..


Syukur ..
Akhirnya kami (20 orang) berjaya menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di Asia Tenggara. Bukan untuk merasa bangga tetapi ini adalah untuk diri. Teruja, memang sangat2 teruja. Dapat sy lihat kegembiraan di wajah setiap seorang dari kami. Malah ramai antara kami yang menitiskan airmata, terutamanya bagi yang pertama kali menjejak kaki ke sana..

Abang tersenyum melihat sy. Ucapan tahniah dari beliau di puncak sy terima dengan syukur. Beliau tahu yang kegembiraan sy tidak terucap sebenarnya kerana berjaya ke puncak tanpa sedikit pun 'ditolak' dan 'dibantu' oleh beliau (beliau dan beberapa org teman sekumpulan sudah berkali smpai ke puncak ini dan jika diizinkan akan sampai lagi dalam Mac tahun depan) Bak kata seorang teman..Khairul takpe lah..sijil Kinabalu leh buat koleksi dah..hehe..

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang ini sementara masih terdaya. Sememangnya kejayaan ini kejayaan bersama, kejayaan berkumpulan hasil dari sepakat dan kerjasama yang sangat utuh.

Keriangan dan kepuasan kami tergambar melalui foto-foto dibawah. Terakam detik indah yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup. Benar kata orang..saat indah jangan diabai..peluang jangan dipandang lewa...kelak bila ia berlalu, jiwa anda akan kosong dan lesu. Sekurang2nya, saat2 ceria ini terabadi disini...impian indah yang kini dalam genggaman..
(foto2 lain juga boleh dilihat di FB sy..)



~akhirnya...syukur alhamdulillah..


~rakan-rakan yang berkongsi kepuasan dan kebanggaan..



~ku temui damai..


~kejayaan bersama...sayang anda semua..!!!


~perjalanan turun..airmata dah menitis kerana kuku kaki sangat sakit..


~airmata menitik2 dah waktu ni...haisshhh..


Kami tidak menempah tiket ke percutian mewah, diatur dan dilayani, melabur wang ringgit lalu mengabdi diri di tempat2 tersohor dunia. Cukuplah kami pergi dengan kudrat dan daya usaha...bermandi peluh dan hujan. Mendekati alam di bumi sendiri yang sememangnya tidak kalah dengan mercu-mercu tanda lain di dunia. Disinilah kepuasan yang sebenar...

Setiap seorang dari kami membawa pulang pengalaman yang sangat hebat. Masing-masing punya kisah tersendiri yang bakal dikenang sepanjang hayat. Yang pasti akan kekal di jiwa. Gambar hanya satu dokumentasi, bukti kita berada di lokasi, tetapi mengalami sendiri...tidak semua orang bertuah dan 'mampu'. Menguji diri, menguji hati. Setiap dari kami merasai kesannya. Jika diizinkan Ilahi..insyaAllah ingin lagi kaki ini menjejak ke sana. Moga termakbul impian di hati..




Perjalanan Himpunan Pengalaman...disini..Kinabalu Cinta Kita ku semai..berlangit maha tinggi, berpasak bumi maha utuh..sesungguhnya..inilah pengalaman terindah..dikenang sepanjang hayat..seusia zaman..


Status FB..
..apa yang ada pada hari esok...15 November...
...sekadar membilang hari..
..Aidiladha di Penang atau Kelantan...?...~dilema...





9 ulasan:

Blog Eazy Izzuddin berkata...

akak!!
beshnye!....

Entry Baru:
Oh Result

Kamsiah yusoff berkata...

sakam
azza...terimakasih kerana berkongsi cerita serta pengalaman yg sanghat menarik...gambar2 yg mengujakan...(jeles sebenarnya hehe)..

Tanpa Nama berkata...

Hey i am suuper boy

Cikgooden berkata...

Kinabalu ni, naik tak letih mana....yang letihnya bila turun...sah, mengengkang-ngengkang...

azza_irah berkata...

Eazy..
itu baru tengok gambar..eazy kena rasai sndiri pengalamannya...hebat..

azza_irah berkata...

Kamsiah...
saja nk bg kak jeles...hehe..
pengalaman hebat kak...sgt teruja dpt jejak kaki ke puncak kinabalu..
pengalaman yang tak dapat dibeli di mana2...

azza_irah berkata...

cikgoOden..
kuku kaki hampir tercabut..kesan smpi skrg..tapi kepuasan yg dapat mmg tak thingga..
sesapa yg pernah naik sj yang tahu kan.. :)

Saadon (adikacu) berkata...

teringin nak mendaki mcm akak.

zino berkata...

kagum...