Hati-hati yang berdetik..

27 Jan 2011

13 januari mengusik hati..


..mengimbau entry Ah Fat episod ii...entry 15 Januari 2009..



13 januari 2009...

dua kisah di hari sama berlainan situasi. Jua mengundang dua rasa yang cukup menyentuh hati..

  • Gaya seorang aiman…

Keletahnya mencuit hati. Gerak lakunya membuatkan sesiapa saja pasti tersenyum. Sy menganggap kehadiran Amir Aiman sebagai murid baru di kelas kami adalah satu anugerah, menggantikan Fairos (Sindrom Down) yang telah melangkah ke sekolah menengah. Agak seiras dan gerak laku yang hampir sama. Sepanjang jamuan pada hari lahir sy, memang kami asyik bergelak ketawa. Aiman pantang melihat hp, pasti akan ada saja aksi yang tak disangka2. Paling disukai ialah meletakkan jari di dagu dengan muka blur seolah2 sedang berfikir. sangat2 manja…tapi kuat merajuk..larang sikit..mulalah muka masam, tak smpai seminit dia pulak yang cak cak kat kita…

Sewaktu jambangan bunga dari abg smpai, Aiman yang bersungguh nak pegang. Sy baru nak capai hp…dia yang menonong amik bunga tu minta sy snap…adehhh aiman… detik demi detik yang kami lalui..sesungguhnya mengundang rs sayang yang semakin menebal di jiwa..

  • Pedihnya Ah Fat..

Susah nak diungkap sebenarnya. Hati rasa tersayat. Dua cerita yang berbeza, hari yang sama dengan dua situasi yang berlainan. Selesai jamuan, bising2 kedengaran. Rupanya Ah Fat yang meraung. Ingatkan tangisannya seperti biasa, namun apabila didekati, darah dah bertitisan dari jarinya yang dah sedia lebam dan luka.

Paip PVC yang dimasukkan ke lengan Ah Fat (sendi-utk menghalang dia bengkokkan lengan) longgar dan menggelungsur turun menyebabkan Ah Fat berjaya menggigit jarinya sendiri sehingga berdarah! Meraung dia menahan sakit dan pedih. Erm..sepedih hati kami yang menyaksikannya. Beberapa orang guru berundur kerana tak tertahan melihat sakitnya dia, airmata bergenang. Luka akibat gigitan mengalirkan darah, mulut tak berhenti menyebut mummy…


Kematangan dan ketenangan Cek Wan (PK Khas) terserlah. Mungkin kerana beliau pernah memiliki anak istimewa yang telah dijemput pulang ke Rahmatullah. Didukungnya ah fat…dibelai dan digosok2 belakangnya. Beberapa minit ah fat kembali tenang, mgkin dapat merasai kehangatan kasih seorang ayah…

Hati siapa yang tidak pilu, hati siapa yg tidak terluka. Siapa yang memandang pasti kan berkaca mata. Ada duka yg pedih jauh di jiwa Ah Fat. Nak menyuarakan dia tidak mampu, hanya menangis meminta simpati. Sy pernah masukkan kisah Ah Fat disini dalam entry 'sebutir pasir kasih yang terluka.." Dua tahun ditinggalkan ibu, bibirnya masih setia menyebut mummy tanpa sedetik melupakan..

Jika tadi kami bergelak gembira dengan telatah aiman, wei kang, rui wen dan beberapa orang lagi murid, kali ini rs simpati dan sayu benar2 membuatkan hati menjadi hiba. Hati sy yang berbunga kerana hari ini hari lahir sy, benar2 terasa pedih.

Hati yang gembira…menerima hadiah dari abg, menerima hadiah dari teman2, ucapan2 yang tak putus2…menyambut hari lahir bersama anak2 istimewa ini..namun situasi Ah Fat buat sy terpana seketika..situasi Ah Fat yang realiti di mata benar2 menjadikan sy dan rakan2 lain terpaku. Mengenangkan Ah Fat, mengenangkan dukanya hidup seorang Ah Fat, terasa diri begitu kerdil. Terasa diri alpa seketika walaupun hari2 berhadapan dengan mereka. Mudahnya kita lupa ..sedangkan ada insan lain yang begitu menderita. Bagaimana agaknya nasib Ah Fat kelak..tuk dan neneknya sudah tua dan uzur..bagaimana nanti..

dan hari ini...15 januari 2009..

Sekali lagi Aiman menunjukkan reaksi manja dan bersahajanya yang semakin membuatkan hati sy dan guru2 lain bertambah selesa dan tercuit.

