PTK...Peluang..Tanggungjawab..Kepuasan..
..menguruskan anak-anak itu sedari awal latihan sehingga ke saat akhir mereka menaiki bas ke Johor Bahru..
kata orang peluang tidak selalu datang. kata orang juga kadangkala kita tidak lagi punya pilihan walaupun pilihan sebenarnya di tangan kita. peluang yang datang sesekali ibarat emas yang datang bergolek yang pasti akan direbut oleh setiap insan. namun peluang dan pilihan juga tidak sering menyebelahi kita. kadangkala kesempatan yang datang terhalang oleh sesuatu yang tidak kita jangka. kadangkala ruang yang terbuka luas pada awalnya menjadi sempit dan sesak dek kekangan yang datang secara tiba-tiba.
kata orang juga, tidak semua orang diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab dan amanah. orang-orang yang terpilih adalah orang yang bertuah kerana tanggungjawab itu sebenarnya membuka peluang yang lebih luas.
namun kadangkala berlaku konflik dalam diri, jika peluang yang datang sesekali itu sebenarnya lebih memberi kepuasan dalam diri kerana usaha dimulakan dari 0 sehingga ke detik terakhir.. jauh disudut hati terbit sedikit terkilan kerana terpaksa melepaskan apa yang telah diuasahakan dari awal. melihatkan semangat anak-anak itu hati bertambah sayu, bertambah terusik.
walau setinggi mana harapan, sekuat mana usaha, jika ianya ditakdirkan bukan milik kita, ianya tetap takkan kekal dengan kita. kembali memuhasabah diri, cuba merenungi hikmah yang tersembunyi. dapat sy redakan terkilan dihati, melerai rasa yang yang membungkam di kalbu. sy telah berusaha walaupun seorang diri sebaik mungkin untuk melancarkan segalanya sedaya yang termampu. Tuhan menentukan yang terbaik untuk umatNya.
walaupun sepanjang proses kedengaran suara-suara yang agak mencalar hati, namun demi kepercayaan dan semangat dari insan-insan yang mengerti, alhamdulillah sehingga ke detik terakhir hati sedikit lega melepaskan mereka ke selatan tanahair.

lambaian dengan senyuman anak-anak itu melapangkan hati sy untuk kembali ke rumah mengemas pakaian untuk melaksanakan/menggalas amanah/pilihan/peluang yang datang serentak. kadangkala kita tidak nampak antara peluang yang terlepas dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. sebenarnya disitulah wujudnya satu peluang dan ruang yang amat besar dan luas yang bukan semua orang akan merasainya. jika awalnya ia seperti satu beban, kini ia sebenarnya satu medium yang membuka minda dan hati sy untuk sesuatu yang baru, membuka lebih banyak peluang dan menjadikan ruang lebih luas untuk sy menapak. alhamdulillah..satu rahmat yang tidak terduga..
..kadangkala anugerah Ilahi itu datang dalam bentuk yang langsung tidak kita jangka..
4 ulasan:
best la..
menarik je..
Tahniah azza, dapat tuah yg dtg bergolek.. (bergolek ker? heheh)
Salam azza
Memang betul tu azza. Peluang dan tanggungjawab itu perlu diambil dan digalas sebaiknya. Keikhlasan hati dalam melaksanakannya pasti akan berikan kita kepuasan.
Kepuasan satu anugerah dariNya..
Gembira hati bila dapat berikan kegembiraan kepada orang lain walaupun seketika cuma dan mungkin tidak seberapa.. tapi hakikatnya ia berikan satu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.
Moga azza sentiasa tabah hati ..
luth..
apa ek yg menarik..
camna gath aritu..sory akak takleh turut serta..
kin..
tuah bgolek yang sempat disambar tapi terlepas jua..
cikgu rashid..
tkasih atas ingtan dan doa..
walau hanya seketika..kenangan itu telah dan tetap akan wujud sepanjang jalan kehidupan ini..
tkasih sekali lagi..
Catat Ulasan