Hati-hati yang berdetik..

11 Mac 2011

..Azza Cuma Rindu : BONDA...

As Salam...




..semoga perjalanan ini selamat dan direstui..
kerana insan yang ingin ku temui..adalah insan agung di hati..
insan yang diletak darjat paling tinggi di sisi Ilahi..

ku tinggalkan lelah seketika di BM..
membelah lebuhraya hutan merimbun..
hening dan damai sepanjang jalan kenangan itu..
nostalgia yang pernah ku ukir belasan tahun..
biar bermukim segala yang bertimbun..
ingin ku leka membelai hati yang merindu..
agar insan itu tahu..
..aku ini insan yang dilimpahkan kasih syg buatmu..

~selamat bercuti buat murid-murid ku..
~selamat bercuti buat teman-teman guru..di BM..di TM..di Malaysia..Sabah Sarawak..mahupun ke luar negara..
~bertolak balik TM sebaik sahaja selesai abg menunaikan solat Jumaat..
bye BM..by kerja2 seketika...


walau hakikat sebenar..
fail bertimbun dalam kereta yang akan ku bawa membelah lebuhrara Timur-Barat..
kerja2 yang tidak pernah kan selesai..

10 ulasan:

Hazlin Nazri berkata...

selamat bercuti cikgu... sesekali kena lupakan kerja.. hehehe

Kamsiah yusoff berkata...

ooo..balik tido bawah ketiak mak ya azza..
kebetulan en3 kita sama..pasal kerinduan pada orgtua...

MAZEMIE MAZ berkata...

salam,
peluang untuk bercuti dan pulang ke kampung...

Tukang cerita berkata...

selamat bercuti kak azza...
:)

Unknown berkata...

.by kerja2 seketika...
walau hakikat sebenar..
fail bertimbun dalam kereta yang akan ku bawa membelah lebuhrara Timur-Barat..
kerja2 yang tidak pernah kan selesai..

bye keje apanye gitu... apa2 pun selamat bercuti, leraikan rindu menatap bonda

azza_irah berkata...

Hazlin..

tkasih ..
niat di hati memang nk bersantai..lupakan seketika...tai kita tak mampu kan..
nama pun amanah..selagi digalas di bahu...hati ni ta tenteram kl masih tak langsai.. :)) rindu hazlin.. :))

azza_irah berkata...

Kamsiah..

adakah itu tanda hati kita sedang merindu kak...hehee..

anak2 buah dh cop mak dr dl..dorang je leh berkepit bawah ketiak mak...maklong dia ..dorang suh duk tepi...hehe...

ke mana kak cuti ni..

azza_irah berkata...

Mazemie Maz..
yup abg...peluang tak harus dipersiakan...harus pandai diguna dan dimanfaat..
mg cuti yang sebentar ini dpt menenangkan hati dan melerai rindu.. :)

sehat...?

azza_irah berkata...

Tukang Cerita..

Selamat bercuti juga..mmuahh..
apa kabar yang..
ke mana cuti sekolah..

azza_irah berkata...

Shifu67...

berehat seketika dari hal2 yang melelahkan hati..menyakitkan rasa..

pulang ke kampung satu kelegaan..
menatap wajah BONDA ...satu kedamaian yang tidak dapat dicari di mana2....

..tak rindukan kg halaman..?