Dan sedetik dalam masa yang sama juga…Ah Fat mengulangi apa yang terjadi pada 13 januari 2 hari yang lalu. Bahunya digigit…berdarah…merah membasahi baju sekolah yang putih..
Merenung ke dalam mata Ah Fat..sekali lagi hati tersayat…kami terkedu…

tak terselam hati ah fat...tak terduga kasih aiman..

disini sy menumpang ..mencari kasih dan kekuatan mereka..

38 ulasan:

mommy otai berkata...

sguh tersentuh hati saya kak..
sedih sgt..tk sdr air mata mengalir..
sungguh kuat dugaan bersama ank2 kecil2 itu..
moga akk terus tabah bersama mereka..
insyaallah

cik manis berkata...

sngt tersentuh.
akk ajar pnddkan khas ye?
manis aply dlu x dpt.

Tanpa Nama berkata...

kak,
sedihnya..betul2 beri pengarajan supaya bersyukur dgn apa yg ada.

dan juga kagum pada akak.kerja yg mulia.

Tanpa Nama berkata...

salam kak...
tersentuh bile bace entry akak kali ni..
mcm org lain, x sdr air mate menitis...
bertuahnye akak dpt bersama ngan anak2 istimewa tu..
semoga akak trus kuat n tabah menghadapi cabaran...

ONE ZABA berkata...

moralnya... jgn mengeluh kekurangan diri kerana di luar sana masih ramai lagi yang lebih malang daripada kita.

iina berkata...

Azza beruntung ditakdirkan menjadi guru mereka... dan saya juga tumpang bangga dengan azza.. teruskan berjuang dalam medan pendidikan.. jika bukan kita yang sedia mendidik mereka dan membantu siapa lagi kan ;)

Bila mlihat mereka yang kekurangan ia menjadikan kita muhasabah diri dengan kelebihan dan nikmat yang kita ada.. yang kadangkala kita terlupa seketika ;)

Unknown berkata...

Assalamualaikum azza.

Melihat azza bersama aiman, kakchik terasa gembira, ada kemesraan yang tulus di antara kalian.

Tapi kesayuan melanda bila melihat Ah Fat dan mengetahui ceritanya yang azza tulis tu. Kasihan.

Semoga azza terus cekal mencurah bakti kepada anak-anak istimewa ini. Didikan dan kasih membawa ke syurga.

AiE bAhRi berkata...

Kak Azza,
Entri kali ni betul2 membuatkan saya tersentuh.Kadang2 sering mengeluh dengan kekurangan diri dan terlupa bahawa ada lagi insan lain yang lagi sukar untuk menempuhi hari2 mendatang..

Kemesraan akak jelas menunjukkan akak benar2 sabar dalam mendidik anak2 bangsa.Semoga akak diberkati.InsyaAllah..

Unknown berkata...

wah kesiannye die... abis baju
die kene darah kan... so dah balut
ok kot...

* kesian betoi

Azman Ishak

Tukang cerita berkata...

Kak azza insan istimewa...
kerana mendapat byk 'perkara' bernilai dr mereka....

lieya shayunk berkata...

sedihnya bca kisah akk nie...
berjujuran air mata keluar...
sungguh menderita budak tu..
tp apakan daya...
hanya tuhan saje yang tahu...
syabas utk akk krn mampu mendidik murid khas nie...

Marzalina berkata...

kak..ish, intan seriau tengok tangan dia berdarah...kesiannya kat dia..apsal la smapai jadi mcm tu..apapun perkara ni akan buat kita semua sedar dan insaf, kesian sangat intan tgk..sedih betull..akak mmg seorang pendidik yg sabar dan tabah...semoga Allah sentiasa bersama kak azza..

lady D berkata...

ah fatt gigit jari dia sampai mcm tu sekali..teruknya...knp dia jd gitu ye?menggigit2 bdn sendiri..

ceklala berkata...

Comel betul keletah aiman!
Manja btl tgk dia ngan akak kan?
Tapi tang ah fat tuh.. aduhh!! sakit nyer tgk jari dia... berdarah-darah mcm tu.. aduhhh!!

nurdaniella berkata...

dua kisah berbeza.. bila baca tentang aiman, tanpa sedar bibir tersenyum.. tapi, bila kisah ah fatt di baca, tanpa sedar juga, airmata jatuh menitis.. betapa dalam masa tak sampai sehari, kita mengalami dua situasi berbeza.. moga azza dan teman2 terus tabah dan cekal dalam mendidik mereka..
p/s: mungkin yang bernama aiman ni memang manja dan keletah agaknya.. sama macam nama anak akak..

