Hati-hati yang berdetik..

27 Okt 2008

Gua Kelam warisan sejarah...

Misi 3..

Selesai soping2 di padang besar..abg mengajak sy ke Gua Kelam yang terletak di Kaki Bukit kira2 33km dari bandar Kangar. Menarik..memandangkan masa masih awl..tambahan pula abg memmang kerap ke sana utk mengendali program atau menghadiri pelbagai kursus aktiviti luar.


Sekadar berkongsi…sedikit info yg sy dapat mengenai Gua Kelam..


Gua Kelam yang terletak di Banjaran Nikawan merupakan gua tinggalan sejarah yang digunakan untuk melombong bijih timah. Pelombong2 melayu telah mula melombong bijih timah ini beratus tahun dahulu sebelum ketibaan pelombong2 dari China dan Eropah pada abad ke 20.Terdapat dua gua yang dibuka kini utk pelancong iaitu Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2 yang menyediakan kemudahan keretapi utk menerokainya. Usaha kerajaan negeri di bawah Jabatan Perhutanan Negeri mengambil inisiatif melindungi dan memelihara gua2 ini sebagai Taman Negeri Perlis patut dipuji.


sy memasuki Gua Kelam 2 bersama satu rombongan pelancong lain seramai 20 orang. kami menaiki keretapi sejauh 400 meter dengan bayaran yg cukup murah iaitu RM5 bg org dewasa dan RM3 bagi kanak2. perjalanan keretapi setiap setengah jam sekali. rasa berbaloi kerana perjalanannya cukup memuaskan hati sy. memasuki lorong2 sempit mbuatkan sy terasa seperti di dalam filem2 di televisyen. sebelum bertolak guide memaklumkan yang kami akan basah kerana air menitis dengan banyaknya sepanjang perjalanan kerana hujan yh kerap turun akhir2 ini. ini mbuatkan hati sy semakin teruja utk masuk ke dalam.


Apabila keretapi berhenti di tengah2 gua utk membolehkan kami turun dan berjalan memasuki lorong2 sempit. sekali lagi sy terpegun. masih terdapat kesan2 aktiviti perlombongan yang dijalankan disini beratus tahun dhl spt gantungan kayu didlm gua, rel keretapi buatan manusia, kelengkapan tuil utk meletak kabel serta tulisan2 pd dinding gua oleh para pelombong suatu ketika dl. menurut guide kami yang turut serta, lantai gua yang kami pijak itu dl nya adalah sebatang sungai yang mengalir memasuki gua tersebut. kini airnya telah kering dan skrg Gua Kelam 2 dalam proses penambahbaikan utk memudahkan lagi pelancong menerokanya. Sy juga berpeluang utk melihat kristal yang baru hendak terbentuk. berkilauan apabila dibias flash kamera…sungguh menarik.

mendongak ke atas...indahnya ciptaan Tuhan...sy terpandangkan Tirai Gua yang baru hendak terbentuk(sudah 300 juta tahun tapi masih disebut baru oleh guide) kerana setahun tirai itu hanya terbentuk sebesar ibu jari tangan. Ia berbentuk runcing dan tajam.

menurut guide..terdapat lorong2 yg boleh kita ikuti sehingga kita kan tembus ke Gua Kelam 1. berjalan di dalam gua sempit dan adakalanya terpaksa membongkokkan diri memberi satu pengalaman yang menarik pd sesapa yg belum penah cuba.

satu kelebihan di dalam Gua Kelam 2 ni kerana disinari cahaya lampu. jadi kita boleh melihat kesan2 aktiviti dengan lebih jelas. nNamun lorong turun ke sungai tidak disediakan lampu…terpaksa lah menggunakan lampu suluh. masih terdapat beberapa lorong yg tidak dapat kami masuk kerana masih dlm proses penambahbaikan.

keluar dari Gua Kelam 2…sy n abg menapak ke Gua Kelam 1. rasanya Gua Kelam 1 lebih dikenali dan biasa dilihat gamba2 nya di kaca televisyen n majalah. disebabkan hujan akan kerap akhir2 ini…air deras yang mengalir membuatkan sesekali sy terasa gerun apabila meniti titian kayu di sepanjang lorong di dalam gua tersebut

berbincang dengan guide..memberi sy satu gambaran baru..jua aktiviti baru utk diteroka. Menurutnya sy boleh turun ke sungai…menelusuri gua melalui sungai yang mengalir didalam gua dengan airnya separas pinggang selama satu jam setengah. hanya bayaran RM4 saja dikenakan. abg memandang sy…dan pastinya riak wajah sy abg fahami. insya allah pasti kami kembali kesini lagi bersama pakaian yg mmg sedia utk dibasahkan....
(entry kali ini agak panjang n banyak gambar..maaf kl lambat loading di lappie anda...sekadar berkongsi..)
GUA KELAM 2

dari tempat parking..

