Hati-hati yang berdetik..

5 Jan 2009

dirimu istimewa..

hari yang amat sibuk. kelas boleh diibaratkan seperti ada majlis harijadi...riuh rendah. ketawa, menangis, berlari, melompat, masuk bawah meja..pelbagai gelagat..pelbagai gaya. hati terusik, bibir terukir senyum. benar2 mengimbas nostalgia zaman dulu2.


murid lama berlari riang sebaik saja memasuki kelas. masih ingat peraturan yang diikuti setahun yang lalu. buka kasut, simpan di rak, masuk ke kelas, letak beg di rak yang sudah tersedia nama masing2...berjalan ke arah guru dan bersalam. lantas berlari mencari teman yang dulu bergurau senda. sebulan lebih tidak berjumpa..pasti byk yang hendak dikongsi dengan bahasa mereka yang tersendiri..


  • rindu dengan aliff yang tak lepas dari kereta dan kapal terbangnya.
  • rindu dngan rui wen yang....cekgu sebukkkk...
  • rindu dengan wei kang yg semakin chubby pipinya..
  • rindu dengan ah fat yang tangis nya meruntun rasa..
  • rindu dengan gelagat husaini yang asyik duduk di pintu..
  • rindu dengan nazeha yang asyik..cekgu cekgu...iye iye...kertas...kertas...

namun berbeza sekali dengan murid baru. riak resah, malu dan gelisah di wajah jelas terpancar. memegang hujung baju ibu..memeluk ayah dari belakang. terpaksa didorong utk masuk ke kelas. bergenang air mata meminta belas simpati ibu ayah agar dibenar ikut pulang bersama. bukan sahaja ibu ayah, tetapi jua kakak, nenek dan bibik ikut sekali ke dalam kelas memujuk anak2 ini.


jenuh sebenarnya kami arini, memujuk setiap satu dari mereka. almaklum, anak2 istimewa. jika kanak2 normal mereka mudah faham arahan dengan isyarat bahasa yang kita gunakan, namun tidak bg anak2 ini. pendekatan utk mereka amat berbeza.


beberapa orang murid baru -

  • Sin Yee (Sindrom Down dan ADHD) asyik berlari ke sana sini menggigit kotak pensel warna.
  • Masitah (Sindrom Down) seharian duduk di pintu tak mahu masuk, bila dipujuk segera dia memandang kita dan meletakkan jarinya di mulut dan berbunyi ssyhh..(sy diminta diam..?)
  • sorang lagi belum sempat sy hafal nama, amat suka dengan pintu. menangis tak henti bila bibiknya bawa masuk ke kelas, terjumpa pintu terus diam. bila ditutup pintu bilik air, terus menangis, pegang pintu kemas seolah taknak dilepaskan. seharian dari pagi dia asyik memegang pintu (mengingatkan sy pada cerita Ahmad Albab).

proses penyesuaian bagi mereka mgkin akan mengambil masa berbulan malah adayang bertahun. selepas itu mereka pasti akan berlari riang di kelas bermain bersama rakan2 ...mengusik, memeluk guru..duduk di ribaan apabila ingin bermanja...


sesekali masih terbayang pada 10 orang murid yang telah melangkah ke sekolah menengah...juga pada mariam(yg hafal surah yasin dan ayat2 lazim)..yg telah bertukar sekolah ke Klang.. moga mereka mendapat tempat yang istimewa di hati para guru disana..

..perkataan keramat cikgu..tetap kekal terpahat..
sedikit ralat dihati..
jangan biarkan diri anda dipandang rendah hanya kerana sikap sombong dan hati batu anda..anda tidak akan dihormati jika anda tidak tahu menghormati individu lain..
sedikit terkilan dari kami warga guru di pagi satu hari pertama..

29 ulasan:

nurdaniella berkata...

seronok dapat jumpa anak2 istimewa ni.. biarpun hanya di alam maya.. moga azza akan terus tabah dalam mendidik mereka..

Unknown berkata...

saya tak tahu nak tulis apa lagi : besar pengorbanan cgu...semuga hari2 cgu dipermudahkan urusan bersama anak2 yg istemewa tu.....

Fireroll berkata...

besar BESAR pengorbanan.....
semoga berjaya...
AMIN....

Kapten Luffy berkata...

CIKGU AZZA mengajar kanak2 Istimewa rupanya... aku sungguh KAGUM dengan Cikgu.

