alhamdulillah jam 9.30 malam tadi sy dah selamat kembali ke Pulau Mutiara. percutian selama 3 hari ke Pulau Lagenda Langkawi dah berakhir. walau dah berkali-kali sy jejakkan kaki ke Pulau Mahsuri itu, tetap terlakar kenangan dan nostalgia yang punya nilai sentimental yang tersendiri setiap kali kunjungan.
begitu juga percutian kali ini, terlalu banyak perkara baru yang sy belajar. banyak pengalaman yang sy kutip..baik dari pengalamian sendiri, melalui pemerhatian, melalui pertemuan empat mata, melalui bicara santai dengan individu lain..juga melalui alam semulajadi yang begitu menggamit rasa dan mengusik jiwa. walau ada sedikit terkilan dihati kerana ada hasrat yang tak dapat dipenuhi, alhamdulillah Langkawi memberi sy ketenangan dan kedamaian yang berbekas di jiwa.
sy belum boleh memasukkan lagi cerita dan gambar sepanjang percutian kerana malam ini dan esok sy perlu berehat secukupnya. 23hb disember sy akan berangkat lagi seperti di entry ini. esok siang sy perlu menyelesaikan beberapa perkara dan menyediakan kelengkapan akhir sebelum sy akan kembali mengosongkan laman hati ini utk seketika kerana sy akan kembali bercuti utk sekian kalinya meninggalkan Pulau Mutiara menaiki keretapi seperti yang pernah sy beritahu dalam entry ini. percutian pada 23-25hb disember ini (selasa-khamis), sy dan abg akan menaiki keretapi dari Butterworth, insya allah semoga semuanya seperti yang telah dirancang. diharap satu pengalaman baru juga dapat sy kutip dari satu perjalanan backpackers yang telah abg rancang untuk sy ini.
balik dari percutian ini insya allah akan sy masukkan satu persatu setiap cerita, pengalaman dan perkara baru yang telah sy kutip sepanjang seminggu ini. pada semua teman yang telah meninggalkan komen, mesej juga pada blogger yang baru pertama kali jejakkan kaki ke sini, terima kasih byk2 sy ucapkan. insya allah selesai semua nnti sy akan respon pada komen dan mesej, juga akan membalas kunjungan anda ke sini.
selamat bercuti...jumpa lagi pada 25hb nnti..
berharap semoga sesuatu yang baru akan dapat dikutip sepanjang percutian nnti..
17 ulasan:
Salam..
eee akan ilang lagi..
Moga perjalanan nanti memberi erti dan suatu kenangan yang paling indah buat azza..
Hanya doa kuiringkan.. utk sahabat kesayangan..
p/s - seronoknya dapat jalan-jalan... tahun depan nak jalan-jalan juga... hehe
Wah.. tentu seronok bercuti. Honeymoon kali ke berapa ni?
Inilah untungnya Chikgu, cuti panjang.
take care sis!!!
insya allah, jumpe lg yer!
Selamat perjalanan ya azza. Semoga perjalanan & percutian ini akan banyak memberikan ilmu & pengalaman & makin mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita. Beruntung azza mendapat peluang sebegini. Entah bila KakChik akan punya kesempatan untuk aktiviti sebegitu.
salam akak...
bagaimana percutian di sana?...
alamak akak hilang lagi la...
but semoge slamat pegi n pulang ye kak..
=D
pergilah semula, lagi ke utara kan...
hahahaha....
moga yang telah dilalui dan yang akan dialami nanti memberi berjuta pengalaman peribadi dan memori tersendiri...
Pasti terpesona dengan apa yang telah dinikmati..ada style dan karekter yang tersendiri..
semoga kak azza selamat pergi dan kembali.
hav a safe journy...
sy tunggu cerita seterusnya....
welkam bek...
upload pic banyak2 yer laling...
azza,
spt biase..aku doakan slamat pegi n slamat kembali.. :)
*have fun
semoga selamat pergi dan selamat kembali..enjoy ya akak...salam rindu..
sonoknya nak g jenjalan...
Salam kak.... semoga semuanya selamat.... semoga akak selamat pergi n balik ....
selamat mengembara kakak
bestnye kak....take care...n moga dipermudahkan semua urusan
hati-hati jalan perjalanan...
mesti best kan dapat bercuti
Catat Ulasan