kaunter utk membeli tiket masuk ke Gua Kelam 2..

jadual keretapi..

stesen keretapi...gua ni terletak di Banjaran Nikawan..

mula masuk..ni la ketapinya yg klasik...jaring2 dia nya bumbung tuh buat baju kami abih basah..

dinding gua kehijauan disinari cahaya lampu..

ni lah Tirai Gua...runcing n tajam...

lorong ni akan tembus ke Gua Kelam 1 di sebelah sana..

tempat mendulang bijih..

lantai yg sy pijak ni dl adalah sungai yang mengalir..

titisan air akibat musim hujan skrg...

baju yg lembab...

sebahagian jalan diturap utk memudahkan penerokaan..

kilauan kristal yg mula terbentuk di dinding gua batu kapur ini..

dalam galeri..replika gua...

basah yg hampir kering...selut...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GUA KELAM 1

kat bawah titian kayu ni air sungai mengalir deras...

arus yg deras...

sejuk terasa air yang mengalir di celahan dinding gua..

tak tahan seronok main air..sb tu pakaian sy lebih basah berbanding abg..

terkadang kita tidak tahu di luar sana terlalu banyak peluang dan ruang untuk kita mencipta bahagia dengan cara dan gaya kita sendiri...

jangan sempit dan kongkong diri dan jiwa anda...

bebaskan minda..rasai apa yg patut anda rasai...

30 ulasan:

μάγά berkata...

wah bestnya... maya pernah pegi gua kelam.. tp x pasti ada 2 gua lah plak... time tu 2005/2006. pegi dengan keluarga angkat... rasa nya time tu just pegi gua kelam 1 jer... berjalan sepanjang gua tersebut... memang cantik dan mengkagumkan...

Suzi berkata...

Bestnya...
Cantiknya ciptaan Allah SWT...
Saya pun suka pergi tempat2 mcm ni...
agak2 kalau budak2 kecil tak berapa sesuai kot...kan?
tapi balik cuti nanti saya n hubby plan nak bercuti berdua sahaja...bulan madu yg asyik tertuna hihihi...blh pergi kot. anak2 tinggal kg hihihi...

azza_irah berkata...

maya..
gua kelam 2 ni baru je..akak pun tak pasti bila...abg kata tahun ni..masih dlm proses pembinaan...
bes...nek ketapi basah2..hehee

suzi..
ada org bawak baby guna bby chair masuk gua kelam 1...lalu ikut titi je..gua kelam 2 mcm tak ssuai sb naik ketapi n bunyi bising..tambah dlm tu lum siap spnuhnya...
gi la nnti..tak rugi...cantik..

Tanpa Nama berkata...

salam....

Tq Azza coz dah menagajak saya melancong ke gua Kelam.... Sangat menarik tempat tu...

ONE ZABA berkata...

wui..panjangnya post entry ni...letih scroll... macam masuk gua kelam pulak.

Zam... kita pergi sama-sama bawak famili nak tak

Blog Eazy Izzuddin berkata...

wow...
beshnyer g gua kelam...
xD

hihihi..salam singgah rega phone 2 lebih kurang 1300..huhu

azza_irah berkata...

cikgu zam n cikgu one..
ekekke..sile2 bawak family anda..berbaloii...
lenguh skroll..?..sy pun jenuh nak upload..tapi puas...

azza_irah berkata...

eazy izzuddin..
mmg beshh...tak rugi kl g...

GURU_CIKGU berkata...

Peram ciku atas peran,
sudah masak boleh makan;
salam mesra salam perkenalan,
buat cikgu yang budiman

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Betul la tu One Z.... memang macam nak gi jerr gua kelam tu ngan family... memang kebetulan nak ke utara musim cuti sekolah nanti... tp kalu jadi sye nak Azza jdi tourist guidenye....

Amacam ok tak cadangan saye tu... hehehehe..