Unknown berkata...

besar pengorbanan untuk mendidik dan mengasuh mereka. namun rasanya jiwa azza sudah sebati dengan mereka.

seronok dan syabas.

su berkata...

selamat menjalankan tugas ye kak azza...semoga kak semakin kuat & tabah hadapi hari2 yg mendatang..

lady D berkata...

sonok gak dgn gelagat anak2 istimewa ni.kelakar pun ada.tp mesti d kesabaran berhadapan dgn drg kan...

Cikgu Kool berkata...

Tersenyum ajer org membacanyer...

p/s: Dah pandai edit gambar, cantik, baru segar mata memandang, dulu asyik terpenyek...ahahaha!

pink_butterfly berkata...

kak azza, smoga sntiasa tabah n sbr mlayan karenah anak2 murid istimewa akak ni...

dorg mmg spesel...

UnGu VioLet berkata...

bangga mar dengan akak nie.. all the best for you sis!!

@LiYaNNuaR ツ berkata...

sgt bangga dgn kmampuan akak... huhuhu... jasa akak tak tnilai.... moga sukses ye kak... best lah akak nih...

Unknown berkata...

Teringat uncle semasa hantar Kak Long masuk darjah satu dulu. Lepas daftar, bayar yuran uncle tunggu kejap nak tengok gelagat dia. Dihalaunya uncle suruh pergi kerja!

HATI LUKA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BEiB berkata...

Langkah mereka memang tepat,
Tempat dituju memang hebat,
Walaupun guru-guru di sini terasa penat,
Tapi jasa mereka kan mendapat berkat,
InsyaALLAH, di dunia dan akhirat.

Hari-hari cemerlang mereka bermula dengan hari pertama di sini...moga mereka terus menjadi teristimewa.
TAHNIAH!

Rashid berkata...

Baca entri ni.. ermm bukan senang dan tak semua yang mampu untuk bersama ngan anak-anak tu. Moga azza dan semua cikgu sana tu tabah ..

azza.. terima kasih kerana menjadi cikgu untuk mereka. Senyuman azza pasti akan sentiasa di hati mereka dan juga di hati pembaca.. sy jua..

ONE ZABA berkata...

tiada kata seindah bahasa...tiada kerja setabah chekgu. dah pencen pun org panggil chekgu gak.

nueeunlimited berkata...

erm, pe yg trkilan 2 kak?? mmg penat arini kan???
thniah kak azza..teruskan prjuangan.rmi rpenye yg lgi istimewa kat skolah akak ye..kat skolah nuee mslh pmbljrn jek..

Unknown berkata...

Tak pe laaaa... nanti azza bawak diorang masak2 ok le tuu!

Selamat mengajor dan mengejor!

Unknown berkata...

memang murni sungguh la cikgu murni
ni... eh... murni sungguh la
tugas cikgu macam akak ni.

sebak jap tengok pic ni.
*kesat air mate

ape ape pon... semoga usaha dan
pengorbanan akak dirahmati Allah.
Amin~

Kreuger®

AiE bAhRi berkata...

ermmm...
bangga dengan akak yg penuh sabar dalam mendidik anak bangsa yang istimewa.

Tiba2 mata saya berkaca saat membaca entri ini sebabnya saya juga mempunyai sepupu yang cukup istimewa tapi telah meninggal dunia..

chiku the chucuru berkata...

jadi cikgu ni kena sabar kan. tapi jadi cikgu pelajar istimewa ni, mesti kena 2 or 3 kali sabar...

kenapa eh ada nukilan yang last sekali tu? hm....

eriey berkata...

ramai jgk student akak..mcm2 peel kan..sukaa tgk!

CaBaiKeRinG berkata...

salam singgah menyinggah...

Marzalina berkata...

terharu intan tengok mereka..semestinya hati mereka putih bersih..akal mereka juga suci...selamat mendidik kak..

Zai Zamree berkata...

klau la sy dalam situasi tu...sy xleh nk wat keje..msti sedih tgk diorg..emm...

Blog Eazy Izzuddin berkata...

salam kak...
lame x singgah...
=)

cendawanintim berkata...

tu la laling...kita pon tereingat kat Mariam...camana ye dia...harap selamat sumernya..

Suzi berkata...

syabas azza...teruslah berbakti...
besar sugguh ganjarannya...
tengok gelagat diaorg rasa tersentuh...alhamdulillah nasib mereka masih terbela...mcmana yg terbiar....mcmana mrk nak meneruskan kehidupan...

ASH berkata...

Azza,
Ayark mata aku nmenitis tengok gambark anak anak mu tuuuuu...

..................May Allah bless you with HIs LOVE!!