For the rest of my life berkata...

akak, sedih baca kisah ah fatt tu..akak ngajar skolah kanak2 istimewa ke?? berair jugak la mata ni kat opis ni..cover..cover..nnt org nampak...serius kesian gile saya ngan dia..congrate kat akak coz tabah jaga org2 cam nih..kalo saya maybe tak mampu buat semua nih..

Unknown berkata...

Tengok ah fat.... teringat cerita lakonan bruce willes dgn budak yg familynya kena bunuh tu.. apa ke nama tajuknya... budak tu hanya boleh buat apa yg sudah diatur dan dilatih, cikgu dia pun tabah cam azza

kamar hati berkata...

aduhai.....2 situasi yg berbeza...2 rasa yg berbeza...namun mengundang suka & duka di hati ini...

azza_irah berkata...

mommy otai ...
itu ujian yang telah ditetapkan utk mereka..
insyaallah..doakan akak sama ya..

~cik manis~ ...
yup..akak ajar pddkn khas..manis major apa ya..

nuryah...
memang bersama mereka buat kita menginsafi diri..

Hasz ...
tkaseh utk doa hasz..


ONE ZABA...
betul..bsyukur dengan apa yg kita miliki hari ini..

iina...
Azza mmg beruntung ditakdirkan menjadi guru mereka...bgitu juga iina..kerana mnjdi pendidik...yg sanggup merantau ke negara org org utk mendalami ilmu..tahniah azza ucapkan..

kakchik ...
tkaseh kak..aiman satu ketenangan..ahfat satu kekuatan bg sy..


AiE bAhRi ...
tkasih aie..begitu lah sifat kita manusia kan..seringkali mengeluh itu ini sedangkan nikmat yg kita rasai dah melebihi dari org lain..

Mr. Azman @ Kreuger ...
tgh sapu minyak pun meraung man..

Tukang cerita...
sbnrnya akak yg btuah ..sb byk sgt yg dapat akak belajar dengan mendampingi mereka..

lieya shayunk ...
tkaseh lieya..hanya tuhan yang tahu..

Marzalina ...
tkasein intan...doakan akak ya..

lady D ...
dia spastik..kecacatan kekal...salu gigit2 tangan kaki bila ubatnya abis..


.::CeK LaLa::....
aiman mmg comei sgt2 la..
ah fat lak sgt2 memedihkan..

nurdaniella ...
anak akak nama aiman ek...iye la agaknya..aiman ni kan..manja teramat...kuat majuk lak tuh..hehee

Hidayah ...
akak ngjr kelas pendidikan khas..diberi latihan utk bhadapan ngn anak2 ini...mula2 mmg terasa kekok..lama2 syg tertumpah..

Shifu67 ...
sy dapat kekuatan dari mereka..

kamar hati ...
kena kuatkah hati je KH..kl ikutkan rasa mmg tak terdaya kita sbnrnya..

Jumaat, Januari 16, 2009

cendawanintim berkata...

kesian sangat at ah fatt..

didiklah diaorang dengan sempurna..

azza_irah berkata...

laling..
insya allah..doakan kita ek..

intan shaheera@ieyra berkata...

saya turut tersentuh selepas terbaca coretan kisah yang akak luahkan ni...sesungguhnya semoga allah membela nasib kanak2 istimewa dan para guru yang mendidik golongan istimewa seperti kak azza...

Rashid berkata...

Sesuatu yang tidak terduga perlukan satu sentuhan empati yang teramat sangat..

Moga azza dan guru pendidikan khas yang lain terus tabah bersama anak didik sebegitu..

kakyong berkata...

Salam azza. Akak memahami perasaan Azza kala mendidik anak2 istimewa ini sebab akak juga punya adik istimewa sebegini. Dialah adik yang paling kami sekeluarga sayangi sebab dia terlalu istimewa di hati kami.

UnGu VioLet berkata...

salam kak,

akak apa khabar hari nie?? Mar ada tag akak.. bile2 akak free, dtgla blog mar, ambik dan jawab tag tue yerk.. thanks kak..

slm syg slalu dr mar utk akak syg..