Unknown berkata...

wahhh... beshnye sis... tantek btol tmpt nih... tapi sjk ade 2 org bdk kecik nih, nak pi jln2 kat tmpt2 cam gini cam payah aje...

tak dpt pg tapi dpt tgk posting sis nih pon dah kira ok...

Cikgu Kool berkata...

Best, memang syok kat sana, NamA gua ni dalam bahasa inggeris lebih gothic...

CAVE OF THE DARKNESS...

azlanlin berkata...

meneroka sesuatu yg baru..mata menakjubkan.. kena pulak memenuhi taste sendiri...fuiyo..fuiyo le jawabnya...

Kaktiny berkata...

mak aii... kelamnyer... kaktiny ni lemah jiwa tul kalau gua2 kelam gelap camtuh... tapi hati teringin nak pegi...

Mohd Ariff Yaakub berkata...

waaa best2.. nak baca smpi abis tp tak larat.. ngantuk sgt..

cendawanintim berkata...

lalingggggg, wahhh, adventure sungguh xperience kali nih...bila la saya plak berkesempatan nak merasai kenangan lam gua..dah lama tak buat outdoor xtivities sebegitu...zaman duk kolej dulu banyak jugak..

satu kelebihan dapat asben yang banyak xperience sebegitu kan...

cantik sungguh ciptaan Allah..Subhanallah..

azza_irah berkata...

guru cikgu..

lunak merdu lembut bicara
bibir tersenyum mulut menyebut
mg ukhwah terjalin mesra
salam perkenalan pasti disambut

salam kenal juga dr sy..

azza_irah berkata...

zam..
nak mai utara ke..leh je nak jd tourist guide..hehe

reena..
ada parents yg bwk bby..sb tempatnya bukan kena msuk gua je..ada waterfall sume..tempat riadah keluarga..

azza_irah berkata...

daddy..
nnti bawak la family..satu pndedahan pd anak2..

cikgu azlan..
meneroka sstu yg baru pastinya ad risiko kan..

azza_irah berkata...

kak tiny..
tak gelap kak..ada lampu dlm tu..cb lah nnti..satu pengalamn yg menyeronokkan..

ariff..
takpe..baca pelan2..

azza_irah berkata...

laling...
nnti ajak asben n bawak budak btuah tu...bior dia blaja mnde2 gini..bagus sbnrnya..kena bg pndedahan..mental n fizikal..

alhamdulillah la laling..punya asben yg memahami..asben kita mmg expert mnde gini..keje dia..hehe

Cikgooden berkata...

isk..tak pernah pegi gua kelam 2..gua kelam 1, dah bawak dah kak n adik pegi..

nak kena pegi ni..

azlanlin berkata...

Kata nenek saya:

Meneroka yg baru, ada risikonya. Besar risiko - besar faedahnya! Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Gua Kelam 2 ni baru lagi kan...tak penah pegi lagi..gua kelam 1 tu selalu pegi.dulu-dulu le...masa study..lama dah tak gi sana..terasa rindu pulak kenangan dulu...
tapi klu nak p skrang kena tunggu affiq beso sket...
kang meriah gua tu...
seronok la azza dpt hubby kaki berjalan..
hubby saya tak minat..
asyik dok umah je...
boring gak kan...

kuIna berkata...

penat oooo redah gua nie... tp berbaloi kan..

salam kenal..

Sheikh berkata...

pernah jugak masuk gua tu masa ada urusan di kangar dulu...,

masuk isnin jam 11 pagi... dah setengah perjalanan baru sedar aku masuk sorang sorang...he he
'sejuk 'jea dalam tu !

lady D berkata...

dah pernah g....ok sgt..nak lagi adventure g gua tempurung plak..huhuhu..mmg memenatkan kalau msk gua tempurung..bkn mcm gua kelam,jalan mendatar...gua tempurung bertangga2(tinggi2 plak)..

ezo berkata...

wah...
macam seronok je pengalaman akak meneroka gua kelam ni..

bila lah saya dapt menjejakkan kaki di situ..
InsyaAllah 1 hari nanti..

(:

ras-adieza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ras-adieza berkata...

dulu dalam tahun sebelum 2000 akak pernah masuk dengan abang. tengah berjalan kat titi tu tetiba semua lampu terpadam. tak tau lah nape....yang pasti semua orang mengagau berjalan...sebab memang langsung tak nampak. gambar tu masih lagi ada dalam simpanan akak, sebab kamera tu menggunakan flash..