11.30 pagi..
banyak pilihan, rambang mata jadinya. niat dari rumah nak cari kebaya, terpandang kurung pahang, sangat2 cantik.
tak tahu nak pilih mana satu..pink sangat2 manis tapi sy dah banyak sgt baju kurung pink. biru itu agak matang..bagaimana ya..
abg kata ok..so kakak penjual tu tolong belitkan. kepala sy dah mula berdenyut..mudah je kakak tu belit..dah jadi..
selesai..jam 2.15pm...abang kata jum pacific...makan tengahari disana..


kasut2 sangatlah cantik...handbag pun..bonia n CR..adeh..tak tahan rasa hati. abg kata pilih dulu..dia naik atas nak cari slack..
bonia hitam(gambar kanan) sangat lah cantik. iskk..memang cantik..tapi harganya lagi cantik. handbag biru hijau Guess(gambar bawah tengah) nampak sesuai sangat dengan jeans..harga pun leh tahan..
punya lah banyak pilihan..hati tak juga berkenan. gambar handbag dibawah..agak cantik. sedikit memenuhi citarasa. cuma gold n hitam lain material..kulit dan pvc. erm...letak balik..
akhirnya setelah hampir dua jam di bahagian itu sahaja, sy ajak abg balik. dah jam 6 lebih..
inilah yang kami bawa pulang dari dari jam 11.30 pagi sehingga detik 7pm tiba di rumah..
semestinya my red one...kurung pahang..
kuning air..kurung pahang..
biru matang...kurung pahang..
1 helai tudung..1 helai selendang..
abg beli slack 2 helai
selipar sepasang..kaler oren..
terima kasih utk semua komen dan msg yang ditinggalkan. insya allah esok sy balas. tubuh terasa amat penat, kaki lenguh. ada sedikit kerja sekolah yang perlu dibereskan malam ini. hati tak sabar nak ke sekolah esok sebenarnya. takpe lah takde hbag dan kasut baru..sekurang2nya semangat baru, azam baru..dan mungkin juga berhati baru..?...heheee.. (warna apa pilihan hati anda pada hari pertama ke sekolah~biru, hijau,kuning...atau mungkin merah..semangat hari pertama..)
selamat kembali ke sekolah utk rakan2 di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada hari ini(Ahad) dan negeri2 lain pada esok hari (Isnin). pada yang berjarak jauh antara rumah~sekolah, tabahkan hati..anda antara yang terpilih. lagipun bola sebiji anda kejar ramai2 apa sangat lah setakat 56 minit itu anda di jalanan..
cal kak na tadi..
mak long tau tak..kak na duk ngn adik a'a dalam kelas. abah tak balik2...kuar masuk kuar masuk banyak kali. kak na tak takut pun, abah ingat kak na takut la tu....
ekekke..teringin sangat nak tgk kak na kat sekolah di hari pertama dia..





