Hati-hati yang berdetik..

10 Mei 2009

WNA1 di Puncak Sejati..Raung, Surabaya..



backdated 6mei...


Warga Negara Asing Pertama (WNA 1) di Puncak Sejati, Raung, Surabaya..



salam sejahtera untuk semua..


lamanya rasa tak update blog. banyak kerja yang harus dibereskan, ditambah dengan -dia- yang semakin menuntut komitmen yang sememangnya harus didahulukan. bila otak penat, secara automatik badan turut rasa tak bermaya. masa di rumah benar-benar berharga, bak kata seorang teman..Q time yang harus diguna sebaiknya..lantaran itu, sy guna sebaik mungkin kuantiti masa yang sedikit itu utk perkara2 yang perlu lebih diberi perhatian.


tahniah utk abg..


alhamdulillah...6 mei 2009 abg dah pun kembali ke sisi dengan selamat dari Puncak Sejati, Raung, Surabaya. kepulangannya memang sy nanti, kerana dia punca semangat dan kekuatan diri. selaut kesyukuran melihat abg didepan mata..walau terpaksa meredah gelap malam dalam hujan lebat jam pada 6 mei 3.30 pagi ke tol Juru untuk mengambilnya, hati berbunga riang.



walau tempoh 2 minggu agak lama dan macam2 yang telah terjadi, namun apabila menatap wajahnya dan gambar-gambar yang dirakam disana, apalah sangat penantian sy selama 2 minggu. jelas terpancar kepuasan di setiap riak wajah..baik secara nyata mahu pun yang abadi di lens kamera.



sy tumpang bangga apabila diberitahu 29 April 2009 group abg (7 pendaki Malaysia dibantu 4 guide Indonesia) adalah group Warga Negara Asing Pertama (WNA1) didunia yang menjejakkan kaki ke Puncak Sejati, Raung(3328m). belum ada orang asing smpai ke situ kecuali anak tempatan. butiran lanjut tentang xpdc ini boleh dilihat disini dan disini juga multily guide yang ikut serta.



..ke Kawah Ijen sebaik turun dari Raung...


tahniah sekali lagi..
sesungguhnya sy bangga..
satu anugerah..
dan bertuah..
kerana sy hadir dalam perjalanan hidupnya..
berkongsi suka duka bersama..




abg ke pangkor hari ini sehingga 13mei..
13mei sy pula ke pangkor utk data..
selisih..
13mei...?
tarikh yang disambut setiap tahun..
kita sambut apabila selisih feri nanti ye...ehehh..

..yang terbuku didada jua satu anugerah kan..

17 ulasan:

Tukang cerita berkata...

Salam kak...

Singgah sebentar...
Bizi menguruskan 'dia'...(En. Hubby) yg baghu menjalani operation...
dan 'mereka' (anak2) yg kini bawah jagaan sy sepenuhnya krn en.hubby tak bleh bergerak banyak...

Selamat ke Pangkor kak....
:)

Sufi Idany berkata...

Alhamdulillah...riak2 riang jelas terasa kak.... semoga yang di tangan terus ampuh di gengaman.... semoga tapak terlekat terus kukuh di pasak bumi....

Syukur kak, kerana perjanjian untuk akak dan abe kayroll telah ternukil sejak dulu....dan kerana janji itulah.... kesetian kalian tidak pernah goyah sekalipun byk yang perlu di korbankan.... rasa, hati, masa, perasaan, semuanya menjadi satu dalam riak riang bersama kan....

apa ida repekkan ini? apapun semoga yang terbaik utk akak n abe kayroll....semoga semua urusan ttg -dia- akan berjalan seperti yang di inginkan....

salam sayang dari bumi datar sg. sengian....

kak, ini untuk akak....

JIKA IA SEBUAH CINTA

Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak mendengar….namun sentiasa bergetar,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak buta….namun sentiasa melihat dan merasa,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak menyeksa…. Namun sentiasa menguji,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak memaksa….namun sentiasa berusaha,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak cantik…. Namun sentiasa menarik,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak datang dengan kata….
Namun sentiasa menghampiri dengan hati,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak terucap dengan kata…..
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak hanya berjanji….
Namun sentiasa cuba memenangi,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia mungkin tidak suci…. Namun sentiasa harmoni,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak hadir kerana permintaan….
Namun hadir kerana ketentuan,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan….
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.


JIKA IA SEBUAH CINTA…PASTI KAN IANYA SETULUS KASIH ADAM DAN HAWA

Precious berkata...

Wah ... Pangkor? Best tur ...

azza_irah berkata...

nurul..
oo ye ke yang..
simpati akak mendengarnya. mg nurul bertambah tabah dan kuat semangat..


precious,,
eheh..seronok ke..pegi buat keje..


idany..
adeh..
tharu,,,
apa akak nak cakap..
sungguh mndalam..terkesan d jiwa ni..

ONE ZABA berkata...

dicadangkan agar bina satu sekolah bergerak. kem na cik abang tu pergi ke situ la sekolah bergerak..hehh..heee

SRISUFI berkata...

Salam kakak...

ya Tuhan...seronoknya abang akak dah sampai sana...kak, apapun sri mahu ucap selamat hari ibu tak kira...hehehe


~miss u kakak

@LiYaNNuaR ツ berkata...

wahhh... tahniah utk abg akak... seronoknya kan...

kakyong berkata...

Setelah berbelas tahun hidup bersama, pastinya kepercayaan dan kasih syg yg terikat semakin kukuh di sanubari...semoga kita sama2 dapat menjadi isteri yang solehah dan setia hingga ke syurga...amin.

azza_irah berkata...

cikgu one..
kalau lah leh dibuat begitu kan best..leh je ikut g mana2..hehe..


sri sufi..
tkasih utk ucapan..satu doa utk akak..
tq yang..


liyan..
satu kepuasan utk dorang..


kakyong..
tkasih kak...
sama2 kita muhasabah diri..

Cikgooden berkata...

tahniah la utk abe demo..




(tak terkata apa)

azza_irah berkata...

cikgu oden..
tkasih..jwb bg pihak..ekekee

Rashid berkata...

salam azza

alhamdulillah.. semuanya selamat.
Turut berbangga..

Bapak berkata...

salam kak azza,

tahniah buat abg Kak Azza. Bapak turut berbangga..

semoga dapat selisih dgn cik abg kat pangkor nanti..hehe

Brahim Nyior berkata...

Hubungan pasangan suami isteri yang kekal apabila ada kejujuran dan ketelusan. Biar selama mana suami tiada di depan mata, percayalah kepadanya dan yakinlah pada dirinya. Insya Allah, hubungan itu akan kekal.

Selamat Hari Ibu, biarpun belum bertiga, itulah doa saya untuk Azza..

Blog Eazy Izzuddin berkata...

salam kak...
lame x kesinggahan d sini...
xD

noorlara berkata...

tiada apa yg lebih mengujakan dari menunggu kembalinye org yg kita sayangi...hargailah perhubungan yg merni akan hidup kita akan dirahmati

BEiB berkata...

Kata pujangga Inggeris:
In everyman's success there's a woman behind and that woman is you!
Kerukunan terpelihara bila kedua saling memahami.
Apalah 2 minggu menunggu bila dikatakan " Gunung dikejar takkan lari"..
TAHNIAH! memang satu tuah dan anugerah.
SYABAS!