backdated ...18 mac 2009...
salam sejahtera untuk semua..
kadangkala sesuatu datang tanpa kita duga. kadangkala juga sesuatu yang tidak kita jangka menjadi begitu rapat dan erat dalam kehidupan kita. tentu saja kuasa Allah mengatasi segala yang ada di muka bumi. siapa kita utk menidakkan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. sy percaya apa yang telah diatur adalah yang terbaik utk kita. jika diberi ujian sekalipun, tentu saja kerana hanya kita yang layak menerimanya. ujian diberi utk mengukur dan menambah kekuatan dan semangat diri.
kadangkala impian dan harapan kita setinggi awan. kita memandang awan seakan begitu dekat dengan diri dekat dengan hati. ingin sekali tangan kita menyentuh dan menyapu awan. kita hulurkan jemari dengan segunung harapan, akhirnya kita kembali menunduk ke bumi. awan tetap indah di atas sana, namun tangan kita terpaksa kembali ke sisi...tidak terdaya..
Dream.........makes all things possible
Hope..............makes all things work
Love ..............makes all things beautiful
Smile................ makes all above work possible
Allah itu Maha Adil kan..
setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. sy semakin redha, sy semakin belajar menerima. qada dan qadar Ilahi tak siapa berhak sanggah apalagi untuk mempertikaikannya. kembali memuhasabah diri, pasti jalan ini sungguh indah dan mempesona sekiranya kita ikhlas dan redha menerima setiap kejadian/situasi dengan berlapang dada.
setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. sy semakin redha, sy semakin belajar menerima. qada dan qadar Ilahi tak siapa berhak sanggah apalagi untuk mempertikaikannya. kembali memuhasabah diri, pasti jalan ini sungguh indah dan mempesona sekiranya kita ikhlas dan redha menerima setiap kejadian/situasi dengan berlapang dada.
memetik ayat indah yang sy baca sewaktu melayari dunia maya...
..bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...
moga dilapang dan ditenangkan hati ..
11 ulasan:
Wah, Azza...
Lamanyer 'cuti'... ke mana? Ke luar Mesia ke?
Perghh,... Siok tu..
k, Moga kekal bahagia bersama suami tercinta.
Sudi-sudikan menyinggah ke blog kengkawan... hehehe
Salam kak..
lama akak menghilangkan diri..
Rindunye...
cikgu brahim..
cuti dlm diri...ekeke..
ada je mengintai dari jauh...nak menulis terasa tepu..
ckgu sehat ke..
aie..
akak ada aie..cm kekangan masa dan tugas seharian buatkan mood nak blogging menurun..
lama tak dgr cerita aie macam dulu2..
kalau naik atas gunung ni pun tak tercapai gak awan. kabus pun dah makin kurang.
moralnya...jgn gundah gulana.
salam akak
sehat?
kerinduan lah
lame x singgah sini
=D
cikgu 1..
nasihat yang sgt bguna...tq..
tapi tetap nak naik gunung gak..eheheh
eazy..
kl rindu slau2 lah singgah walaupun akak jarang update...hehee
salam azza...
lama kaktiny tak singgah yer..
hmm.... mancapai awan?.. gi panjat gunung kinabalu.. siap buleh 'telan' awan lagi... hihihihi..
betul.. Allah bagi pelbagai perkara tanpa kita duga dan jangka..
tapi dia beri apa yg kita perlu - bukan apa yg kita mahu.. dan pemberian-Nya bersebab..
salam kak tiny..
tkasih..
sungguh bmakna kata2 itu..
kadangkala kita tidak tahu bsyukur kan..
apabila kita sedar yang kita telah kehilangan..segalanya dah terlambat..
p/s: malam2 ni layan lagu ni (broery..) best gaks.. merawang jer perginya... hihihi.. anak kaktiny siap lena kt tepi ni hah.. hehehheee... tu yg ter'sasul' jap tuh.. hahahhaaa...
:) telah ku lintas awan yang putih kembali ke tanah asal, juga kembali menjejaki tanah datar ini...
for u sis,
impian dan harapan
ranapnya dengan sesalan
teguhnya bersama keyakinan
dalam kental hati
ada jiwa yang menangis
dalam padu janji
ada ikatan yang lerai
(huhuhu...bayangan yang melatari hati)
kak tiny..
ekeke..malam2 gini mmg syahdu layan lagu cmtu..
terkenang2 saat2 dl..huhuu...rindu..
idany..
i miss u tau...
tq so much utk apa yg telah ida beri pd akak selama ni..
Catat Ulasan