Hati-hati yang berdetik..

11 Dis 2008

demam di aidiladha...

salam..

sedikit terlewat, tapi tetap juga nak abadikan kenangan di aidiladha. keriangan dan kebahagiaan yang terpancar di setiap wajah yang sy kasihi jelas menunjukkan betapa indahnya hari2 yang dilalui jika ianya dipenuhi dengan kasih sayang. walaupun sy agak tak bermaya di aidiladha kerana demam yang belum kebah, namun melihat gelagat tiap insan yang sy sayangi..hati sy terasa cukup damai. cukup membahagiakan hidup ini sebenarnya jika kita hargai orang2 yang wujud di sekeliling kita.

tak banyak gambar yang diambil kerana keadaan diri yang agak tidak stabil. gambar abah dan mak pun tak sempat diambil kerana terlalu ramai yang berkumpul di rumah tuk di pagi raya. tuk yang korban...utk 6 anaknya sebahagian setiap seorang. manakala gambar ngn abg pula tak dapat dimasukkan kerana gambar berdua kami sy tidak bertudung.

tuk dan nenek yang cukup sy rindui..

pakwe sy sejak kecil..kini dan selamanya..

sy dah selesaikan satu perkara di imegresen td..alhamdulillah..semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang..

15 ulasan:

Redynne™ berkata...

demam..? makan la panadoool...

* Jgn maree cyg... hehehe

azza_irah berkata...

reen..
ekekek...panadolku ilang..hehe

Rashid berkata...

Azza..
Bila saya tengok gambar yang tertera, dah dapat rasakan betapa cerianya, betapa bahagiannya bila dapat berkumpul sekeluarga..

Itulah azza, lain kali selalulah pulang kampung ekk. Biar hilang sikit rasa rindu tu..

Masih demam ek? naper tu.. jgn lupa makan ubat ek. ambik rehat kay..

@LiYaNNuaR ツ berkata...

walau demam... akak tetap ceria... cayokkkk... cayokkkk..

Unknown berkata...

azza,

Hilang rindukan kampung halaman, hilang rindu kepada ayah ibu, datuk dan nenek. Demam pun tak apa, hati tetap gembira kan?

Unknown berkata...

Kesiannya diuji dengan demam. Tapi nampaknya azza masih boleh menikmati suasana raya. KakChik pulak terpaksa batalkan hajat nak korban sebab lembu yang sakit. Sudah takdir Allah. Alhamdulillah kita masih sihat walafiat.

Unknown berkata...

pawe dari kecik???
kompom.. tak abang, adik..
tak pon sepupu... miahahaha
buat kompius... citer sket~

*akak selamat hari raya aidiladha
sory le tak sempat nak berkomen kat
sini semenjak 2 3 menjak hari tuh
maklom le dok sebok buat preparation

Kreuger®

Cikgu Ije berkata...

asal rmai sgt yg x sehat ni? tskk.. take good care~

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
mmg kerap balik kg sbnrnya..
nampak signboard kk tuh rasa nak pusing g sana..hehe

liyan..
senyum buat2 nih..hehee

uncle..
hati mmg hepy sgt..lum smpat nak jengah blog uncle..nak masukkan entry raya ni..sume org dah post kan..azza je lewat..hehe

dearie kakchik..
laa...lembu sakit ke kak...
erm..tu la ujian kan..

man..
heheee...
pakwe siang malam...hehee..
sehati bdansa dah berakhir...kn wat persiapan utk final lak ya..hehe

goasop..
hehe..ntah la..musim ujan kut..

BEiB berkata...

demam di aidiladha
atau
demam aidiladha..?
bezanya cuma 'di'...
moga makin selesa..

azza_irah berkata...

cikgu beib..
teliti sekali ek..
bezanya 2 hurup..tapi maknanya cukup berbeza..

mg tenang jua di samping ibu di anak bukit..

Kapten Luffy berkata...

hensem pakwe

azza_irah berkata...

monkey..
yup...ensem sgt..hehee

noorlara berkata...

kiut miut ur family are, semoga berbahagia hingga ke hujung hayat

azza_irah berkata...

kak noor..
mekaseh atas doa tu..