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. berkata...

salam perkenalan

seronok baca yr blog ..
hope tak kisah kalau exchange link kan

taman taman ilmu berkata...

alhamdulillah,
sifat kasih sayang yang bersemi didalam lubuk hati sanubarimu yang hadir dari sudut hati yang paling dalam itu itu sudah bersemadi demi mengagungkan Asmaul Husna Illahi,

*********

"segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Subhanahu WaTaala,

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
(kepada tuan & puan serta semua rakan yang budiman, yang berada di Malaysia, Palestin & yang Muslim)

assalamualaika ai'yuhan nabiyyu warah matullahi wabarakatuh, (kepada Rasulillahi saw dan para anbiya yang terdahulu)

assalamualaina wa'alaibadillahisolihin,
(kepada sekalian malaikat dan sekalian makhluk yang mengerti dan kepada yang memahami)

shalawat salam kepada Nabi Muhammad Rasulillahi SAW serta kepada ahli keluarga baginda a.s dan para sahabat para anbiya yang terdahulu,

astagfirulahiladzim,..

tak jemu saban hari mendengar surah Al-Baqarah, Fusshilat, Al- Muk'minun, dll, dan membaca terjemahan2nya tentang bani israel untuk kefahaman diri dan demi masa,

renungan juga buat kita untuk sama-sama berkongsi dan memahami,

setelah kita sudah berusaha (dengan apa saja perjuangan) dan berdoa munajat kepada Allah SWT,

maka marilah kita renungkanlah kembali, sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya):

'Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman,
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,
sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka),
sehingga Allah datangkan perintahNya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 109)


'Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman
(dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya),
maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan
(dengan kamu).
Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad)
kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 137)

Allahumma, Ya Allah, Ya Rabbal a' lamiin,

'rabbana aatina fid'dunya hasanah, wafil 'a 'qhiroti hasanah,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,

insyaAllah,
salam hormat,
salam penuh kasih sayang,
taman taman ilmu

ILA berkata...

Astagfirlah....baru mahu mguncup senyuman buat si Aiman.Tiba2 terkedu mlihat Ah Fat.Cukupkah kesabaran dlm hati jika ianya berlaku di ahdapan saya sndiri....cukup utk saya renungkan ianya.

Terima kasih Pd Azza,
Entry ini seolah dirimu ingin berkongsi ilmu dgn rakan2 semua.Sementelah huby sedang sibuk mbuat tesis yg berkaitan.

Saya ada sepupu .sindrm down yg jenis hyper aktif. kdang2 mmg di luar kawalan.Kal.dia dah syang seseorang bila org lain mendekati org tu, dia mudah naik jelesss..

Buat Azza,
s'sungguhnya semoga kesabaran & keikhlasan mendidik anak2 ini kan mdapat ganjarannya ..amin..

su berkata...

nangis su tgk Ah Fatt...Kak azza & rakan2 cegu yg lain mmg berhati mulia...

azza_irah berkata...

ieyra ...
tkaseh ieyra..jika ieyra melihat ah fat ngn mata sendiri lagi ieyra akan rasa tersentuh..

cikgu Rashid ...
tkaseh cikgu..


kakyong ...
hanya yang mengalami kan faham bagaimana situasi mereka kan kak..


UnGu VioLeT ...
mar..insya allah nnti akak g amik ya..sayang mar juga..

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A....
salam perkenalan juga..
boleh je takde mslh..

azza_irah berkata...

taman-taman ilmu..
sangat2 terima kasih..
komen2 dan ayat sebegini amat sy alu2kan..
tkaseh menjadikan ruangan ini tempat berkongsi ilmu. sesuai sekali isi perkongsian dengan nick tuan empunya diri..
tkaseh sekali lagi..

azza_irah berkata...

ILA ...
ila...tkaseh..
bila berhadapan kelu sbnrnya kita..inilah lumrah hidup..

su...
sama2 jalankan tanggungjawab su..

BEiB berkata...

Aiman dan Ah Fat adalah cerminan hidup kita...
gembira dan sedih silih berganti
apa pun: Proud to be a Teacher!

azza_irah berkata...

Beib..
yup..cerminan biasan diri..
kita takkan tahu bila pula giliran kita ..mgkin terduduk atau terus gelungsur tidak berdaya..hargai semasa ada..semasa sihat dan bertenaga...manfaat sebaiknya..sebelum mata tertutup selama...

Dr. Bentara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iina berkata...

Dah lama tak singgah sini kan ;)

azza_irah berkata...

Salam kak iina..
bukan akak je..azza sndiri jarang jenguk..hehe..kekangan masa..tapi sgt2 rinduuuu nk aktif mcm dl..

Tanpa Nama berkata...

oh zza aku tersentuh sgt...lupakan pilihanraya..ptengkaran sesama insan..